SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

SAUTUL HAQ SUARA KEBENARAN BIL 1.DISEMBER 2013




SUATUL HAQ  SUARA KEBENARAN
BIL 1. DESIMBER 2013.
SELAGI ISLAM TIDAK BERKUASA …. JENAYAH TERUS BERLELUASA.
Belum pun reda kebimbangan dan ketakutan masyarakat berhubung pembunuhan ke atas Norazita Abdul Talib,seorang pegawai AMBANK cawangan Subang Jaya yang ditembak dengan kejam di bahagian mukanya,pada 10 Nov 2013 yang lepas Negara digemparkan dengan pembunuhan Uataz Ahmad Raffli Abdul Malek 49 Tahun,Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang juga ditembak secara  dekat di  depan rumahnya di Indera Mahkota 2 ,Kuantan Pahang,pada waktu siang.Walaupun suspek utama kes pembunuhan Norazita telah ditangkap , namun hal ini sedikitpun tidak menghilangkan kekhuatiran orang ramai akan tahap keselamatan mereka ketika ini . Di saat  pasukan polis cuba mengatakan bahawa kadar jenayah semakin menurun, kecekapan polis semakin meningkat, peruntukan mencegah jenayah semakin besar diberikan oleh kerajaan,bilangan anggota dan segala kelengkapan polis  dan banyak lagi propaganda lainnya,kesemua ini tidak menghilngkannrasa takut masyarakat terhadap aktiviti jenayah yang saban hari semakin mengerikan. Suasana  kehidupan, baik bagi lelaki maupun wanita,apatah lagi ibu-bapa yang mempunyai anak –anak kecil,kini sentiasa  dicengkam rasa takut terhadap  akviti jenayah yang berlaku disekeliling  mereka sehingga tidak sedikit yang megalami truma akibat dari hal ini . Masyarakat juga  merasakan tidak selamat,bukan sahaja semasa keluar rumah,malah semasa  berada dalam rumah pun belum tentu  keselamatan merek terjamin . Masyarakat juga  merasakan sudah dapat mempercayai, bukan sahaja orang yang mereka tidak kenal,malah orang yang mereka kenal dan sepatutnya  menjaga mereka pun sudah tidak lagi dapat dipercayai .Pendek  kata ,kehidupan masyarakat  dibelenggu ketakutan di  kiri dan kanan,atas dan bawah , depan dan belakang.
Jenayah telah berkembang sedemikian rupa ,sehingga tidak mengira mangsa,tempat,waktu dan lebih buruk penjenayah ini seolah –olah langsung sudah tidak takutkan undang –undang yang ada. Masyarakat  merasakan yang perkembangan jenayah ini sudah tidak dapat dibendung lagi oleh pihak yang berwajib. Pembunuhan,rompakan,pencurian,samun,penculikan,rasuah,penyelewengan,pemerkosaan,penipuan dan banyak lagi sudah menjadi hidangan harian di dalam masyarakat .Mahu tak mahu,masyarakat harus menelannya.Sungguh sempit dunia ini dirasakan sehinggakan masyarakat bertanya,”Dimanakah tempat yang selamat untuk kami dan keluarga..apakah tidak ada penyudahnya kepada semua ini …. Kemanakah kami perlu berpindah agar dapat menjauhi segala ketakutan ini ….bilakah semua ini akan berakhir ??? “dan banyak lagi persolan seumpama itu bermain di benak setiap anggota masyarakat.Apa yang pasti ,masyarakat melihat bahawa usaha – usaha  yang dilakukan untuk mengatasi  atau mengurangkan kadar jenayah sama sekali tidak memadai dan tidak pernah berhasil .Sudah terbukti bahawa para penjenayah melakukan perbuatannya tanpa merasa takut  akan konsekuansi yang timbul akibat perbuatan mereka itu.Bahkan ramai di antara mereka yang sentiasa mengulangi perbuatan jahat mereka dari masa kesemasa,tidak kira sama ada yang belum masuk penjara  atau yang keluar dari penjara,Para mangsa pula,selain mengalami keresahan dan ketakutan disepanjang hidup mereka,sudah berputus asa kerana merasa tidak selamat serta tidak mendapat keamanan dan keadilan dari sistem dan undang – undang yang ada .
Sesungguhnya kesemua aktiviti jenayah yang berlaku pada hari ini tidak dapat dipisahkan dari sistem dan undang – undang yang diterapkan. Sistem yang rosak akan melahirkan manusia  yang  rosak  atau cenderung  untuk melakukan kerosakkan .Hari ini ,kebanyakkan dunia  Islam diperintah oleh sistem  di mana undang – undangnya dicipta oleh manusia dengan mengenepikan hukum – hukum Allah SWT .Dalam sistem ini ,pemerintah ( yang terdiri daripada ahli –ahli politik)  membuat aturan hidup untuk rakyatnya ,bukan dengan aturan Allah,tetapi dengan aturan yang dibuat oleh mereka sendiri.

MASIH BERHARAP KEPADA SISTEM YANG ROSAK ?
Politik merupakan pengaturan urusan umat . Pemerintah adalah pihak yang mengatur ,manakala rakyat adalah pihak yang diatur.Politik merupakan proses  interaksi antara pemerintah dan masyarakat untuk menentukan polisi umum (public policy) demi kebaikan bersama.Semua  mengetahui bahawa sistem pemerintahan yang dianut di Malaysia adalah demokrasi. Justeru itu,urusan  umat Islam di Malaysia ini di atur  dengan sistem demokrasi,bukannya sistem Islam,di mana idea dasar demokrasi adalah kedulatan di tangan Rakyat yang membawa konsekuensi bahawa kuasa membuat hukum ada di tangan manusia. Demokrasi selalu dianggap oleh penganutnya sebagai sistem politik yang paling adeal sehingga dalam sistem demokrasi, rakyat dianggap benar –benar berdaulat dan boleh mendapat seluruh aspirasinya.Oleh yang demikian,melalui proses politik yang demokratis ,lantas dibayangkan bakal tercipta sebuah kehidupan masyarakat yang ideal,adil,damai,tenteram dan sejahtera.Namun,hakikatnya semua itu hanyalah ilusi,bahkan dusta yang nyata,Secara praktikalnya gagasan yang dianggap ideal itu tidak pernah wujud, malah apa yang berlaku adalah sebaliknya.Dalam Negara demokrasi,pemerintahan kuku besi terjadi di mana –mana ,ketidakadilan,penindasan,kemiskinan,jenayah,kerosakkan akhlak dan pelbagai keburukan lain merupakan fenomena  biasa. Penentu kepada segala peraturan dan polisi adalah sekelompak punguasa  dan para kapitalis yang saling bekerjsama untuk meraih sebanyak mungkin manfaat dan kepentingan untuk mereka sendiri tanpa pernah memikirkan apatah lagi menayakan apakah aspirasi rakyat yang sebenarnya. Parti politik dan wakilnya di Parlimen hanya bertindak untuk memenuhi masalah masing-masing semta –mata(khususnya wakil BN) .Dalam rangka mencari kekayaan,pengaruh,pangkat dan kuasa ,rasuah dan penyelewengan di mana pemerintah sudah menjadi perkara biasa dan sudah tidak terkata banyaknya.Oleh itu,dalam realiti yang dapat dilihat  sehari-hari,tidak pernah wujud sebuah masyarakat yang hidup dengan penuh keadilan,kedamaian,ketenteraman, dan kesejahteraan dalam sebuah sistem yang bernama demokrasi.Sebaliknya  ketidakadilan semakin  menganga,kekayaan dan kesejahteraan memang ada,tetapi hanya untuk segelintir elit yang berkuasa.Manakala Rakyat pula terus  ditindas,sengsara,menderita dan dihisap darahnya tanpa henti.Dengan kata lain,rakyat terus menjadi mangsa kepada sistem  yang rosak ini,bukan sekadar tertindas dek sistem demokrasi itu sendiri, malah dek setiap keburukan yang lahir  dari sistem yang rosak ini seperti kes-kes jenayah  yang begitu banyak.Tatakala rakyat menderita  dan hidup dalam ketakutan,para penguasa  yang sedia kaya raya, hidup dalam keadaan dijaga rapi oleh ratusan pengawal, yang terkawal untuk mereka siang dan malam agar terselamat dari ancaman penjenayah.Malah lebih buruk , ramai  di kalangan penguasa  dan ahli politik yang menjadi pelindung kepada para  penjenayah  dan berapa ramai daripada kalangan penguasa dan ahli politik itu sendiri yang menjadi penjenayah dan sering didakwa atas pelbagai kesalahan jenayah .
Dalam sistem demokrasi , bagi penguasa, rakyat hanyalah alat untuk meraih kekuasaan.Bukanlah “kedulatan rakyat” yang sebenarnya dijaga oleh sistem demokrasi ,melainkan”kedulatan para pemilik modal (kapitalis)” atau “ kedulatan pnguasa” itu sendiri yang didukung oleh para pemilik modal,inilah sebenarnya yang didulatkan.Inilah realiti di Negara – Negara penganut demokrasi ,baik di Negara asalnya di barat, mahupun di Negara kaum Muslimin .Justeru itu,tidak aneh sekiranya orang barat yang sudah agak cerdik dalam memahami kesan demokrasi adalah sebuah sistem yang bermasalah,
Dengan segala kerosakkan yang dibawa dan terhasil dari sistem demokrasi ini dan dengan fakta –fakta yang terang lagi bersuluh bahawa sistem ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah,sebaliknya menimbulkan lagi banyak masalah, apakah wajar bagi umat Islam untuk masih berharap kepada sistem kufur ini untuk menyelesaikan segala masalah,termasuklah masalah jenayah secara khusus ?.
BAGAIMANA ISLAM MENCEGAH JENAYAH ?
Apabila berbicara tentang jenayah di dalam Islam, sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan persoalan nidzam al-uqubat (sistem hukuman) .Hal ini memang benar,namun perlu difahami dengan benar juga bahawa Allah SWT menurunkan Islam sebagai sebuah deen atau cara hidup yang menyeluruh  dan sempurna .Uqubat hanyalah sebahagian  dari kesempurnaan  Islam yang wajib diterapkan.Dengan kata lain,kesemua sistem dalam Islam (bukan hanya uqubat) seperti nidzam al-hukmi (sistem pemerintahan) , nidzam al-iqtisaq (sistem ekonomi) nidzam alijtimaei (sistem pergaulan) , syiasah al-ta’lim (polisi pendidakan) dan syiasah al-kharajiyyah (polisi luar Negara) wajib diterpkan secara  bersamaan .Apabila kesemua sistem ini diterapkan secara serentak,barulah ia akan berfungsi secara harmonis hingga  mampu mewujudkan satu kesatuan sistem yang utuh dan sempurna  serta menampakkan keindahan Agama Islam sebagai sebuah cara hidup.Penting dikatakan ke empat –empat jenis uqubat  (jinayat , hudud, ta’zir dan mukhalafah) yang diterapkan oleh Negara Islam merupakan usaha terakhir dalam proses mencegah dan membenteras jenayah .Sistem pemerintahan Islam, yakni sistem khalifah,apabila diterapkan, akan pasti menjamin keadilam untuk seluruh umat manusia dan mendapat keredaan Allah SWT .Sistem ekonomi Islam apabila diterapkan akan menjamin setiap warga Negara mendapat segala apa yang mereka perlukan dalam jumlah yang mencukupi untuk menampung hidup mereka sehari –hari sehingga tidak ada seorang pun yang perlu melakukan jenayah untuk meneruskan hidupnya. Demikian pula polisi pendidikan akan menjamin setiap anggota masyarakat terdidik dengan syakhsiyyah Islamiyyah  sekali gus menghindari segala bentuk kejahatan dalam rangka mewujudkan ketakwaan  dalam diri setiap individu kepada Allah SWT.Semantara sistem pergaulan akan menjamin kebahgiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan khusus (hayatul khas) dan kehidupan umum (hayatul am)  serta pemisahan beberapa aktiviti kaum lelaki dan perempuan sekali gus menanamkan ke dalam benak  seluruh anggota  masyarakat ,sikap menjaga,menghormati, dan menghargai lawan jenisnya, sehingga dapat menghindarkan kemungkinan terjadinya jenayah  dan gejala sosial dalam perkara ini.
Bukan tu sahaja ,  penerapan Islam secara menyeluruh oleh Negara akan secara outomatik memastikan segala pintu maksiat tertutup rapat .Apabila kesemua sistem Islam telah diterapkan secara menyeluruh sehingga tidak ada seorang individu pun dizalimi  atau tidak mendapat haknya dan ruang maksiat sudah tertutup, maka secara alaminya , jenayah akan dapat dihindari .Dalam keadaan  ini (dalam keadaan di mana kesemua  sistem Islamdijalankan sehingga setiap individu mendapat haknya dan tidak ada seorang pun dizalimi) sekiranya masih ada individu  yang melakukan maksiat atau jenayah,maka memang sepatutnya individu tersebut dihukum dengan sewajarnya . Ringkasnya ,dalam konteks pencegahan jenayah,perlaksanaan sistem – sistem Islam akan membentuk tiga lapisan pencegahan yang berupa ketakwaan individu,pencegahan oleh masyarakat dan perlaksaan uqubat oleh Negara .
Uqubat adalah langkah terakhir dalam mencegah dan membentras jenayah.Negara Islam memiliki sistem pengadilan yang komprehensif,yang mampu menghalang serta dapat mengubah orang –orang yang menyimpang dari hukum syarak (para pelaku maksiat atau penjenayah) Uqubat yang datangnya dari Pencipta manusia itu sendiri yang dikenakan ke atas mereka yang bersalah,sememangnya telah terbukti menjadi langkah efektif untuk mencegah dan melawan jenayah,Rasa takut terhadap uqubat akan mencegah seseorang dari melakukan maksiat manakala diwaktu uqubat itu dilaksankan ke atas  manusia , akan menimbulkan kesedaran dan kesetikan .Bayangkan apakah perasaan dan sikap seorang pencuri yang telah dipotong tangannya ? Bayangkan jika kita melihat seseorang yang berjalan di tempat awam dengan  satu tangannya yang satu terpotong kerana dihukum atas kesalahan mencuri.Bayangkan jika si penzina disebat atau direjam dikhalayak ramai kerana kesalahan berzina.bayangkan si pembunuh yang dibunuh dan si murtad yang dipenggal lehernya dikhalayak ramai atas  kesalahan yang mereka lakukan.Apakah semua ini tidak menimbulkan kesedaran, rasa takut atau serik kepada setiap orang  untuk melakukan kesalahan ?.
Apabila sistem –sistem Islam diterapkan, kita akan dapat melihat bahawa tujuan keadilan dalam Islam bukanalah dalan aspek menghukum manusia yang bersalah semata –mata ,akan tetapi keadilan akan wujud dalam kehidupan sehingga dapat menjamin hak –hak  dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan Negara.Dalam sejarahnya yang panjang,Negara Islam (khalifah) telah berhasil mewujudkan tujuan ini selama lebih dari 1300 tahun.Inilah sebabnya mengapa pelaksanaan hudud tidak banyak terjadi tatkala kesemua sistem Islam diterapkan kerana wujudnya ketakwaan dalam diri individu,amar makruf nahi mungkar  dalam masyarakat dan penerapan hukum –hukum Islam oleh Negara.
Khatimah
.Sistem pemerintahan dan amalan politik yang diterapkan di Malaysia adalah berasaskan sekularisme yakni pemisahan agama Islam dari kehidupan (فصل الدين عن الحياة) .Hukum –hukum yang diterapkan adalah bersumberkan dari akal dan hawa nafsu manusia melalui proses demokrasi .Undang –undang dibuat oleh para penguasa yang tidak lepas dari kepentingan, baik kepentingan wang ataupun kekuasaan .Selama sekularisme dengan demokrasinya  yang diterapkan, selama itulah akan terjadi kerosakkan dan kebinasaan kepada umat manusia amnya,dan umat Islam khasnya.Pendekkata , selagi Islam tidak berkuasa , selagi itulah jenayah dan lain –lain kemaksiatan akan terus berleluasa dan bermahrajalela . Hanya pelaksanan syariat Islam sajalah yang bukan sahaja dapat mencegah segala bentuk jenayah dan kemaksiatan, malah akan menjamin keadilan ke atas setiap manusia , kerana syariat Islam itu berasal dari Zat Yang Maha Adil dan Maha Sempurna.
Berpalingnya manusia dari hukum –hukum Allahlah yang menyebabkan kehidupan terasa sungguh sempit dan terhimpit  . Benarlah firman Allah dalam ayat 14 Surah Taha :
ô`tBur uÚtôãr& `tã ̍ò2ÏŒ ¨bÎ*sù ¼ã&s! Zpt±ŠÏètB %Z3Y|Ê ¼çnãà±øtwUur uQöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# 4yJôãr& ÇÊËÍÈ  
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Maka, apakah kalian masih terus mahu berpaling dari sistem Islam ? Apakah kalian  masih mahukan sistem demokrasi dengan konsep kedulatan rakyatnya dan terus tinggal dalam sistem kufur ini dengan penuh kesempitan di dunia dan akan mendapat azab Allah di akhirat kelak ? Sesungguhnya kami telah menyampaikan dan sesungguhnya nasihat itu amat berguna bagi yang memberinya dan bermanfaat bagi menerimanya ,Kepada Allah kami serahkan segala urusan , SesungguhNya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa .
BULETIN Bulanan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh –InsyaAllah akan keluar pada minggu kedua Bulan hadapan  Januari 2014) ,Dari saya Ketua Penerangan dan Pengarang Sautul Haq .Sekian Terima Kasih – Salam Ukwah dan beramallah dengan Islam dengan sebaik-Baiknya.

No comments:

Post a Comment