SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 17



Pengajian Hadis siri  17.
Sambungan hadis kesembilan.
Kupasa Hadis .
7.Tulang rusuk sebelah atas itulah yang paling bengkuk bermaksud seolah –olah wanita itu dijadikan daripada bahagian yang paling bengkuk yang menunjukkan mereka amat mudah sekali terperdaya dan tercebur ke dalam kejahatan dan mudah  menjadi liar tidak mahu mematuhi suami.Manakla timbul keadaan tersebut daripada isteri- isteri maka suami – suami mestilah berawas dan berteliti menghadapi suasana , jangan sampai tidak terkawal dan diselubungi oleh perasaan yang tidak wajar lebih –lebih lagi dikuasai oleh kemahuan kuku besi yang mana mengakibatkan keadaan mejadi lebih buruk yang akhirnya meruntuhkan syurga rumahtangga dan melibatkan anak –anak yang tidak berdosa akibat kurang bijak suami menghadapi keadaan.
8.Islam memberi lelaki hak memimpin rumahtangga kerana kesanggupan dan kebijaksanaan akal yang dikurnia Allah kepada maka mereka mestilah bertanggungjawab menunaikan tugas dengan wajar dan sempurna, wajiblah menanamkan perasaan gemar kepada kebajikan terhadap anggota keluarganya.Jangan dibiarkan isteri tanpa petunjuk yang baik, lebih –lebih lagi keadaan jangan terbalik, teraju rumahtangga deiserahkan kepada isteri yang mana akhirnya akibat buruk akan menimpa dirinya sendiri .Dalam memberi pimpinan kepada isteri hendaklah menggunakan cara yang lembut tidak kasar bahkan serdahana tidak terlalu lembut sehingga tidak berkuasa dan terlalu kasar sehingga menyebabkan pecah dan rusak, dengan keadaan lemah lenbut dan serdahana itulah akan mengeluarkan rasa kasih saying , cinta mencintai bersama – sama membina sebuah rumahtangga yang bahagia .
Pengajaran Hadis.
1.Iman adalah bertambah dan berkurang dengan amalan yang dilaksanakan di antara yang menunjukkan kesempurnaan iman kepada Allah dam Hari Akhirat ialah tidak menyakiti jiran.
2.Jiran ialah mereka yang berhampiran dengan rumah iaitu 40 buah rumah sama ada mereka itu beragama Islam dan yang bukan beragama Islam , masing – masing adalah perlu dijaga hak –hak jiran terhadapnya.
3.Hak jiran yang paling kurang ialah jiran yang buka Islam iaitu hak berbaik bergaul secara patut .hak jiran yang paling tinggi ialah berjiran dengan kaum kerabat yang Islam iaitu hak jiran , hak Islam dan hak kerabat.
4,Menyakiti jirab hendaklah dijauhi sama ada yang dapat dirasai pada benda kasar atau moral nama dan kerhormatan jiran,
5.Wnita adalah mudah terpedaya dan tercebur kedalam kerosakkam kerana sifat kejadiannya bersedia menerima kerosakkan ,lemah, bengkuk seperti tulang rusuk.
6.Suami – suami bertanggungjawab memimpin isteri, memberi petunjuk yang baik dengan secara lemahlembut dan serdahana seupaya tidak merosakkan keadaan seuasana tabiat semula jadi bagi perempuan /Jauhkan samasekali membawa mereka ke jalan kerosakkan kerana untuk kejahatan dan kerosakkan memang telah sedia ada tak paya diajar dan ditunjukkan .
7.Dengan pergaulan yang baik lagi lemah lembut akan menimbulkan kasih saying cinta mencintai, dapat menciptakan kebahgiaan rumahtangga yang aman dan tenteram

No comments:

Post a Comment