SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 13



Pengajian Hadis Siri 13.
Sambungan Hadis Ketujuh .
Kupasan Hadis .
5.Seorang di perut kapal cuba mengorek lubang untuk mendapatkan air bagi keperluan sama ada dilakukanشَّرِيْفnya dengan penuh kesedaran akan bahaya yang akan merosakkan dirinya sendiri bersama –sama orang ramai  atau tidak disedarinya.Adalah satu jenayah yang mesti diawasi dan dikawal oleh orang ramai.Bagi penompang kapal semuanya mestilah mengambil tahu dan berawasi terhadap mereka yang akan merosakkan keselamatan kapal sama ada dengan mengoreknya atau sebagainya, pengawasan inilah dinamakan  pendapat orang ramai .
6.Segala hukuman dalam Al-Quran mengenai hudud (batasan Allah) adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan hidup masyarakat manusia.Barang siapa yang melakukannya mestilah menerima hukuman yang sewajarnya, seperti hukuman mencuri,zina , minum arak dam  membunuh untuk memelihara kehormatan harta benda, keturunan, akal  dan nyawa manuusia daripada dicabul .Manakal jenayah yang dilakukan oleh anggota masyarakat tanpa dicegah dan dikutuk maka kerosakan dan kemurkaan Allah akan menimpa seluruh anggota masyarakat, tidak kira yang baik dan yang jahat seperti mana sebuah hadis Rasulullah saw :
"إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوْا اِذَا سُرِقَ فِيْهِمْ الشَّرِيْفُ تَرَكُوْهُ وَإِذَا سَرِقَ  فِيْهِمُ الضَّعِيْفُ اَقَامُوْا الحَدَّ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتِ مُحَمَّدٍ سَرِقَتْ لَقَطَعَ مُحَمَّدٌ يَدَهَا ".
Sanya telah dibinasakan orang –orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila orang kenamaan mencuri dibiarkannya dan apabila orang lemah mencuri mereka jalankan hukuman, demi diri Muhammad di tanganNya sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya Muhammad akan memotong tangannya.
Pengajaran Hadis .
1.Perbandingan contoh sebuah masyarakat adalah seperti sebuah kapal di mana tiap –tiap anggotanya mempunyai tugas dan kewajipan, masing –masing ada habuan dan hajat tertentu, keselamatan kapal itu bukan di tangan nakhoda atau kiptan kapal itu sahajabahkan masing –masing  menpunyai kewajipan menjaga keselamatan mengikut kadar masing –masing , begitlah keadaannya dengan masyarakat .
2.Wajib tiap –tiap anggota masyarakat berusaha mencegah jenayah dan kejahatan yang akan merosakkan diri perseorangan dan orang ramai, tidak boleh dibiarkan penjenayah berleluasa tanpa dihukum dan dicegah .
3.Jenayah atau mencabul batasan Allah manakala dibiarkan tanpa dikutuk dan diawas maka bencana bahaya kemurkaan Allah akan menimpa seluruh masyarakat sama ada baik dan yang jahat seperti mana tenggelamnya sebuah kapal oleh sebuah lubang yang dikorek oleh seorang penumpang atau banjir besar yang melanggar semua dihadapnya tidak mengira pohon besar lagi kuat atau pohon kecil lapuk dan tak berfaedah .
4,Kesedaran orang ramai yang berani kerana hak demi kepentingan  ramai, tidak mahu hak dan keselamatan ramai dipermain-mainkan adalah menunjukkan tanda yang baik kematangan anggota masyarakat itu berfikir dan bertindak .Juga menunjukkan masyarakat itu mempunyai kemahuan dan kemajuan serta kebebasan hidup yang mulia .

No comments:

Post a Comment