SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri ke 7




Pengajian Hadis siri 7 .
HADIS KEEMPAT
DUNIA PENJARA BAGI ORANG MUKMIN .

عَنْ أَبِي هُريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلدُّنْيَا  سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ ( رواه مسلم) .
Daripada Abi Hurairah r.a ,Rasulullah saw bersabda :”Dunia adalah penjara  bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir ( Hadis riwayat Muslim) .
Kupasan Hadis .
1.Kehidupan dunia sepertimana yang diterangkan oleh Al-Quran dalam surah Al-Hadid ayat 20 :
ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
2.Hadis di atas adalah mengambarkan keadaan orang mukmin di dunia ini seolah –olah ia di dalam penjara  taka da kebebasan penuh tanpa batas , bahkan ia terekawal melakukan segala kemahuan nafsu yang dilarang dan ditegah .Bagi seorang mukmin diminta supaya patuh taat kepada perintah Allah untuk mencapai keridaanNya ,Seorang mukmin akan menerima bermacam –macam kesusuhan di dunia ini .Dan apablia  ia berpindah meninggalkan dunia ini ia akan mendapat nikmat abadi kesenangan yang sebenar-benarnya. Adapun orang – orang kafir tak mahu mengikut perintah Allah melakukan  sesuatu di dunia ini tanpa batasnya . mengikut hawa nafsu yang berluasa seolah –olah mereka  mendapat nikmat dan kesenangan di dunia ini,menakala  ia mati segala kesenangan itu bertukar corak baginya menjadi azab seksa dan kecelakaan selama-lamanya di akhirat .
3.Ada di antara  kita salah memahamkan hadis ini sehingga menyangka tak mahu bekerja dan menikmati keindahan alam ini, tak mahu menggunakan alam  kejadian tuhan ini untuk kepentingan hidup,fahaman ini adalah ditiupkan oleh orang yang putus asa lagi pemalas, suka berangan-angan yang kononnya hendak masuk syurga yang penuh nikmat dengan mudah.sikap tersebut  ialah sikap seorang pemalas,penakut dan bacul.Kenapa kita memahamkan kepada perkara – perkara yang membahayakan dan melemahkan seamgat bekerja, sedangkan kita memahami kepada tujuan yang lebih dinamik,cergas untuk hidup mulia, yang mempunyai keagungan .kenapa kita memahamkan penjara  dengan melarang kita menikmati  keindahan alam dan syurga  kononnya  untuk kepuasan orang –orang kafir sahaja, kita orang – orang Islam tidak berhak menikmatinya?.

No comments:

Post a Comment