(a) Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 40 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah tidak sekali -kali menganiaya (seseorang )sekalipun seberat zarrah ( debu).Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah ) amal kebajikan,nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisinya ,pahala yang amat besar.
Kita janganlah bimbang dan rasa dukacita di atas amal kebajikan yang kita lakukan dengan sedikit , iaitu seberat zarah (debu),kerana Allah akan membalasnya,dan akan memberi ganjaran yang berlipat ganda ,contohnya kita bagi ilmu kepada beberapa orang pelajar , kemudian pelajar-pelajar itu kembangkan kepada pelajar-pelajar mereka,maka pahala mengajar kepada pelajar -pelajar kita mungkin kecil pada mulanya ,tetapi ia akan menjadi besar macam piramid.
(b) Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 173 yang bermaksud:
" Sesudah itu orang -orang beriman dan beramal salih ,Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka.Sebaliknya orang -orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takabur ,maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya , dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka ."
Ayat ini mengingatkan kepada orang Islam, bahawa orang yang beriman dan beramal salih akan mendapat balasan dari Allah syurga, dan sebaliknya orang kafir yang bersifat angkoh akan mendapat azab seksa yang pedih dari Allah di Akhirat dan tidak ada orang yang menolong dari melepaskan mereka dari seksa azab itu.Oleh itu hampiri diri kepada Allah di dunia ini dengan beriman dan beramal salih supaya akan mendapat pelindong atau penolong pada hari akhirat kelak .
(c)Firman Allah Taala dalam Surah Al Anaam ayat 70 yang bermaksud:
" Dan jauhkanlah diri dari orang -orang yang menjadikan Agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia , dan peringatkanlah ( mereka ) dengan Al Quran itu supaya tiap -tiap diri ( di akhirat kelak ) tidak terjerumus ( ke dalam azab neraka ) dengan sebab apa yang ia telah usahakan ( dari perbuatan buruk dan keji) . Tidak ada baginya pelindung dan juga pemberi syafaat yang lain dari Allah . Dan jika ia hendak menebus (dirinya ) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu ) tidak akan diterima daripadanya . Mereka itulah orang -orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka )dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak , dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya ).
Allah meminta kita Umat Islam menjauhi orang -orang yang suka mempermainkan agama dan menjadikannya sebagi hiburan, sebab mereka iini sudah dipengaruhi kehidupan di dunia sehingga sanggup agama dipermainkan dan dijadikan sebagi hiburan ,seperti ia bersembahyang yang mana ia sembahyang itu berpura - pura bukan sembahyang yang sebenar , kadang - kadang bersembahyang sekali seminggi iaitu sembahyang Jumaat atau menunjukkan ia berpuasa , tetapi ia tidak berpuasa.ataupun ajak Tok Alim bertalil dirumahnya sedangkan ia tidak pernah sembahyang .Contoh -contah ini adalah orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan, ingatlah orang ini akah dijerumuskan Allah ke dalam Neraka , dan mereka tiada mendapat perlindung dari Allah, mereka tidak boleh menebus kesalahan yang mereka lakukan dengan wang ringgit yang banyak,kerana itu tidak akan diterima oleh Allah.Yang diterima Allah ialah amal bakti yang salih.Oleh itu Allah memberi tahu kepada kita supaya memperingatkan mereka dengan ajaran Al Quran , dengan ini menghindarkan mereka dari terjerumus ke dalam neraka yang mana di dalamnya disedikan air minuman yang amat panas ,yang menggelegak ,dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya .Semuanya ini adalah kerana usaha kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan semasa hidup di dunia
(d) )Firman Allah Taala dalam Surah Ar Ra'd ayat 22 yang bermaksud:
"Dan orang -orang bersabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata -mata dan mendirikan sembahyang ,serta mendrmakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka ,secara sembunyi atau cara berterang -terang , dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik -baiknya pada hari akhirat ."
Sabar adalah syarat untuk mencapai kejayaan,orang yang sanggup bersabar adalah orang tahan diuji ,baik sabar melakukan perintah Allah atau pun berbuat baik sesama insan, kita tidak sunyi dari penderitaan di dalam mengahurngi hidup di dunia ini,kerana apa yang kita hajat bukanlah boleh segera dapat , kadang -kadang kita berdoa ,tetapi tidak dimakbulkan, oleh itu kesabaran mesti ada,kalau tidak kemungkinan kita menjadi orang putus harapan . kesabaran yang kita lakukan adalah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah ianya merupakan syarat pertama untuk berjaya mendapat Syurga Allah .
Mendirikan sembahyang adalah merupakan syarat kedua untuk berjaya mendapat syurga Allah kerana sembahyang merupakan ibadat yang paling penting di dalam Islam. Sembahyang juga merupakan hubungan hamba dengan Allah tidak putus kerana sembahyang mesti dilakukan sekurang - kurangnya lima kali sehari semalam.
Mendermakan harta yang diberikan oleh Allah adalah merupakan syarat ketiga untuk berjaya mendapat syurga Allah ,kerana ia sanggup mendermakan hartanya samada secara rahsia ataupun secara terang,secara sembunyi tak ada riak dan secara terang untuk memberi pengajaran kepada orang lain .
Menolak kejahatan dengan kebaikan adalah syarat keempat untuk berjaya mendapat syurga Allah , ianya merupakan sifat amat mulia ,orang buat jahat kepada kita ,kita balas dengan baik,kemungkinan boleh membawakan keinsafan kepada penzalim itu .
(e)Firman Allah Taala dalam Surah Al Nahl ayat 97 yang bermaksud:
Sesiapa yang beramal salih , dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
Perhubungan di antara iman dan amal salih adalah perhubungan yang sangat irat seperi isi dengan kuku,tidak sempurna iman jika tidak dibuktikan dengan amal salih, di dalam soal beriman dan melakukan amal salih adalah sama kedudukannya di antara lelaki dan perempuan,keduanya mempunyai tanggungjawab yang sama dan juga keduanya dijanjikan sama - sama akan mendapat kehidupan yang baik (Hayatan taiyibah ) .
Pengertian "kehidupan yang baik mengikut ahli tafsir
(j) Ibnu Kathir - Tenteram jiwa
(ii)Ibnu Abbas - mendapat rezeki yang halal.
(iii)Ali bin Abi Talib - Rasa tenang dan sabar
(iv) Adh Dhahak - Kelazatan dan puas beribadat kepada Allah.
Semua ahli tafsir tiadak ada yang berlawanan,dan boleh disimpulkan di dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:
:"Sesungguhnya mendapat kemenangan orang yang menjadi Islam dengan mendapat rezeki yang cukup dan memadai dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya ."
Segala amalan soleh yang kita lakukan dalam dunia ini akan mendapat pahala yang paling bagus dari Allah ,kerana hasil yang di ambil dari telaga iman yang teguh kepada Allah sebagaimana dijanjikan di dalam hujung ayat 97 Surah Al Nahl ini "dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(f)Firman Allah Taala dalam Surah Al Kahfi ayat 46 yang bermaksud:
" Harta benda dan anak penak itu,ialah perhiasan hidup di dunia , dan amal -amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi TuhanMu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan ."
Telah menjadi firah dan naluri manusia menjadikan harta dan anak -anak sebagai kebanggaan dan keseronokan hidup .Mereka yang berharta dan mempunyai anak yang ramai akan merasa puas dengan kurniaan Allah SWT ini.
Anak -anak akan menjadi tonggak harapan masa depan dengan bimbingan dan pendidikan sempurna dari ibubapa.
Walaupun demikian ,manusia diingatkan supaya jangan lalai dan leka dengan keseronokan dan keselesaan hidup ini kerana semuanya adalah semantara dan pinjaman sahaja.Apabila telah sampai masa dan ketikanya semua ini akan ditinggalkan kepada yang masih hidup .Yang kekal abadi hanyalah amalan kebajikan dan amal ibadat yang dilakukan ketika hidup.Ianya akan dibawa bersama ketika bertemu Allah SWT.
(g)Firman Allah Taala dalam Surah Al Haj ayat 41 yang bermaksud:
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat ,dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar.Dan (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."
Setelah Allah Taala memberi pertolongan kepada mereka yang berjuang didalam menegakkan agama Allah , maka Allah kukuhkan kedudukan mereka di dalam mentadbir usuran hidup di dunia ini,tanpa diceroboh dan diganggu gugat oleh anasir luar yang disifatkan Allah "
Baldatun taiyibah warabul ghafur
Hidup aman dan tenteram.Mendirikan sembahyang adalah tugas yang paling utama setelah mendapat kekukuhan kedudukan ( memegang tampuk pemerintahan) yang mesti dilakukan,kerana sembahyang adalah hubungan langsung seorang hamba dengan Allah,melalui sembahyang kita beriqrar "bahawa sesungguhnya semabahyang,ibadat lain,hidup dan mati adalah semata -mata kerana Allah " dan juga menyatakan ketaatan dan hajat melalui perkataan dan perbuatan,sesungguhnya sembahyang juga merupakan satu kewajipan yang perlukan dilakukan oleh setiap individu Islam (fardu ain),di segi kemasyrakatan sembahyang dapat menjalin perhubungan di antara seorang dengan seorang dan akhir nya mewujud perpaduan yang rapat melalui sembahyang Jumaat dan solat berjemaah ,mengeluarakan zakat merupakan tugas yang kedua perlu dilakukan ,kerana zakat dapat menjamin kehormian masyarakat dan dapat merapatkan jurang kemiskinan di antara yang kaya dan miskin. Amar makruf dan nahi munkar adalah tugas yang ketiga yang perlu dilakukan ,demi untuk mencapai kesejahteraan umat dan sebaik - baik umat sebagaimana yang telah di rakamkan di dalam ayat 110 ,Surah Ali Imran yang bermaksud:
"Kamu ( Kamu Wahai Umat Muhammad ! ) adalah sebaik -baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ) .....
Apa jua urusan yang kita lakukan ,semuanya keputusan adalah terserah kepada Allah ,samada berjaya atau gagal .
(h)Firman Allah Taala dalam Surah Asy syura ayat 23 yang bermaksud:
" (Limpahkurnia yang besar )itulah yang Allah gembirakan (dengannya) hamba -hambaNya yang beriman dan beramal salih .Katakanlah ( wahai Muhammad) " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra ( kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat ( yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti).Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik,kami tambahi kebaikan baginya ( dengan menggandakan pahala ) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik -baiknya (akan orang yang bersyukur kepadaNya) ."
Dalam ayat 23 Allah akan melimpahkan kurnianya kepada orang -orang beramal salih "bersenang -senang di dalam taman syurga " - " mereka boleh mendapat apa yang diingini mereka di sisi Tuhan Mereka " - "Inilah peranugerahan yang amat besar ". Kesemua ini adalah sebagai berita gembira yang Rasulullah SAW sampaikan kepada mereka di awal ayat 23, seterusnya Allah mengajar Nabi Muhammad SAW supaya berkata kepada orang - orang beriman bahawa beliau tidak meminta apa -apa upahan dari mereka sebagai balasan memimpin mereka ke jalan hidayah yang membawa mereka mendapat nikmat syurga,dan menjauhkan mereka dari azab seksa Allah kecuali semata -mata memenuhi " kasih mesranya terhadap mereka kerana adanya hubungan kekeluargaan mereka dengannya " ini sahaja sudah cukup sebagai upahnya. Allah telah berjanji kepada mereka yang membuat kebajikan akan ditambah kebajikan itu melimpah ruah ( mendapat taufik mengerjakan amalan ihsan ) dan mendapat keampunan dari Allah , kemudian mereka diberi ucapan terima kasih di atas amalan kebajikan yang mereka lakukan itulah kejayaan yang paling besar bagi mereka .
(i)Firman Allah Taala dalam Surah Al Jathiyah ayat 21 yang bermaksud:
" Patutkah orang -orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang -orang yang beriman dan beramal salih, dengan menyamakan keadaan ( mereka semua ) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati ? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu ."
Ayat ini mengemukakan tentang titik perbezaan di antara orang yang mengerjakan amalan - amalan yang berdosa dengan orang -orang yang mengerjakan amalan -amalan yang salih, dan menyangkalkan anggapan bahawa kedua -dua gulungan itu dihukum sama.Mereka tidak sama pada pertimbangan neraca Allah ,samada pada masa mereka hidup di dunia atau selepas mati .Anggapan yang demikian itu adalah anggapan yang amat buruk dan jauh dari kebenarannya .
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
1 week ago