SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 18



Pengajian Hadis Siri 18 .
HADIS KESEPULUH
ORANG MUKMIN YANG KUAT.
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم :أَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبَّ إِلَي اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِي كُلِّ خَيْرٌ اِحْرِصْ عَلَي مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْئٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّيْ فَعَلْتُ كَذَا كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قَدَّرَ اللهُ , وَمَا شَاءَ اللهُ فَعَلَ فَإِنْ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ . (أخرجه مسلم ) .
Daripada Abi Hurairah r.a ia berkata  bahawa Rasulullah saw bersabda “ Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah dan dalam kesemua itu adalah baik .Halubalah engkau akan perkara yang memberi faedah kepada kamu .dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah tak berdaya , Dan jika sekiranya sesuatu bencana menimpa engkau maka janganlah engkau berkata kalau aku berbuat begini tentu jadi begina, tetapi hendaklah berkata itu telah ditakdirkan Allah, apa sesuatu yang dikehendaki telah berlaku ,sesungguhnya perkataan –kalau – itu membuka pintu perbuatan Syaitan – ( Dikeluarkan Oleh Muslim ) .
Kupasan Hadis .
1.Orang mukmin yang kuat dan yang lemah : Adalah menunjukan iman itu berlebih dabn berkurang bagi seseorang dan di antar satu sama lain, menakala iman dapat disertai dengan amal –amal yang soleh maka seseorang itu akan mendapat kebahgiaan dari dunia hingga ke akhirat, firman Allah dalam surah  an Nahl ayat 97 :
sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.
Orang mukmin yang kuat  ialah yang sanggup  melakukan amal – amal yang soleh,berjihad , menyeru kepada kebajikan dan mencegah daripada kejahatan,sentiasa berkerja dengan keadaan cekal dan sabar,tidak merasa  gentar dan lemah menghadapi sesuatu,bahkan kuat dan gagah dalam semua aspek rohani dan jasmani,sebaliknya mereka yang lemah sekalipun seorang mukmin adalah berlainan daripada yang disebutkan,contoh yang pertama yang kuat itu sentiasa mendampingkan dirinya kepada Allah,tetapi yang lemah adalah taksir dan cuai dengan kewajipan kepada Allah .Di sinilah harga iman bagi seseorang itu .Ia belum cukup setakat percaya selagi belum dituruti dengan amal yang soleh.Apabila iman tidak disertai dengan amal sesungguhnya kerugianlah akan menimpainya di akhirat kelak .
2.Haluba kepada perkara yang manfaat : Ialah orang – orang mukmin tidak dibenarkan malas dan cuai membuang peluang selagi ia berdaya  untuk mendapatkan sebarang yang memberi  kebagiaan   dan faedah seperti harta kekayaan,pangkat dan kemegahan serta ilmu yang bermanfaat, berakhlak mulia dan berusaha  melakukan pekerjaan yang mendampingkan dirinya kepada Allah seperti membaca al-quran,berzikir,beristighfar dan sebagainya yang bererti di mana ada peluang baginya  maka ia tidak membuang masa dan peluang .
3.Meminta ditolong Allah :Iaitu seorang mukmin tidak lupa samasekali kepada Allah tetakala membuat  sesuatu sebab bagi sesuatu tujuan kerana rintangan – rintangan sentiasa  bersua di hadapannya  dan ia sentiasa  berkehendakkan segala  persediaan dan bantuan dalam segenap lapangan dengan itu  supaya usaha –usaha  yang dilaksanakan amat  menadapt  kejayaan .Maka kepada Allah  sahajalah  meminta pertolongan taufikNya dan InayahNya kerana kejayaan dan kegagalan bukanlah hak mutlak  manusia  menentukannya.Sebab itulah  seseorang mukmin yang membaca Surah Al-Fatihah sama ada di dalam sembahyang  atau di luar sembahyang sentiasa menyebut :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.   (Al-Fatihah ayat 5 .)
4.Jangan lemah : Jangan lembab, malas,putus asa ,tidak percaya kepada diri sendiri, dalam hal ini Rasulullah saw mengajar supaya memohon dan berdoa dengan dijauhkan daripada penyakit  malas dan lemah :
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
Ya  ! Allah ! Aku berlindung  dengan Engkau daripada lemah dan malas .

No comments:

Post a Comment