Pengajian Hadis siri 27
Sambungan Hadis ke -14
Kupasan Hadis .
5.Salam bererti selamat
sejahtera dan ia adalah merupaka perasaan diri seseorang yang mengandungi
erti kesejahteraan, keamanan dan
keselamatan , apabila seseorang itu memberi ucapan selamat sejahtera yang benar
–benar difahami dan dirasai bersama oleh orang –orang mukmin maka sesungguhnya
akan membuahkan perasaan mahabbah kasih sayang , mekala tersibar luas sesama
mereka maka denga sendirinya keselamatan , kesejahteraan dan keamanan kan
tercipta di dalam sesebuah masyarakat mukmin yang dinamis .
Sekurang –kurang lafaz
salam itu ialah :
السلام
عليكم
Dan
yang lebih sempurna ditambah lagi :
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته .
6.Menurut pendapat daripada hadis memberi salam itu
adalah wajib tetapi penapat lain menyatakan bahawa mula memberi salam itu ialah
sunat tetapi menjawab salam itu adalah wajib , kalau salam itu ditujukan kepada
kumpulan ramai tidak ditentukan maka menjawab salam itu adalah fardu kifayah ,
menurut sebuah hadis Nabi :
يُجْزِئُ عَنِ الْجَمَاعَةِ أَنْ
يَرُدَّ اَحَدُهُمْ
Memada sebagi
ganti jemaah ramai menjawab salam salah seorang daripada mereka .
Hadis
diriwayatkan oleh Ahmad dan aAlBahaqi .
Salam
itu amat digalakkan sesama mukmin ketika bertemu dan ketika berpisah sabda
Rasulullah saw :
إِذَا
قَعَدَ أَحَدُكُمْ فَلْيُسَلِّمْ وَإِذَا قَامَ فَلْيُسَلِّمْ وَلَيْسَتِ
الْاُوْلَي بِأَحَقِّ مِنَ الْاَخِرَةِ .
Apabila seseorang kamu
duduk hendaklah memberi salam dan aoabila bangun hebdaklah memberi
salam,bukanlah bererti yang dahulu itu lebih berhak wajib daripada kemudian ,
ini bermakna apabila bertemu dan berpisah hendaklah memberi salam, sama sahaja
yang dahulu dan yang kemudian iaitu yang pergu dan yang duduk (tinggal) .
7. السلام عليكمadalah menjadi lambang atau tiket antara
orang –orang mukmin untuk membuka pintu perkenalan dan perbincangan serta
ukhwah yang akan menimbulan kerjasama yang lebih berfaedah, dengan itu haruslah
bagi tiap – tiap mukmin meresapkan dan mendalami falasafah tujuan السلام
عليكم itu ke dalam jiwa masing – masing
supaya jangan menjadi sebagi lagu bibir sab lidah tanpa isi , kosoang di
hati nurani.
Patut
sekali bagi orang mukmin memeliahar lambang ini dengan sungguh – sungguh
sebagai syiar kemegahan bagi mereka , jangan mudah ditukar dengan yang lain
kononnya kerana semangat kebangasaan dan sebagainya lalu diganti
dengan perkataan “ selamat pagi – Good Morning dan sebagainya , malah
bagi seorang mukmin hendaklah lebih dahulu mengutama ucapannya السلام
عليكم kemudian barulah disusul
ditambah dengan yang lain yang difikir patut dan wajar .
8.Perkataan
السلام itu bererti sejahtera yang bermaksud
keselamatan dan kesejahteraan sentiasa berada di samping pengucap dan doa restu
dari seseorang mukmin kepada saudarnya mukmin dan merupakan tanda bahawa
pertemuan itu adalah pertemuan aman yang diikararkan dan diakui oleh yang
datang dan yang menunggu, selain dari itu As Salam ialah salah satu nama
Allah,maka menakala di ucapkan bererti : Kamu di dalam perliharaan Allah .Allah
bersert kamu dan Allah menolong kamu ,begitulah doa dan harapan dari seorang
mukmin kepada saudaranya mukmin.
Pengajaran
Hadis :
1.Iman
ialah syarat pertama untuk memasuki syurga tempat pembalasan nikmat kekal ,
syirik adalah penghalang samada syirik jalli atau syirik khafi .
2.Orang
–orang mukminyang sejati adalah bersauara berkasih sayang bersahabat baik
sesama mereka sejauh mana kesanggupan seseorang itu melaksanakan tujuan
muhibbah persahabatan kasih sayang sesama mereka maka sejauh itulah darjah
kesempurnaan iman .
3.Memberi
salam adalah jalan mmenuju muhibbah dan kasih sayang dengan السلام عليكمialah syiar
yang awajib diamal dan diperliahara oleh seluruh umat Islam
No comments:
Post a Comment