SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 30, 2012

Tazkirah yang ke -19 Jumaat 30.11.2012.keadaan kiamat 2 .

KEMUDIAN ditiup sangkakala kali kedua oleh malaikat Israfil seperti firman Allah swt dalam surah Yassin ayat 51-53 :
وَنُفِخَ فِي الصُّوْرِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَي رَبِّهِمْ يَنْسِلُوْنَ  قَالُوْا يَاوَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَد الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُوْنَ  إِنْ كَانَتْ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيْعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُوْنَ 
51. dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang Yang telah mati; apabila berlaku Yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
52. (pada ketika itu) orang-orang Yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! siapakah Yang membangkitkan Kami dari kubur tempat tidur kami?,, (lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah Dia Yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita Yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
53. hanyalah Dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka Dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Maka masuklah sakalian roh ke dalam jasad maka berhimpunlah mereka dengan kumpulan – kumpulan tertentu mengikut amalan mereka – firman Allah SWT dalam surah Mariam ayat 85 -86 :
يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِيْنَ إِلَي الرَّحْمَنِ وَفْدًا  وَنَسُوْقُ الْمُجْرِمِيْنَ إِلَي جَهَنَّمَ وِرْدًا 
85. (ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang Yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, Dengan berpasuk-pasukan.
86. dan Kami akan menghalau orang-orang Yang bersalah ke neraka Jahannam, Dalam keadaan dahaga.
Maka berjalanlah merekaitu menuju ke padang mahsyar dengan keadaan yang berlainan mengikut amalan mereka di dunia dahulu .
Maka Nabi Muhammad SAW melihat satu kaum maka ia bertanya kepada Jibril “ Kaum siapa mereka itu adakah mereka umatku ? maka jawab jibril bukan – kemudian Nabi berjalan sehingga sampai kepada padang yang dipenuhi oleh manusia , lalu nabi saw bertanya adakah mereka itu umatku – maka jawab jibril “Ia ya! rasulullah – maka rasulullah pun menghampiri umatnya yang ramai dan bertanya khabar kepada mereka adakah dikenakan siksa – maka mereka menceritakan penderitaan mereka di padang mahsyar – maka menangis mereka itu dan rasulullah turut serta menangis .
ALLAH berfirman kepada malaikat yang menanggung Arasy bawalah arasy ini ke padang mahsyar ,Firman Allah swt surah Al-Haqqah ayat 17 :
وَالْمَلَكُ عَلَي أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلً عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَامَنِيَّةٌ 
17. sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu.
Allah memerintahkan tiap –tiap rasul mengeluarkan huadh kecuali huadh nabi Salleh – maka huadh itu adalah terdiri dari air susu – maka firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW “ Ya Muhammad sesungguh hari ini Aku akan hukum segala makhluk pada hari ini dengan syariat dengan siksa dan mizan “.

Friday, November 23, 2012

madrasah dan Qiamullail siri 2.

pas kawasan temerloh akan mengadakan madrasah dan Qiamullail siri 2 pada 24 dan 25 nov 2012.seperti dalam iklan berikut :
datanglah beramai -ramai - walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya masalah tarbiyyah jangan dikesampingankan .

INGAT DUA PERKARA LUPA DUA PERKARA.


PESANAN Luqmanul Hakim kepada anaknya,ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara .Pertama ,ingat segala perbuatan baik orang terhadap kamu dan lupakan semua kebaikan kamu kepada orang.Kedua : lupakan kejahatan orang terhadap kamu tetapi ingat segala perbuatan buruk kamu kepada orang.
Kalau difikirkan kembali memang sukar untuk laksanakan kerana memang sifat manusia suka membangga –banggakan apa kebaikan yang dibuatnya.Dan seboleh mungkin segala perkara buruk pula akan disorokkan .Sebab itu timbul peribahasa “berlindung di sebalik lalang sehelai atau menutup bangkai gajah dengan nyiru”.
Sebenarnya ada hikmah yang besar menurut nasihat Luqman tersebut.Ia mengelakkan kita daripada berasa riyak dengan segala kebaikan yang dilaksanakan.Malah ia mengurangkan expectation atau harapan kta menjadi tinggi bila berbuat baik.Sifat manusia biasanya akan mengharapkan kebaikannya diingati apatah lagi oleh yang menerima kebaikan itu.Paling tidakpun cukup sekadar menyebutnya.Ditakdirkan orang tersebut terlupa,maka ringan sahaja mulut untuk mengungkit . Justeru, hikmah menuruti nasihat Luqman ini ialah agar kita tidak mengungkit kebaikan tersebut.
Begitu juga kita digalakkan melupakan keburukan orang kepada kita sebaliknya meningat keburukan kita kepada orang.Dengan ini akan dapat mengelakkan kita dariapada berasa dendam dan sakit hati terhadap orang lain.Sebaliknya dengan mengingati keburukan kita pada orang lain kita akan berusaha memohon kemaafan dan berbuat baik serta menjalinkan silaturrahim.
Namun ia tidak mudah untuk dilaksanakan, kecuali dengan bermujahadah bersungguh –sungguh .Sebagai iktibar, mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah ini.
Ada dua sahabat berjalan sama-sama, entah bagaimana tiba –tiba mereka bergaduh.Lalu sahabat A ini menumbuk si B tapi B tidak membalasnya.B lalu menulis di atas pasir “Sahabat saya A telah menumbuk saya “ Kemudian mereka berbaik semula dan menyambung perjalanan.Mereka berdua tiba berhampiran sebuah tasik, lalu kedua –duanya mengambil keputusan untuk mandi .Entah apa malangnya si B tiba –tiba lemas.Lalu si A berusaha menyelamatkannya .Sebaik sahaja diselamatkan si B lalu memahat pada batu “ sahabat saya A telah menyelamatkan saya daripada lemas.”
Kesimpulannya , memang tidak mudah melupakan sesuatu yang menyakitkan hati tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mencuba .Dan seharusnya perkara yang membuatkan kita rasa terluka itu ditutup dengan mengingati kebaikan yang pernah dicurahkan kepada kita .Takkan lah dengan satu dua perkara buruk yang dilakukan maka kita melupakan Sembilan kebaikan yang pernah dihulurkan kepada kita .Ingat – ingatlah .

Tuesday, November 20, 2012

doa hancurkan umno dan bn

DOA YANG DIBACA OLEH NIK RAZI NIK MAT :
يا الله فرمودهكنله فرجالنن كامي كفتراجاي , حكومكنله UMNO-BN , حكومكنله UMNO-BN, حكومكنله UMNO-BN , دالم فيليهنراي (عموم ) ك-13 اين , كظاليمن UMNO-BN , كفد اكامامو , كفد همبامو , كفد نكري كامي اين .
يا الله اغكو مغرتي تنتغ حال كامي , كامي همبا – همبامو داتغ جاءوه دان دكت بركومفول دمالم يغ بركت اين .
يا الله امفوني دوسا كامي , دوسا كدوا ايبو باف كامي . يا الله قواتكن ايمان كامي , فرموروهكن رزقي كامي – امانكنله رومهتغك , نكري دان نكارا كامي .
جرملغكنله انق – انق كامي , انق – انق كامي اداله امانه دريمو . يا الله بريله مريك برجاي ددنيا دان داخيرة ننتي , بريله مريك برجاي انتوق منولوغ سنة نبيمو محمد صلي الله عليه وسلم .
يا الله حكومكنله UMNO, يا الله حكومكنله UMNO-BN, دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 اين يا الله . موده – مودهن فرجالنن كامي كفترا جاي يا الله اكن موده دغن فرتولوغنمو يا الله .
كالو كامو فرنه تغكلمكن فرعون كدالم لاوت .. يا الله كامو تله رانفكن نمرود , بكيتوجوك ابو لهب . مك سوغكوه مودهث كامو انتوق منجهنمكن , دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 .
تيدق لارت كامي هندق مليهت انق كامي دغن سواسان تيدق سلامت كلوار رومه دغن راكوت ,روكول ,بونه ,باكر , جينجغ مأنسي .
يا الله هابيسله نكارا كامي اين دجوال اوله UMNO , هنجور UMNO دان تومبغ BN .
ULASAN DARI MURSYIDUL AM PAS :
Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Tindakan mereka mendoakan Umno dan BN hancur adalah kerana BN menolak Islam”.
Beliau mendakwa tindakan BN menolak Islam itu berkaitan dengan soal akidah dan secara jelas menunjukkan parti itu mempermainkan agama .
Menteri Besar Kelantan itu memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu kerana tidak mematuhi perintahNya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf islam ? Takkan nak biar ? Tak salah doa macam itu kerana dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta yang banyak.
“Akhirnya Nabi Nuh berdoa supaya tuhan memusnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti,bila orang itu beranak maka anaknya melawannya,jadi jangan tinggalkan seorang pun “ Katanya pada siding media selepas muktamar Tahunan PAS ke – 58 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (Putik) disini,semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN yang dipimpin bacaan oleh adiknya ,Nik Razi Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV , Jumaat lalu.
Nik Aziz turut menolak dakwaan bahawa orang Melayu murtad disebabkan paderi Kristian.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu menolak islam atau seeorang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
Ditanya samaada beliau menganggap Umno murtad kerana memperlekehkan Islam,Nik Abdul Aziz berkata soal murtad tidak kira siapa .
“Sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad ,”katanya.
ulasan dari Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Semantara itu,Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , doa menghapuskan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibuat pada Himpunan Kebangkitan Umat Jumaat lalu akan dimakbulkan Tuhan kerana ia rakyat teraniaya.
Katanya dalam al-Quran doa orang dizalimi,walaupun orang itu bukan Islam diterima tuhan.
“Doa hapuskan Umno danBN boleh dibuat dalam keadaan rakyat tertindas.Orang yang ditindas boleh berdoa terhadap orang zalim,malah Nabi SAW sebut doa (Orang) yang kena zalim tiada didinding, diterima tuhan walaupun ia seorang kafir,”Katanya .
Beliau mengingatkan balasan tuhan bukan sekarang,boleh jadi memakan masa dan mereka yang zalim akan terima padahnya pada masa akan dating.
Beliau berkata,doa minta menghapuskan Umno dan BN itu tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan ditempat lain.
Doa pada malam itu katanya masih boleh ditujukan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel kerana doa tersebut merangkumi rakyat yang dizalimi .
“Kita selalu (doa) dah dalam khutubah.Dalam doa itu sudah diumumkan untuk menangkan mereka yang dizalimi, jadi termasuklah Palestin”.Katanya pada siding Media semalam .
ulasan dari Dr.Mahfodz pj pas johor :
Dr.Mahfodz berkta “Kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan arahan daripada pihak tertinggi Pas sebaliknya ia adalah kehendak Nik Razi Nik Mat sendiri ,yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Mahfodz Mohamed yang mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV ,Kota Bharu , malam kelmarin .
Beliau yang turut sama pada solat hajat itu berkata , dalam doa Nik Razi memohon kehancuran parti dan bukannya memohon supaya ALLAH menurunkan bala atau menghancurkan pemimpin atau ahli umno dan BN .
“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat dari Umno dan BN seperti royalty, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah .
Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa , dan sebagai makmum ketika solat hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” Katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mahfodz berkata , doa bagi solat hajat sempena ceramah PAS yang akan berlangsung di Sri Gading Batu Pahat pada 1 Disember depan adalah berbeza dan ia disifatkan lebih lembut sedikit berbanding doa yang diketuai Nik Razi.
“Nik Razi mendoakan kehancuran Umno dan BN jika parti itu hancur ,saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada PAS.Secara peribadi saya turut mendoakan orang –orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong PAS,”.katanya . (Sinar Harian keluaran Isnin 19 November 2012 )

Wednesday, November 14, 2012

TAFSIR AYAT 19.SURAH AL-MULK


أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَي الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الْرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيْرٌ .
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Renungilah kepada gerakgeri burung waktu ia terbang dengan mengembang dan meluruskan kedua –dua sayapnya kemudian ia menguncupkannya – ia tiada jatuh tentulah ada kuasa yang menahankan burung –burung itu dari gugur dengan undang –undang yan rapi dan anih.Allah itu melihat dan mengetahui segala sesuatu kerana dialah yang menyedia,mengatur member tenaga kekuatan dan memelihara segala-galanya disetiap saat dengan penuh ketelitian dan ilmu yang mendalam .

Monday, November 5, 2012

sakit mesti berdoa untuk sembuh

selawat syifa'
اللهم صل علي سيدنا محمد طب القلوب ودواءها
وعافية الابدان وشفاءها
ونور الابصار وضياءها

amalkan membaca selawat di atas kerana Allah berfirman:

Saturday, November 3, 2012

ayat krusi - al-baqarah ayat 255.

amalkan membaca ayat krusi (ayat 255 surah al-baqarah ) menjauhkan kita dari gangguan syaitan : ayat 255 surah albaqarah :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya
AYAT KRUSI (AYAT 255 SURAH ALBAQARAH )

NIKMAT PERTUTURAN.


NIKMAT PERTUTURAN MERUPAKAN NIKMAT TERAGONG YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA MANUSIA – FIRMANNYA DALAM SURAH AR-RAHMAN AYAT 1-4 :
الرحمن (1) علم القرءان (2) خلق الانسان (3) علَّمه البيان (4)
1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
2. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.
3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -
4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
OLEH YANG DEMIKIAN MANUSIA DISURUH MENGAMBIL MANFAAT DARI NIKMAT TERSEBUT DENGAN MENJADIKAN KATA – KATA YANG DITUTURKAN SEPANJANG HARI AKAN MEMBERI KEBAIKAN DAN MENGELAK DARI SEBARANG PERTELINGKAHAN .
ALQURAN TELAH MENJELASKAN BAHAWA KATA – KATA YANG BAIK ITU MERUPAKAN KATA – KATA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-ISRAK AYAT 53 YANG BERMAKSUD:
dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
boleh menyampaikan ceramah adalah nikmat pertuturan yang paling baik .

Friday, November 2, 2012

UBAH SEKARANG PAHANG SELAMAT


KUANTAN : Pakatan Rakyat Pahang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan konvensyen kali pertama bertajuk “Ubah sekarang Pahang selamat” di sini 21 Oktober lalu.
Konvensyen sehari yang dihadiri kira – kira 630 pemimpin tertinggi PAS,KeADILan dan DAP daripada 14 kawasan Parlimen itu membabitkan pembentangan tiga kertas kerja yang menyentuh isu penting bagi negeri Pahang sperti isu Felda, tanah dan tanag Orang Asal, pembangunan Bandar dan luar Bandar .
Namun kerana kesontakan masa isu- isu berkenaan hanya dapat dibentang dan diulas oleh ahli panel sahaja, manakala para peserta tidak berpeluang untuk membahaskannya.
Kemuncak konvensyen pemimpin ketiga – tiga parti dalam pakatan rakyat menandatangani pernyataan bersama yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Penyataan bersama Pakatan rakyat Pahang adalah seperti berikut :
Konvensyen Pakatan Rakyat tahun 2012 yang berlansung pada hari ini (21 oktober) menzahirkan iltizam untuk menawan Pahang, iltizam ketiga –tiga parti dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah .
Kami juga memperakui janji kami untuk menawarkan dasar yang benar- benatr berpaksi kepada kebajikan rajkyat menjaga dan melestarikan alam sekitar membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak – hak Orang Asal .
Pendekatan kita berasaskan kepada keadilan dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit juga meraikan partisipati wanita dalam pembangunan negeri.
Menyedari bahawa rakyat Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah mentebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum – kaum bukan sahaja merundum malah berada pada tahab kritikal, maka Pakatan rakyat Pahang menzahirkan komiitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan rakyat serta megangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.
Demikian itu kami memberikan komitmen dan akujanji untuk merialisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan negeri Pahang.
Turut hadir pada kovensyen itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden KeADILan Fauziah salleh dan Naib Pengerusi DAP,.Dr.Tan Seng Giaw .(HARAKAH KELUARAN 2-4 NOV 2012) .

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PAHANG SEDANG MENANDATANGANI PENYATAAN BERSAMA .

AKHBAR TAMIL SIAR ARTIKEL DAN GAMBAR FITNAH PAS

TEMERLOH – AKHBAR BERBAHASA TAMIL “MALAYSIA NANBAN”DIMINTA MENARIK BALIK BERITA BOHONG YANG MEMFITNAH MURSYIDUL AM PAS TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KONONNYA INGIN MENJALANKAN HUBUNGAN DENGAN UMNO.
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DATO’ TUAN IBRAHIM NIK MAT BERKATA AKHBAR BERKENAAN PERLU BERSIKAP PROFESIONAL DAN MEMENUHI ETIKA KEWARTAWANAN.
PADA 21 OKTOBER LALU AKHBAR BERKENAAN MENYIARKAN BERITA KONONNYA MURSYIDUL AM PAS TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KECEWA DENGAN DAP DAN KEADILAN YANG BERMASALAH,JUSTERU MAHU BERTEMU DANGAN BN MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM (PRU) AKAN DATANG.
BERITA DATI KLANG ITUTERSIAR DI MUKA SURAT DUA AKBAR BERKENAAN DAN DITULIS OLEH WARTAWAN BERNAMA BALU.
“PAS KESAL DENGAN ARTIKEL BERKENAAN DAN KITA MINTA PENGARANGNYA SEGERA MEMOHON MAAF ATAU BERHADAPAN DENGAN SAMAN KERANA MENYIARKAN BERITA BOHONG.
“MESEJ ARTIKEL DAN GAMBAR YANG DISIARKAN MENGELIRUKAN MASYARAKAT KAUM INDIA KERANA TUAN GURU TIDAK PERNAH BERTEMU DENGAN NAJIB DALAM MASA TERDEKAT , APALAGI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG DEMIKIANHARAKAH KELUARAN 2-4 NOV 2012 ).

TAZKIRAH 18.PAGI JUMAAT 2.11.2012 KEADAAN HARI KIAMAT (1)

Tazkirah 18.Pagi Jumaat 2.11.2012.Keadaan Hari Kiamat (1).
Diceritakan daripada Ibnu Abbas r.a berkata ia “Segala isi langit dan bumi menangis dan akan dibinasakan selama 40 tahun , tiada di dalamnya melainkan Allah SWT , lalu ia berseru “Siapakah Raja pada hari ini ? Maka Allah menjawab “Akulah Raja yang Maha Qahar “ kemudian diturunkan angina maka tiada lagi yang tinggal dibumi melainkan rata seperti padang lalu Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 105-107 :
ويَسْئَلُوْنَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا (105) فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا (106)لاَ تَرَي فِيْهَا عِوَجًا وَلاَ أَمْتًا (107)
105. dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka Jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
106. "Lalu ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".
107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat Yang rendah atau Yang tinggi.
Maka berseru Tuhan yang amat keras dariapada kekerasan “Dimanakah raja –raja dan segala anak – anak raja dan manakah raja yang zalim dan manakah mereka yang mangaku tuhan sealain daripadaku,maka digulung langit dan bumi dengan segera .
Kemudian Ia berfirman lagi “ Dimanakah orang Yahudi dan Nasrani dan yang memakan rezekiku tetapi menyembah selain dariKu dan orang – orang yang menyekutukan aku dengan yang lain – ketahuilah bahawa Akulah Tuhan dan tiada tuhan selain dariKU – kemudian dikembalikan segala roh malaikat- maka Tuhan berfirman kepada Jibril “ Hai Jibril katakana kepada Malaikat Riduan “Suruh ia hias syurga untuk membalas segala hamba yang taat – dan katakana kepada Malaikat Malik Zabaniyah “ Sediakan neraka – untuk aku balas kepada hamba yang derhaka kepada ku – Katakan kepada Malaikat Mikail – sediakan mizan untuk menimbang sehgala amalan dengan adil – berkata kepada Israfi tiuplah nafiri – firman Allah dalam surah Yassin ayat 51 yang bermaksud :
dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang Yang telah mati; apabila berlaku Yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
Kemudian Allah berfirman kepada Jibril “ Pergilah engkau ke suatu tempat yang mana semua Malaikat berada di sana , suruh olehmu akan Ridwan dan berikan kepadanya mahkota yang besar,pakaian yang terdiri dari baju dan seluar dan panji –panjai alhamdu dan persalinkan kepada kekasihku Muhammad SAW- maka mengambil Jibril mahkota dan panji –panji,Mikail membawa pakaian dan selimut , Israfil membawa baju dan seluar dan Izrail membawa Burak – maka berhentilah mereka itu diantara bumi dan langit – maka berkata Jibril mana bumi dunia dan mana kubur Rasulullah saw – maka bergerak –gerak bumi maka terbukalah kubur Rasulullah – maka kelurlah Rasulullah saw dengan keadaan ia menyapu tanah dikepalanya – maka duduk baginda SAW di kepala kuburnya dan ia melihat kiri dan kanan dengan tidak ada kampong dan rumah –rumah maka baginda melihat ada Jibril lalu baginda bersabda “Hai Jibril hari apa ini ?” Jawab Jibril inilah hari kamu memberi syafaat kepada umatmu – Baginda bertanya “ manakah uamat –umatku – mudah –mudah mereka tidak dikenakan azab – maka jawab Jibril “ Demi kemuliaan TuhanKu – tiada seorang daripada manusia yang bangun kecuali engkau yang mula – mula sekali – maka Jibril membawa segala pakaian dan memakai kepada Rasulullah SAW dan juga burak - bertanya Rasulullah SAW di manakah sahabat-sahabatku – maka menyeru Jibril “Wahai segala ruh – ruh yang suci kembalilah kamu kepada jasad yang suci yang terdri daripada Abu Bakar dan Umar dan diberi persalinan yang indah dengan mengiringi Rasulullah SAW kemudian mereka berjalan kepada satu bumi yang putih iaitu baitul muqaddis dan jauh perjalanan itu selama 40 tahun - setelah sampai kesuatu tempat maka duduklah Jibril disebelah kanan dan Mikail disebelah kiri – Abu Bakar dan Umar di sebelah hadapan .