SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 10



Pengajian Hadis Siri 10
Hadis kelima
Mukmin yang bergaul .
عَنْ إبن عمر رضي الله عنهما قال رسول الله صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: المُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيُصْبِرُ عَلَي اَذَاهُمْ  خَيْرٌ مِنَ الَّذِي لاَ يُخَالِطُ النَّاسَ وَلاَيُصْبِرُ عَلَي اَذَاهُمْ
  (رواه ابن ماجه )
Daripada Ibn Umar radiallah an huma  , Rasulullah saw telah bersabda  : Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar di atas bencana  mereka itu adalah lebih baik dari orang yang tidak  bergaul dengan manusia dan tidak sabar di atas bencana inaya mereka itu .
(Hadis riwayat Ibn Majah ).
Kupasan Hadis .
1.Maksud bergaul dengan  manusia ialah tidak lari daripada masyarakat atau tidak mengasingkan diri bahkan berkampung bersama – sama orang ramai , Mereka yang bergaul itu tetap dengan sifatnya sebagai seorang mukmin yang mempunyai keperibadian .Iaitu iman kukuh dan kuat sentiasa  mengawal pancaindera daripada terpesung dan menyeleweng  dari konsep iman pengajaran Allah . Bukanlah pergaulan yang melenyapkan keperibadian mukmin terikut –ikut dengan arus masyarakat yang menyeleweng daripada ajaran –ajaran agama .
2.Bersabar di atas bencana dan inaya ialah sanggup menerima segala tentangan bencana provokasi yang menentang kebajikan dengan penuh rasa tenang hati dan tidak berkeluh kesah sambil berusaha bertenaga tidak berhenti , berpegang teguh dengan konsep  iman menyampaikan dakwah kebajikan kepada masyarakat walaubagaimana pun keadaannya.
3.Bergaul dan sabar di atas segala bencana masyarakat itu bukanlah pula bererti menerima segala sesuatu dengan secara pasif tidak ada usaha dan kecergasan bagi masyarakat tetapi  yang dikehendaki  bergaul  yang cergas , bersabar yang bukan pasif iaitu menerima buruk dan baik dengan penuh ketenangan hati tanpa keluh kesah dan tidak pula meninggalkan usaha dan ikhtiar .berusaha dengan cekal menakala terdapat dalam masyarakat kemungkaran dan maksiat lalu dicegah , dibentras dengan berbagai- bagai daya usaha yang wajar dan sesuai .
4.Mereka yang sanggup berkecempung dengan masyarakat cergas dalam kebajikan ialah dipuji dan dianggap yang terafdal dan sebenar-benar mukmin , sekalipun kebendaan kurang, ia tetap mempunyai kewibawaan , keperibadian yang  mulia dan itulah  tugas rasul dan sahabat –sahabat , dan pejuang – pejuang Islam.Pendakwah  Islam yang berjasa adalah mereka yang digambarkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Masud :
خَالِطِ النَّاسَ وَدِيْنُكَ لاَ تَكْلِمَنَّهُ .
Bergaullah engkau dengan manusia , agama engkau samasekali jangan engkau rosakkan .
Selagi berpegang teguh dengan agama , tidak ada yang ditakutkan dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam masyarakat  yang kucar kacir .
Pengajaran Hadis .
1/orang mukmin yang paling mulia di sisi Allah ialah ,mereka yang cergas berkecimpung dalam masyarakat, mencegah kemungkaran dengan keadaannya tetap kuat, mempunyai keperibadian sebagai seorang mukmin yang tulen .
2.Mukmin yang tak sanggup menghadapi masyarakat , lebih –lebih lagi terikut –ikut dengannya, mereka belumlah lagi dianggap seorang mukmin yang sempurna

No comments:

Post a Comment