PENGAJIAN HADIS SIRI
28
HADIS KELIMA
BELAS
HAK – HAK JALAN
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ
الْخَدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ
النبي صلي الله عليه وسلم قَالَ : إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوْسَ عَلَي الطُّرُقَاتِ –
وفي رواية بِالطُّرُقَاتِ – فَقَالُوْا : مَالَنَا بُدُّ اِنَّمَا هِيَ
مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيْهَا . قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ
فَأَعْطَوْا الطَّرِيْقَ حَقَّهَا : قَالُوْا : وَمَا حَقَّ الطَّرِيْقِ ؟ قَالَ :
غَضُّ الْبَصَرِ , وَكَفُّ الْاَذَي وَرَدُّ السَّلاَمِ وَالْاَمْرُ
بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ
( رواه البخاري ومسلم وأبو داود)
Daripada Abi Said Alkhudri r.a , Nabi saw telah bersabda :Hendaklah
kamu jauhkan daripada duduk di jalan – jalan , jawab mereka itu sahabat
–sahabat kami tak ada tempat lain gantinya , bahawasanya itulah tempat duduk
kami ,berbual –bual dan bercakap –cakap.Sabda Rasulullah : Apabila kamu enggan kecuali itulah tempat
duduk kamu, maka berilah hak jalan , tanya mereka itu apakah hak jalan ? jawab Rasulullah saw , pejamkanlah
mata pandangan , jauhilah menginayai dan menyakiti .Hendaklah menjawab salam
dan berserulah kepada kebajikan serta
mencegah dari kemunkaran . ( Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud ) .
Kupasan Hadis .
1.Keadaan rumah –rumah sahabat nabi ketika itu adalah
berdekat-dekatan dan mereka itu
mengadakan tempat –tempat duduk di-tepi –tepi jalan seperti pangkin , kerusi
atau di anjung –anjung rumah atau duduk di atas tanah di-tepi –tepi rumah
mereka ,di sanalah mereka jadikan sebagai tempat bertukar –tukar fikiran ,
beerbincang – bincang memikirkan bermacam-macam masalah dunia dan akhirat serta
berihat nenyenangkan fikiran sesama mereka .
2.Dalam sangkaan sahabat –sahabat itu bahawa teguran Rasulullah saw
bukanlah kerana menegah seupayja jangan duduk seperti kebiasaan mereka itu yang
semata bertujuan kebajikan,kerana memang mereka tidak berkumpul untuj munkar dan
maksiat , oleh yang demikian mereka lantas bertanya dengan menerangkan kepada
Rasulullah yang mana mereka tak ada tempat lain sebagai ganti untuk menjadi
tempat berbincang bercakap –cakap sesama mereka mengenai bermacam – macam
kepentingan serta maslihat kebajikan bersama , tempat berihat dan bersenang
–senang duduk lapang sebagaimana yang biasa kepada kita hari ini di tempat
–tempat yang tertentu seperti dib alai –balai raya , kelab –kelab tempat
permainan dan sebagainya.
3.Tegaha jangan duduk di tepai jalan itu adalah menggambarkan
bagaimana Rasulullah saw mengambil berat bagi membentuk peribadi seorang muslim
dalam menuju cita –cita sebuah masyarakat Islam yang berakhlak tinggi ,
bertatasusila hidup mulia ..Jalan adalah tempat lalu lalang orangramai maka
akan bersua dengan macam –macam keadaan
dan masalah yang baik atau sebaliknya .
Memandang kepada keadaan yang belum tahu lagi adakah masing – masing
dapat mengawal diri tetakala bertemu dengan bermacam – macam perkara itu, maka
Rasulullah mengingatkan supaya sedapat boleh janganlah duduk di tepi – tepi
jalan .Tetapi oleh kerana suasana jalan dan rumah – rumah sahabat diketika
itu telah memaksa mereka berkumpul di
tepi –tepi jalan, lalu Rasulullah
meminta kepada sahabat – sahabat supaya
mereka menjaga hak-hak jalan
.yang bererti kalau tidak memelihara hak-hak jalan maka amatlah dilarang oleh
Rasulullah duduk di tepi –tepi jalan seperti kedapatan masyarakat kita hari ini
banyak di antara belia – belia anak muda duduk di tepi – tepi jalan di tempat
–tempat perhentian , di jambatan –jambatan, di jalan –jalan sempit bukan
bertujuan untuk kebajikan malah semata – mata membuang masa, mengacau2 orang
lalu teristemiwa anak –anak gadis hingga isteri-isteri rang .Kelakuan begina
lah amat ditegah dan bukan sifat seorang muslim serta buka sifat sebuah
masyarakat orang –orang Islam yang baik .Oleh itu wajiblah bagi ibubapa
mengawasi anak-anak mereka daripada melakukan kelakuan-kelakuan yang tidak
berniali dan merosakkan gambaran orang Iskan dan diri merek sendiri.
4.Adapun hak – hak jalan itu ialah yang pertama menjaga pandangan mata
iaitu jangan menggunakan tempat duduk di tepi –tepi jalan itu untuk mengintai
–intai dan memperhatian keaiban orang , lebih –lebih lagi untuk memuaskan nafsu
pandangan melihat pemandangan – pemandangan yang mengghirahkan serta menaikkan
nafsu, mengintai –intai anak gadis , isteri –isteri, ibu-ibu yang lalu lalang
yang mana akan terdapat di antara merek itu beberapa keadaan yang menggoda dan
mengghairahkan daripada pakaian dan gaya perjalanan mereka , memandang kepada
sesuatu yang menimbulkan nafsu adalah tertegah
oleh Islam maka orang –oarang mukmin hendaklah memejamkan mata
daripada perkara – perkara munkar dan
maksiat, firman Allah dalam surah an Nur ayat 30 :
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram),
Selain daripada melihat perkara –perkara yang haram dan dilarang maka hendaklah
pula menjaga dari memandang kepada orang – orang lalu itu dengan pandangan2
yang mengijik memperolak –olakkan orang , menakut2 dab sebagainya yang
menyinggung perasaan mereka yang lalu , tegasnya hendaklah memeliahara
pandangan yang menimbulkan kerosakkan dan maksiat kepada diri sendiri serta
menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan orang lain .
5.Yang kedua memelihara dengan menjauhkan daripada inaya dan menyakiti orang sama ada dengan
lidah atau anggota tangan, kaki, gerakgeri yang menyakiti perasaan dan anggota
badan orang –orang yang lalu ,umpamanya seperti nenukul tanpa sebab, mengambil
sesuatu daripada nereka tanpa izin atau n menghalang dan menyempitkan jalan
dengan bermacam-macam caraa seperti membuang-buangkan sampah sarap, kulit pisang
dan sebagainya yang boleh meyakiti dan merosakkan mereka yang lalu .