SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

PENGAJIAN HADIS SIRI 25



Pengajian Hadis Siri  25.
Sambungan Hadis Ketiga belas.
Kupasan Hadis .
6.Erti jemu dan kurang berminat itu ialah berhenti tidak lagi memohon kepada Allah, sedang Allah tidak akan berhenti memberi limpah kurniaNya kepada hambaNya hinggalah mereka itu sendiri berhenti daripada memohon  dan meminta kepadaNya.
Dengan sebab itulah Baginda Rasulullah menerangkan bahawa amalan yang paling dikasihi Allah ialah ibadat yang berkekalan selalu dan tak henti –henti sekalipun sedikit .Yang bererti amlan yang banyak yang dibuat pada satu –satu masa itu tidak memberi manfaat yang banyak dan tidak dikasihi Allah kerana perhubungannya dengan Allah terputus tidak terus menerus .Itulah diantara hikmat sembahyang fardu lima waktu  sehari semalam supaya manusia  sentiasa  ingat tak putus –putus perhubungannya dengan Allah . Menakala  telah biasa  dengan lima waktu fardu sehari semalam itu maka  dengan senang dan mudahlah untuk menambahnya mengikut  tanaga dan kemahuan masing – masing  melakukan sembahyang sunat dan sembahyang di waktu malam.
7.Beribadat bukanlah dijadikan pada musim – musim  yang tertentu seperti di Bulan Ramadan yang mana pada ketika itu sahaja bersungguh –sungguh beribadat sembahyang terawih,sembahyang malam dan tadarus, tetapi menakala selesai Ramadan lalu berhenti melakukan sembahyang – sembahyang seperti sambahyang tahajjud, sembahyang tasbih dan rawatib – rawatib .Yang lebih malang mengerjakan sembahyang seminggu sekali  iatu sembahyang Jumaat sedanga sembahyang fardu lima waktu tidak dikerjakan . Beribadat secara demikian adalah tidak disukai oleh Rasulullah .
8.Beramal kebajikan dan beribadat hendaklah dibuat mengikut kuasa  dan tenaga , Allah tidak memaksa dan memberatkan ke atas seseorang ,bahkan lakukan mengikut wajar dan patut bagi masing – masing di atasnya  kesanggupan sesuai dengan keadaan dan waktu .
Pengajaran Hadis .
1.Rasulullah sembahyang sunat waktu malam mengasingkan dirinya  dengan menggunakan tikar tamarnya sebagai tempat  atau bilik sembahyang.
2.Pada waktu siangnya tikar tamar itu digunakan untuk alas tempat duduknya, ini adalah  mengajar secara priktik supaya hidup dengan secara  yang mudah tidak perlu kepada  upacara yang  memberat –beratkan , dan persediaan yang  istemewa  untuk beribadat kepada Allah seperti sejadah,sarung, kopiah putih dan sebagainya.
3.Sahabat –sahabat nabi Cuma mengikut  sembahyang malam rasulullah hingga ramai, maka rasulullah memberi arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah amalan setakat kuasa, jangan  di paksa –paksa , diberat-beratkan diri kerana Allah tidak mengurangkan limpah kurnianya selama hambaNya tidak berhenti memohon beribadat kepadaNya.
4.Amalan yang paling dikasih Allah ialah amalan yang berkekalan selalu sentiasa terus menerus sekali pun sedikit.Bukan dengan sekali sekala walaupun banyak.

No comments:

Post a Comment