Pengajian Hadis Siri 12 .
Hadis ketujuh
عَنْ
النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّي اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِالَ: مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَي حُدُوْدِ اللهِ وَالْوَاقِعِ
فِيْهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوْا عَلَي سَفِيْنَةٍ فَأَخَذَ كُلُّ وَاحِدٍ
مِنْهُمْ نَصِيْبًا فَأَصَابَ بَعْضَهُمْ اَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا
فَكَانَ الَّذِي فِي أَسْفَلِهَا اِذَا اسْتَقَوْا مِنَ المَاءِ يَمُرُّوْنَ
بِالْمَاءِ عَلَي الَّذِيْنَ فِي اَعْلاَهَا فَتَأَذَّي الَّذِيْنَ فِي اَعْلاَهَا
بِالمَارِ عَلَيْهِمْ فَقَالَ الَّذِيْنَ فِي أَسْفَلَهَا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا
فِي نَصِيْبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مِنْ فَوْقِنَا , فَأَخَذَ أَحَدُهُمْ
فَأْسًأ فَجَعَلَ يَنْقُرُ اَسْفَلَ السَّفِيْنَةِ , فَأَتَوْهُ فَقَالُوْا :
مَالَكَ قَالَ تَأْذِيْتُمْ بِيْ . وَلاَ بُرَّ مِنَ الْمَاءِ , فَإِنْ أَخَذُوْا
عَلَي يَدَيْهِ وَمَنَعُوْهُ أَنْجَوْهُ وَنَجَّوْا أَنْفُسَهُمْ وَاِنْ تَركُوْهُ
أَهْلَكُوْهُ وَأَهْلَكُوْا أَنْفُسَهُمْ . (رواه البخاري ).
Daripada النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ r.a daripada saw baginda telah
bersabda ; contoh perbandingan orang yang berdiri atas batasan –batasan
sempadan Allah dan orang yang jatuh kedalamnya seperti satu kaum yang membuang
undi di atas sebuah kapal, masing –masing mengambil bahagian habuannya. Ada
yang mendapat bahagian tempat di sebelah atas da nada yang di sebelah
bawah.Maka yang di sebelah bawah apabila hendak mengambil air, mereka lalu
dengan air di bahagian mereka yang di atas yang boleh menyinggung dan menyakiti
oleh lalu lalang di bahagian tempat yang di atas.Mereka yang disebelah bawah
berkata ,Kalau kita korek lubang di tempat bahagian kita tentulah tidak
menyakiti mereka yang disebelah atas.Salah seorang daripada mereka lalu
mengambil kapak mengorek lubang di
sebelah bawah kapal .Mereka yang di atas datang kepadanya dan bertanya
.Kenapakah ini ? Jawabnya : Kamu telah tersakit dan tersinggung dengan sebab
aku, sedang aku sangat berhajat kepada air.Jika mereka itu memegang dua
tangannya dan menahannya nescaya mereka menyelamatkannya dan menyelamatkan diri
mereka itu sendiri .Jika mereka biarkan mereka itu membinasakannya dan membinasakan diri mereka
itu sendiri . ( Diriwayatkan oleh Bukhari ) .
Kupasan Hadis .
1.Yang dimaksudkan :Yang
berdiri di atas batas –batas Allah
ialah mereka yang menyeru dan
mencegah serta menghukum siapa – siapa
yang melakukan pencabulan jenayah ke atas hudud batasan sempadan larangan Allah
seperti melakukan zina,curi,minum arak, membunuh,rasuah dan sebagainya.samada
yang dinyatakan hukumannay atau dilaknat Allah di atas perbuatan –perbuatan itu
seperti dusta, bermuka – muka (munafik)dan lain –lain yang merupakan jenayah
moral dan metarial .
2.Contoh perbandingan yang diterangkan oleh junjungan itu
merupakan bagaimana pentingnya di
dalam sebuah masyarakat adanya golongan
yang bertugas menjalankan pengawasan bagi keselamatan dan keamanan
ramai,demikian pula bagi tiap –tiap anggota masyarakat mestilah mempunyai
tanggungjawab, masing – masing penuh perasaan sedar dan insaf menunaikan
kewajipan dan keperluan hidup,jangan sampai merosakkan diri sendiri dan
masyarakat,bagi orang ramai pula jangan terlalu mengawasi dan mencegah jenayah
dan kejahatan yang dilakukan oleh orang perseorangan.
3.Yang jatuh ke dalam batas hudud Allah ialah mereka yang
melakukannya sama ada dengan sengaja atau tak sengaja atau jahil tidak mengenal
larangan Allah,dalam perbandingan dari hadis ini bagi pencegah mestilah
mengetahui yang mana larangan dan yang mana bukan larangan supaya berada di
atas pedoman yang benar dan hak .
4.Keadaan dalam kapal yang di bawah lalu lalang ke atas mengambil
air, menyusahkan dan menyakiti mereka yang di atasnya adalah merupakan
pergeseran di dalam pergaulan hidup yang tak dapat dielakkan, kerana masing
–masing denga hajat dan keperluan yang tak boleh diabaikan seperti keadaan
mereka di perut kapal berhajat kepada air dan terpaksa naik ke atas melalui
tempat mereka yang di atas, manakala tidak ada perasaan lapang dada dan
toleransi maka masyarakat manusia tidak
akan dapat mengecap keamanan dan ketenteraman .
No comments:
Post a Comment