SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, April 24, 2013

PRU13:BAHAYA UNDI BN !




KUALA LUMPUR : Jika rakyat Negara ini masih terus memangkah BN dalam PRU13 kali ini,bermakna mereka sengaja menempah bahaya untuk masa depan anak cucu,tegas ketua Penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya,dibawah “Kebijaksanaan”kerajaab Umno-BN,hutang Negara telah meningkat begitu tinggi sehingga melebihi RM500 bilion yang terpaksa ditanggung rakyat.
Rakyat perlu sedar,Kerajaan Umno-BN tidak pernah mahu menangani kenaikan harga barangan keperluan harian sehingga menjadi beban teruk kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Selain itu,tegas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man harga petroleum,bil air,tariff elektrik,kadar tol turut naik itu menyebabkan kos hidup rakyat semakin meningkat.
Beliau yakin,penangguhan cukai barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya bersifat semantara bagi menghadapi PRU13.
“Jika BN menang PRU kali ini,bermakna GST dan AES itu pasti akan dilaksanakan.
“Dan rakyat akan disembelih semahunya bagi mengutip duit rakyat untu menampung kos perbelanjaan PRU13 yang telah dilaburkan BN” katanya  dalam wawancara bersama BANGKIT.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim,Pakatan Rakyat telah pun membentangkan manifestonya bertemakan  “Pakatan Harapan Rakyat” dan sangat diterima baik oleh rakyat seluruhnya.
Katanya,antara tawaran Pakatan itu termasuklah untuk menghapuskan tol.memansuhkan PPTN,menyedikan lebih banyak rumah mampu milik untuk keperluan rakyat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,menurunkan harga petrol,diesel dan gas,menurukan harga barangan,memberikan hak peneroka kepada para peneroka dan generasi kedua serta ketiga peneroka, di samping lain –lain tawaran yang amat berguna kepada rakyat.
Beliau amat berharap ,rakyat bijak menggunakan peluang mengundi kali ini untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada pentadbiran tatakelola baharu daripada Pakatan Rakyat . ( Oleh :AZIZ MUDA – BANGKIT keluaran 22 -25 April 2013 .)

Sunday, April 14, 2013

PARTI ISLAM SEMALYSIA (PAS)





PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
ALLAHU AKBAR ALLAHU ABAR
ALLAH YANG  MAHA BESAR
INILAH FIKRAH PERJUANGAN KITA
PARTI ISLAM SEMALYSIA
MENJUNJUNG SETIAP HASRAT MULIA
TEGAKKAN KEBENARAN MENOLAK KEBATILAN
BERJIHAD BERHIJRAH
MENUJU JALAN ALLAH
ATAS  DASAR KEISLAMAN
BERPANDUKAN AL-QURAN
DAN SUNNAH RASULULLAH
MEMOHON KERIDHAAN ALLAH
BERJUANGLAH BERJUANGLAH
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
ALLAH MUTELAMAT KAMI
RASUL PEMIMPIN KAMI
AL-QURAN PERUNDANGAN  KAMI
JIHAD JALAN KAMI
MATI SYAHID CITA – CITA KAMI
ITULAH PERJUNGN  KAMI
BERKATILAH BERKATILAH
PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

ayat 28 surah al-kahfi - renungan bersama.



                   ﭚﭛ                  ﭣﭤ                            
Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi :28)
Renunglah ayat Allah ini supaya “fokus” kita  tidak menyimpang dari mencari redha Allah , bergerak berpandukan ayat – ayat Allah serta tidak lupa bahawa rakan kita yang sebenarnya ialah sahabat –sahabat  kita yang sentiasa menyebut  nama Allah sentiasa istiqamah bersama Islam dan Jamaah serta sentiasa menyokong kita  waktu senang dan susah . Us.Mokhtar Senik Ketua DUPNPahang.melalui whatsApp – Dewan Ulamak Pahang. 12.4.2013

Saturday, April 13, 2013

TOLAK HUKUM ALLAH SOLAT TIDAK DITERIMA .




TOLAK HUKUM ALLAH,SOLAT TIDAK DITERIMA.
KUALA LUMPUR – TIMBALAN MURSYIDUL AM  PAS,DATO’HARUN DIN MENEGASKAN BAHAWA SOLAT SESIAPA SAHAJA TANPA MENGIRA PARTI POLITIK YANG MENOLAK HUKUM  ISLAM TETAP TIDAK DI TERIMA ALLAH.
MENGULAS LANJUT  MANIPULASI UMNO-BN TERHADAP UCAPAN MURSYIDUL AM  PAS, DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DI KOTA BHARU, 4 APRIL LALU TENTANG SOLAT ORANG UMNO TIDAK MENDAPAT PAHALA KERANA PARTI ITU  MENOLAK DASAR ISLAM,UJARNYA,IBADAH DARI SEGI HUKUM SYARAK KETAATAN SEPENUHNYA KEPADA SEGALA PERINTAH ALLAH DENGAN HATI YANG PENUH RELA.
“SAMA JUGA SOLAT,KALAU SOLAT TIDAK DIBUAT KERANA MENTAATI PERINTAH  ALLAH SEBALIKNYA MUNGKIN KERANA HENDAK MENUNJUK –NUNJUK ATAU LAIN –LAIN MAKA DENGAN SENDIRINYA SOLAT ITU TIDAK DITERIMA ALLAH.UJARNYA KETIKA DITEMUBUAL HARAKAH DI KEDIAMANNYA BANDAR BARU  BANGI, 8 FEB LALU .
HAL TERSEBUT , KATANYA SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALMAUN  AYAT  4 -6 :
                   ﭿ       
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
JELASNYA , ALLAH JUGA TURUT MENOLAK SOLAT ORANG YANG HATINYA LALAI ATAU TIDAK FOKAS PADA TJUAN SOLAT SERTA TIDAK SEPENUHNYA TAAT PERINTAH ALLAH .
“INIKAN PEMIMPIN UMNO YANG PERNAH MENYEBUT MEREKA MENOLAK ATAU TIIDAK MAHU MENERIMA HUKUM ALLAH “TEGASNYA LAGI.
SEMANTARA ITU, DR HARUN DIN TURUT MENGULAS ISU KALIMAH ALLAH DAN TUJUH DOSA BESAR MASIH LAGI TERUS DIMAINKAN MEDIA UMNO-BN MENJELANG PRU13 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 5 MEI 2013.
“MENGAPA UMNO –BN MASIH TUDUH  KITA (PAS)BEGITU,SEDANGKAN PENDIRIAN PAS DALAM ISU KALIMAH ALLAH TIDAK MEMBENARKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BAGI TUJUAN MENTERJEMAHKAN PERKATAAN GOD DALAM KITAB MEREKA.
“UMNO SILAP BESAR UNTUK MENGAIBKAN PAS SEBAGAI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN AGENDA ISLAM .KALAU HENDAK BILANG DOSA UMNO ENTAHLAH,TIDAK TERKIRA BANYAKNYA” UJARNYA LAGI .
(HARAKAH KELUARAN 12 -14 APRIL 2013 .OLEH : ARIF ATAN .)