(a).Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
"(Masa untuk mengerjakan ibadat ) Haji itu ialah beberapa bulan termaklum.Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ) ibadat haji itu maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh berbuat maksiat,dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji.Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya,kerana sesungguhnya sebaik -baik bekal itu ialah taqwa ( dapat memlihara diri dari keaipan meminta sedekah), dan bertaqwalah kepadaKu, wahai orang - orang yang berakal ( yang dapat memikir dan memahaminya ).
Mengerjakan haji ialah mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadat tawaf,saie ,wukuf di Arafah dan lain -lain ibadat dengan mematuhi perintah Allah dan mengharapkan keredhaannya,dan merupakan rukun Islam yang kelima,diwajibkan sekali dalam hidupnya bagi mereka yang berkuasa menunaikannya .Firman Allah Taala ayat 97 Surah Ali Imran yang bermaksud:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya ."
Menurut ayat 197 surah Al Baqarah di atas mengerjakan ibadat haji hendaklah pada bulan -bulan yang telah ditentukan iaitu Bulan Syawal,Zulqaidah dan Zulhijjah ,maka pada bulan ini sahaja sah berniat miqat zamani ,dan dinamakan musim haji,pada bulan -bulan lain dari 3 bulan tersebut adalah tidak sah kerana bukan musim haji.Apabila seseorang berniat menunaikan ibadat haji dengan memakai ihram maka tiga perkara berikut adalah dilarang ,kalau dilanggar maka tidak sah hajinya :
(1) Tidak boleh melakukan persetubuhan dengan isteri,termasuk juga perkara - perkara yang menimbulkan nafsu berahi,samada dengan perkataan atau perbuatan.
(2) Tidak boleh menghina atau mengejek -ejek .
(3) Tidak boleh berbantah-bantah/bertengkar ,lebih -lebih lagi berkelahi
.
Diperingatkan juga supaya membawa bekal yang cukup,supaya tidak meminta -minta bantuan ketika di tanah suci.sebaik -baik bekalan ialah bekalan taqwa,iaitu bekalan yang cukup lagi halal.Hendaklah bertaqwa kepada Allah supaya dalam menunaikan ibadat haji itu mendapat haji yang mabrur .
(b).Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 130 yang bermaksud:
" Wahai orang - orang yang beriman ! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya ."
Ayat ini melarang dari memakan riba ,kerana amat besar dosanya,riba yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Riba Nasaiyah iaitu hutang RM 100 dikenakan bayaran balik RM 150.inilah di kata riba yang berlipat ganda.Larangan memakan riba dkenakankan kerana ianya merupakan satu penidasan terhadap golongan miskin,menjadikan yang kaya bertambah kaya , dan yang miskin akan jadi papa kedana ..Oleh kerana riba itu amat bahaya maka cara mengatasi untuk tidak mengambil riba ialah dengan bertaqwa kepada Allah,orang yang bertaqwa tentulah tidak mungkin menindas dan menghisap darah orang lain,kerana ia tahu pengambilan riba adalah dosa besar .Dengan tidak mengambil riba menjadikan kita masyarakat yang bebas dari kukungan lintah larat dan menjadi masyarakt yang berjaya ,keran ujudnya sebuah masyarakat yang adil dan harmoni .
(c).Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 133 yang bermaksud:
"Dan segeralah kamu kepada ( mengerjakan amal -amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat ) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang yang bertaqwa ."
Bersergeralah kamu memohon keampunan Allah,samada yang kaya ataupun yang miskin dan mendapatkan syurga dengan jalan berbuat amal ibadat khusus dan umum ,tolong menolong sesama manusia,patuh kepada perintah Allah ,dan meninggalkan apa yang dilarang ,maka dengan itu kamu akan mendapat hasanah di dunia ,dan mendapat hasanah di akhirat dengan disediakan syurga yang luasnya menyamai luas langit dan bumi untuk orang yang bertaqwa, oleh itu larangan memakan riba hendaklah dipatuhi ,dan kerja amal-amal yang pulangannya amat menguntungkan sperti berderma,bertolongbantu,berbuat ihsan, dan lain-lain lagi yang boleh mewujudkan kesejahteraan masyarakat,berbanding dengan membuat kejahatan akan merugikan diri sendiri dan masyarakat inilah kelebiahan orang bertaqwa yang telah mendapat jaminan syuraga dari Allah .
(d).Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud:
" Wahai orang -orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu,(lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah,supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan),"
Mengajak manusia supaya beriman kepada Allah adalah satu perjuagan yang suci, dan terpaksa menghadapi beberapa halangan dan rintangan musuh samada dari luar iaitu orang -orang kafir ,atau dari dalam oarang yang tidak sukakan Islam dan tipis iman ,dan juga orang - orang munafik ,yang paling bahaya ia hawa nafsu . Segala halangan dan rintangan dapat di atasi kalau berpegang teguh dengan empat perkara berikut :
1.Sabar , tahan hati,teguh pegangan,sabar menahan nafsu,sabar mengdalikan diri, samada waktu bertahan atau diserang oleh musuh, sabar menerima cubaan dari Allah dan seterusnya sabar di dalam mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan maksiat .
2.Kuatkan kesabaran : di dalam kita menyerang musuh atau pun kita diserang pihak musuh akan menggunakan senjata sabar , oleh itu kamu hendaklah balas dengan sabar juga,malah kamu dikehendaki lebih kuat kesabaran , kerana di dalam peperangan siapa sanggup lebih lama bertahan maka orang itu yang berjaya .
3.Membuat persediian yang rapi : Jagaan dan pengawasan hendak kuat , rondaan hendaklah dilakukan di batas sempadan , jangan lalai sehingga musuh dapat masuk menceroboh,sentiasa bersiap sedia ,kalau diserang secara mengejut maka dapat membalas serangan itu .
4.Bertaqwa kepada Allah ; merupakan benteng yang paling kuat bagi umat islam , kerana kalau kita sentiasa ingat kepada Allah maka sudah tentu Allah akan membantun kita ,Allah telah bejanji bahawa ia bersama dengan orang bertaqwa .dan memberi kemenangan serta pertolongan,FirmanNya ayat 128 surah An Nahl yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah berserta orang - orang yang bertaqwa dan orang -orang yang berbuat kebaikan.
Setelah rintangan dapat diatasi dengan adanya empat perkara di atas Allah telah menjamin kemenangan dan kejayaan .
(e).Firman Allah Taala dalam surah Al Anaam ayat 155 yang bermaksud:
" Dan ini sebuah Kitab ( Al Quran) yang kami turunkan , yang ada berkatnya ( banyak marifaatnya).Oleh itu ,hendaklah kamu menurutnya dan bertaqwalah ( kepada Allah ) mudah -mudahan kamu beroleh rahmat."
Selepas Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa maka diturunkan pula Kitab Al Quran ialah wahyu yang mengandungi berkat kepada pembacanya , oleh yang demikian kita wajib beramal dengan keseluruhan isi kandngannya , di samping itu kita hendaklah bertaqwa kepada Allah dan dengan jalan ini kita akan mendapat rahmat dari Allah Subahanahu Wataala .Dan hidup kita di dunia ini berjaya dan begitu juga di akhirat nanti akan di masukkan ke dalam syurga . .
(f).Firman Allah Taala dalam surah Al Anfal ayat 29 yang bermaksud:
Wahai orang - orang beriman ! Jika kamu bertaqwa kepada Allah ,nescaya ia mengadakan bagi kamu ( pertunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah , dan menghapuskan kesalahan -kesalahan kamu, serta mengampunkan dosa -dosa kamu . Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar ."
Di dalam ayat ini Allah menyeru kapada orang beriman supaya bertaqwa kepadaNya ,supaya mendapat darjat pertunjuk (hidayah),tiga perkara yang berangkai iaitu iman,taqwa dan pertunjuk( yang dapat membezakan yang baik dan yang buruk) ada pada seseorang maka Allah telah berjanji akan menghapuskan kesalahan -kesalahan yang dilakukan,caranya keksalahan itu hapus secara beransur-ansur pada mulanya banyak akhirnya tehapus kesemuanya,dengan adanya iman,taqwa dan hidayah seseorang itu tidak lagi melakukan kesalahan, lama kelamaan kesalahan tidak ada padanya ,kerana lebih banyak baik dari yang salah,disebabkanya dipimpin oleh hidayah Allah ke arah hidup yang lebih bahgia .
(g).Firman Allah Taala dalam surah Yusof ayat 109 yang bermaksud:
"Dan tiadalah Kami mengutus Rasul -Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang - orang lelaki dari penduduk bandar yang kami wahikan kepada mereka.Maka mengapa orang -orang ( yang tidak mahu beriman ) itu mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang - orang kafir terdahulu dari mereka ? Dan (ingatlah ) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang -orang bertaqwa.Oleh itu mengapa kamu ( wahai Manusia ) tidak mahu memikirkan ?"
Keteranagan ayat :
"Dan tiadalah Kami mengutus Rasul -Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang - orang lelaki ,
Wahyu merupakan sokongan yang paling besar kepada Nabi Muhammad SAW di dalam menyampaikan dakwahnya,ia juga diturunkan kepada Rasul -Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW ,mereka terdiri dari kalangan lelaki yang mempunyai kekuatan jiwa ,cekal dan tabah ,serta sabar di dalam menyampaikan dakwah kepada kaumnya..Rasul -Rasul ini diutuskan untuk menegakkan agama Ilahi di muka bumi.Mereka menyampaikan dakwah dengan penoh tanggungjawab dan merek tidak dibiarkan bersendirin,semua mereka di sokong oleh Allah dengan wahyu.
Mereka Rasul itu adalah " dari penduduk bandar yang kami wahikan kepada mereka." Rasul -rasul itu datang dari kalangan penduduk negeri/bandar/tempat mereka sendiri, bukan dari tempat lain,berusaha untuk membangunkan dan membetulkan akidah kaum mereka .mengajak menyembah Allah yang satu,bermati-matian mengajak ke jalan benar, dalam menyampaikan dakwah itu rasul -rasul pernah diancam, disikasa, diusir dari tempat sendiri ,malah ada yang dibunuh, oleh kerana kedehakaan yang amat sangat terhadap rasul utusan Allah itu maka Allah telah menurunkan azab dan bala bencana kepada kaum mereka yang derhaka itu,seperti ditenggelamkan ke dalam laut kepada Firun dan pengikut-pengikutnya di zaman Nabi Musa,banjir besar di zaman Nabi Nuh ,ribut taufan yang dahasyat zaman Nabi Salleh .
Lalu Allah memperingatkan Kaum Qurisy dengan firmanNya "Maka mengapa orang -orang ( yang tidak mahu beriman ) itu mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang - orang kafir terdahulu dari mereka ? Cubalah lihat dan kaji tetang akibat yang telah menimpa kaum -kaum yang telah menderhaka kepada Allah ,seperti bekas tinggalan Kaum Ad di zaman Nabi Hud,Kaum Samud zaman Nabi Salleh dan Kaum sadam zaman Nabi Lut .Sebagai sokongkan kepada Rasulullah SAW Allah berfirman "Dan (ingatlah ) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang -orang bertaqwa.Oleh itu mengapa kamu ( wahai Manusia ) tidak mahu memikirkan ?"
Orang yang beriman selalu berfikir dan merenung kepada kejadian -kejadian dan akibat yang telah menimpa kepada kaum yang menderhaka kepada Allah ,dan memikirkan bahawa akhirat itu lebih baik dari dunia ini,dan hidup di dunia ini hanya semantara sahaja semuanya tidak kekal,oleh itu mereka beramal ,dan berusaha mencari bekalan untuk akhirat ,.orang kafir tidak memikirkan bahawa dunia ini akan binasa dan akan diganti dengan akhirat,sebab mereka menyangka dunia ini sudah dengan dunia ini sahaja,tiada akhirat selepas itu.sedangkan orang islam wajib beriman dengan ada hari akhirat .
(h).Firman Allah Taala dalam surah Taha ayat 132 yang bermaksud:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang , dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezaki kepadamu.Dan (ingatlah ) kesudahan yang baik adalah bagi orang -orang bertaqwa ."
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang ,
Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya menyuruh ahli keluarganya mengerjakan sembahyang ,dengan mengerjkan sembahyang boleh mendampingkan diri seseorang dengan Allah dan dengan itu terselamatlah hidupnya di dunia dan di akhirat .Ahli keluarga sendiri perlulah dipimpin dahulu oleh seorang pemimpin sebelum ia memimpin orang lain ,supaya ia menjadi keluarga contoh , kerana kepimpinan melalui teladan .
Í dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya."
Nabi disuruh bersabar mengerjakan sembahyang ,jangan mudah bosan ,jangan tinggalkan dan juga kerjakan pada awal waktu .Kenapa disurh bersabar ? kerana sembahyang itu tidak memberi keuntaungan dari segi kebendaan ,ia merupakan doa, jika tidak dimakbulkan jangan dukacita atau berkecil hati maka hendaklah bersabar.
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu"
Janganlah engkau ragu dan bimbang tentang jaminan hidup,kerjakanlah sembahyang dan perintahkan keluargamu mengerjakannya,serahkan diri kepada Allah ,masalah rezeki janganlah bimabng Allah tetap akan memberi.
(bahkan) Kamilah yang memberi rezaki kepadamu.
Tiap-tiap yang hidup di muka bumi Allah menjamin akan memberi rezeki ,lebih-lebh lagi orang yang bertaqwa seperti di dalam Surah Talaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezaki dari arah yang tidak disangka -sangka ."
Di hujung ayat ini Allah memberi jaminan kepada Nabi Muhammad SAW dan Umatnya akan mendapat kejayaan dan kesudahan yang baik kerana megerjakan sembahyang ,dan bersabar diatasnya adalah termasuk orang -orang yang bertaqwa kepada Allah Taala ,kelebihan dan keutamaan orang yang bertaqwa kepada Allah lihat tajuk 7. TAQWA yang telah di terangkan sbelum ini dengan secara terperinci di dalam buku ini .
(i).Firman Allah Taala dalam surah Al Mursalat ayat 41 -44 yang bermaksud:
41.Sesungguhnya orang -orang bertaqwa berada di tempat teduh ( yang dipenohi ) pelbagai nikmat) dan yang berdekatan dengan matair-matair ( yang mengalir )
42.serta menikmati buah -buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
43. ( Pada ketika itu dikatakan kepada mereka ) "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya , disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
44.Sesungguhnya demikianlah Kami membalas orang - orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik."
Orang -orang yang bertaqwa akan bersenang-senang di bawah bayangan teduh iaitu bayangan teduh yang sebenar,bukannya bayangan asap api neraka yang bercabang tiga yang tidak meneduh dan tidak pula menahan mereka dari cawangan api neraka , mereka bersenang-senang di tepi -tepi matair ,bukannya di dalam asap api neraka yang melemaskan pernafasan dan menimbulkan kedahagaan yang dahasyat .Mereka menikmati berbagai bagai buah -buahan yang diidami mereka.di samping itu mereka menerima pelawaan dari Allah yang didengar oleh seluruh perhimpunan mamusia .Di dalam Syurga mereka diberi penoh penghormatan dari Allah Yang Maha Tinggi .
(j).Firman Allah Taala dalam surah Al Lail ayat 4 -7 yang bermaksud:
"4.Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai -bagai keadaan.
5.Jelasnya adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (Mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.)
6.Serta dia mengaku dengan yaqin akan perkara yang baik.
7.Maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudian untuk mendapat kemenangan(Syurga ).
Firman Allah Taala : "Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai -bagai keadaan." Sesungguhnya amalan seseorang hamba itu pelbagai keadaannya dan berbeza di antara satu sama lain .Ada di antara mereka yang melakukan kebaikan dan ada pula yang melakukan kejahatan.Setengah di kalangan mereka melakukan amalan kesesatan dan setengah yang lain pula melakukan amalan berdasarkan hidayat Tuhannya.Sebahagian mereka dikategorikan sebagai ahli Syurga dan sebahagian yang lain pula dikategorikan sebagai ahli neraka.
Ayat yang hampir sama dengan ayat di atas seperti firman Allah Taala dalam surah Al Hasyr ayat 20 yang bermaksud:
"Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga, ahli Syurgalah orang -orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang dingini) .
Seterusnya Allah memperincikan pula keadaan manusia dan mengkategorikan mereka kepada dua kumpulan Allah berfirman maksudnya "Jelasnya adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa Serta dia mengaku dengan yaqin akan perkara yang baik..Maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudian untuk mendapat kemenangan. Sesiapa yang menafkahkan hartanya ke arah kebaikan dan kebajikan,menghindari larangan dan apa -apa yang Allah haramkan.menyakini janji Allah tentang ganjaran keimanan dan ganjaran berbuat baik, nescaya Allah akan memudahkan mereka menunaikan segala taklif dan arahan Allah - baik yang berbentuk suruhan maupun yang berbentuk larangan,Allah juga meyediakan pedoman yang memidahkan mereka berbelanja ke jalan kebaikan serta mematuhi perintah Allah .