SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, October 29, 2011

majlis pelancaran JPr DUN Mentakab

Bangau Tanjung Temerloh 29 Oct 2011.Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man PJ PAS Pahang,merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat telah merasmikan pelancaran JPr peringkat DUN Mentakab bertempat di Markas PAS Bangau Tanjung.Beliau menyeru kepada ahli -ahli PR supaya berkerja kuat supaya dapat menawan Parlimen Temerloh dan Dun Mentakab,kita perlu menang memandangkan banyak penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh UMNO BN,untuk kebajikan rakyat semua maka PR perlu menang,dan negara dapat diselamatkan.Beliau menyeru kepada ahli PAS dan rakan dalam PR , terutama DAP yang akan bertanding dalam DUN Mentakab bekerja kuat, dan persepakatan itu mesti dikuatkan.Beliau juga melancarkan dana PRU ke 13.Selepas merasmikan majlis pelancaran beliau mendengar taklimat Bilik operasi yang disampaikan oleh Pengarah JPr Dun Mentakab,dengan pertunjukan slaed dibantu oleh Us.Zakaria Omar ketua Penerangan Urusan Ulamak Temerloh."Insya Allah dengan kerja kuat kita serta doa kepada Allah kita akan beroleh kejayaan.

Sunday, October 23, 2011

perayaan 60 tahun pas

pada 26 oktober 2011 bersamaan dengan 28 zulkaedah1432 pas Pahang akan mengadakan perayaan 60tahun bertempat di tapak komplek pas Pahang di Darul Hikmah Kerdau Temerloh Pahang,berbagai gerai pameran akan wujud,serta gerai jualan barang -barang dan makanan, Dewan ulamak Pas Pahang akan turut serta ,datanglah ke gerai dewan ulamak pas Pahang, untuk melihat sejarah penubuhan dewan ulamak Pas Pahang dan ajk dewan ulamak pada sesi 2011/2013 insya'Allah akan diadakan pameran Al-Quran dagital
beberapa risalah agama akan diberi secara percuma sambil menderma kepada tabung dewan ulamak Pas Pahang.
Dari penolong setiausaha dewan ulamak Pas Pahang

Thursday, October 13, 2011

TAUBAT2

MUKADIMAH BAHAYA MEMANDANG RENDAH DOSA YANG DILAKUKAN. Ketahuilah bahawa Allah menyuruh kita melakukan ibadat dengan ikhlas dan bertaubat dengan penuh keinsafan apabila melakukan dosa firman Allah

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ تُوْبُواْ إِلَي اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا .

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah d engan " taubat Nasuha

(At Tahrim ayat : 8 ).

Allah Taala memberi tempuh kepada kita supaya bertaubat sebelum Malaikat الكرام الكاتبون mencatatkan dosa yang kita lakukan sabda Rasulullah SAW :

إٍِنَّ صَاحِبَ الشٍّمَالِ لٍيَرْفَعَ القَلَمَ سِتُّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ المُسْلِمِ المُخْطَئِ فَإِنْ نَدِمَ وَاَسْتَغْفَرَ اللهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا وَإِلاَّ كَتَبَتْ وَاحِدَةً .

ertinya : Syahibul Syimal pencatat kesalahan (dosa) memberi tempuh enam jam untuk tidak ditulis kesalahannya daripada seseorang Islam yang melakukan dosa dan apabila ia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dalam tempuh yang diberi maka ia tidak dicatatkan dosa itu ,kalau ia tidak bertaubat maka di catatkan

dengan satu dosa “. Kemudian ia masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum ia menemui ajal .

Hari ini banyak musibah dilakukan oleh manusia kerana kurang keyakinan terhadap pembalasan Allah,dengan hal demikian mereka melakukan dosa siang dan malam , di antara mereka yang menanggap dosa itu adalah perkara yang ringan di sisi mereka dengan berkata :”Apakah berdosa memandang atau berjabat tangan dengan wanita ajnabi ?”.

Ada di kalangan mereka melihat gambar lucah di majalah dan filam , dengan memandang rendah dan bertanya besar atau kecil dosanya ? untuk mengetahui besar atau tidak dosa perkara –perkara yang dipersoalkan di atas cuba lihat dua hadis berikut :

(ا)عن أنس رضي الله عنه قال : إنكم لتعلمون أعمالا هي أدق في أعينكم من الشعر , كنا ،نعدها علي عهد رسول الله صلي الله عليه وسلم من الموبقات .

Maksudnya :”Daripada Anas RA berkata Ia:”Sesungguhnya kamu menganggap suatu perkerjaan yang berdosa itu lebih halus daripada rambut pada pandangan kamu, kami menganggap perbuatan demikian adalah perkara yang membinasakan di zaman Rasulullah SAW

(ب)عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : " إنا المؤمن يري ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه , وأن الفجار يري ذنوبه كذباب

مر علي أنفه فقال به هكذا اي بيده فذبه عنه ".

Maksudnya :” Daripada Ibni Masud RA berkata ia:”Orang mukmin yang bertaqwa melihat dosa yang dilakukan seperti ia duduk di bawah bukit besar, ia berasa bimbang kalau-kalau bukit itu menimpanya, orang mukmin fasik (jahat) melihat dosa yang dilakukanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya,lalu di halaunya,maka lalat itu terbang .”

Oleh hal yang demikian maka hendaklah kita menjauhi dosa walau ianya kecil sabda Rasulullah SAw :

"إياكم ومحقرات الذنوب , فإنما مثل محقرات كمثل قوم نزلوا بطن واد , فجاء ذا بعود , وجاء ذا بعود , حتي حملوا ما أنضجوا به خبزهم , وإن محقرات الذنوب متي يؤحذ بها صاحبها تهلكه " وفي رواية ( اياكم ومحقرات الذنوب فإنهن يجتمعن علي الرجل حتي يهلكه ). رواه احمد .

Ertinya :”Jauhi kamu dosa kecil,maka bahawanya dosa kecil itu seperti satu kaum yang singgah di satu lembah yang curang , mereka hendak memasak roti,lalu tiap- tiap seorang membawa sebatang ranting ,sehingga cukup untuk membakar roti , maka dosa kecil kalau dilakukan boleh membinasakan tuannya.” . Pada riwayat yang lain ,” Jauhilah dosa kecil,kerana kalau ia berhimpun dengan banyak akan membinasakan tuannya.”

Orang berilmu berkata,” Mereka yang sanggup melakukan dosa kecil , akan terbit darinya beberapa perkara seperti kurang malu,tidak mengambil berat hal agama, tidak takut kepada Allah, lama- kelamaan akan membawa ia melakukan dosa besar.Oleh hal demikian tinggallah melakukan dosa kecil secara berterusan dan dosa besar tanpa taubat”

Kami nasihatkan kepada mereka yang melakukan dosa kecil supaya jangan memandang remeh dosa kecil, mudah-mudahan terjauh dari bala Allah sesungguhnya ia menjadi orang yang beriman dengan Firman Allah Taala :

نَبِّئْ عِبَادِيْ أَنِّي أَنَا الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ .

“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).”(Al-Hijri : 49.)

Seperti juga ia beriman dengan firman Allah :

وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْاَلِيْمُ .

“Dan Bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).”( Al-Hijri :50) .

Sunday, October 2, 2011

TAUBAT 1

TAUBAT .

SELAMAT BERTEMU KEPADA PEMBACA BLOG INI.DALAM BLOG INI AKAN MEMAPARKAN SEBUAH BUKU ARAB YANG BERTAJUK:

اريد اتوب ولكن .........

YANG TELAH SAYA TERJEMAHKAN.MUDAH-MUDAHAN AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SIDANG PEMBACA SEKALIAN.IKUTILAH KELUARANNYA SEBANYAK 16 SIRI .

DARIPADA PENTEJEMAH : USTAZ HAJI ZAKARIA BIN HAJI OMAR .

KATA-KATA PENDAHULUAN

ان الحمد لله نحمده ونستعينه , من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادى له , وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله أما بعد .

Sesungguhnya Allah memerintahkan semua orang mukmin bertaubat firman Allah Taala :

وَتُوْبُواْ إِلَي اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.( An Nur : 31,)

Manusia terbahagi kepada 3 golongan :

(i) Orang yang bertaubat

(ii) Orang yang zalim

(iii) Orang yang tidak mahu bertaubat

Orang tidak mahu bertaubat adalah orang yang zalim firman Allah

وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّلِمُوْنَ .

dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

( Al Hujurat ayat : 11)

Masakini telah ramai manusia yang telah jauh dari agama Islam dengan , melakukan berbagai dosa dan maksiat, maka banyaklah kerosakan di muka bumi ini, sehinggakan tiada seorang pun yang terkecuali dari melakukan dosa . Tetapi Allah tidak membiarkan mereka selamanya di dalam keadaan berdosa,lalu Allah memberi cahaya pertunjuk , dengan cara disedarkan mereka dari kelalaian dan tidur mereka, dengan cara mereka berasa menyesal di atas dosa dan kesalahan yang mereka lakukan, dan insaf lalu menuju ke garisan cahaya taubat, ada pula mereka yang jemu dan bosan dengan hidup bergelomang dosa, lalu mereka menacri jalan keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Halangan –halangan terlalu banyak akan menimpa kepada mereka yang ingin bertaubat, seperti terbit dari hatinya sendiri,ataupun pengaruh rakan – rakan .Lantaran itu saya cuba tulis satu risalah kecil yang bernama “SAYA MAHU BERTAUBAT TETAPI !!! bagi menerangkan cara bertaubat , menyingkap segala keraguan dan menjauhkan diri dari pengaruh Syaitan.

Risalah ini dimulakan dengan tajuk tentang bahaya memandang remeh dosa yang dilakukan, syarat –syarat betaubat dan cara mengubat sakit jiwa , diakhir dengan tajuk beberapa petua untuk mereka yang hendak bertaubat dengan dalil-dalil yang diambil dari Al - Quran dan As- Sunnah, serta pandangan – pandangan ulamak.

Saya berdoa kepada Allah semoga risalah kecil ini memberi faedah untuk diri saya sendiri dan saudara-saudara muslimin, mudah-mudahan ianya menjadi nasihat dan penawar kepada mereka, dan Allah sentiasa menerima taubat hamab-hambaNya.

MUAHAMMAD SALLEH AL MUNJID.