عَنْ كَعْبِ بْنِ اَجْرَحِ قََالَ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِسْمَعُوْا ! هَلْ سَمِعْتُمْ ؟ أَنَّهُ سَتَكُوْنُ بَعْدِيْ أُمَرَاءُ , مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بَكَذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ , وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقُهُمْ بَكَذْبِهِمْ وَلَمْ يُعْنِهِمْ عَلَى ظَلَمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ . (رواه النسائي والترميذي ) .
Terjemahan Hadis
Daripada Ka’ab bin Ajrah berkata ia :Bahawasa Rasulullah SAW bersabda :”Dengar kamu semua ! Apakah kamu mendengar bahawasanya akan ada selepasku para u,mara’ , maka barang siapa masuk kepada mereka lalu membenarkan kebohongan mereka .dan membantu atas kezaliman mereka , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya dan ia tidak akan sampai kepadaku di kolam .Dan barangsiapa yang tidak masuk kepada mereka , tidak menolong mereka atas kezaliman mereka dan tidak membenarkan kebohongan mereka maka dia adalah dari golonganku dan aku dari golongannya , dan ia akan datang kepadaku di kolam (al-Haudh) .(Hadis riwayat :An Nasa’i dan at –Tirmizi ).
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh An Nasa’i dan Tirmizi daripada Ka’ab bin Ajrah seorang sahabat Rasulullah SAW ,Perawi hadis ini :
(i)An Nasa’i :Ialah Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuib bin Ali An-Nasa’i dilahir pada tahun 215Hijrah di Kharasan , beliau seorang ahli hadis yang utama yang pernah mengembara dari kampungnya ke merata –rata negara Islam dan akhirnya menetap di Mesir .Sebuah karangan beliau yang terkenal dengan “Assunan” yang dianggap sebagai kitab yang utama dalam lingkungan kitab – kitab hadis .Beliau wafat di Mekah pada 303Hijrah dalam usia 88 Tahun .
(ii)Tirmizi :Ialah Abu Isa Muhammad bin Isa As salami at –Tirmizi (Orang Tirmiz), lahir pada tahun 209Hijrah di Tirmiz .Beliau seorang Imam Ilmu Hadis setelah lama mempelajarinya di Kharasan , Iraq dan Hijaz .Karangan beliau yang terkenal ialah “Jamek At –Tirmizi “ beliau pernah berkata “Bahawa setelah Aku karangkan kitab ini, Aku perlihatkan kepada ulamak – ulamak Hijaz , Iraq dan Kharasan “ .Mereka semua berkata barangsiapa ada menyimpan kitbanya ini, seolah –oleh di rumahnya ada Nabi yang sedang berkata – kata.Beliau wafat pada tahu 279Hijrah di Tirmiz dalam usia 70 tahun .
Nilai Hadis
Hadis ini adalah hadis yang menerangkan tentang perkara yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw , yang mana umat Islam akan diperintah oleh pegawai – pegawai (pemimpin) yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman terhadap rakyat , ada di kalangan rakyat yang membenarkan kedustaan mereka dan menyokong di atas kezaliman mereka , Rasulullah menegaskan penyokong – penyokong pemimpin- pemimpin yang besikap demikian , Baginda tidak mengaku umatnya dan tidak dapat minum di telaganya (telaga kauthar ) . Sebaliknya mereka yang tidak menyokog di atas kedustaan dan kezaliman mereka , mereka akan diakui Rasulullah SAW sebagai umatnya dan dapat minum di telaganya (al kauthar ) .
Keterangan Hadis secara terperinci
Dalam hadis ini Rasulullah SAW menerangkan bahawa selepas kewafatannya terdapat pegawai –pegawai yang memerintah rakyat dengan bercakap dusta dan melakukan kezaliman :
Keterangan : Keburukan melakukan pendustaan .
Pendustaan ialah menyatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan kenyataan sebenarnya .Perbuatan dusta ini merupakan salah satu dosa yang akan menjadi sebab menuju ke neraka .Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka. (Al-Maaidaah ;10)
Ancaman terhadap orang – orang melakukan pendustaan atas nama Allah dan Rasul telah banyak diterangkan di dalam hadis –hadis Rasulullah , antara laian :
Rasulullah SAW bersabda :”Barang siapa yang berdusta atas namaku maka dibangunkan baginya rumah di neraka Jahannam .”
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka “ .(Hadis riwayat Muslim ) .
Dengan berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadis bahawa melakukan dusta adalah amat salah dan besar dosanya , dosa itu akan diberikan kepada pendusta itu sendiri dan juga orang membenarkan kedustaan mereka yang melakukan pendustaan .
Keterangan : Keburukan melakukan kezaliman
Zalim ialah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya .Zalim merupakan perbuatan terlarang dan termasuk dosa besar bahkan akan mendapat seksaan yang pedih di akhirat kelak Firman Allah SWT yang bermaksud :
42. dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
43. (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah Kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada Kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya Kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya Kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45. "Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)". (Ibrahim : 42 – 45 ) .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksuda :”Barang siapa berbuat zalim sejengkal tanah mescaya (esok di hari kiamat ) akan dikalungkan (dilehernya) menjadi tujuh kali ganda “.
( Hadis riwayat : Al-Bukhari dan Muslim ).
Balasan Kepada mereka yang penyokong , di atas pendustaan dan kezaliman :
(i) Nabi tidak mengaku umatnya
Nabi tidak akan mengaku umatnya , maka segala keistimewaan yang kan di dapati oleh umat nabi Muhamamd tida mereka dapat , seperti syufaat darinya dan juga :
(ii) Tidak mendapat minum di telaganya .
Telaga nabi iatu telaga kauthar adalah telaga yang amat istimewa yang Allah anugerhakan kepada nabi Muhammad SAW , tidak diberikan kepada nabi- nabi yang lain , maka bagi penyokong yang menyokong pemimpin yang bercakap dusta dan menyokong di atas kezaliman mereka , maka mereka tidak dapat minum di telaga yang istimewa itu .
Balasan meraka yang tidak meyokong di atas pedustaan dan kezaliman :
(i) Nabi mengaku sebagai umatnya
Nabi Muhamad sangat kasih kepada umatnya , ini dibayangkannya di waktu baginda hampir wafat , oleh kerana tidak menyokong di atas pemimpin yang melakukan pendustaan dan kezaliman , maka mereka akan di akui oleh baginda sebagai umatnya dan berhak mendapat beberapa keistemwaan yang Allah kurniakan keopada umat Nabi Muhmmad , seperti mendapat syufaat nabi masuk syurga tanpa hisab dan lain – lain keistimewaan , termasuklah :
(ii) Dapat minum air di telaganya .
.
Di antara keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW ialah dapat minum ditelaganya , yang mana sesiapa yang meminum airnya akan puas , tidak mengalami dahaga , yang mana pada masa sangat panas , semua manusia di dalam dahaga ,telaga ini adalah pemebrian Allah SWT kepada nabi Muhamad seperti di dalam firman Nya yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat). (Al-Kauthar :1)
Yang dimaksudkan pemberian yang banyak itu termasuklah telaga (sungai) kauthar yang merupakan sebuah telaga di dalam syurga , sabda Rasullah SAW yang bermaksud ”Al-Kauthar adalah sebatang sungai (sebuah telaga) di dalam syurga , kedua-dua tebingnya diperbuat daripada emas . Laluan airnya di atas batu permata , tanahnya lebih harum daripada kasturi, airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada salji .(Hadis riwayat :at-Tirmizi )
Pengajaran Hadis .
1.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW terdapat pegawai (pemimpin) yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman , Baginda melarang umat Islam menyokong pegawai (pemimpin) yang bersikap demikian , penyokong – penyokong kepada pegawai (pemimpin) yang berakhlak demikian tidak di akui Baginda umatnya dan tidak dapat minum di telaganya .
2.Sesiapa yang tidak menyokong kepada pegawai yang bercakap dusta dan melakukan kezaliman terhadap rakyat , maka Nabi Muhammad SAW mengaku ia sebagai umatnya dan akan dapat menikmati minum air di telaganya .