SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 19



Pengajian Hadis Siri 19
Sambungan Hadis kesepuluh
Kupasan hadis .
5.Jangan berkata “Kalau”setelah ditimpa bencana : Yang bererti kononnya kalau aku buat begini nescaya tidaklah berlaku seperti yang telah berlaku itu, ini adalah menunjukkan dengan jelas kepada orang mukmin sama ada ia benar – benar percaya kepada qada’ dan kadar Allah .Manakala ia berkata kalau aku buat begini nescaya tidak berlaku seperti ini .Seolah –olah lebih tahu akan  kadar takdir yang ditentukan Allah yang hererti kalau ia melakukan seperti katanya maka ia dapat melawan takdir Allah .Hal ini adalah salah dan bertentangan dengan kepercayaan qada’ dan kadar.
Perkara yang telah berlaku sama sekali tidak boleh diperhitungkan, malah ia menjadi tauladan, bagi mukm,in  ia mestilah melakukan segala sebab bagi menjayakan  pekerjaan manakal gagal maka janganlah berputus asa dan menyalahkan usaha denga segala tenaga.Itulah rahsia kebesaran Allah yang tak dapat diduga sama sekali, kita boleh berkata kalau kepada perkara – perkara yang akan berlaku bukan yang telah berlaku.Umpamanya kita sedang sakit  maka kita mestilah mencari sebab yang boleh menyembuhkan sakit,bolehlah kita berkata kalu aku makan uat ini akan sembuhlah, manakala tidak sembuh maka itulah kelemahan makhluk di dalam usahanya dan belum lagi dikehendaki Allah dalam kadar takdirNya.Di ketika itu sebagai seorang mukmin hendaklah lebih yakin dan tidak berputus asa bekerja dengna sedaya upayanya kerana gagal dan jaya bukanlah hak mutlaknya .
6.Manakala diamalkan pendapat atau pemegangan kepada “KALAU” bagi perkara – perkara yang telah berlaku itulah dikatakan di dalam hadis ini membuka perbuatan syaitan iaitu mengamalkan nasihat syaitan yang kan membawa kepada kelemahan , malas  berdukacita, susah hati .Dan lat\ri dari[ada bertawakkal kepada Allah sehingga sanggup membinasakan dirinya sendiri,
Apa yang telah berlaku semuanya itu terpulanglah kepada Allah.Masa hadapan adalah sentiasa cerah di hadapan orang –orang mukmin dan sentiasa bersedia menemuinya dengan segala persediaan, mengambil tuladan daripada apa yang berlaku dengan menjauhkan daripada sebab-sebab yang membawa kegagalan dan kerosakkan yang telah lepas itu .
Pengajaran Hadis .
1.Hendaklah sentiasa menguatkan iman, yang mana iman itulah tunjnag bagi seorang Islam di dalam hidupnya , iman bertambah aau berkurang mengikut  sebanyak mana amalan dan  kekuasaan iman itu menguasai pancainderanya dalam mentaati Allah dan menjauhi laranganNya.
2.Orang mukmin yang gagah dalam segala bidang adalah lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah dan tak berkeperibadian kuat yang tak boleh  mempengaruhi orang lain dan masyarakat di sekelilingnya .Orang- orang mukmin yang sebenarnynya ialah mempunyai keagungan dan kewibawaan serta keperibadian yang dihormati ditauladani oleh orang lain.
3,Orang –orang mukmin hendaklah sentisa melakukan segala yang memberi faedah kepada dirinya dan masyarakatnya – masyarakat islam – denga tak mahu melepaskan peluang dan tak mahu hidup malas, lembab dan tak bersemangat .
4.Berpegang teguh kepada Allah SWT di dalam segala pekerjaan, kepadaNya sehaja tempat perlindungan dan tempat memohon pertolongan tidak perlu melalui orang tengah perantaraan mengharapkan keridaan Allah.
5.Orang mukmn hendaklah menghindarkan samsekali angan – angan kosong , angan – angan batil dan kata –kata yang tak berfaedah, malah hendaklah memperkatakan sesuatu yang memberi faedah kepada dirinya dan masyarakatnya.
6.orang mukmin dekehedaki sentiasa beringat bahawa syaitan semtiasa menunggu-nunggu untuk memasukkan jarumnya sekalipun dengan kata –kata yang paling ringan lagi mudah ,

No comments:

Post a Comment