SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, October 13, 2014

MESYUARAT AJK URUSAN ULAMAK .

BERTEMPAT DI PEJABAT  PAS KAWASAN TEMERLOH  URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH TELAH MENGADAKAN MESYUARAT BULANAN PADA HARI SABTU MALAN AHAD 11-10-14 MULAI PUKUL 9.30 DIHADIRI SERAMAI  10 AJK - DIPENGERUSIKAN OLEH KETUA URUSAN ULAMAK TEMERLOH - DI ANTARA AGENDANYA IALAH :
1.UCAPAN PENGERUSI (KETUA)
2.TAZKIRAH
3.PENGESAHAN MINIT YANG LALU
4.PERKARA BERBANGKIT
5.LAPURAN KEWANGAN
6.USRAH ULAMAK
7.IJTIMAK TARBAWI KAWASAN TEMERLOH
8.BULETIN ULAMAK
9.MUKHAIYYAM
10.HAL -HAL LAIN .
US.ZAKARIA BIN OMAR PENULIS BLOG INI

Thursday, October 2, 2014

KALIMAH ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH SIRI 1.

SIRI INI AKAN MEMAPARKAN  AYAT 7 SURAH AL-BAQARAH YANG TERDAPAT KALIMAH ALLAH DI DALAMNYA. DAN TULISAN KALIMAH DALAM BENTUK YANG MENARIK .

IJTIMAK TARBAWI BULAN SEP 2014

PAS KAWASAN TEMERLOH DENGAN KERJASAMA URUSAN ULAMAK  PAS TEMERLOH TELAH MENGADAKAN  IJTIMAK  TARBAWI  PADA 29 SEPT 2014 BERTEMPAT DI DARUL AMIN SUNGAI GAU DENGAN  TAJUK THABAT (TETAP) DISAMPAIKAN OLEH  US.ZURIDAN DAUD  AJK DEWAN ULAMAK PAS PAHANG.KIRA 70 0RANG  YANG HADIR , YDP,TYDP DAN NYDP  HADIR SAMA .ZURIDAN MENGATAKAN DALAM PERJUANGAN PAS SEMUA AHLI HENDAKLAH THABAT  , KERANA PERJUANGAN IUT BUKANNYA MUDAH , TERPAKSA MENGHADAPI BERBAGAI  CUBAAN  . BERIKUT BEBERAPA FOTO YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEPANJANG IT ITU BERLANGSUNG .

Saturday, September 27, 2014

pengajian hadis ke 39



PENGAJIAN HADIS SIRI 39
SAMBUNGAN HADIS KESEMBILAN BELAS
KUPASAN HADIS.
5..Imanlah sahaja yang sanggup mencegah segala perkara yang disebutkan di dalam hadis kerana empat perkara itu semuanya berpunca dari  hati nurani seseorang tidak ada campur tangan orang lain .Tanyalah diri masing – masing menakala melakukan seduatu atau sebaliknya , menakala hati telah bersih bercahaya iman dan hidayah telah menyanari akal fikiran seluruh pancainderaam .ketika ia bercahayalah ia mencapai darjat seorang mukmin yang sebenar .
6.Bercakap berdusta : Tidak seiapa yang boleh menahan diri orang lain daripada berdusta selain dirinya  sendiri, menakala telah berdusta  sekali maka ia tetap akan melinatkan berpuluh –puluh , malah beribu –ribu kali lagi berdusta  untuk menegakkan  dan membenarkan  dustanya tadi.yang akhirnya menyebabkan hilang maruwah dan kepercayaan orang kepadanya .
7.Berjanji mungkir : Perjajian adalah satu –satunya perhubungan di dalam masyarakat , kira bicara , jualbeli , dan sebagainya, menakala dimungkiri janji yang telah disetujuai bersama maka denga sendirinya menjatuhkan dirinya ke dalam lubang kerusakan akan terlibat bersama – sama dengan ditimpa kerosakkan .Perjanjian inilah tanda harga maruwah seseorang,bukan harga dirinya dengan harta kekayaan , pangkat dan keturunan .
8.Mengkhiyanati amanah . sifat amanah ialah satu-satunya teras perhubungan baik bermasyarakat sesama manusia , dan ialah neraca nilai maruah seseorang , bukan sahaja  seseorang itu mesti amanah kepada orang lain manakala dipercayai malah ia mestilah juga amanah  kepada dirinya sendiri tidak mengkhiyanatinya iaitu bijak memilih sesuatu yang berfaedah untuk dirinya di dunia dan akhirat . bagi seseorang pendakwah  , pemimpin dan guru sifat amanah ini adalah ukuran di atas segala sesuatu arahan, seruan dan nasihat daripadanya , dengan sebab itulah Rasulullah telah dapat membuat jasa baiak menyelesaikan satu sengkita  di antara kabilah –kabilah Arab untuk meletakkan hajar aswad .Baginda dipilih menyelesaikannya oleh kerana sifat amanahnya yang diketahu oleh ramai sehingga baginda digelarkan Muhammad Al-amin.
9.Bergaduh terlalu melampau dan jahat – bererti jiwanya kotor lagi jahat , tidak mahu mencari keamanan dan ketenteraman malah sentiasa  berdasar kepada inaya , zalim dan kekerasan, semata –mata menunggu peluang untuk berbuat jahat menakala terbuka sahaja pintu berbuat jahat dan kekerasan tidak lingah –lingah lagi terus diisi dengan sungguh –sungguh tanpa menghiraukan sesuatu .
10.Segala empat sifat yang disebutkan telah menguasai seseorang maka ia adalah seorang munafik yang tulin dan gagah yang akan mendapat balasan daripada Allah di akhirat seperti mana ditegaskan di dalam al-quran surah an nisak ayat 145 yang bermaksud 
:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.
Orang – orang munafik inilah boleh diibaratkan dengan peribahsa  kita “duri di dalam daging dalam sesebuah masyarakat , sebuah kumpulan damn jamaah , juga seperti musuh dalam selimut, maka perlulah orang –orang seperti ini diawasai benar – benar jangan diberi peluang dan kesempatan menakala telah  nyata ada tanda – tanda sifat –sifat yang disebutkan kepadanya