Keadaan orang meniti siratul mustaqim .
Setelah ditimbang amalan mereka maka
diberi nur kepada mereka mengikut amalan mereka dan disuruh berjalan di atas
siratulmustaqim – maka duduklah nabi Muhammad SAW dan Jibril melihat keadaan
mereka yang berjalan di atas.siratul mustaqim .itu dan malaikat zabaniah duduk ditengah –tengah
sirat iru - ada yang bejalan seperti kilat , adalah seperti angin , ada yang
seperti kuda , ada yang berjalan dengan empat kaki , ada yang berjalan dengan
perut mengikut kadar amalan mereka –
orang kafir semuanya jatuh ke dalam neraka firman Allah surah Mariam ayat 71:
وَإِنْ مِنْكُمْ
إِلاَّ وَارِدُهَا كَاَنَ عَلَي رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا .
dan tiada seorangpun di
antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu
perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
Kemudian masuk segala mukmin yang
tiada derhaka ke dalam syurga . Maka berkata Ridwan kepada mereka lihatlah
kepada suami kamu – maka keluarlah
isteri dengan pakaian yang indah menemuai suami masing –masing . Adapun kanak
–kanak apabila bertemu dengan ibubapa mereka lalu diberi minum air kepada kedua
ibubapa mereka – ada diantara mereka tidak bertemu dengan ibubapa mereka lalu
merea menangis mencari ibubapa mereka – lalu mereka berkata “ haram atasku
syurga sehingga dimasukkan keduaibubapaku oleh Allah ke dalam syurga “.
Adapun yang masuk syurga itu menuju
kepada syurga mengikut pangkat yang
ditentukan oleh Allah mengikut amalan mereka
- yang pertama dimaka mereka ialah hati ikan nun – dan yang mula dimakan
oleh golongan orang melakukan dosa besar
ialah bungkah dari emas maka makan mereka emas itu lalu berseru malaikat zabaniyah inilah
balasan orang lalai di dunia dengan tidak mengerjakan amalan kebaikan .
Malaikat Zabaniyah berkata “Api
neraka yang di atas - apinya putih tiada
ular dan kala dalamnya – maka berkata Allah Taala “Hai malaikat Zabaniyah
bawalah umat nabi Muhammad yang mengerjakan dosa besar ke dalam neraka yang di atas itu . Maka
dibawa oleh Malaikat Zabaniyah umat Nabi Muhamad yang melakukan dosa besar itu
dengan keadaan jalannya gelap gelita dan penuh dengan unak dan duri – maka
bertanya merekitu kenapa jalan ini
terlau gelap gelita dan penuh duri – maka jawab Malaikat Zabaniyah “ inilah keadaan jalan ke neraka “. Maka
dimasukkan mereka yang melakukan dosa besar itu
ke dalam neraka dan dihukum
mengikut dosa yang mereka lakukan dan dikeluarkan dari neraka selepas dihukum
dan dimasukkan ke dalam syurga kalau mereka ada secebis iman.
Ada dikalangan mereka yang masuk neraka
itu berkata “ Wahai api jangan kamu
bakar muka kami kerana ada bekas sujud kepada Allah SWT di dunia dahulu “ ada dikalangan mereka apabla di makan oleh api neraka mereka
berkata “ dimanakah kalimah taiyibbah yang kami ucapkan di dunia dahulu iaitu
“لا اله الا الله محمد رسول الله maka
didengar oleh Siti Fatimah anak Nabi Muhammad saw akan perkataan itu , lalu ia berjumpa Ayahndanya dengan mengatakan “ ada
suara mengatakan ia pernah mengucapkan kalimah لا اله
الا الله محمد رسول الله tetapi mereka di dalam neraka , maka berkata
Allah SWT kepada Jibril pergi engkau kepada Malik dan suruh ia buka pintu
neraka Jahannam – maka datanglah Jibril ke neraka , oleh kerana hibatnya maka
terasa oleh peduduk neraka angin yang baik dan sejuk dari Jibril itu – dan ia
merupakan orang yang sangat hibat dan bercahaya - mereka bertanya siapa kamu ? maka jawab
Jibril “ aku Jibril sahabat Muhammad “
maka berkata umat Muhammad yang ada dalam nereka – pergilah kamu berjumpa
Muhammad dan katakana kami adalah umatNya yang pernah berselawat dan memberi
salam kepadaNya masa di dnuia dahulu – lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad yang
duduk dalam syurga dengan penuh kenikmatan – dan ia menangis – maka ditegur
oleh Nabi Muhammd kenapa engkau menangis – hari ini bukan hari berduka –hari
ini hari kegembiraan , maka Jibril menerangkan ia meangis kerana ada dikalangan
umat Nabi Muhammad masuk neraka dengan menerima azab siksa dari Allah – maka
nabi Muhammad pergi menemui Allah untuk melepaskan umatnya dalam neraka itu-
maka dilepaskan umatnya yang ada secebis iman di dalam hatinya .