Pengajian Hadis Siri 14.
Hadis Kelapan
Jangan meyakiti jiran
dan ajaran yang baik kepada perempuan
.
عَنْ
أَبِي هُريرة رضي الله عنه عن النبي صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ
وَالْيَوْمِ الْأَخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ وَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
فَإِنَّهُنَّ خُلِقَْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أُعْوَجَ شَيْئٍ فِيْ الْضَلْعِ
اَعْلاَهُ فَإِ،ْ ذَهَبَتْ تُقِيْمُهُ كَسَرَتْهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ
أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا.
(رواه البخاري)
Daripada
Abi Hurairah r.a daripada Nabi saw baginda bersabda :”Sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian (akhirat)maka jangan ia menyakiti
jirannya,berilah nasihat wasiat kepada perempuan yang baik-baik .Sesungguhnya
mereka itu dijadikan daripada tulang –tulang rusuk dan sesungguhnya suatu yang
bengkok daripada tulang rusuk ialah yang disebelah atasnya.Jika engkau ingin
meluruskannya engkau akan memecahkannya dan jika engkau tingggalkan ia,
sentiasalah ia bengkok .Maka oleh itu berilah wasiat yang baik –baik kepada
perempuan. (Hadis riwayat al-Bukhari) .
Kupasan
Hadis.
1.Iman
kepada Allah dan hari akhirat adalah menjadi ukuran dan asas yang pertama bagi
seseoarang dalam melaksanakan segala kehendak Islam bagi diri sendiri dan
masyarakat , sejauh mana kukuh imannya
maka sejauh itulah kesanggupannya menjalankan perintah dan
memberhentikan sebarang larangan, belum dianggap sebenar –benar beriman aselagi
belum terlaksana kesan-kesannya kepada perbuatan dan amalan seseorang itu .Dalam hadis ini dinyatakan
sebagai tanda orang yang melaksanakan kesempurnaan iman ialah mereka tidak menyakiti jirannya.
2.Menyakiti
jiran : adalah dengan berbagai –bagai cara yang boleh menyusahkan dan
menyakitinya seperti mengata-gatanya, mengintai –intai, menyusahkannya dengan
merosakkan kepentingannya seperti
menghalang jalannya,melindungi rumahnya, membuang kotoran ke kawasannya,
membuat bising , bermain –main di halamannya tanpa izinnya sehingga ia tidak
berasa senang dan tidak mendapat kerihatan berada di rumahnya,tegasnya
melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada harta benda dan perasaan nama baiknya semuanya itu
termasuk dalam ertikata menyakiti jiran .
3.Jira
ada tiga jenis mengikut sebuah hadis rasulullah saw , yang pertama jiran yang
mempunyai satu hak iaitu berjiran dengan bukan Islam,yang kedua jiran yang
mempunyai dua hak iaitu berjiran dengan orang islam.yang ketiga jiran yang
mempunyai tiga hak iaitu berjiran dengan
kerabat yang Islam .Mereka mempunyai hak jiran,hak islam dan hak kerabat .
4.Adapun
hak jiran yang mseti dijaga dan dihormati mengikut sabda Junjungan yang
diriwayatkan oleh AlTibrani dari Muaz bin Jabal maksudnya :”Bertanya sahabat
–sahabat Wahai Rasulullah apakah hak jiran terhadap jirannya ? Jawab Junjungan
: jika meminta hutang berilah ia berhutang . Jika meminta meminjam pijamkanlah
, jika meminta bantuan bantulah, jika sakit lawatlah , jika berhajat sesuatu
sampaikanlah hajatnya , jika kesempitan ringankanlah , jika ia mendapat
kebajikan bernasib baik berilah taniah ,
jika ditimpa bencana dan kemalangan bersempati dan berilah takziah , jika ada
kematian iringilah janazahnya , janganlah kamu membina rumah lebih tinggi
daripadanya sehingga melindungi anginnya kecuali dengan izinnya , dan janganlah
bau masakkan kamu menyinggungnya kecuali berilah kepadanya sedikit dan jika
kamu memberli buah –buahan hadiahkanlah sedikit kepadanya, jika kamu tak mahu
memberinya bawalah masuk ke rumah kamu senyap –senyap jangan dibiarkan anak
–anak kamu keluar menunjukkannya sehingga menyebabkan marah dan menyakiti
perasaan anaknya .
5.Berilah
wasiat yang baik kepada perempuan, wasiat yang dimaksudkan itu ialah nasihat
pengajaran pimpinan yang baik terhadap perempuan dan isteri –isteri di mana
suami –suami adalah menjadi ketua yang memimpin memandu bahtera rumahtangga
dengan melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh rasa tanggungjawab , baik
dan kasih saying terhadap isteri.
6.Wanita
dijadkan daripada tulang rusuk: Adalah menunjukkan bahawa tabiat perempuan
mudah menerima kejahatan dan mudah bingkuk seperti tulang rusuk .Boleh juga
bermaksud bahawa perempuan yang mula – mula iaitu Siti Hawa dijadikan daripada
tulang rusuk Adam, sedang perempuan yang lain adalah mereka dijadikan melalui
proses hidup serupa juga kejadian kaum lelaki , dengan itu hadis ini
mengarahkan supaya memnberi nasihat ,
ajaran – ajaran yang baik kepada semua perempuan dan isteri –isteri,
Mengikut
sebuah hadis laian junjungan menyatakan : Wanita seperti tulang rusuk jika
emgkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah dan jika engkau berseronok
dengannya tanpa memperbaiki maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa
bengkuk .
No comments:
Post a Comment