SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, April 25, 2010

Fadilat Bismillah .

Rasulullah SAW bersabda :Tiada seseorang hamba pun mengucapkan bismillah kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia dalam buku amalannya sebanyak 400 kebaikan ."
Dalam Hadis yang lain ada menyebutkan:"Sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan bismillah maka ia terputus dari rahmat Allah SWT ."
KISAH KEBAIKAN MEMBACA BISMILLAH :
Pada zaman dahulu ada seorang isteri sentiasa mengamalkan membaca bismillah dalam semua kerja yang ia lakukan ,Sehinggakah suaminya benci di atas amalan ia membaca bismillah itu , suaminya hendak mempermainkan amalan bismillah yang ia lakukan ,satu hari suami memberikan sejumlah wang banyak supaya ia menyimpannya, maka ia isterinya menyimpan di tempat yang selamat .Suaminya mengintai diwaktu isteri menyimpan wang itu ddan ia tahu tempatnya .Maka ia pun mengambil wang itu dan dlbuangkan kedalam perigi buta .Setelah beberapa hari maka suami meminta kembali wang yang berikan tempuh hari .Isterinya pergi ke tempat wang tersebut disimpan , sambil diikuti oleh suaminya dari belaang .Dengan berhati-hati isteri membuka tempat simpanan wang itu dengan membaca bismillah ,ketika itu Allah hantar malaikat Jibril a,s untuk mengembalikan wang itu .Maka dapat ia menyerahkan wang itu kepada suaminya .Alangkah terkejutnya suaminya lalu ia menyesal dan bertaubat dan mengamalkan perintah Allah dan bismillah .itulaha berkatnya membaca bismillah .(Islam mei 2010 muka surat 51) .

Saturday, April 24, 2010

ISLAM PASTI MENANG ,

Firman Allah SWT di dalam ayat 81 Surah al-Israk yang bermaksud :
dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firaun yang kuat Dikalahkan oleh Nabi Musa AS
Abu Jahal yang sombong Dikalahkan oleh Nabi Muhammad
Rom dan Parsi dua kuasa besar Dikalahkan oleh Saidina Omar bin Khattab
Kota Konstantinnapel yang teguh Ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh
Tentera salib yang ramai Dikalahkan oleh Sallahuddin al-Ayyubi
Israel yang sombong dan ego Dikalahkan oleh Tentera Hizbullah

SEJARAH GEMILANG ISLAM TELAH MENGEMUKA JAWAPAN : KEBATILAN PASTI HANCUR .

Friday, April 23, 2010

Imam Al-Bukhari

IMAM AL- BUKHARI (194H -256H = 810M – 872M).
Al-Bukhari adalah seorang ulama terkenal di dalam Hadis..Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail .Beliau dilahirkan pada tahun 194H = 810M di Bukhara .Imam al-Bukhari buta diwaktu kecilnya .Berkat doa daripada kedua –dua ibu bapanya , akhirnya beliau dapat melihat semula .Beliau berasal daripada keturunan orang yang alim , soleh ,warak dan pernah menuntut daripada Imam Malik .
Imam al-Bukhari mempunyai daya ingatan yang kuat .Beliau telah hafaz al-Quran sejak kecil lagi .Beliau berusaha dengan bersungguh – sungguh menimba ilmu pengetahun yang member manfaat . Imam al-Bukhari sangat minat pada ilmu hadis .Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dengan ulama –ulama hadis dan mendapatkan ilmu tersebut daripada mereka .Beliau sangat warak tidak makan benda –benda yang dikira syubhat ,
Imam al-Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia 11 tahun .Ketika berumur 16 tahun ,beliau mengunjungi Kota Makkah dan Kota Madinah dengan tujuan menuntut ilmu .Selama 6 tahun beliau mengikut pengajian hadis daripada ulama – ulama di sana .Beliau kemudiannya mengunjungi Basrah ,Mesir , Hijaz . Kufah dan Baghdad untuk mempelajari hadis – hadis nabi .Berkat kesungguhannya dan usaha gigih serta mempunyai daya ingatan yang kuat , Imam al-Bukhari telah menghafaz segala hadis – hadis yang diperolehi darupada 80 000 orang ahli hadis beserta sanadnya .
KITAB SAHIH AL – BUKHARI adalah sumbangan Imam al-Bukhari yang paling besar . KITAB SAHIH AL – BUKHARI adalah himpunan hadis – hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai bahan rujukan umat Islam selepas Al-Quran . KITAB SAHIH AL – BUKHARI mempunyai 7275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600 000 buah hadis .Hadis – hadis tersebut disusun mengikut bab – bab yang tertentu , seperti bab Fikah .Kemudian dihuraikan menjadi beberapa pecahan seperti ibadat ,muamalat dan jenayah . Imam al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam usahanya mengumpul , menapis , menyelidik dan seterusnya menyusun hadis – hadis trsebut untuk dimuatkan dalam KITAB SAHIH AL – BUKHARI .Sebuah kitab yang dihasilkan oleh beliau ialah Tarikh al-kabir yang terdiri daripada hadis – hadis yang tidak terdapat dalam KITAB SAHIH AL – BUKHARI .
Al Imam al –Bukhari meninggal dunia pada tahun 256 H = 872M ketika berusia 62 tahun .

Wednesday, April 21, 2010

ADAB DENGAN IBUBAPA

ANAK MERUPAKAN HARAPAN BAGI IBU BAPA , KERANA ITU JADILAH ANAK YANG SOLEH.ADA BEBERAPA NILAI DAN HARAPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAKNYA :
1.ANAK SEBAGAI PEMBERI SENTUHAN CINTA KASIH
2. ANAK SEBAGAI PENOLONG ORANG TUA
3. ANAK SEBAGAI INSURAN HARI TUA
4. ANAK SEBAGAI PELANJUT KETURUNAN
5. ANAK SEBAGAI TEMAN
6. ANAK SEBAGAI SUMBER REZEKI .

JADILAH ANAK YANG BERTAQWA , CEMERLANG , BERILMU DAN BERHEMAH TINGGI .’
“SESUNGGUHNYA SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU “
ADAB MENGHORMATI IBU BAPA
1.Selalu mengucapkan doa kepada ibubapa , baik ketika ia masih hidup mahupun setelah meninggal dunia,
2.Taat kepada ibubapa dalam semua perkara , kecuali yang menderhakai ibubapa kepada Allah dan Rasul,
3.Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dab sopan santun
4.Berdiri dan menyambut ibubapa kertika masuk rumah
5.Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang
6.Selalu memohon maaf kepadanya atas segala kesalahan kita
7.Sentiasa menjaga kehormatannya dan harta keduanya
8.berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun
9.Memuliakan keduanya
10.Memberikan apa yang diminta oleh ibubapa , apa lagi setelah mereka tua
11.Melalukan kerja – kerja yang menyenangkan hati mereka
12.Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka .
13.Tidak mengucapakan kata – kata kasar kepada ibubapa seperti “AH” CIS dan sebagainya,
14.Tidak memotong perbualan mereka
15.Tidak keluar daripada rumah , kecuali dengan izin keduanya
16.Tidak tertawa terdekah –dekah di hadapan mereka
17.Tidak menghina keduanya , jika mereka terlanjur melakukan kesalahan
18.Duduk dengan sopan di hadapan mereka
19.Menjawab panggilan ibiu bapa dengan segera
20.Ikut serta bersama – sama mereka dalam mengerjakan solat berjemaah

Tuesday, April 20, 2010

SABAR

sabar ialah salah satu sifat utama yang membawa tercapainya sesuatu kejayaan dalam hidup.Sabar membawa erti yang luas , sanggup menghadapi sesuatu kesusuhan dan dugaan atau sebarang ancaman dengan penuh rasa ketenangan hati, di sampingberusaha untuk mencapai kejayaan.
Seorang yang sabar akan merasa tenang bila ditimpa sebarang kesusuhan , ia tidak merunggut bila ditimpa sesuatu bencana dan tidak pula berputus asa bila tidak berjaya dalam suatu pekerjaan malah ia terus membuat sesuatu dengan perasaan yang tenang dan tekun, dengan sifat sabar juga dapat mengatasai sesuatu pertelingkahan dan perselisihan serta dapat mencapai kejayaan ,firman Allah surah al - baqarah ayat 53 yang bermaksud :SESUNGGUHNYA ALLAH ITU TETAP BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR .Selain daripada itu banyak lagi terdapat ayat- ayat dan hadis yang mendorongkan orang Islam supaya bersifat sabar dan memuji mereka yang mempunyainya, di antaranya firman Allah surah alahqaf ayat 35 yang bermaksud :BERSABARLAH KAMU (dalam menghadapi sesuatu dugaan) .Dan daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud :" SABAR ITU ANAK KUNCI SEGALA KEJAYAAN " .Semamangnya orang - orang yang sabar akan mencapai kejayaan dalam hidupnya dan Allah akan memberi balasan pahala kepadanya.Dengan itu mereka akan memperolehi dua keuntungan iaitu dunia dan akhirat ,Rasulullah dan pengikut-pengikutnya telah menghadapi berbagai - bagai ancaman dan penginayaan dari orang - orang kafir Qurisy ketika menyiarkan Agama Islam di Mekah .Baginda pernah dicampak dengan benda - benda kotor ketika solat dan sewaktu baginda pergi ke Taif kerana menyeru orang -orang di sana baginda dimaki hamun dan dilontar dengan batu oleh budak -budak nakal dan orang jahat di sana sehinggakan kaki baginda berdarah , tetapi baginda tetap sabar dan hanya bedoa kepada Allah dengan sabdanya yang bermaksud:WAHAI TUHANKU BERILAH PERTUNJUK KEPADA KAUMKU KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI".Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang mana akhirnya baginda berjaya dalam seruannya menegakkan Agama Islam yang maha suci.
Oleh itu tiap - tiap orang Islam mestilah bersifat sabar dalam menjalankan sesuatu pekerjaan,juga dalam menghadapi sesuatu kesusuhan dan percubaan hidup .Di samping berusaha dan berikhtiar sehingga tercapai sesuatu kejayaan dan berhasil cita-citanya .

BANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI SAW .

12 Rabiul Awal adalah merupakan satu tarikh keramat kepada seluruh Umat Islam kerana pada tarikh ini lahirnya junjngan Besar Nabi kita Muhammad SAW yang membawa rahmat kepada seluruh alam . Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107yang bermaksud :
Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Oleh yang demikian kita selaku Umat junjngan Besar Nabi kita Muhammad SAW hendaklah mengasihi dan mencintai baginda ,kerana baginda menjadi uswah dan qudwah kepada kita dari segenap segi , bukan sahaja dengan perkataan tetapi mencontohinya segala sunnah dan jejak langkah .Firman Allah SWT di dalam surah Al – Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Syikh Mutawali Sya’rawi salah seorang ulamak terkenal di Mesir bekata “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda SAW dan demikian juga semua tumbuh –tumbuhan semua binatang , para malaikat dan seluruh jin Islam bergembira dengan kelahiran baginda SAW,kenapa menghalang kamu daripada bergembira dengan kelahiran baginda SAW ?”.
Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 31 :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat 31 Surah Ali Imran ini menyatakan kepada kita bahawa mencintai Rasulullah SAW itu akan mendekatkan kita kepada Allah SWT , dan dijanjikan akan mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.Cara mencintainya ialah dengan mengetahui segala aspek penghidupan Raulullah SAW , seperti makjizat , kelahiran , kewafatan , akhlak , keluarganya dan tanda- tanda kenabian dan tugasnya sebagai pesuruh Allah SWT .Selepas itu hendaklah beriman dan mengamalkan segala sunnahNya.
Seseorang itu hendaklah mencintai Rasulullah SAW hendaklah lebih daripada dirinya sendiri,anak, isteri harta dan menusia seluruhnya , sabda Rasulullah SAW :

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ .
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia menjadikan Aku lebih dikasihi daripada dirinya , ibu bapanya , anak , harta dan manusia seluruhnya .”

Marilahkita sentiasa menzahirkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW dengan perkara – perkara berikut :
1.Mengamalkan seluruh sunnahNya dengan penuh keikhlasan ,dan kepada rasul sahaja yang layak untuk kita mencari keridhaan Allah SWT , Firman Allah SWT yang bermaksud :
Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman. ( At – Taubah : 62) .

2.Membanyakkan selawat terhadap baginda Rasulullah SAW , firman Allah SWTyang bermaksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ( Surah Al –Ahzab : 56)
Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud
“Barangsiapa yang berselawat ke atasKu sekali, nescaya Allah akan membalasnya dengan selawat sepuluh kali “.
Sabdanya lagi yang bermaksud :”Orang yang utama yang mendapat syafaatKu di hari kiamat ,ialah orang yang banyak berselawat ke atasKu.”

3.Menghormati hadis – hadis baginda .Oleh itu setiap muslim tidak boleh mendusta atau anti terhadap hadis – hadis baginda .Menolak hadis –hadis sahih lagi mutawattir adalah kufur hukumnya .Menolak hadis – hadis baginda sama dengan menyakiti baginda .Menyakiti Nabi SAW adalah haram dan berdosa serta menyebabkan seseorang terkeluar dari Agama Islam .Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :

dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah
Dan Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat yang bermaksud 61:
“dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Termasuk juga menyakiti Rasulullah SAW ialah dengan membenci sunnah Rasullullah , adapun mengikut sunnah pada asalnya sunat sahaja , tetapi kalau menghina dan menolaknya adalah haram hukumnya , Nikah itu sunat sahaja , tetapi menolak dan menghina nikah maka ia boleh merosakkan akidah .
Marilah kita mencintai Rasulullah SAW dengan melakukan beberapa perkara yang telah disarankan di atas , mudah – mudahan kita akan mendapat syafaat darinya .Kerana syafaat Rasulullah SAW adalah merupakan syafaat yang agong yang diberikan kepadaNya tidal kepada Nabi lain .
Hormatilah Rasulullah dan banyakkan selawat kepadaNya dan amalkan seluruh sunnahNya , dan apa yang diperintahkan kepada kita hendaklah dikerjakan dan apa yang ditegahNya hendaklah ditinggalkan , Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).(Surah Al-Hasyr ayat 7 )

TAUBAT PEMBUNUH 100 ORANG

Dari Abi Said al Khadri , bahawa Nabi SAW bersabda :
Adalah pada zaman dahulu seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang .Lalu ia pergi bertanya kepada orang yang bijak pandai di kalangan mereka. Maka ia ditunjukkan kepada seorang alim,ia memberi tahu orang alim itu tentang ia sudah membunuh 99 orang .Adakah peluang untuknya bertaubat ? Pendita (orang alim ) itu menjawab :”Tidak “. Lalu dibunuhnya pendita itu maka genaplah 100 orang dibunuhnya.

Kemudian ia mencari pendita lain , lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim ,lalu ia berjumpa orang alim yang baru ini dan menceritakan hal dirinya telah membunuh 100 orang adakah peluang untuk bertaubat ?
Orang alim itu menjawab :”ada dan tiada siapa yang boleh menghalangnya untuk bertaubat, dan pergilah ke negeri itu dan itu .Di sana ada banyak orang beribadat kepada Allah,maka bertaubatlah dan beribadatlah kepada Allah bersama mereka ,dan jangan engkau kembali ke negeri mu kerana negerimu negeri jahat .
Lalu orang itu berjalan,sehingga sampai separuh perjalanan,maka ia meninggal dunia . Lalu bertengkarlah Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab tentang orang tersebut.

Malaikat Rahmat mengatakan bahawa orang itu datang untuk bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan hatinya sesal.dan Malaikat Azab pula mengatakan bahawa orang itu tidak berbuat apa-apa kebajikan lagi.Lalu datang kepada mereka malaikat dalam bentuk manusia maka mereka jadikan manusia itu sebagai hakim (orang tengah) di antara dua malaikat itu.

Lalu hakim itu mengatakan ukurlah jarak perjalanan orang itu di antara dua tempat manakah yang lebih dekat di antara negeri jahat dengan negeri baik ( temapt ia untuk bertaubat) .Lalu mereka berdua ukur,dan mereka dapati bahawa ia lebih dekat ke negeri yang ia hendak bertaubat itu.lalu diambil oleh Malaikat Rahmat.
(Hadis mutafaqun alaih)

buku baru






















DAPATKAN BUKU BARU KARANGAN US.HAJI ZAKARIA BIN HJOMAR

BERTAJUK : PEDOMAN HIDUP MUSLIM TERBITAN PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID

BERHARGA RM18.00 .MENGUPAS TENTANG 16 AMALAN SOLEH .

PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID

NO.54 JALAN SBC , TAMAN SRI BATU CAVES

68100 BATU CAVE , SELANGOR


selamat bertemu kembali

salam..

Insyaallah blog ini akan update ... selalu kerana sebelum ini ada masalah teknikal.

Sekian harap maklum..