SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

PENGAJIAN HADIS SIRI 22



Pengajian Hadis Siri 22
HADIS KEDUA BELAS
Haram jual arak .
عَنْ جَابررضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ وَهُوَ بِمَكَّةَ يَقُوْلُ : إِنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ وَرَسُوْلَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةَ وَالْخِنْزِيْرَ وَالْاَصْنَامَ فِقِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَأَيْتَ شُحُوْمَ الْمَيْتَةِ ؟فَإِنَّهُ يُطْلَي بِهَا السُّفُنُ وَيُدْهَنُ بِهَا الْجُلُوْدُ وَيَسْتَصْبِحُ النَّاسُ ؟ قَالَ : لاَ هُزَ حَرَامٌ ثُمَّ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ : قَاتَلَ اللهُ الْيَهُوْدَ إِنَّ الله حَرَّمَ عَلَيْهِمُ الشُّحُوْمَ فَأَجْمَلُوْهُ ثُمَّ بَاعُوْهُ فَأَكَلُوْا ثَمَنَهُ ( خرجه البخاري ومسلم ( .
Daripada Jabir r.a bahawa ia mendengar nabi saw pada tahun pembukaan Mekah junjungan bersabda : Bahawa sesungguhnya Allah Azzawajalla dan rasulNya telah mengharamkan jual, arak,bangkai, babi dan berhala , maka Rasulullah di tanya “Wahai Rasulullah adakah  engkau tahu lemak bangai?yang mana ia dilumurkan kepada perahu, digunakan meminyak kulit serta digunak bagi menyalakan lampu ? Jawabnya tidak dia adalah haram kemudian Rasulullah saw bersabda :”Allah membunuh ( membinasakan ) orang Yahudi kerana Allah telah mengharamakn kepada merek lemak –lemak maka mereka pun memperelokkannya (memperbaikinya) lalu dijual dan merekaitu makan harganya .( dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim).
Kupasan Hadis :
1.Arak ialah minuman yang memabukkan yang dibuat daripada apa jens  sahaja sama ada anggur,tamar, madu, gandum , beras  atau yang lain –lain menakala minuman itu  telah memabukkan maka ia adalah khamrun,minuman yang mengandungi alcohol yang memabukkan ada bermacam – macam jenis mengikut kadar banyak sedikit nisbah alcohol dari 2% hingga 9%, 10% hingga 25%, 33% hingga 40% dan terlebih tinggi 40% hingga 60%  kadar alcohol di dalamnya , walau bagaimanapun menakala minuman itu memabukkan maka ia adalah arak.
2.Arak merosakkan akal fikiran dan menjadikan tidak siuman , membahayakan diri sendiri san orang lain juga menyebabkan tak mahu menginati Allah dan menimbulkan pergaduhan , mengikut sebuah hadis :
كُلُّ مُسْكَرٍ خَمْرٌ وَكُلٌّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Tiap –tiap yang memabukkan khamar (arak) dan tiap – tiap arak hukumnay haram.
Menurut pendapat Ibnu al-Qaiyyum, oleh kerana amat besar yang merosakkan akal fikiran maka ia berpendapat bahawa segala sesuatu yang boleh merosakkan akal  sama ada cair atau beku seperti dadah , madat ganja,termasuklah kedalam istialh khamar hukumnya haram.
3.Arak haram diminum sama ada sedikit atau banyak seperti mana kata  Situ Aisyah r.a maksudnya “Segala yang memabukkan haram iaitu apa yang memabukkan sekadar Fark ( 16 kati) maka seraup tapak tangan pun haram .
Diriwayat oleh Jabir bin Abdullah dikeluarkan oleh At tarmizi, Abu daud dan annisai Rasulullah saw telah bersabda :
مَا اَسْكَرَ كَثِيْرُهُ فَقَلِيْلُهُ حَرَامٌ
Apa yang banyaknya memabukkan maka sedikitnya pun haram .
4.Arak besar bahayanya dan ialah ibu segala kejahatan dan keburukkan dan Rasulullah telah mengingatkan dalam sebuah hadisNya diriwayat dai Ibni Umar :
اَلْخَمْرُ أُمُّ الْخَبَائث فَمَنْ شَرِبِهَا لَمْ تُقْبَلْ صَلاَتُهُ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا فَإِنْ مَاتَ وَهِيَ فِيْ بَطْنِهِ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً .
Arak ibu segala kejahatan dan keburukkan, sesiapa yang meminumnya tidak diterina sembahyang Nya 40 hari, jika ia mati  sedang di dalam perutnya matilah ia seperti bangkai orang jahiliyah (orang kafir).
5.Bangkai ialah binatang yang mati yang haram di makan sama ada binatang yang halal seperti kerbau atau kambing mati dengan tidak disembelih yang sah atau binatang yang haram seperti binatang buas harimau atau gajah samada disembelih atau tidak.Semua bangkai harama di makan dan haram dijual .

No comments:

Post a Comment