Pengajian Hadis Siri
23 .
Sambungan Hadis
keduabelas
Kupasan Hadis .
6.Berhala ialah
benda –benda yang dianggap tuhan atau
symbol tuhan atau perantaraan dengan tuhan disembah dan dipuja dimajukan
kepadanya penyembahan dan ibadat sama ada dibuat daripada batu , kayu, kubah ,
galian dan sebagainya, benda-benda dibuat untuk dijadikan berhala hukumnya
haram membuat , menjual dan memakan harganya .
7.Pertanyaan dalam
hadis yang dimajukan kepada Rasulullah mengenai lemak bangkai satu kemusykilan
yang mengelirukan penyoal kerana ia memandang bahawa lemak bangkai itu
berfaedah digunakan oleh orang melumur sampan, kulit dan di buat minyak lampu
oleh kerana banyak faedahnya itu tidakkah boleh dijual .Keraguan itu dijelaskan
oleh Junjungan .Lemak bangkai tetap haram seakalipun ia berguna .
Allah mengharamkan
minum arak di samping itu disebutkan juga arak ada faedahnya , tetapi dosanya
lebih besar, disini nyatalah bahawa pengharaman itu bukanlah kerana tidak
mempunyai faedah begitulah juga bangkai yang mana bangkai haram dimakan
termasuklah lemaknya sekalipun lemaknya itu berguna dan berfaedah .Kesamaran di
atas kegunaan dam faedah benda-benda yang haram itulah pertanyaan telah
dimajukan kepada Rasulullah dan dijawab dengan tegas bahawa lemak bangkai haram
dimakan dan haram dijual seperti arak haram diminum dan dijual, babi haram
dimakan dan dijual demikian pula berhala haram membuat dan menjual memakan
harganya .
8.Memakan harga
jualan arak, bangkai, babi da berhala adalah haram dan perbuatan itu adalah perbuatan orang
Yahudi yang ikutuk Allah yang mana merekaitu telah dilarang memakan lemak,
tetapi orang – orang Yahudi telah memperolakkan Allah , mereka tidak memakan
lemak tetapi mereka menjualnya dan memakan harga jualannya.Perbuatan melarikan
diri, mercari –cari jalan alasan untuk menghalalkan yang haram adalah yang
dikutuk Allah .
9.Hukuman menjual
benda –benda yang diketahui akan digunakan bagi membuat yang seperti menjual
nira atau perahan anggur yang diketahui bahawa pembeli akan membuat arak adalah
haram kerana bersyubhat untuk membuat yang haram.Begitulah juga menjual patung –patung dan yang
sepertinya yang diketahui akan disembah dipuja sebagai Tuhan.
Pengajaran hadis .
1.Menjual arak
,bangkai,babi dan berhala hukumnya haram.
2.Benda yang haram
sekalipun berfaedah dan berguna menjual dan memakan harganya adalah juga haram.
3.Memakan harga
jualan benda haram itu ialah perbuatan orang – orang Yahudi yang cuba
memperdayakan Allah , perbuatan itu dikutuk dan dimurkaiNya.
4.Jauhkanlah diri
daripada cuba mencari –cari alasan dan dalih bagi menghalalkan yang diharamkan
.
No comments:
Post a Comment