DOA YANG DIBACA OLEH NIK RAZI NIK MAT :
يا الله فرمودهكنله فرجالنن كامي كفتراجاي , حكومكنله UMNO-BN , حكومكنله UMNO-BN, حكومكنله UMNO-BN , دالم فيليهنراي (عموم ) ك-13 اين , كظاليمن UMNO-BN , كفد اكامامو , كفد همبامو , كفد نكري كامي اين .
يا الله اغكو مغرتي تنتغ حال كامي , كامي همبا – همبامو داتغ جاءوه دان دكت بركومفول دمالم يغ بركت اين .
يا الله امفوني دوسا كامي , دوسا كدوا ايبو باف كامي . يا الله قواتكن ايمان كامي , فرموروهكن رزقي كامي – امانكنله رومهتغك , نكري دان نكارا كامي .
جرملغكنله انق – انق كامي , انق – انق كامي اداله امانه دريمو . يا الله بريله مريك برجاي ددنيا دان داخيرة ننتي , بريله مريك برجاي انتوق منولوغ سنة نبيمو محمد صلي الله عليه وسلم .
يا الله حكومكنله UMNO, يا الله حكومكنله UMNO-BN, دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 اين يا الله . موده – مودهن فرجالنن كامي كفترا جاي يا الله اكن موده دغن فرتولوغنمو يا الله .
كالو كامو فرنه تغكلمكن فرعون كدالم لاوت .. يا الله كامو تله رانفكن نمرود , بكيتوجوك ابو لهب . مك سوغكوه مودهث كامو انتوق منجهنمكن , دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 .
تيدق لارت كامي هندق مليهت انق كامي دغن سواسان تيدق سلامت كلوار رومه دغن راكوت ,روكول ,بونه ,باكر , جينجغ مأنسي .
يا الله هابيسله نكارا كامي اين دجوال اوله UMNO , هنجور UMNO دان تومبغ BN .
ULASAN DARI MURSYIDUL AM PAS :
Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Tindakan mereka mendoakan Umno dan BN hancur adalah kerana BN menolak Islam”.
Beliau mendakwa tindakan BN menolak Islam itu berkaitan dengan soal akidah dan secara jelas menunjukkan parti itu mempermainkan agama .
Menteri Besar Kelantan itu memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu kerana tidak mematuhi perintahNya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf islam ? Takkan nak biar ? Tak salah doa macam itu kerana dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta yang banyak.
“Akhirnya Nabi Nuh berdoa supaya tuhan memusnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti,bila orang itu beranak maka anaknya melawannya,jadi jangan tinggalkan seorang pun “ Katanya pada siding media selepas muktamar Tahunan PAS ke – 58 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (Putik) disini,semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN yang dipimpin bacaan oleh adiknya ,Nik Razi Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV , Jumaat lalu.
Nik Aziz turut menolak dakwaan bahawa orang Melayu murtad disebabkan paderi Kristian.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu menolak islam atau seeorang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
Ditanya samaada beliau menganggap Umno murtad kerana memperlekehkan Islam,Nik Abdul Aziz berkata soal murtad tidak kira siapa .
“Sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad ,”katanya.
ulasan dari Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Semantara itu,Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , doa menghapuskan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibuat pada Himpunan Kebangkitan Umat Jumaat lalu akan dimakbulkan Tuhan kerana ia rakyat teraniaya.
Katanya dalam al-Quran doa orang dizalimi,walaupun orang itu bukan Islam diterima tuhan.
“Doa hapuskan Umno danBN boleh dibuat dalam keadaan rakyat tertindas.Orang yang ditindas boleh berdoa terhadap orang zalim,malah Nabi SAW sebut doa (Orang) yang kena zalim tiada didinding, diterima tuhan walaupun ia seorang kafir,”Katanya .
Beliau mengingatkan balasan tuhan bukan sekarang,boleh jadi memakan masa dan mereka yang zalim akan terima padahnya pada masa akan dating.
Beliau berkata,doa minta menghapuskan Umno dan BN itu tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan ditempat lain.
Doa pada malam itu katanya masih boleh ditujukan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel kerana doa tersebut merangkumi rakyat yang dizalimi .
“Kita selalu (doa) dah dalam khutubah.Dalam doa itu sudah diumumkan untuk menangkan mereka yang dizalimi, jadi termasuklah Palestin”.Katanya pada siding Media semalam .
ulasan dari Dr.Mahfodz pj pas johor :
Dr.Mahfodz berkta “Kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan arahan daripada pihak tertinggi Pas sebaliknya ia adalah kehendak Nik Razi Nik Mat sendiri ,yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Mahfodz Mohamed yang mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV ,Kota Bharu , malam kelmarin .
Beliau yang turut sama pada solat hajat itu berkata , dalam doa Nik Razi memohon kehancuran parti dan bukannya memohon supaya ALLAH menurunkan bala atau menghancurkan pemimpin atau ahli umno dan BN .
“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat dari Umno dan BN seperti royalty, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah .
Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa , dan sebagai makmum ketika solat hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” Katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mahfodz berkata , doa bagi solat hajat sempena ceramah PAS yang akan berlangsung di Sri Gading Batu Pahat pada 1 Disember depan adalah berbeza dan ia disifatkan lebih lembut sedikit berbanding doa yang diketuai Nik Razi.
“Nik Razi mendoakan kehancuran Umno dan BN jika parti itu hancur ,saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada PAS.Secara peribadi saya turut mendoakan orang –orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong PAS,”.katanya . (Sinar Harian keluaran Isnin 19 November 2012 )