SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, December 26, 2013

PENGAJIAN HADIS SIRI KE 29



Pengajian Hadis siri 29 .
Sambungan hadis ke 15
Kupasan Hadis
6.Yang ketiga  menjawab salam .Ucapan salam itu adalah sebagai tanda kasih mesra sesama orang –orang Islam , menakala diberi salam maka wajiblah menjawabnya sebagai membalas ucapan selamat sejahtera , lebih- lebih lagi yang lalu itu dengan bertujuan baik bukan untuk maksiat dan kejahatan  , menjawab ucapan salam itu di antara hak –hak jalan yang wajib dipraktik demi mencipta keperibadian masyarakat Islam.
7.Yang keempat  menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran yang  bererti hendaklah sentiasa ingat beringat kepada maslihat dan kepentingan bersama menuju cita –cita kebajikan dan segera mencegah kemungkaran seupaya jangan sampai meribak yang akan merosakkan masyarakat, umpamanya menakala ternampak di antara mereka yang lalu itu ada yang mengacau – ngacau gadis ,, melakukan maksiat , mencuti dan merosakkan harta benda orang dan sebagainya, maka wajiblah mereka yang duduk ditepi jalan itu berusaha mencegah dan menyeru kepada kebajikan .
Dalam melaksanakan kehendak meyeru dan mencegah ini haruslah pandai dan wajib melihat suasana  keadaan seperti yang dikatan oleh hadis dibawah ini :
مَنْ رأَي مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدَهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ وَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيْمَان .
Sesiapa yang melihat daripada kamu kemunkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya .Jika tidak kuasa ubahlah dengan lidahnya dan jika tidak juga berkuasa ubahlah dengan hatinya itulah yang selemah –lemah iman .
Mengubah dengan tangan itu termasuklah dalam erti  kekuasaan seperti menggunakan kuasa pangkat pengaruh yang boleh menyedarkan mereka  yang melakukan kemunkaran ,menakala lidah bererti dinasihat di ingatkan diberitahu kepada mereka – mereka yang terlibat serta menulis menyiarkan, berita melukis dan sebagainya. Yang boleh memberi kesan kepadanya .,seterusnya mencegah dengan hati ialah jalan yang paling akhir sekali dan lebih mudah tetapi bukanlah nererti mengubah itu cukup mendiamkan diri tanpa usaha dan kerja malah mengunah dengan hati itu terkadang lebih berkesan dan lebih luas lagi termasuklah usaha senyap –senyap , tidak mahu menyertai memulia dan memberi sebarang penghormatan kepada mereka – mereka yang panas dan maksiat, tidak dihiraykan tau dengan cara tidak berkerjasama dengannya .Cara –cara yang demikian adalah dianggap usaha yang paling sedikit dab terakhir yang merupakan selemah –lemah iman dan selemah –lemah jihad.Tegasnya tiap –tiap seorang hendaklah wajib dan bijak bertindak bagi melaksanakan tujuan mencegah kemungkaran samaada memberi tahu kepada pihak yang berkenaan dan berkuasa.memberi tahu orangramai boleh berjaga –jaga dan mengetahui peribadinya yang buruk sehingga tidak boelh ia berpura –pura  munafuk kepada orang ramai . Begitulah seterusnya segala sesuatu yang wajar dan bijak
Pengajaran Hadis .
1.Larangan dan tegahan duduk di tepi jalan adalah merupakan sebagai menutup jalan daripada  berlakunya sesuatu kemunkaran sesuai dengan kaedah “ Saddan lizarak “.
Berlakunyasesuatu kemungkaran sesuai dengan  kaedah “ Sadul zaraik “.
2.Menakala tak ada tempat lain dan terpaksa menggunakan tepi jalan maka di haruskan oleh hadis ini dengan dikehendaki wajib menjaga hak jalan.
3.Hak – hak jalan yang wajib diperlihara ialah memelihara mata memandang yang ditegah dan dilarang .Menjauhkan daripada menyakiti mereka yang lalu , menjawab salam dan menyuruh kepada kebajikan serta mencegah daripada kemungkaran .
4.Hadis ini adalah sebagai arahan untuk menimbulkan seusana damai dan aman bagi menciptakan sebuah masyarakat Islam yang mulia dan berkerjasama di dalam kebajikan benci dan berusaha mencegah segala kemunkaran .

No comments:

Post a Comment