SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 8



Pengajian Hadis siri 8.
Sambungan Hadis keempat .
Kupasan Hadis :
4.Hadis ini mengingatkan  orang – orang mukmin supaya sentiasa berpegang kuat kepada prinsip yang tegas  bukan seperti mereka yang  terumbang ambing tak berpedoman . Prinsip  hidup sebagai orang mukmin itulah seolah –olah penjara  yang mengawasi dirinya daripada melewati batas yang telah ditentukan oleh Islam.Ia tidak boleh  berleluasa tanpa batas.Orang dalam penjara tidak mempunyai kebebasan berbuat sesuatu tidak dibenarkan keluar dari kawasannya.Oleh yang demikian seorang mukmin tidak seperti orang kafir  mereka seolah –olah bebas , mereka rak mahu patuh kepada Allah berbuat sesuatu tanpa megira larangan dan perintah, dengan itu mereka seolah –olah  di dalam syurga  yang bebas penuh dengan segala nikmat dan keindahan.
5.Orang – orang yang dipenjara mestilah mengikut program – program jadual yang ditentukan oleh penguasa penjara , oleh itu sebagai seorang mukmin yang ingin mendapat segala sesuatu di dunia dan akhirat hendaklah ia patuh mengikut peraturan yang ditentukan Allah .Ketika itu barulah beruntung mendapat kesenangan kebahgiaan dari dunia hingga akhirat .Dan itulah sebenar –benar orang mukmin hidup di dunia dan akhirat.
Tetapi kalau tak mahu menjadi mukmin tetap dengan kekufuran baginya tidak ada sebarang peraturan dan mereka memang tidak mahu mengikut peraturan , sekalipun mereka akan dapat juga segala di dunia  ini mengikut cara –caranya tetapi kesenangan di akhirat tetap tak akan dirasainya, jauh sekali dapat memasuki syurga tempat nikmat yang kekal  abadi .
6.Bagi orang – orang kafir , dunia ini sahaja tempat mereka merasai nikmat menakala telah mati mereka masuklah ke dalam penjara  tempat siksa selama-lamanya.Segala nikmat dunia ini dibandingkan dengan nikmat di akhirat yang  kekal abadi itu amatlah jauh dan terlalu sedikit seperti firman Allah dalam surah  At Taubah ayat  38:
(Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Nikmat dan kesenangan dunia itulah dicontohkan seperti kesenangan yang diperolehi oleh penghini penjara, terhad dan terkongkong sedang nikmat di akhirat yang kekal tidak terbatas dan terlintas oleh pemikiran manusia.
7.Walau bagaimana sekalipun mewah yang diperolehi di dunia ini, segala-galanya itu tidak sempurna, sedikit sangat dibandingkan dengan nikmat kekal abadi.Oleh itu janganlah lalai dan terlupa dengan sebab kemewahan dunia ini berkerja beramal untuk mencapai nikmat yang lebih yang tidak terhad iaitu limpah kurnia keredaan Allah swt .

No comments:

Post a Comment