SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 11



Pengajian Hadis siri 11.
Hadis keenam
Mukmin yang memencilkan diri.
عَنْ أَبِي سَعِيْدِ الْخُدْرِي رضي الله عنه قال : قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ : أَيُّ  النَّاسِ أَفْضَلُ ؟ فَقَالَ رسول الله صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مُؤْمِنُ يُجَاهِدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ قِيْلَ بُمَّ مَنْ قَالَ : مُؤْمِنُ فِيْ شَعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِي اللهَ وَيَدَعَ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ ( رواه البخاري )
Daripada Abi Said Al-Khudri radillah huanhu ia berkata  ; Baginda Rasulullah saw telah ditanya :Manusia manakah yang lebih utama ? Jawab Rasulullah  : Orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan dirinya (jiwanya) dan hartanya .Ditanya lagi,siapakah selepas itu ? Jawabnya : Orang mukmin yang beribadat bertakwa di sebuah ceruk ( di celah –celah  bukit) mengasingkan diri dari kejahatan manusia ( Hadis riwayat Al-Bukhari ) .
Kupasan  Hadis :
1,Hadis ini menyatakan  bahawa orang yang paling afdal  di dalam sebuah masyarakat ialah mukmin yang sanggup berjihd dijalan Allah dengan jiwa raganya  serta  harta bendanya,dia sanggup mengerbankan sesuatu dengan penuh ikhlas dan jujur kerana menegakkan agama Islam , dengan penuh semangat juang tanpa takut dan keluh kesah , tidak saying kepada harta malah sanggup berkorban jiwa raganya, mukmin sebegini akan mendapat darjat yang paling mulia di sisi Allah .
2.Jika tidak sanggup  berjuang di jalan Allah , mukmin ini boleh memecilkan diri dengan beribadat kepada Allah , untuk menjauhkan dirinya dari bergaul dan berkecimpung dengan masyarakat yang penuh dengan kerosakkan, ia melakukan demikian kerana takut dan bimbang kalau ia terjerumus kedalam lembah maksiat  yang dilakukan oleh masyarakat itu.
Melarikan diri dapat  menyelamatkannya , dalam keadaan ia tidak mampu untuk mencegah kemungkaran adalah lebih baik baginya.
3.orang yang berjihad di jalan Allah akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah, firman Allah dalam surah At Taubah ayat  20 :
(Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
Pengajaran Hadis :
1.Mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya adalah termasuk ke dalam golongan orang – orang mukmin yang utama .
2.Mukmin yang mengasingkan diri dari masyarakat , kerana takut terjerumus ke lembah maksiat adalah mukmin  yang lemah .

No comments:

Post a Comment