Pengajian
Hadis siri 21.
Sambungan
Hadis kesebelas.
Kupasan
hadis :
5.Sebab,
bagi mendapat keampunan Allah ialah jangan menggunakan sebarabg pertolongan
atau orang tengah untuk mendapatkan keampunan Allah .Kemudian hendaklah beristighfar dengan lidah lalu
disertai dengan hati yang sungguh –sungguh dan memberhentikan dengan segera
kesalahan – kesalahan yang telah dilakukan,
Junjungann
Besar telah mengajar berdoa dan beristighfar di antaranya :
اَللّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا
كَثِيْرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ فَاغْفِرْلِيْ مَغْفِرَةً
مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ .
Ya!Allah!
sesungguhnya aku banyak memzalimi diriku, tidak siapa yang mengampunkan dosa
kecuali Engkau.Maka ampunilah aku dengan
keampunan daripada Engkau dan kesihanlah aku, sesungguhnya Engkaulah Yang Amat
Mengasihi , dan Istighfar yang satu lagi :
أَسْتَغُفِرُ اللهَ
الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ
اِلَيْهِ .
Aku minta ampun kepada Allah Yang Maha Aung ,Tiada Tuhan melainkan Dia Yang hidup ,berdiri
dengan sendiri dan aku bertaubat kepadaNya ,
Diriwayatkan sesiapa yang mengucapkan istighfar
di atas dengan sungguh – sungguh maka Allah akan mengampunkan dosanya sekalipun ia lari waktu mara di medan perang
jihad.
6.Metauhidkan Allah tidak menyekutukanNya
dengan Sesutu ialah sebab penting sekali bagi mendapatkan keampunan Allah ,
sesiap menyekutukan Allah sama sekali tidak mendapat keampunan dari Allah
,Firman Allah dalam surah An Nisak ayat 48 :
Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan
mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut
aturan SyariatNya(.
7. 7.Hadis ini menyebut kadar sepenuh
bumi, bermaksud sebagi contoh banyaknya dosa yang dilakukan sehinga seolah
–olah telah memenuhi bumi .Sekalipun begitu banyaknya dosa menakala
beristighfar memohon ampun maka Allah dengan kehenakNya akan
mengampunkannya,mengikut setengah –tengah pendapat selama seorang itu
mentauhidkan Allah dan telah membuat dosa ia akan di masukkan ke neraka kerana
kesalahan – kesalahan tidaklah seperti orang –orang kafir dan ia tidaklah kekal di dalamnya seperti
kekalnya orang – orang kafir
.Mentauhidkan Allah dengan sebesar –besar
jaminan bagi seorang makhluk mendapatkan keampunan daripada Allah .
Pengajaran Hadis .
1.Berdoa dan berharap semata –mat kepada Allah
ialah jalan dan sebab mendapatkan keampunan daripada Allah .
2..Doa ialah ibadat atau otak tiap ibadat oleh
itu hendaklah berdoa dengan penuh pengertian ibadat seperti juga menunaikan
ibadat –ibadat yang lain, bukan pura –pura, upacar dan tradisi.
3.Seseorang hamba Allah tidak seharusnya
berputus asa dripada mendapat keampunan
Allah kerana keampunanNya amat luas sekalipun dosa kesalahan telah memenuhi
bumi banyaknya .
4.Ucapan istighfar dengan lidah memohon ampun
hendaklah diturutii dengan hati dan perbuatan bagi tujuan bertaubat tiadak mahu
mengulangi dosa dan kesalahan.
5.Jangan sekali –kali mensyirikkan Allah kerana
syirik bererti tertutupnya pintu keampunan, Allah tidak mengampunkan
syirik.Mentauhidkan dan mengasakan Allah ialah membuka keampunanNya bagi seiapa
memohon, sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya.
6.Banyakkanlah beristighfar seperti yang diajar
oleh Rasulullah bergitu juga hendaklah bertaubat tidak mengulangi dosa – dosa
dan kesalahan .
No comments:
Post a Comment