SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 20



Pengajian Hadis Siri 20
HADIS KESEBELAS
ISTIGHFAR DAN TAUBAT
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رسول الله صلي الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تعالي : يَا ابْنَ اَدَمَ اِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتَ لَكَ عَلَي مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِيْ , يَا ابْنَ اَدَمَ لَوْ بَلَغْتَ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَ غَفَرْتُ لَكَ يَا ابْنَ اَدَمَ , إِنَّكَ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْاَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقَيْتَنِيْ لاَ تُشْرَكُ بِيْ شَيْئًا لَاَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً . (رواه الترميذي حديث حسن صحيح ).
Daripada Anas bin Malik r.a ia telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw berfirman :Wahai anak Adam , sesungguhnya apa engkau pohonkan dan harapkan dari Aku keampunan Aku ampunkan engkau di atas apa yang telah berlaku daripada engkau dan tidaklah Aku hiraukan, Wahai anak Adam,, jika dosa engkau telah sampai ke awan langit kemudian engkau meminta ampun Aku ampunkan engkau,anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada Aku dengan kesalahan sepenuh bumi banyaknya kemudian engkau datang meneui Aku dalam keadaan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepada engkau (memberi keampunan) sepenuhnya (bumi) .(Riwayat At Tarmizi hadis  hasan sahih) .
KUPASAN HADIS.
1.BERDOA memohon kepada Allah dan berharap sesuatu kepadaNya adalah menjadi pokok ibdat yang disuruh.Doa ialah otak tiap – tiap ibadat mengikut sebuah hadis :
اَلدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ
Doa itu otak kepada ibadat.
Oleh yang demikian doa mempunyai adab dan syarat – syarat yang mesti dijaga semasa berdoa .Di antara adab dan syarat – syarat yang terpenting sekali ialah kesedaran hati dan kesungguhannya penuh harapan kepada Allah serta yakin bahawa Allah akan memperkenankannya mengikut seperti hadis berikut :
أُدْعُوْا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِالْإِجَابَةِ وَأَنَّ اللهَ لاَ يَقْبَلُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ .
Kamu berdoalah kepada Allah dengan keadaan kamu yakin diperkenankan , sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lupa dan lalai.
2.Doa tidaklah boleh dijadikan sebagai upacara tradisi tanpa pengertian ibadat dan tidaklah boleh diabai-abaikan dengan tidak menghiraukan sebab-sebab yang menghalang terkabulnya doa.Supaya doa yang dibaca tidak menjadi sia –sia dan membuang masa , maka hendaklah juga menjaga  makanan dengan menjauhkan diri daripada memakan makanan yang haram serta melakukan perbuatan yang dilarang dan tidak pula cuai menunaikan kewajipan yang diferdukan.Sebuah hadis lain ada menyatakan  yang bermaksud :”Seseorang yang menadah tangannya ke langit berkata “ Ya! Allah ! Ya! Allah ! sedangkan makanan,minuman dan pakaiannya semuanya daripada yang haram, maka bagaimanakah Allah memperkenankan doanya.”
3.Adapun yang paling penting bagi seseorang ialah memohon keampunan di atas dosa –dosanya menakala telah melakukan dosa maka segeralah memohon keampunan, jangan terus berdegil dan menangguh-nangguhkan kesatu masa, umpamanya menunggu-nunggu nanti ketika telah tua atau sebagainya .Kepada Allah sahaja tempat meminta ampun tidak perlu sebarang pertolongan orang lain atau orang tengah,Seseorang tidak boleh berputus asa dari keampunan Allah sekalipun telah melakukan dosa kesalahan yang memenuhi bumi banyaknya,menakala memohon istighfar kepada Allah sesungguhnya keampunan Allah amat luas.Oleh itu hendaklah mengucap istighfar dengan dituruti oleh hati dan amalan ,tidak lagi mengulangi dosa kesalahan yang telah dilakukan.
4.Dengan mengucap istighfar yang diiringi dengan taubat tidak mengulangi kesalahan, ketika itu barulah sempurna tujuan istighfar.Tetapi menakala berlainan ucapan lidah dengan hati iaitu masih berdegil tak mahu meninggalkan dosa maka ucapan istighfar itu sia –sia, menjadi permintaan yang tipis harapan diperkenankan Allah .Siapa yang memohon ampun beristighfar sedang ia masih  tidak berubah dengan melakukan mungkar dan maksiat maka sesungguhnya ia  itu seorang yang pendusta yang memperolak-olakkan Tuhannya.

No comments:

Post a Comment