SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

PENGAJIAN HADIS SIRI 24



Pengajian Hadis Siri  24.
Hadis ketiga  belas.
Amalan Yang Palling dikasihi Allah .
عَنْ عَائشة رضي الله عنها أن النبي  صلي الله عليه وسلم كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيْرًا بِالْلَيْلِ فَيُصَلِّيْ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ  فَجَعَلَ النَّاسُ  يَثُوْبُوْنَ اِلَي النبي صلي الله عليه وسلم فَيُصَلُّوْنَ بِصَلاَتِهِ حَتَّي كَثَرُوْا فَاَقْبَلَ فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوْا مِنَ الْاَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ فَإِنَّ اللهَ لاَ يَمَلُّ حَتَّي تَمَلُّوْا وَإِنَّ أَحَبَّ الْاَعْمَالِ إِلَي اللهِ مَادَامَ وَإِنْ قَلَّ ( رواه البخاري ) .
Daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa Nabi SAW mengambil tikar tamar dijadikan dinding , di waktu malam ia bersembahyang dan di waktu siang ia menghamparkannya tikar tamar itu duduk diatasnya .Orang- orangpun datang  berkumpul kepada Rasulullah lalu sembahyang sepertinya hingga ramai merekaitu .Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda :”Wahai manusia buatlah amalan apa yang kamu kuasa .Sanya Allah tidak jemu hinggalah kamu berasa jemu dan sesungguhnya amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang berkekalan selalu , sekalipun sedikit . (Riwayat al-Bukhari )
Kupasan  Hadis .
1.Sahabat – sahabat Nabi sentiasa ingin mengikut cara Rasulullah saw beribadat kerana pada sangkaan mereka Rasulullah yang maksum itu masih kuat beribadat bangun sembahyang di waktu malam,bagaimanakah keadaan orang lain yang sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan yang sudah barang tentu tak cukup masa untuk beribadat dan memohon keampunan daripada Allah .
2.Rasulullah saw beribadat di waktu malam menggunakan tikar tamar dijadikan  dinding  melindunginya di waktu sembahyang,beginda tidak menyediakan tempat khas untuk beribadat di waktu malam cuma dijadikan tikar tamar yang melindunginya itu adalah sebagai batas supaya tidak menganggu orang lain  dan tidak dilihat  oleh ramai yang mana nanti akan dituruti oleh mereka  dengan menganggap sebagai amalan fardu dan wajib .
Memang keinginan sahabat –sahabat Nabi mengikut keadaan Rasulullah  beribadat , dengan itulah  apabila mereka mendapat tahu Rasulullah beribadat di waktu malam itu mereka pun datang beramai – ramai berkumpul kepada Rasulullah bersembahyang sepertinya .
3.Tikar tamar dijadikan dinding  itu juga digunakan oleh Rasulullah sebagai alas tempat duduk di waktu siang yang mana baginda tidak perlu menyediakan persediaan – persediaan yang indah dan cantik  untukNya  dan sahabat –sahabatNya yang sentiasa datang menemuinya, cukup untuk menunaikan hajat yang semestinya.
4.Menakala Rasulullah melihat sahabat –sahabatnya telah ramai berkumpul bersembahyang malam baginda pun datang menemui mereka dan memberi arahan serta panduan bagaimana ibadat dengan memberi tahu bahawa beramal dan beribadatlah mengikut setakat kuasa, jangan dipaksa –paksa  dan diberatkan,kerana anggota badan dan otak fikiran juga berkehendakkan kerihatan dan ketenangan .
5.Tuhan tidak menutup pintu limpah kurnianya kepada seseorang yyang beribadat dengan penug khusyuk,ikhlas dan tawadduk . Juga Allah tidak ditimpakan jemu dan kurang berminat tetapi manusia itulah sentiasa terdedah kepada serangan penyakit malas dan jemu serta kurang berminat .

No comments:

Post a Comment