SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 25, 2013

pengajian hadis siri 16



Pengajian Hadis Siri 16.
HADIS KESEMBILAN
ORANG MUKMIN YANG KUAT.
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم :أَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبَّ إِلَي اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِي كُلِّ خَيْرٌ اِحْرِصْ عَلَي مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْئٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّيْ فَعَلْتُ كَذَا كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قَدَّرَ اللهُ , وَمَا شَاءَ اللهُ فَعَلَ فَإِنْ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ . (أخرجه مسلم ) .
Daripada Abi Hurairah r.a ia berkata  bahawa Rasulullah saw bersabda “ Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah dan dalam kesemua itu adalah baik .Halubalah engkau akan perkara yang memberi faedah kepada kamu .dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah tak berdaya , Dan jika sekiranya sesuatu bencana menimpa engkau maka janganlah engkau berkata kalau aku berbuat begini tentu jadi begina, tetapi hendaklah berkata itu telah ditakdirkan Allah, apa sesuatu yang dikehendaki telah berlaku ,sesungguhnya perkataan –kalu – itu membuka pintu perbuatan Syaitan – ( Dikeluarkan Oleh Muslim ) .
Kupasan Hadis .
1.Orang mukmin yang kuat dan yang lemah : Adalah menunjukan iman itu berlebih dabn berkurang bagi seseorang dan di antar satu sama lain, menakala iman dapat disertai dengan amal –amal yang soleh maka seseorang itu akan mendapat kebahgiaan dari dunia hingga ke akhirat, firman Allah dalam surah  an Nahl ayat 97 :
            4.Adapun hak jiran yang mseti dijaga dan dihormati mengikut sabda Junjungan yang diriwayatkan oleh AlTibrani dari Muaz bin Jabal maksudnya :”Bertanya sahabat –sahabat Wahai Rasulullah apakah hak jiran terhadap jirannya ? Jawab Junjungan : jika meminta hutang berilah ia berhutang . Jika meminta meminjam pijamkanlah , jika meminta bantuan bantulah, jika sakit lawatlah , jika berhajat sesuatu sampaikanlah hajatnya , jika kesempitan ringankanlah , jika ia mendapat kebajikan bernasib baik  berilah taniah , jika ditimpa bencana dan kemalangan bersempati dan berilah takziah , jika ada kematian iringilah janazahnya , janganlah kamu membina rumah lebih tinggi daripadanya sehingga melindungi anginnya kecuali dengan izinnya , dan janganlah bau masakkan kamu menyinggungnya kecuali berilah kepadanya sedikit dan jika kamu memberli buah –buahan hadiahkanlah sedikit kepadanya, jika kamu tak mahu memberinya bawalah masuk ke rumah kamu senyap –senyap jangan dibiarkan anak –anak kamu keluar menunjukkannya sehingga menyebabkan marah dan menyakiti perasaan anaknya .
5.Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, wasiat yang dimaksudkan itu ialah nasihat pengajaran pimpinan yang baik terhadap perempuan dan isteri –isteri di mana suami –suami adalah menjadi ketua yang memimpin memandu bahtera rumahtangga dengan melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh rasa tanggungjawab , baik dan kasih saying terhadap isteri.
6.Wanita dijadkan daripada tulang rusuk: Adalah menunjukkan bahawa tabiat perempuan mudah menerima kejahatan dan mudah bingkuk seperti tulang rusuk .Boleh juga bermaksud bahawa perempuan yang mula – mula iaitu Siti Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam, sedang perempuan yang lain adalah mereka dijadikan melalui proses hidup serupa juga kejadian kaum lelaki , dengan itu hadis ini mengarahkan supaya  memnberi nasihat , ajaran – ajaran yang baik kepada semua perempuan dan isteri –isteri,
Mengikut sebuah hadis laian junjungan menyatakan : Wanita seperti tulang rusuk jika emgkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaiki maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkuk

No comments:

Post a Comment