SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, December 27, 2013

pengajian hadis siri 31



Pengajian Hadis siri 31
Sambungan hadis ke -16
Kupasan Hadis .
4.Sedekah selain daripada berbentuk  matabenda ia terbahagi kepada dua :
(i)Perkara yang boleh memberi faedah untuk orang lain seperti menyuruh orang  berbuat baik , dan melarangnya  dari melakukan maksiat ,berdoa , berzikir , beristighfar dan mengajar ilmu yang memberi manfaat , sabda Rasulullah saw :
مَنْ كَانَ لَهُ مَالٌ فَلْيَتَصَدَّقْ مِنْ مَالِهِ وَمَنْ كَانَ لَهُ قُوَّةٌ فَلْيَتَصَدَّقْ مِنْ قُوَّتِهِ وَمَنْ كَانَ لَهُ عِلْمٌ
فَلْيَتَصَدَّقْ مِنْ عِلْمِهِ .
Sesiapa yang berharta maka bersedekahlah daripada hartanya dan sesiapa yang mempunyai tenaga dan kekuasaan bersedekahlah daripada tenaga  dan kekuasaan  dan sesiapa yang ilmu, bersedekahlah ia daripada ilmunya .
(ii)Perkara yang memberi manfaat untuk diri sendiri seperti bertasbih,tahmid , bertakbir dan bertahlil adalah merupakan amalan sedekah dan akan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah seperti ia bersedekah harta benda .
Pengajaran hadis :
1.Orang Islam digalakkan bercucuk tanam , tidak membiarkan tanah kosong malah hendaklah diisikan  dengan tanaman dan pokok yang memberi faedah kepada manusia dan binatang.
2.Apa yang dimakan, digunakan oleh manusia atau binatang dari usaha tanaman akan diberi ganjaran pahala sedekah .
3.orang – orang Islam yang berusaha dengan bersungguh –sungguh tidak akan sia –sia sekalipun tidak akan mendapat faedahnya dengan sempurna di dunia ini maka Allah akan memberi ganjaran lengkap di akhirat kelak atau mereka akan dikurniakan ganjaran di dunia dan akhirat .
4.Orang Islam digalakkan  berusaha dan berkerja  sama ada untuk faedah diri sendiri atau  orang lain semuanya akan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah , tetapi kenalah ikhas dan niat untuk mencapai mardatullah .

No comments:

Post a Comment