SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, December 31, 2010

Kuliah 13:.SERUAN MENGERJAKAN AMAL YANG BAIK .

(a) Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 40 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah tidak sekali -kali menganiaya (seseorang )sekalipun seberat zarrah ( debu).Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah ) amal kebajikan,nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisinya ,pahala yang amat besar.

Kita janganlah bimbang dan rasa dukacita di atas amal kebajikan yang kita lakukan dengan sedikit , iaitu seberat zarah (debu),kerana Allah akan membalasnya,dan akan memberi ganjaran yang berlipat ganda ,contohnya kita bagi ilmu kepada beberapa orang pelajar , kemudian pelajar-pelajar itu kembangkan kepada pelajar-pelajar mereka,maka pahala mengajar kepada pelajar -pelajar kita mungkin kecil pada mulanya ,tetapi ia akan menjadi besar macam piramid.

(b) Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 173 yang bermaksud:

" Sesudah itu orang -orang beriman dan beramal salih ,Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka.Sebaliknya orang -orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takabur ,maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya , dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka ."

Ayat ini mengingatkan kepada orang Islam, bahawa orang yang beriman dan beramal salih akan mendapat balasan dari Allah syurga, dan sebaliknya orang kafir yang bersifat angkoh akan mendapat azab seksa yang pedih dari Allah di Akhirat dan tidak ada orang yang menolong dari melepaskan mereka dari seksa azab itu.Oleh itu hampiri diri kepada Allah di dunia ini dengan beriman dan beramal salih supaya akan mendapat pelindong atau penolong pada hari akhirat kelak .

(c)Firman Allah Taala dalam Surah Al Anaam ayat 70 yang bermaksud:
" Dan jauhkanlah diri dari orang -orang yang menjadikan Agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia , dan peringatkanlah ( mereka ) dengan Al Quran itu supaya tiap -tiap diri ( di akhirat kelak ) tidak terjerumus ( ke dalam azab neraka ) dengan sebab apa yang ia telah usahakan ( dari perbuatan buruk dan keji) . Tidak ada baginya pelindung dan juga pemberi syafaat yang lain dari Allah . Dan jika ia hendak menebus (dirinya ) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu ) tidak akan diterima daripadanya . Mereka itulah orang -orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka )dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak , dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya ).

Allah meminta kita Umat Islam menjauhi orang -orang yang suka mempermainkan agama dan menjadikannya sebagi hiburan, sebab mereka iini sudah dipengaruhi kehidupan di dunia sehingga sanggup agama dipermainkan dan dijadikan sebagi hiburan ,seperti ia bersembahyang yang mana ia sembahyang itu berpura - pura bukan sembahyang yang sebenar , kadang - kadang bersembahyang sekali seminggi iaitu sembahyang Jumaat atau menunjukkan ia berpuasa , tetapi ia tidak berpuasa.ataupun ajak Tok Alim bertalil dirumahnya sedangkan ia tidak pernah sembahyang .Contoh -contah ini adalah orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan, ingatlah orang ini akah dijerumuskan Allah ke dalam Neraka , dan mereka tiada mendapat perlindung dari Allah, mereka tidak boleh menebus kesalahan yang mereka lakukan dengan wang ringgit yang banyak,kerana itu tidak akan diterima oleh Allah.Yang diterima Allah ialah amal bakti yang salih.Oleh itu Allah memberi tahu kepada kita supaya memperingatkan mereka dengan ajaran Al Quran , dengan ini menghindarkan mereka dari terjerumus ke dalam neraka yang mana di dalamnya disedikan air minuman yang amat panas ,yang menggelegak ,dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya .Semuanya ini adalah kerana usaha kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan semasa hidup di dunia

(d) )Firman Allah Taala dalam Surah Ar Ra'd ayat 22 yang bermaksud:

"Dan orang -orang bersabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata -mata dan mendirikan sembahyang ,serta mendrmakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka ,secara sembunyi atau cara berterang -terang , dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik -baiknya pada hari akhirat ."

Sabar adalah syarat untuk mencapai kejayaan,orang yang sanggup bersabar adalah orang tahan diuji ,baik sabar melakukan perintah Allah atau pun berbuat baik sesama insan, kita tidak sunyi dari penderitaan di dalam mengahurngi hidup di dunia ini,kerana apa yang kita hajat bukanlah boleh segera dapat , kadang -kadang kita berdoa ,tetapi tidak dimakbulkan, oleh itu kesabaran mesti ada,kalau tidak kemungkinan kita menjadi orang putus harapan . kesabaran yang kita lakukan adalah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah ianya merupakan syarat pertama untuk berjaya mendapat Syurga Allah .

Mendirikan sembahyang adalah merupakan syarat kedua untuk berjaya mendapat syurga Allah kerana sembahyang merupakan ibadat yang paling penting di dalam Islam. Sembahyang juga merupakan hubungan hamba dengan Allah tidak putus kerana sembahyang mesti dilakukan sekurang - kurangnya lima kali sehari semalam.

Mendermakan harta yang diberikan oleh Allah adalah merupakan syarat ketiga untuk berjaya mendapat syurga Allah ,kerana ia sanggup mendermakan hartanya samada secara rahsia ataupun secara terang,secara sembunyi tak ada riak dan secara terang untuk memberi pengajaran kepada orang lain .

Menolak kejahatan dengan kebaikan adalah syarat keempat untuk berjaya mendapat syurga Allah , ianya merupakan sifat amat mulia ,orang buat jahat kepada kita ,kita balas dengan baik,kemungkinan boleh membawakan keinsafan kepada penzalim itu .

(e)Firman Allah Taala dalam Surah Al Nahl ayat 97 yang bermaksud:
Sesiapa yang beramal salih , dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."


Perhubungan di antara iman dan amal salih adalah perhubungan yang sangat irat seperi isi dengan kuku,tidak sempurna iman jika tidak dibuktikan dengan amal salih, di dalam soal beriman dan melakukan amal salih adalah sama kedudukannya di antara lelaki dan perempuan,keduanya mempunyai tanggungjawab yang sama dan juga keduanya dijanjikan sama - sama akan mendapat kehidupan yang baik (Hayatan taiyibah ) .
Pengertian "kehidupan yang baik mengikut ahli tafsir

(j) Ibnu Kathir - Tenteram jiwa

(ii)Ibnu Abbas - mendapat rezeki yang halal.

(iii)Ali bin Abi Talib - Rasa tenang dan sabar

(iv) Adh Dhahak - Kelazatan dan puas beribadat kepada Allah.

Semua ahli tafsir tiadak ada yang berlawanan,dan boleh disimpulkan di dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

:"Sesungguhnya mendapat kemenangan orang yang menjadi Islam dengan mendapat rezeki yang cukup dan memadai dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya ."

Segala amalan soleh yang kita lakukan dalam dunia ini akan mendapat pahala yang paling bagus dari Allah ,kerana hasil yang di ambil dari telaga iman yang teguh kepada Allah sebagaimana dijanjikan di dalam hujung ayat 97 Surah Al Nahl ini "dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

(f)Firman Allah Taala dalam Surah Al Kahfi ayat 46 yang bermaksud:
" Harta benda dan anak penak itu,ialah perhiasan hidup di dunia , dan amal -amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi TuhanMu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan ."

Telah menjadi firah dan naluri manusia menjadikan harta dan anak -anak sebagai kebanggaan dan keseronokan hidup .Mereka yang berharta dan mempunyai anak yang ramai akan merasa puas dengan kurniaan Allah SWT ini.
Anak -anak akan menjadi tonggak harapan masa depan dengan bimbingan dan pendidikan sempurna dari ibubapa.
Walaupun demikian ,manusia diingatkan supaya jangan lalai dan leka dengan keseronokan dan keselesaan hidup ini kerana semuanya adalah semantara dan pinjaman sahaja.Apabila telah sampai masa dan ketikanya semua ini akan ditinggalkan kepada yang masih hidup .Yang kekal abadi hanyalah amalan kebajikan dan amal ibadat yang dilakukan ketika hidup.Ianya akan dibawa bersama ketika bertemu Allah SWT.

(g)Firman Allah Taala dalam Surah Al Haj ayat 41 yang bermaksud:
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat ,dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar.Dan (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

Setelah Allah Taala memberi pertolongan kepada mereka yang berjuang didalam menegakkan agama Allah , maka Allah kukuhkan kedudukan mereka di dalam mentadbir usuran hidup di dunia ini,tanpa diceroboh dan diganggu gugat oleh anasir luar yang disifatkan Allah "
Baldatun taiyibah warabul ghafur
Hidup aman dan tenteram.Mendirikan sembahyang adalah tugas yang paling utama setelah mendapat kekukuhan kedudukan ( memegang tampuk pemerintahan) yang mesti dilakukan,kerana sembahyang adalah hubungan langsung seorang hamba dengan Allah,melalui sembahyang kita beriqrar "bahawa sesungguhnya semabahyang,ibadat lain,hidup dan mati adalah semata -mata kerana Allah " dan juga menyatakan ketaatan dan hajat melalui perkataan dan perbuatan,sesungguhnya sembahyang juga merupakan satu kewajipan yang perlukan dilakukan oleh setiap individu Islam (fardu ain),di segi kemasyrakatan sembahyang dapat menjalin perhubungan di antara seorang dengan seorang dan akhir nya mewujud perpaduan yang rapat melalui sembahyang Jumaat dan solat berjemaah ,mengeluarakan zakat merupakan tugas yang kedua perlu dilakukan ,kerana zakat dapat menjamin kehormian masyarakat dan dapat merapatkan jurang kemiskinan di antara yang kaya dan miskin. Amar makruf dan nahi munkar adalah tugas yang ketiga yang perlu dilakukan ,demi untuk mencapai kesejahteraan umat dan sebaik - baik umat sebagaimana yang telah di rakamkan di dalam ayat 110 ,Surah Ali Imran yang bermaksud:

"Kamu ( Kamu Wahai Umat Muhammad ! ) adalah sebaik -baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ) .....

Apa jua urusan yang kita lakukan ,semuanya keputusan adalah terserah kepada Allah ,samada berjaya atau gagal .

(h)Firman Allah Taala dalam Surah Asy syura ayat 23 yang bermaksud:
" (Limpahkurnia yang besar )itulah yang Allah gembirakan (dengannya) hamba -hambaNya yang beriman dan beramal salih .Katakanlah ( wahai Muhammad) " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra ( kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat ( yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti).Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik,kami tambahi kebaikan baginya ( dengan menggandakan pahala ) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik -baiknya (akan orang yang bersyukur kepadaNya) ."

Dalam ayat 23 Allah akan melimpahkan kurnianya kepada orang -orang beramal salih "bersenang -senang di dalam taman syurga " - " mereka boleh mendapat apa yang diingini mereka di sisi Tuhan Mereka " - "Inilah peranugerahan yang amat besar ". Kesemua ini adalah sebagai berita gembira yang Rasulullah SAW sampaikan kepada mereka di awal ayat 23, seterusnya Allah mengajar Nabi Muhammad SAW supaya berkata kepada orang - orang beriman bahawa beliau tidak meminta apa -apa upahan dari mereka sebagai balasan memimpin mereka ke jalan hidayah yang membawa mereka mendapat nikmat syurga,dan menjauhkan mereka dari azab seksa Allah kecuali semata -mata memenuhi " kasih mesranya terhadap mereka kerana adanya hubungan kekeluargaan mereka dengannya " ini sahaja sudah cukup sebagai upahnya. Allah telah berjanji kepada mereka yang membuat kebajikan akan ditambah kebajikan itu melimpah ruah ( mendapat taufik mengerjakan amalan ihsan ) dan mendapat keampunan dari Allah , kemudian mereka diberi ucapan terima kasih di atas amalan kebajikan yang mereka lakukan itulah kejayaan yang paling besar bagi mereka .

(i)Firman Allah Taala dalam Surah Al Jathiyah ayat 21 yang bermaksud:
" Patutkah orang -orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang -orang yang beriman dan beramal salih, dengan menyamakan keadaan ( mereka semua ) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati ? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu ."

Ayat ini mengemukakan tentang titik perbezaan di antara orang yang mengerjakan amalan - amalan yang berdosa dengan orang -orang yang mengerjakan amalan -amalan yang salih, dan menyangkalkan anggapan bahawa kedua -dua gulungan itu dihukum sama.Mereka tidak sama pada pertimbangan neraca Allah ,samada pada masa mereka hidup di dunia atau selepas mati .Anggapan yang demikian itu adalah anggapan yang amat buruk dan jauh dari kebenarannya .

Wednesday, December 29, 2010

KENAPA DOA TIDAK MAKBUL?

Tanya : Saya sering berdoa. Tapi, saya merasakan bahwa doa saya jarang terkabul. Mungkin doa saya terhalang. Bisa dijelaskan faktor-faktor penyebabnya ?

Jawab : Adalah sangat baik jika kita memperbanyak doa, sebab memperbanyak doa adalah merupakan salah satu perintah Allah sebagaimana firman-Nya :

وَقَالَ رَبّكُـمْ ادْعُونِيَ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنّ الّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS. Al-Mukmin : 60].

Namun jika kita merasa bahwa doa kita belum terkabulkan, maka kita tidak boleh putus asa. Kita harus ber-husnudhan pada Allah ta’ala dengan terus introspeksi terhadap diri kita sendiri. Ketika berdoa, kita harus memperhatikan adab-adab berdoa, diantaranya : ikhlash, sungguh-sungguh, khusyuk, penuh kerendahan, dan yakin bahwa doa kita pasti akan dikabulkan (sebagaimana firman Allah di atas). Awalilah doa kita dengan sanjungan kepada Allah ta’ala dan shalawat kepada Nabi-Nya shallallaahu ’alaihi wasallam. Bisa jadi doa kita terhalang karena beberapa faktor, diantaranya :

1. Makan dan minum dari yang haram, mengkonsumsi barang haram berupa makanan, minuman, pakaian, dan hasil usaha yang haram. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لا يُقبَلَ إِلا طَيِّباً وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ اْلمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ اْلمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوْا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُوْنَ عَلِيْمٌ } وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاء يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِاْلحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ؟

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah ta’ala adalah Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada para Rasul.Allah ta’ala berfirman : “Hai Rasul-Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shalih” (QS. Al-Mu’minuun : 51). Dan Allah berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” (QS. Al-Baqarah : 172). Kemudian Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata,”Ya Rabb..ya Rabb…”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka bagaimana mungkin dikabulkan doanya?” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 1015].

2. Minta cepat terkabul doa yang akhirnya meninggalkan doa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُوْلُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِيْ

“Dikabulkan doa seseorang dari kalian selama ia tidak buru-buru,(dimana) ia berkata : ”Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5981 dan Muslim no. 2735].

لا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيْلَ يَا رَسوْلَ اللهِ مَا اْلاِسْتِعْجَالُ قَالَ يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيْبُ لِيْ فَيَسْتحْسِرَ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

“Senantiasa doa seorang hamba akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturahim, dan selama ia tidak meminta dengan tergesa-gesa (isti’jal)”. Ada yang bertanya : “Ya Rasulullah, apa itu isti’jal?”. Jawab beliau : “Jika seseorang berkata : ‘Aku sudah berdoa, memohon kepada Allah, tetapi Dia belum mengabulkan doaku’. Lalu ia merasa putus asa dan akhirnya meninggalkan doanya tersebut” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 2735].

3. Melakukan maksiat dan apa yang diharamkan Allah. Seorang penyair berkata : “Bagaimana mungkin kita mengharap terkabulnya doa, sedangkan kita sudah menutup jalannya dengan dosa dan maksiat”.

4. Meninggalkan kewajiban yang diwajibkan oleh Allah. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِاْلمَعْرُوْفِ وَلْتَنْهَوُنَّ عَنِ اْلمُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

“Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan siksa kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 2169, Al-Baghawi dalamSyarhus-Sunnah 14/3453, dan Ahmad no. 23360. At-Tirmidzi berkata : “Hadits ini hasan”].

5. Berdoa yang isinya mengandung perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim.

6. Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallambersabda :

إِذَا دَعَوْتُمُ اللهَ فَاعْزِمُوْا فِي الدُّعَاءِ وَلا يَقُوْلَنَّ أَحَدُكُمْ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِيْ فَإِنْ اللهَ لا مُسْتَكْرِهَ لَهُ

“Apabila seseorang dari kamu berdoa dan memohon kepada Allah, janganlah ia mengucapkan : ‘Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki, dan berilah rizki jika engkau kehendaki ‘. Akan tetapi, ia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Ia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 7026].

7. Tidak khusyu’, lalai, dan terkuasai hawa nafsu. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

ادْعُوْا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَابَةِ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ لا يَسْتَجِيْبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyu’ “[Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 3479 dan Al-Hakim no. 1817; hasan lighairihi].

Kalaupun misalnya Allah ta’ala belum mentaqdirkan doa kita terwujud, kita harus sabar dan ridla bahwasannya Allah ta’ala mempunyai hikmah yang sangat besar. Allahta’ala sangat sayang terhadap hamba-Nya dan seorang hamba tidak tahu tentang akibat urusannya. Terkadang seseorang mengharapkan sesuatu, padahal itu jelek buat dia. Sebaliknya, seseorang membenci sesuatu, padahal itu baik buat dia.Wallaahu a’lam.

20 PERKARA DALAM MIMPI ‘AJAIB RASULULLAH SAW

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku telah bermimpi ‘ajaib malam kelmarin .Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malikul maut untuk mengambil nyawanya , maka malaikat itu terhalang oleh kataatannya kepada kedua ibu-bapanya .
Aku juga melihat seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima siksa kubur , maka ia diselamatkan oleh wudhuknya.
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan –syaitan ,maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh zikrullah .
Aku juga melihat seorang dari umatku telah disirit oleh Malaikutul Azab , maka segera menjelang solatnya serta melepaskannya dari tangan mereka.
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang sangat berat , setiap kali ia mendatangi sesuatu perigi , dihalang untuk meminum daripadanya , maka segera menjelang puasanya serta memberi minum hingga ia merasa puas .
Aku juga melihat seorang dari umatku yang mengunjugi kumpulan para nabi , yang sedang duduk berkumpul- kumpul .setiap kali ia mendekati mereka , ia diusir dari situ,maka menjelmalah mandi junubnya sembil memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjuknya supaya duduk di sisiku.
Aku juga melihat seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapan,di kanan , di kiri , di atas dan di bawahnya , sedang dia dalam keadaan bingong , maka menjelmalah haji dan umrahnya , lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana yang terang benderang .
Aku juga melihat seorang dari umatku berbicara kepada kaum mukminin , akan tetapi tidak seorang pun dari mereka mahu membalas bicaranya , maka menjelmalah Sillatulrrahimnya seraya menyeru orang – orang itu , katanya :Wahai kaum mukminin , sambutlah bicaranya , lalu mereka berbicaralah dengannya.
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang menepis- nepis bahang api dan percikkannya dari mukanya , maka segera menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api itu .
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang disirit oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat , maka menjelemalah amar makruf dan nahi munkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka serta menyerahkannya pula kepada malaikat rahmat .

Aku juga melihat seorang dari umatku sedang merangkak –rangkak , antaranya dengan Tuhan dipasang hijab (tabir) , maka menjelemalah akhlaknya yang baik, seraya memimpinnya sehingga dibuka hijab (tabir) tadi dan masuklah ia ke hadhrat Allah Taala.
Aku juga melihat seorang dari umatku terhirit ke sebelah kiri oleh buku catatannya , maka mejelemalah perasaan takut kepada Allah lalu menukarkan tujuan buku catatannya itu ke arah kanan .
Aku juga melihat seorang dari umatku terangkat timbangannya , maka menjelemalan anak – anaknya yang mati kecil , lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula .
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam , maka menjelemalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala , lalu membawa jauh dari tempat itu.
Aku juga melihat seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka , maka menjelemalah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala , lalu menyelamatkannya dari api neraka itu .
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang meniti sirat (titian) menakala seluruh tubuhnya bergoncang , seperti bergoncangnya daun –daun yang ditiup angin , maka menjelemalah baik sangkanya terhadap Allah Taala , lalu mententeramkannya dari kegoncangan itu dan mudahlah ia meniti hingga ke hujung titian itu .
Aku juga melihat seorang dari umatku sedang meniti sirat (titian) kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap , maka menjelemalah selawatnya kepadaku , lalu ia memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu .
Aku juga melihat seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga dan dengan tiba-tiba pintu-pintu syurga itu ditutup , maka menjelemalah syahadahnya “Bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah “, lalu membukakan pintu – pintu syurga itu untuknya , sehingga ia boleh memasukinya.
Aku juga melihat ramai orang yang digunting –gunting lidahnya , maka aku bertanya Jibril :Siapakah gerangan mereka itu ? Maka Jibril menjawab ;”Mereka itulah orang –orang yang suka membawa mulut ke sana ke mari .Dan aku juga melihat orang –orang yang digantung dengan lidah – lidah mereka ,maka aku bertanya Jibri : Siapa


gerangan mereka itu ? maka jawab Jibril :”Mereka itulah orang –orang yang melimparkan tuduhan terhadap kaum mukminim dan mukminat dengan tuduhan tanpa bukti .
(Hadis ini telah disebut oleh Imam As Sayuti di dalam kitabnya “Syarhus Sudur “ – Dikeluarkan oleh At Tibrani di dalam kitabnya “Al Kabir “ – Al hakam dan Termizi di dalam kitab “Nawadul usul dan Al Asfahani di dalam kitabnya “At Targhib “.

Tuesday, December 28, 2010

Kuliah 12:AKHLAK YANG BAIK.

11.1.Menunaikan janji ,Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 40 yang bermksud:

"Wahai Bani Israil ! kenangkan kamu akan segala nikmat yang telah kuberikan kepada kamu , dan sempurnakan perjanjian (kamu ) denganku,supaya aku sempurnakan perjanjianku dengan kamu, dan kepada Akulah sahaja kamu merasa gerun takut ( bukan kepada sesuatu yang lain )

Perjanjian di sini ialah perjanjian di antara Allah dengan hambanya suapaya mereka mematuhi perintah Allah dan menyerahkan seluruh diri mereka kepad Allah .Untuk Mematuhi perjanjian tersebut Allah Menyeru Bani Israil supaya takut kepadaNya ,di antara perkara yang diperintahkan menunaikan janji itu ialah supaya Bani Israil beriman dengan Al Quran ,yang mana kitab suci yang mengesahkan kitab -kitan sebelum Al Quran termasuk Taurat yang ada pada mereka dan jangan menjadi oarang pertama mengingkari seperti Firman Allah Surah Al Baqarah ayat 41 yang bermksud:

"Dan berimanlah kepada kitab yang telah ku turunkan ( Al Quran) yang mengesahkan kita yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang pertama mengingkarinya."

Sifat menunaikan janji adalah sifat yang mulia,orang -orang yang tidak menunaikan janji adalah dianggap adalah tanda orang munafiq .

11.2.Memberi salam . Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 86 yang bermksud:

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya , atau balaslah dia (dengan cara yang sama ). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap -tiap sesuatu ."

Menjawab salam adalah satu kewajipan bagi orang Islam , dan jawapan yang diberikan itu hendaklah lebih baik dari salam yang diberi ataupun sama dengan salam itu,kerana jawapan yang lebih baik akan mendapat lebih banyak ganjaran dari Allah . Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermakud :" Datang seorang lelaki Badwi menemui Rasulullah SAW lalu mengucap "" ASsalammualaikum” maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " sepuluh " .Kemudian datang seorang yang lain ,lalu memberi salam " "" ASsalammualaikum warahmatullahا maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " dua puluh ' .Kemudian datang seorang lain mengucapkan "" ASsalammualaikum warahmatullahاwabarakatuh ا "" maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " tiga puluh ' ( tiga puluh kebajikan ) . Riwayat Abu Daud dan Termizi .
Di dalam sebuah hadis yang lain yang menyatakan bahawa jawapan yang lebih baik adalah di anjurkan tersebut dalam Azkar karangan Imam Nawawi Seorang sahabat berjalan melalui Rasulullah lalu membari salam : ASsalammualaikum warahmatullahا " Baginda Rasulullah menjawab :
Alaikumussalam warahmatullah wabarakahtu waridwanuhu. sahabat hairan dengan jawapan Nabi yang terlalu panjang,dan bertanya :"Engkau menjawab salam itu kenapa terlalu panjang? " Rasulullah menjawab :"Salahkah aku lakukan ini yang akan menghasilkan ganjarannya menyamai beberapa belas orang ."


11,3, Tolak kejahatan dengan cara baik. Firman Allah Taala dalam Surah Al Mukminun ayat 96 yang bermaksud:

"Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepada kamu dengan cara sebaik -baiknya .Kami Maha Mengtahui apa yang mereka katakan itu ."


Dengan ini Allah memberi pertunjuk supaya Nabi Muhammad SAW menolak dengan cara sebaik -baiknya kejahatan kaum musyrik yang mendustakannya dan menyakitinya , bukan sahaja dengan bersabar dan memaafkan mereka, bahkan juga dengan berbuat baik kepada mereka, kerana Allah jualah yang akan membalas kejahatan mereka dengan seadil-adilnya .

11.4.Memberi salam ketika berkunjung ke rumah jiran . Firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 27 - 28 yang bermaksud:

27."Wahai orang -orang yang beriman ,janganlah kamu masuk ke dalam mana -mana ruamh bukan rumah kamu,sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya ,yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu ).
28.Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin ) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah" maka hendaklah kamu berundur balik,cara yang demikian itu adalah lebih suci bagi kamu, dan (ingatlah )Allah Maha Mengtahui akan apa yang kamu lakukan."

Ayat di atas Allah Mengajar Umat Islam cara dan adab peraturan berziarah ke rumah orang lain( jiran ) , supaya terhindar dari belakunya perkara yang tidak diingini,lebih -lebih lagi kalau di masa itu orang lelaki tiada di rumah .
Jika kamu diperintahkan pulang , maka hendaklah kamu pulang contohnya orang perempuan mengatakan orang lelaki tiada di rumah dan menyuruh kamu pulang ,maka hendaklah kamu pulang dengan berlapang dada .

11.5.Cara bergaul dengan Ibubapa /majikan . Firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 58 - 59 yang bermaksud:
58 .Wahai orang -orang beriman ,hendaklah hamba -hamba kamu dan orang -orang yang belum baligh dari kalangan kamu , meminta izin kepada kamu ( sebelum masuk kepada kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh , dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya ) .Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut , (kerana mereka ) orang -orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing -masing sentiasa berhubung rapat di antara satu sama lain..Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat -ayatNya ( yang menjelaskan hukum-hukumnya) dan (ingatlah ) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
59."Dan apabila kanak -kanak dari kalangan kamu telah baligh ,maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang -orang ( yang telah cukup umur ) yang tersebut dahulu , meminta izin .Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya ) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Dalam ayat 58 Allah menyeru kepada orang -orang beriman supaya mengikuti peraturan pergaulan diantara ibubapa/majikan dengan anak-anak belum baligh/hamba iaitu mengenai peraturan : Adalah dilarang kepada anak-anak belum baligh/hamba masuk kepada ibubapa/majikan dalam tiga masa berikut:

(1)Semasa bangun dari tidur (sebelum sembahyang subuh)

(2)Semasa rehat di tengahari .

(3)Selepas sembahyang Isyak ,

kecuali meminta izin .,kerana waktu tersebut kebiasaannya aurat mereka (ibubapa/majikan) terdedah

.Selain dari tiga masa tersebut tidaklah menjadi kesalahan untuk mereka (kanak-kanak belum baligh/hamba) masuk menemui ibubapa/majikan mereka tanpa izin , Peraturan ini mestilah diikuti demi untuk menjaga kehormatan masing -masing. Dalam ayat 59 pula Allah menjelaskan bahawa peraturan ini hendaklah diikuti lagi walaupun kanak -kanak telah meningkat dewasa (baligh).Peraturan ini hendak diajarkan kepada mereka .Dengan mengikuti peraturan ini wujudlah sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera .

11.6.Adab di dalam Majlis .Firman Allah Taala surah Al Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
" Wahai orang -orang beriman ! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu ( untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh -bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya ) untuk kamu .Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah ,supaya Allah meninggikan darjat orang -orang yang berilmu di antara kamu, dan orang -orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu) - beberapa darjat .Dan (ingatlah) ,Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."


Orang - orang Islam diingatkan apabila berada di dalam sesuatu majlis maka hendaklah ia mematuhi peraturan dan adab di dalamnya, umpamanya melapangkan tempat duduk bagi mereka yang masuk kemudian,bangun apabila di minta bangun dan meninggalkn majlis itu.

Menuntut ilmu adalah satu kkewajipan bagi umat islam demi untuk mendapat darjat dan pangkat sebagaimana dijanjikan Allah di dalam ayat tersebut di atas .Orang -orang yang mempunyai ilmu pengetahuan hendaklah bersifat amanah dengan ilmu yang ada padanya iaitu beramal dengan ilmunya dan meyebarkan kepada orang lain .

Monday, December 27, 2010

SEBAB – SEBAB MENGUNDI PAS WAJIB: NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ .

Di bawah ini saya kemukakan hujah mengapa mengundi PAS adalah wajib :
1 ) Pas satu – satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya.
Adalah jelas sepanjang sejarah pilihan raya di Malaysia, Pas kekal sebagai satu – satunya parti politik Islam yang berterusan menyertai pilihan raya untuk mendaulatkan Islam dalam negara. Walaupun tidak dinafikan kewujudan beberapa gerakan dan kumpulan Islam yang berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam dalam negara, tetapi parti Paslah menjadi satu – satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya secara langsung.
Dengan medan yang kosong dan bebas daripada kekeliruan sesama sendiri, adalah jelas umat Islam yang diwajibkan menerima sistem dan perundangan Islam dalam politik kenegaraan tiada lagi pilihan dan hak selain menyokong dan mengundi Pas dalam pilihan raya yang menjadi satu -satunya cara yang aman dan dibenarkan dalam sistem demokrasi hari ini.
2 ) Pas satu – satunya parti politik yang bercita – cita menegakkan negara Islam.
Selain bebasnya medan pilihan raya daripada kekalutan kekeliruan sesama gerakan Islam, ia juga menonjolkan Pas sebagai satu – satunya parti politik yang menjadikan pensyariatan Islam sebagai matlamat dan agenda utama politiknya. Apabila Pas bersendirian di medan siasah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, adalah jelas sokongan umat Islam mestilah diberikan kepada Pas demi memastikan kejayaannya di dalam pilihan raya, seterusnya menguasai tampuk pemerintahan dengan keadilan dan kesejagatan Islam.
Tidak mengundi bererti mengekalkan pemerintahan sekular sedia ada untuk terus mengekalkan penolakan terhadap Islam. Mengundi selain Pas yang sememangnya berjuang bukan untuk Islam pula juga memberi erti yang sama selain secara terbuka menolak sebuah gerakan yang tanpa syak berjuang untuk Islam.
Justeru mengundi Pas adalah menjadi kewajiban ugama yang tidak dapat ditolak lagi oleh isu – isu kecil seperti hak kebebasan memilih dalam pilihan raya, kecondongan kepada individu tertentu dan sebagainya.
3 ) Pas adalah sebuah parti dan gerakan Islam yang menyeru kepada kesyumulan Islam.
Syarat utama sebuah gerakan Islam ialah seruannya mestilah kepada Islam yang syumul dan menyeluruh. Memecahkan Islam kepada juzuk – juzuk kecil adalah satu jenayah agama. Memfokuskan amal Islami kepada aspek – aspek tertentu dengan mengabaikan hak dan tuntutan aspek – aspek baki adalah satu kepincangan dan kekurangan yang boleh mencetus fitnah dalam memahami Islam yang sebenar.
Pas melepasi garisan ini. Ia adalah sebuah gerakan yang menyeru kepada Islam yang sempurna dan menyeluruh. Apabila ia bergerak cergas di dalam politik negara, ia turut campur tangan dan memiliki sentuhan Islami dalam segala aspek kehidupan. Apabila Pas, samada menyeru, menilai, mengukur atau memberi pandangan, maka ia mengambil kira semua aspek ugama tanpa mencacatkan wajah Islam dengan pandangan yang tempang.
Pas memiliki individu yang pakar dan sepenuh masa di dalam dakwah ibadah dan masjid, ekonomi dan kewangan, sosial dan kebajikan marhaen, kehakiman dan perundangan, pendidikan dan motivasi, kesihatan dan kesejahteraan, budaya dan bahasa sebagaimana ia memiliki kepakaran sepenuhnya dalam gelanggang politik negara dan antarabangsa.
Justeru memilih Pas dalam pilihan raya adalah wajib kerana dakwahnya kepada Islam yang menyeluruh. Lawan Pas dalam pilihan raya, Umno-BN pula bukan hanya sempit pandangannya terhadap Islam, malah telah bermain – main dan mempersendakan Islam dengan nama Islam Hadhari yang penuh fitnah dan kekeliruan kepada masyarakat.
4 ) Umno adalah parti kebangsaan sekular yang menolak Islam sebagai sumber hukum.
Lawan Pas dalam pilihan raya adalah Umno, sebuah parti yang ditubuhkan dengan bertunjang, bersandar dan berpayungkan dasar kebangsaan kemelayuan sekular yang menyimpang daripada tuntutan syara’. Sekularisme adalah musuh utama Islam selepas syaitan dan iblis. Sebagaimana dasar sekular yang memisahkan ugama daripada negara ditolak mentah oleh Islam, begitulah jua dasar nasionalisme yang menjadi kembarnya.
Adalah diketahui secara mudah dalam pengajaran ugama Islam bahawa berbangsa – bangsa adalah ciptaan Allah dengan tujuan saling mengenal dengan keistimewaan masing – masing dan saling menghormati demi kewajiban bersatu di bawah Islam sebagai wadah dan cara hidup. Berbangsa – bangsa adalah keindahan dan keunikan yang membibit rasa hormat dan kasih sayang demi sebuah penyatuan padu umat manusia.
Apabila Umno menjadikannya sebagai satu ideologi yang mengurung dan memisahkan antara bangsa – bangsa yang telah diikat teguh dengan kesatuan ugama dan kesemula jadian tadi, maka Umno dengan jelas bergerak menyimpang daripada tuntutan syara’. Tambahan pula, ideologi kebangsaan yang diagungkan itu adalah ciptaan barat yang dibawa ke dunia Islam demi memecahkan kesatuan yang telah lama dibina oleh kerajaan khilafah suatu masa dahulu. Kebangsaan adalah terlalu asing dan tertolak dalam sejarah Islam. Umno menerimanya daripada barat yang memusuhi Islam.
Inilah lawan Pas sepanjang pertembungan dalam pilihan raya. Ia adalah dua buah parti politik melayu Islam yang cukup berbeza dan bertentangan. Ia berlaku secara terpaksa atas sebab keingkaran satu kumpulan untuk menerima Islam, bahkan berkeras, malah berbangga dengan ideologi nasionalisme tersebut.
Justeru mengundi Pas adalah kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Mengundi Umno –BN sebaliknya akan melangsungkan kesinambungan umat Islam hidup bernaung dalam dunia sekular terlarang.

MEMELIHARA MATA

PENGERTIAN MEMELIHARA ANGGOTA (SECARA UMUM) DAN MEMELIHARA MATA .

Di dalam ilmu tasawwuf bahawa Umat Islam wajib memelihara anggota yang tujuh iaitu mata,telinga, lidah,perut,kaki dan tangan ,kemaluan dan nafsu , kerana semua anggota itu merupakan nikmat yang Allah SWT anugerah kapada kita ,merupakan nikmat yang sangat besar dan hendaklah mensyukurinya , kalau tidak memeliharanya nescaya akan menjadi saksi pada hari Kiamat kelak , firman Allah SWT yang bermaksud :

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. (Yassin : 65)

Dan anggota itu akan bertutur sebagai saksi akan kejahatan yang dilakukan di dunia ,firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (Fasulaat :22)
Oleh kerana semau anggota akan menjadi saksi akan kejahatan yang dilakukan di dunia maka wajiblah memelihara semua anggota dari melakukan maksiat ,kerana anggota –anggota itu tidak bercerai dari manusia setiap masa dan tempat. Anggota yang pertama ialah mata , pengertian memelihara mata ialah memeliharanya dari melihat dan memadang kepada perkara- perkara yang maksiat dan haram ,seperti melihat gambar lucah ,perempuan ajnabi dan lain-lain lagi .

MATA SEBAGAI SATU NIKMAT

Mata adalah anggota yang sangat penting, kerana dengannya kita dapat melihat sesuatu,Kita boleh melihat langit,bintang –bintang supaya dengan itu ia dapat melihat kebesaran Allah SWT dan wujudnya Allah , kita dapat melihat Al-Quran dan membacanya , dapat berjalan ke Masjid dan melihat perusahaan , dan menjauhkan dari mara bahaya .Dan banyak lagi nikmat mata yang Allah anugerhkan kepada kita .

KEPENTINGAN DAN CARA –CARA MENJAGA MATA

Menjaga mata itu adalah sangat penting kerana dengan menjaga mata dari memandang perkara –perkara yang haram ,maka terpelihara dari melakukan maksiat firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur :30) .

Ayat ini menyeru orang yang beri,an supaya memelihara mata dari memandang perkara –perkara yang tidak halal iaitu perkara yang haram dan menjaga kemaluan ,maka akan menjadi orang yang bersih dari maksiat .Dan juga bersih hati , kerana Allah amat mengtahui apa yang dilakukan oleh hambaNya .

2.Mata hendaklah dijauhkan dari memandang perkara yang haram, di antara jangan pergi ketempat maksiat , ke tempat orang suka mendedahkan aurat, hendaklah ingat apa yang kita lihat diketahui oleh Allah, FirmanNya yang bermaksud“

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa Yang tersembunyi di dalam hati. (Al-Mu’min :19 ).

Hendaklah menjauhi memandang perempuan ajnabi kerana ia membahayakan iman seseorang lelaki . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bahawasanya memandang kepada tempat yang elok dari tubuh perempuan itu seperti anak panah beracun daripada anak – anak panah Iblis (sangat cepat membinasakan),maka barangsiapa yang meninggalkan (memandang) kerana takut kepada Allah SWT necaya akan memperoleh kelazatan yang mengembirakannya di dalam berbuat ibadat”.

Elokkan memandang perkara buruk kerana mata itu punca melakukan zina ,sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Adalah bagi tiap-tiap manusia berzina , maka dua mata itu berzina , kerana memandang kepada perkara yang tidak harus dipandang

Melihat pornografi .

Akibat ledakan dalam teknologi maklumat , maka ujudlah dunia siber yang mana terdapat beratus ribu atau juta laman web lucah yang memaparkan pornografi yang mudah dilayari .Akibat dari melayari porno itu menjadikan pelayar – pelayarnya ketagih , dan menjadi hamba nafsu yang sentiasa dahagakan aksi – aksi yang baru dan lebih mencabar .Bagi mengatasi kerjasama semua anggota masyarakat hedaklah diwujudkan supaya dapat membendung gejala yang tidak sihat dan haram disisi Agama Islam. Sebagai contoh ibubapa ,majikan disarankan agar memastikan setiap computer yang digunakan oleh anak –anak dan para pekerja mestilah dilengkapi dengan perisian antipornografi yang berfungsi menghalang akses kepada laman –lamanweb web pornografi.Dalam bajet 2011 kerajaan berhasrat untuk mendapatkan liputan jalur lebar yang berkelajuaan tinggi , tetapi hendaklah ia menjaga akhlak rakyat melalui Suruhan jaya Komunikasi dan Multi –media supaya tidak terjebak kepada dosa – dosa mata , khasnya umat Islam yang dilarang melakukan demikian , kerana ramai penghuni jahannam kerana tidak menggunkan mata pada tempat yang sebenarnya, firman Allah SWT ayat 179 Surah Al-Araf yang bermaksud :

dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Sunday, December 26, 2010

Fikah Semasa .Haram membesarkan payudara dengan sapuan krim .

Hukum mengubah kerjadian asal manusia adalah haram kecuali dengan sebab – sebab yang dibenarkan oleh syarak , seperti mencabut misai bagi perempuan yang ditumbuhi misai, membuat pembedahan plastic akibat melecur , kemalangan dan lain – lain.Tanpa sebab –sebab yang dibenarkan syarie seperti untuk menunjuk –nunjuk , berbangga – bangga dan mengikut trend semasa maka keharusan itu gugur , iaitu ubah suai yang tidak dibenarkan oleh syarak .
Zaman serba maju ini bermacam –macam teknologi dicipta untuk membantu manusia mendapatkan kehidupan yang selesa .Banyak juga teknologi dan penyelidikan khususnya dalam bidang perubatan yang jelas mengubah kejadian manusia seperti pemindahan buah pinggang ,paru – paru , tulang dan sebagainya. Para ulama mengharuskan perkara tersebut demi kesejahteraan kehidupan manusia .Ia tidak termasuk di dalam larang .
Pembesaran payu dara dengan menggunakan kaedah semula jadi sperti urutan atau ubat –ubatan yang disahkan suci dan halal adalah harus jika seseorang perempuan itu benar –benar perlu berbuat demikian .Keperluan di sini seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai payu dara sebagaimana perempuan lain atau bagi memenangi hati suami.Zaman dahulu ada huga petua – petua bagi tujuab tersebut .Tetapi jika pembesaran itu dibuat supaya kelihatan seksi dan ditayangkan kepada bukan mahram dengan memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan maka ia adalah haram daripada awal niat membesarkan payu dara tersebut .Hari ini kebanyakkan tujuan pembesaran payu dara , untuk tujuan kecantikan semata – mata dan untuk menjaga gaya dan keterampilan .Hal ini dianggap mubazir dan merosakkan masa depan orang Islam .Firman Allah SWT ayat 26-27 Surah Israk yang bermaksud :
dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Kuliah 11: TAWAKKAL

(a)Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran ayat 159 -160 yang bermaksud ;


" Dan juga bernesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal -soal keduniaan) itu .Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bernesyuarat , untuk membuat sesuatu ) maka bertawakkal kepada Allah,sesungguhnya Allah Mengasihi orang -orang yang bertawakkal kepadaNya * Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tiada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika ia mengewakan kamu,maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah ( menetapkan yang demikian ) ?Dan (ingatlah ) kepada Allah jualah hendaknya orang -orang yang beriman itu berserah diri (tawakkal) .

(b) Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 81 yang bermaksud :



"Serta berserahlah kepada Allah, kerana cukuplah Allah menjadi pembela (memeliharamu dari angkara mereka )".

(c) Firman Allah Taala dalam Surah Al Maidah ayat 11yang bermaksud :

"Wahai orang -orang beriman ! kenangkan nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya ) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu ) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu ) lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang )kamu.Oleh itu,bertaqwalah kamu kepada Allah ,kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu )hendaklah orang -orang yang beriman itu berserah diri (tawakkal) ."

(d) Firman Allah Taala dalam Surah Al Anfal ayat 2 yang bermksud:

"Sesungguhnya orang -orang yang beriman itu (yang sempurna imannya ) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah ( dan sifat -sifatNya) gementarlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka ayat -ayatNya ,menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan jualah mereka berserah ."

(e) Firman Allah Taala dalam Surah Al Anfal ayat 61 yang bermksud:

"Dan jika mereka (pihak musuh )cenderung kepada pendamaian , maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkal kepada Allah . Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengtahui."


(f) Firman Allah Taala dalam Surah Taubah ayat 51 yang bermksud:

" Katakan (Wahai Muhammad !)" Tidak sekali -kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami .Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami ,dan (dengan kepercayaan itu ) maka kepada Allah jualah hendaknya orang -orang yang beriman bertawakkal."

(g) Firman Allah Taala dalam Surah Al Furqan ayat 58 yang bermksud:
" Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup ,yang tidak mati,serta bertasbihlah dengan memujiNya,dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya."
(h) Firman Allah Taala dalam Surah Al Ahzab ayat 48 yang bermksud:

" Dan janganlah engkau menuntut kehendak orang -orang kafir dan orang -orang munafiq dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka ,serta berserahlah kepada Allah (memilihara keadaanmu) , dan cukuplah Allah menjadi pelindung (yang menyelamatkanmu)."

(i) Firman Allah Taala dalam Surah Asy Syura ayat 10 yang bermksud:
"Dan ( katakan Wahai Muhammad ! kepada pengikut -pengikutmu )," Apa jua perkara Agama yang kamu berselisihan padanya ,maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku,kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).

Kesemua ayat -ayat yang tersebut di atas adalah memerintahkan umat Islam supaya bertawakkal kepada Allah dalam semua keadaan.Tawakkal ialah teguhnya hati dengan menyakini bahawa semua perkara terserah di tangan Allah , dalam genggamanNya tiada sesuatu mudharat atau manfaat ,tiada pemberi atau penahan melainkan Allah Taala ..Kemudian hendaklah hati itu merasa aman dan bertenang kepada janji -janji Allah dan jaminanNya ,sehingga ia tiada gentar dan bergoncang ketika ditimpa kesusuhan atau kecelakaan , dan sehingga ia tiada merasa takut dan bimbang,malah segala urusan ,samada yang penting atau tidak penting semuanya dikembalikan dan di serahkan kepada Allah tidak yang lain,kalaupun ada pergantungannya dengan manusia adalah pada zahirnya sahaja,bukan pada hakikatnya . Semua penyerahan diri (tawakkal ) itu adalah berpandukan ayat -ayat Quran dan pertunjuk Sunnah Nabi,yang mana semuanya menjadikan tawakkal yang sebenarnya yang dituntut oleh Allah,bukanlah tawakkal yang membuta tuli, iaitu bertawakkal tanpa usaha ,ini adalah dilarang seperti bertawakkal motosikal yang tidak berkunci .atau tidak di simpan pada tempat yang sewajarnya .

Thursday, December 23, 2010

Kuliah 10 :SERDAHANA DI DALAM BERAMAL

(a) 1.Firman Alla Taala dalam Surah Al Isra' ayat 29 yang bermksud:

" Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu ,dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya.,kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan."

2. Firman Alla Taala dalam Surah Al Furqan ayat 67 yang bermksud:
."Dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya , tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan ( sebaliknya ) perbelanjaan mereka adalah betul serdahana di antara kedua -dua cara ( boros dan bakhil ) itu ."

Kedua -kedua ayat di atas adalah memerintahkan umat Islam supaya bersedahana di dalam berbelanja ,tidak terlalu kedekut seperti " genggam tak tiris, dan tidak terlalu boros ,kerana boros itu saudara syaitan .

(b)Firman Alla Taala dalam Surah Al Isra' ayat 110 yang bermksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad ! ) , "Serulah nama Allah atau nama Ar Rahman ,yang mana sahaja kamu serukan ( dari kedua -dua nama itu baik belaka );kerana Allah yang mempunyai banyak nama - nama yang baik serta mulia .Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa' atau sembahyangmu , juga janganlah engkau perlahankannya , dan gunakanlah sahaja satu cara yang serdahana antara itu."

Semasa kaum kafir musyrik mendengar Nabi Muhammad SAW menyebut dalam doa'nya "Ya Allah ,Ya Rahman " mereka merasa pelik dan berkata "Muhammad mendakwa mempunyai satu Tuhan ,tetapi ia menyebut nama dua Tuhan - lalu turun ayat di atas yang menjelaskan tentang bahawa Allah dan Ar Rahman ialah nama Tuhan yang Maha Esa ,yang mana sahaja disebutkan adalah baik belaka,kerana Allah ada mempunyai 99 nama yang baik ( Asmaul Husna ).Seperti :
Ar Rahman ,Ar Rahim , Al Malik , AlQudus, As Salam
dan lain -lain lagi yang mengadungi makna sebaik -baik dan semulia -mulia yang layak kepada ALLAH .
Pada permulaan Islam , Rasulullah SAW diperintahkan mengerjakan ibadat secara sembunyi dan dilarang menyaringkan suara ketika sembahyang kerana untuk mengelakkan dari gangguan orang -orang kafir musyrik.Di samping juga dilarang membaca secara perlahan ,kerana tidak dapat didengar oleh sahabat -sahabat yang turut sama bersembahyang jemaah . Maka dianjurkan supaya membaca dengan suara yang serdahana .Tikdak nyaring dan tidak perlahan .

(c)Firman Allah Taala dalam Surah Lukman ayat 32 yang bermksud:
" Dan (orang -orang yang tidak bersifat demikian ) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok -kelompok awan menyerkup,pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata - mata .Kemudian apabila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengEsakanNya ).Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti -bukti kemurahan Kami melainkan tiap - tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi ."

Dalam kehidupan ini , Umat Islam disuruh mengekalkan baik sangka (Husnul zan) terhadap Allah dan meletakkan keyakinan kepadaNya dalam apa jua keadaan .Merujuk kepada ayat di atas , betapa Allah SWT menyuruh Umat Islam supaya meletakkan kepercayaan semata-mata kepadaNya dalam menhadapi sesuatu bencana dan kesusuhan dalam hidup.Ketika menhadapi musibah daripada Allah SWT kita umat islam disuruh bertawakkal Kepada Allah SWT dengan mendoa dan mengikhlaskan kepercayaan kepadaNya semata -mata .Pada ketika menghadapi sesuatu keadaan yang sukar ,kita disuruh bersabar dan berserah kepada Allah SWT . Sekiranya kita diselamatkan Allah dari bencana tersebut maka hendaklah bersyukur dan berterima kasih kerana melepaskan kita dari bencana tersebut .Ada segelintir Umat Islam yang tidak bersifat adil di atas bencana yang menimpa mereka dengan merunggut -runggut dan melepaskan rasa kecewa kepada Allah .Sepatutnya mereka bersifat sedahana dengan redha menerima bencana dan bersyukur kalau mereka selamat dari bencana tersebut .
(d) Firman Allah Taala dalam suruh Fatir ayat 32 yang bermksud:

" Kemudian Kami jadikan Al Quran itu diwarisi oleh orang -orang yang kami pilih dari kalangan hamba -hamba kami,maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri ( dengan tidak mengindahkan ajaran Al Quran ) dan di antaranya ada yang bersikap serdahana , dan antaranya pula ada yang mendahului( orang lain ) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah . Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar ( dari Allah semata -mata )."

Di dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa Umat Nabi Muhammad SAW diwariskan Kitab suci Al Quran ( terutama selepas wafat baginda SAW )yang mereka warisi ialah isikandungan , hukum hakam, dan aqidah di dalamnya.
Walaupun mereka (Umat Nabi Muhammad SAW ) mewarisi kitab suci Al Quran tetapi mereka berpecah kepada tiga gulungan :

(1) Zalim akan diri sendiri.

(2) Serdahana ( cermat dan berhati -hati di dalam beramal)

(3) Mendahului berbuat kebajikan.

Banyak pentafsiran yang dibuat oleh Ahli Mufasirin mengenai tiga gulungan tersebut .di antaranya Sahal bin Abdullah mengatakan gulungan pertama orang bodoh ,golongan kedua orang yang berlajar dan golongan ketiga ialah orang alim.Ibni Atiah Iskandari pula mentafsirkan gulungan pertama orang yang cinta kepada Allah semata-mata dunia,golongan kedua yang cinta kepaa Allah ,kerana memikir hari kemudian,golongan ketiga Gugur keinginannya kerana mengikut printah Allah .Di dalam kitab Tafsir Ar Razi menyalin 10 makna ketiga -tiga golongan tersebut ,seperti berikut :

zalim serdahana Mendahului berbuat baik
Banyak salah Sama baik dengan salah Lebih banyak baik
Kulit lebih baik dari isi Sama isi dengan kulit Isi lebih baik
Tauhid & Tak beramal Tauhid & beramal Tauhid & banyak amal
Baca Al Quran tak mengetahui Baca Al Quran mengetahui Baca Al Quran mengetahui dan beramal
Jahil Suka belajar Alim
Masamah Maimanah Muqrabin
Neraka selepas dihisab Syurga selepas dihisab Syurga tanpa hisab
Buat maksiat ,tak menyesal dan tak taubat Buat maksiat menyesal dan taubat Buat maksiat , menyesal dan diterima taubat
Tidak beramal dengan Al Quran Beramal dengan Al Quran Beramal dengan Al Quran dan mengajar orang lain .

Yang dimaksudkan dengan "kurnia yang amat besar " pada penghujung ayat 32 Surah Fatir ini ialah golongan yang diterangkan di atas masih ada harapan untuk mendapat syurga Allah dengan cara yang berbuat zalim menginsafi dirinya dan bertaubat lalu diterima Allah taubatnya, dimasukkannya ke dalam Syurga, dan yang serdahana amalan mempertingkatkan amalannya dengan mudah masuk syurga, menakala yang mendahului kebajikan itu , tidak ragu -ragu dengan janji Allah sehingga ada yang sanggup berkorban jiwa di dalam memerangi musuh Allah sehingga ada yang mati syahid

Wednesday, December 22, 2010

Jangan periksa dara sebelum nikah .

Majlis Fatwa dan Penyelidikan Jordan telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan pemeriksaan dara ke atas pengatin perempuan pada 3 Ogos 2009 .Sebelum fatwa itu dikeluarkan, memang sudah menjadi kebiasaan pengatin lelaki mensyaratkan bakal isterinya menjalani ujian dara .
Amalan itu sudah diterima sebagai satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh bakal pengatin perempuan sebelum pernikahan dijalankan .Atas tuntutan itu,sebanyak 150 ujian penentuan dara telah dilakukan oleh pengantin perempuan setiap tahun .Itu merupakan stu angka yang membimbangkan jika dibandingkan dengan populasi Jordan iaitu hanya 6 juta orang.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Kebangsaan (NFC),Dr.Meomen Al-Hadidi, sebanyak 1,000 permohonan diterima setiap tahun untuk menjalani ujian dara. Ia itu satu yang membimbangkan kerana jumlah itu akan bertambah setiap tahun .Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Kebimbangan yang disuarakan oleh Dr.Meomen Al-Hadidi itu memang berasas kerana tradisi itu semakin menyuburkan budaya yang tidak sihat .Memang sudah menjadi tradisi masyarakat ,bahawa setiap lelaki mempunyai hak untuk meminta calon isteri menjalani ujian dara .Tujuannya tentulah untuk memastikan wanita itu masih perawan dan belum pernah melakukan pehubungan seks sebelum kahwin.Tapi jika tidak dibendung ia akan menjadi satu bentuk penindasan .
Soalnya, bagaimana kalau selepas ujian dara itu, didapati bakal pengantin perempuan sudah tidak ada dara .Masalahnya bukan kerana telah melakukan hubungan seks tetapi hilang dara disebabkan banyak menjalani aktiviti lasak .Apa yang harus perempuan itu lakukan , perlukah dia menjalani pembedahan memulihkan dara ? Atau haruskah dia bercerita jujur tentang keputusan ujian itu dan akhirnya menjadi mangsa pembunuhan .Keluarga tertekan dan bakal suami bertindak membunuh perempuan itu kerana rasa malu.
Di Jordan isu kesucian wanita atau keperawanan menjadi satu perkara yang serius .Banyak kes wanita dibunuh kerana dituduh melakukan hubungan seks sebelum nikah.Setiap tahun kes itu meningkat, dan kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah wanita yang tidak berdosa .Tuduhan zina itu hanya sekadar rasa curiga lelaki dan tidak pernah dibuktikan bahawa wanita itu pernah melakukan perhubungan seks sebelum bernikah .
Setelah fatwa pengharaman itu dikeluarkan , setidak –tidaknya boleh mengurangkan jumlah kes tersebut .Secara tidak langsung ia menjadikan wanita lebih berharga dan diiktiraf .Lelaki tidak boleh menganggap bakal isteri sebagai barang dagangan yang boleh dibeli .Dan sebelum membelinya mereka menguji ketulenannya serta memastikan bahawa barang itu adalah yang terbak tanpa cacat cela.
Namun demikian , keluarga pengantin lelaki masih lagi boleh meminta ujian dara dilakukan tapi dengan syarat mendapat perintah dari mahkamah .Ujian tersebut tidak boleh dilakukan sewanang –wenangnya atas permintaan lelaki dan di dalam keadaan yang tidak adil .
BAGAIMANA JIKA LELAKI JALANG .
Isu ujian dara pengantin perempuan itu mendapat tentangan dari aktivis pejuang hak wanita Jordan yang menganggapnya sebagai satu bentuk penghinaan .Mereka berpendapat mengapa hanya perempuan saja perlu menjalani ujian dara .Bagaimana kalau lelaki sudah tidak teruna lagi ? Adakah perempuan berhak untuk mengarahkan lelaki menjalani ujian teruna ?.
Aktivis pejuang hak wanita kemudian mempersoalkam , bagaimana jika lelaki itu mempunyai HIV,AIDS dan penyakit kelamin STD ? Adakah perempuan tidak perlu mengetahuinya dan membuat piliham untuk menolak perkahwinan itu.Sedangkan memang sudah terbukti , lelaki itu telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin .Kalau lelaki boleh meminta bakal isteri untuk menjalani ujian dara maka bakal pengantin perempuan pun boleh meminta lelaki menjalani ujian teruna barulah adil.
Di dalam keadaan seperti itu masyarakat Jordan tidak kan menyalahkan lelaki kerana mempunyai hubungan luar nikah .Ia dianggap sebagai perkara biasa dan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja ?.Perempuan juga dinasihatkan supaya bersabar dan lakukan perkara yang baik supaya dapat menarik kembali perhatian suami .
Sekurang – kurangnya fatwa mengharamkan ujian dara itu dapat membendung perkembangan tradisi kolot yang mahukan ujian dara dilakukan sebelum persetujuan nikah dilaksanakan.Kebanyakkan lelaki khuatir, wanita Jordan sudah hilang kesucian atau tidak perawan lagi .(Dari Majalah Al-Islam bil : 4431,Keluaran Disember 2010 m.s 79) .

Monday, December 20, 2010

TAQARRUB KEPADA ALLAH MENDAPAT PERTOLONGAN UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN .

Taqarrub kepada Allah adalah salah satu ciri untuk mendapat pertolongan Allah bagi mencapai kemenangan dalam perjuangan.Kerana dengan taqarrub kepada Allah akan lebih menghampiri kita kepada pertolongan dan cinta kasihNya .Hakikat inilah yang difirmankan oleh Allah melalaui lidah rasulNya Muhammad SAW yang bermaksud :
“Wahai Anak Adam , carilah Aku (Allah),nescaya akan bertemu denganKu .Jika engkau dapat Aku ertinya engkau telah dapat segala –segalanya .Tapi jika Aku luput darimu , ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala- galanya .Sewajarnyalah engkau mengasihiku dari sesuatu yang lainnya .
Pendakwa dan perjuang hendaklah menunjukkan saksyiah yang soleh sepanjang perjalanannya dalam perjuangan ini.Kerana kesolehannya itulah yang akan menarik kasih Allah kepadanya .Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran yang bermaksud :
"tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”
Apabila para pendakwah telah menyuburkan hatinya dengan kecintaan kepada Allah , lalu Allah akan mencintainya.Apabila Allah telah mencintainya nescaya datanglah pertolongan dariNya ,Selaras dengan itu Allah berfirman di dalam hadis Qudsi melalui RasulNya Muhammad SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa memusuhi Waliku, maka Aku akan mengistiharkan perang terhadapnya .Tidak ada satu usaha mendekatkan diri kepadaku yang dilakukan oleh hambaku yang Aku suka terus menerus beribadah sunat untuk mendekatkan dirinya kepada Ku , lalu Aku menyayangi. Apabila Aku sayang kepadanya maka Akulah telinga yang mendengar baginya,mata yang melihat untuknya ,Akulah tangan yang menanggani bagi pihaknya .Akulah kaki yang berjalan dengannya , kalau ia memohon nescaya Aku berikan .Kalau ia meminta pertolongan nescaya Aku lindunginya .Tidak ada satu perbuatan yang Aku lebih teragak –agak melakukannya dari mengambil nyawa seorang mukmin yang tidak suka mati , sedang Aku tidak suka pula untuk menyakitinya. ( Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ) .
Pendakwah yang memecilkam dirinya daripada berhubung dengan Allah , kalaupun mendapat kemenangan dalam usaha perjuangannya , mereka tetap dikira kalah kerana gagal untuk menjangkau cinta kasih Allah .Sesungguhnya Allah tidak menyerahkan warisan kekuasaan di muka bumi ini kecuali kepada hamba –hambaNya yang beriman dab soleh .Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 5 yang bermaksud :
“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).
Firman Allah surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.”
Dan hendaklah sentiasa mengingati Allah , nescaya Allah akan mengingati kita , firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud :
“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).”
Akhirnya bertaqarrublah kepada Allah dengan amalan –amalan berikut setiap hari :
(i)Solat berjemaah di Masjid dan Surau pada tiap –tiap waktu .
(ii)Membaca Al-Quran ,jangan tinggal membaca Al-Quran lebih dari tiga hari .
(iii) Qiamul lailil dan bermunajat kepada Allah pada satu pertiga malam , kalau boleh pada tiap –tiap malam .
Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omar
Ketua Penerangan Urusan Ulama PAS Kawasan Temerloh .

Thursday, December 9, 2010

MENGUBATI PENYAKIT WAS – WAS.

PENYAKIT was – was adalah satu penyakit yang tidak boleh dibiarkan dan perlu diubati segera.
Was –was itu timbul apabila seseorang itu melayani perasaannya dan ia mempunyai kaitan dengan ilmu yang dimiliki sama ada belum sampai ke tahapnya atau langusng tidak mempunyai ilmu pengetahuan .
Yang banyak berlaku ialah disebabkan seseorang itu tidak mempunyai faham kosep niat .Mungkin penjelasan daripada guru yang mengajar tidak mencukupi atau dengan pemahaman cetek .
Ramai yang terlibat dengan was – was yang bersangkut paut dengan ibadat harian.
Sebenarnya setiap orang mesti yakin apa yang dilakukan memadai dengan sekali sahaja ,contohnya Takbir ,lakukan sekali sahaja , basuh aggota wuduk dengan 3 kali ,jangan lebih , jangan lakukan lebih daripada yang diperintahkan , kalau lakukan lebih ia akan mengulangi beberapa kali , ini disebabkan rasa was – was .
Yang menjadikan manusia was – was sebab dipengaruhi oleh jin atau syaitan dan sikap manusia itu sendiri .Tanpa ilmu akan memudahkan seseorang itu dipengaruhi oleh jin dan syaitan ,sebab itu Islam menekankan pentingnya memiliki ilmu supaya syaitan susuh menebusi kita .
PENGERTIAN NIAT .
Dalam menunaikan solat apabila seseorang memijak tikar sembahyang sudah ada lintasan dalam hati untuk mengerjakan solat , maka itulah dinamakan niat .
Masyarakat Arab yang berilmu tidak memakan masa yang lama ketika mengangkat takbir .Sebaliknya sekejap sahaja .
Was – was adalah berpunca daripada penjelasan yang tidak tepat .Umpamanya dalam menunaikan solat dianjurkan memasang niat “Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakat tunai kerana Allah Taala “.
Bukan begini cara niat yang disuruh oleh Agama.Apabila pengertian niat sebenarnya tidak diberi penjelasan,kesannya ada orang yang mengangkat takbir lama sebab hendak memasukkan niat dalam takbirnya .Afa pula yang mengangkat takbir lima atau enam kali .Sebab masih belum puas dalam usahanya memasukkan niat .
Cuba lakukan takbir sekali sahaja . Jangan was – was (ragu –ragu ) , yakinkan dengan sepenuh keyakinan yang niat sudah jadi .Memang syaitan hendak kita terus mengulangi dan merasa tidak puas .Dari sini timbullah penyakit was – was .Oleh itu sebagai ubatya .setiap kita mesti yakin dengan apa yang kita lakukan itu sudah baik dan sempurna , jangan ada was –was .Insya Allah ibadat kita diterima Allah dan penyakit was –was dapat diubati .
NIAT DENGAN LAFAZ .
Ulamak menyatakan bahawa hendaklah disebut lafaz dahulu sebelum niat .Ia boleh dilakukan sebagai memandu hati untuk melakukan niat .Ianya adalah baik , tetapi kalau dengan lafaz itu mengganggu pencapaian seseorang untuk berniat maka lebih baik tak usah lakukan lafaz .Tujuan ulamak itu baik untuk memudahlkan kita, tetapi jika menyusahkan , tidak perlu kepada lafaz sebelum berniat .
Sabda Rasululhahn SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya segala amalan diterima berasaskan kepada niat dan bagi setiap orang diberi pahala berdasarkan kepada apa yang diniatkannya.”
Berpanda kepda hadis di atas , bahawa segala amalan itu diterima berasaskan niat bukannya lafaz .
AKIBAT DARI PENYAKIT WAS – WAS .
1.Menggambarkan negative tentang Islam.
2.Melemahkan semangat orang untuk masuk Islam.
3.Mengganggu makmum lain dengan mengangkat takbir beberapa kali sebelum solat ,contoh dalam hendak mengerjkan solat ( bagi mereka yang was- was ) .

UBAT PENYAKIT WAS – WAS .
WAS- WAS bukanlah perkara baru, ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW , dan untuk mengubatinya maka kita disuruh membaca Surah An Nas .Surah An Nas mengajar kita mohon perlindungan kepada Allah daripada bahaya – bahaya batin , iaitu bahaya perasaan ragu – ragu dan ingatan buruk yang datangnya daripada angkara makhluk yang tidak kelihatan – syaitan atau jin , dan daripada tipu daya makhluk yang berupa manusia /perasaan dan ingatan buruk ini adalah penyakit besar yang menyababkan rosaknya iktikad atau kepercayaan dan amal ibadat .




Maksud Surah An Nas :
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omar
Ketua Penerangan urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh .

Monday, December 6, 2010

HIJRAH RASULULLAH SAW : TITIK PERMULAAN MEMBINA KEKUATAN ISLAM.

Dengan Inayah Tuhan Ar-Rahman memelihara dan melindungi Rasullah SAW , ketika berlakunya persidangan di Darul Nadwah untuk menyekat Penghijrahan Rasulullah SAW dan perkembangan akidah Islam ,maka Allah SWT mengizinkan baginda Nabi dan pengikut-pengikutnya berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah .Bukanlah kerana lari dari maut atau untuk mendapat kemenangan .Sesungguhnya penghijrahan baginda adalah untuk menegakkan kebenaran Islam di bumi yang penduduk-penduduknya berfikiran secara terbuka , dan juga untuk mendirikan daulah Islam di Madinah dan menyinarkan cahaya iman untuk penduduk –penduduknya.
Hijrah Rasulullah SAW dan sahabat – sahabatNya adalah untuk membangunkan keimanan yang benar dan mejayakan tuntutan agama .Hijrah merupakan satu pergerakan yang memandu kemajuan ummah , dan kekuatan Ilmu pengetahuan dan menegakkan Akhlak yang mulia .
Hijrah merupakan titik permulaan dalam penyibaran dakwah Islam , untuk melahirkan umat yang terpilih .Hijrah membawa pengertian yang agong kepada perkembangan Islam .Dengan hijrah itu maka lahirlah pembaharuan cahaya keimanan ,keamanan sejagat, mendapat hidayah dan kemanisan iman.
Hijrah belaku selepas tiga belas tahun nabi menyeru kaumNya kepada Islam, tetapi hasilnya tidak menggalakkan , malah baginda dan pengikut-pengikutnay menanggung penderitaan yang hibat dalam usaha dakwah untuk mengajak kepada akidah yang betul , jauh dari syirik dan akhlak yang buruk .
Faktor – faktor yang membawa kepada Nabi berhijrah :
1.Umat Islam sangat menderita disiksa oleh kaum musyrikin Qurisy .Firman Allah SWT yan bermaksud :
29. Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
30. dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
31. dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
32. dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"
33. pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! ( Surah Al-Mutaffifin : 29 – 33) .
Firman Allah SWT surah Al-‘An’am ayat 33 – 34 yang bermaksud :
33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
34. dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan oran-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
Selepas Islam beberapa orang daripada penduduk Mekah, mereka mengiktu ajaran Nabi Muhammad SW yang terdiri semua kabilah di Mekah , maka orang – orang kafir Qurisy marah dan menyiksa di kalangan keluarga mereka dan hamba abdi kepunyaan mereka dengan dipukul ,dijemur dan tidak diberi makan .Di antaranya yang menerima siksa yang hebat itu ialah Bilal bin Rabah seorang hamba milikUmaiyah bin Khalaf , Bilal disiksa dengan hebat ,supaya kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi Bilal mempunyai keimanan yang kuat , walaupun disiksa beliau tetap beriman dengan berkata .” Ahad, Ahad (Tuhan yang Esa, Tuhan yang esa ).Bani Makhzum menyiksa keluarga Ammar bin yasir , ibu dan ayahnya dibunuh .Diwaktu Rasulullah melalui tempat penyiksaan keluarga Ammar baginda berdoa .”Ya! Allah sabarkan kelurga Ammar ,kamu semua akan dijanjikan dengan balasan syurga .”
Kedua :Penyiksaan yang sangat hebat diterima oleh Rasulullah SAW selepas wafat bapa saudaraNya Abu Talib , yang mana semasa hayatnya sangat kuat mempertahankan baginda dari disiksa .Baginda bersama Zaid bin Harithah menujukan ke Taif , untuk mendapat bantuan dari Suku Thaqif , tetapi malangnya baginda tidak diterima oleh orang – orang Taif malah disiksa dengan hebat , sehingga baginda mendapat luka-luka dari serangan orang Taif itu .
Ketiga :Baiah Aqabah pertama dan Baiah Aqabah kedua merupakan perjanjian yang menanamkan seamangat keimanan yang benar yang membawa kepada kejayaan .Di dalam perjanjian Aqabah pertama mereka berjanji :
a.Beriman dengan Allah SWT yang satu
b.Berpegang teguh dengan dengan kelebihan amalan dan ibadat.
c.Dan dilarang daripada berzina, membunuh anak dan ,mencuri.
Baiah Aqabah kedua yang diwakili seramai 75 orang (73 lelaki dan 2 0rang wanita )mereka berjanji dengan Nabi SAW :
a.Mempertahankan Rasulullah SAW dari dizalimi musuh .
b.Taat setia di masa kesusahan mahupun di masa senang , di masa genting mahupun di masa tenang
c.Tidak akan berpecah .dan bercakap benar ,
c.Takut kepada Allah SWT .
Firman Allah SWT surah Al-Haj : ayat 39 -40 yang bermaksud:
39. diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Dengan perjanjian yang baru membuka peluang kepada Rasulullah SAW dan pengikut – pengikutnya untuk berjuang memperkukuhkan Iman dan seruan Islam secara bebas , disamping dibenarkan untuk berjihad .
Keempat : Desakkan dari Kafir Quraisy supaya Rasulullah SAW dan pengikut –pengikutnya berhijrah , firman Allah SWT ayat 30 Surah Al-Anfalyang bermaksud :

dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Selepas perjanjian Aqabah kedua ,Islam dapat pertolongan .Rasulullah SAW memerintahkan supaya orang Ansar di Yathrib menerima tetamu orang – orang Muhajirin sebagai saudara . Orang - orang Islam pun berhijrah seacara persendirian dan bersembunyi ,kerana takut diketahui oleh orang – orang kafir Quraisy , jika diketahui mereka akan membawa balik semula ke Mekah mereka yang berhijrah .
Kafir Quraisy menghalang Nabi Muhammad SAW daripada berhijrah ke Madinah , kerana mereka tahu dengan hijrah nabi Muhammad itu akan berkembang Islam di sana dan mengugat Agama Berhala yang mereka anuti .
Nabi Muhammad SAW tinggal di Mekah bersama –sama dengan beberapa orang Islam yang ditahan dari berhijrah ke Madinah . Maka berhijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Saidina Abu Bakr Assidiq dengan penuh kesukaran . Hijrah Rasulullah SAW itu merupakan titik permulaan kepada kekuatan Islam dan pembaharuan Masyarakat Islam yang harmoni .

PENGAJARAN DARI HIJRAH RASULULLAH SAW :
Pertama :Mengajar umat Islam supaya teguh menyimpan rahsia sulit .Jangan dedahkan sebagai strategi untuk mencapai kejayaan .
Kedua :Berpegang teguh dengan Allah SWT yang satu , firman Allah SWT surah At Taubah ayat 40yang bermaksud :
kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ketiga : Beriman kepada Allah SWT , kerana iman adalah roh yang mengerakkan jasad untuk hidup , yang sanggup berkorban dan menanggung kesukaran di dalam menyibarkan dakwah Islam .
Keempat : Persaudaraan Islam.Dengan hijrah mempersaudarakan kaum Aus dan Khadrraj dan kaum Ansar dan Muhajirn dengan persaudaraan yang kuat dan kukuh .
Kelima ;Umat Islam dapat berpegang teguh dengan minhaj Al- Quran dan menjadikan sebagai umat yang terpilih .
Kesimpulan ; Hijrah Rasulullah SAW memberi pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam , kerana dair hijrah mengajar umat Islam supaya bersabar menempuh dugaan di dalam perjuangan , menyusun strategi yang baik , sanggup berkorban harta dan jiwa , bertolong bantu , teguh kepada perjanjian dan mewujudkan ikhwah Islamiah .
Umat Islam merupakan umat yang ramai di dunia , marilah kita bersatu padu untuk menyahut semangat hijrah,dan menjadikan umat yang terpilih seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud:
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
Wassalam ;
Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omr
P/setiausaha Dewan ulamak Pas Pahang .

Tuesday, November 30, 2010

Kuliah 9 :TAWADUK (MERENDAHKAN DIRI)

(a) Firman Allah Taala dalam Surah Al Hijr ayat 88 yang bermaksud:

"Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati ) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka
( yang kafir itu) ,dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan);dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang -orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)."

Ayat ini menceritakan keadaan orang -orang Islam di Madinah (zaman mula kebangkitan Islam ) yang iri hati melihat barang -barang dagangan orang - orang kafir yang diimpot dari luar,dan menegur sifat orang -orang Islam yang berharap -harap akan harta kekayaan tersebut,kerana Allah telah menurunkan Al Quran sebagi panduan,yang di dalamnya banyak pertunjuk untuk mendapat kekayaan seperti orang -orang kafir itu.Dan juga memerintahkan Umat islam supaya bersifat rendah diri (tawaduk ) jangan sombong sesama Islam ,lebih -lebih lagi golongan yang miskin .

(b) Firman Allah Taala dalam Surah Al Isra' ayat 37 yang bermksud:
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong ,kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung -ganang ."

Berlagak sombong dan mengada -ngada sangat dikutuk oleh Allah SWT kerana ia bukan sahaja meruntuhkan amal kebajikan serta menghapuskan pahala,bahkan menjatuhkan maruah dan akhlak seseorang . Tidak ada seorangpun yang mengatakan berlagak sombong itu sangat mulia malah membenci serta mengutuk pelakunya.

Berlagak sombong sangat dibenci kerana ia perbuatan yang sia -sia dan tidak menghasilkan sesuatu maksud yang positif sebagaimana diperumpamakan oleh Allah sebagai tidak dapat menembusi bumi dan tidak dapat menyamai setinggi gunung ,pendekkata tidak ada manfaat yang diperolehi daripada berlagak sombong .
Orang yang berlagak sombong itu adalah untuk menunjulkan diri, dan dia mempunyai sifat -sifat kekurangan, dan ingin menyembunyikanya .orang yang berlagak sombong adalah orang yang tidak mempunyai identiti diri.Oleh sabab buruknya kesan daripada berlagak sombong , maka Allah SWT melarang keras umatNya mengamalkan sikap seumpama ini.

(c) Firman Allah Taala dalam Surah Al Furqan ayat 63 yang bermksud:

"Dan hamba -hamba (Allah) Ar Rahman (yang diredhaNya),ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang - orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata - kata kepada mereka ,mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Setiap orang Islam dianjurkan berakhlak mulia,serta ditugaskan penyambung misi perutusan Rasulullah SAW sebagai penyempurna akhlak sepeti sabadanya yang bermksud:
" Aku diutuskan sebagai penyempurna kemulian akhlak"

Bagi meraih kemuliaan di dunia dan lebih -lebih lagi di akhirat ,kita orang islam tidak dapat lari daripada menghiaskan diri daripada akhlak yang terpuji dan terbaik , sehubungan dengan itu , melalui ayat di atas ,Allah SWT memerintahkan semua orang Islam berakhlak dan bertingkahlaku baik di dalam semua situasi , sama ada di rumah , di tempat kerja,termasuklah di jalanan .

Orang yang berakhlak mulia dapat mensesuaikan dirinya di dalam masyarakat ,sama ada berdepan dengan orang cerdik pandai ,atau orang yang kurang ilmu pengetahuannya.

Gesaan supaya berakhlak mulia dengan sifat tawaduk (merendahkan diri ) sering diulang-ulangkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran seperti ayat di atas,ini adalah kerana amat penting sifat tersebut demi mewujudkan sebuah masyarakat yang hormoni .

Saturday, November 27, 2010

Kuliah 8 : TAQWA

Di dalam Al Quran terdapat banyak ayat -ayat yang menyebut tentang kedudukan orang bertaqwa dan mendapat balasan syurga di antaranya seperti berikut :

1.Firman Allah Taala Surah Ali Imran Ayat 15 yang bermksud:

"Katakan (Wahai Muhammad ): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? iaitu bagi orang -orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga ,yang mengalir di bawahnya sungai -sungai ,mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan - pasangan /isteri - isteri yang suci bersih ,serta( beroleh pula) keredhaan dari Allah..Dan (ingatlah ) Allah sentiasa melihat akan hamba- hambaNya .

2. Firman Allah Taala Surah Ali Imran Ayat 198 yang bermksud:

" Tetapi orang -orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh syurga -syurga ,yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ,mereka kekal di dalamnya.sebagai tempat sambutan tetamu ( yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah.Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang -orang yang berbakti ( yang taat, yang banyak berbuat kebajikan ).

3, Firman Allah Taala Surah Ali Imran Ayat 133 yang bermksud:
" Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat ) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang -orang bertaqwa."


4. Firman Allah Taala Surah Ar Ra'd Ayat 35 yang bermksud:
" Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang -orang yang bertaqwa itu ialah air sungai -sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makannya kekal tidak putus -putus dan naungannya sentiasa teduh.Itulah kesudahan usaha orang -orang yang bertaqwa ,sedang kesudahan usaha orang -orang yang kafir pula ialah neraka."

5. Firman Allah Taala Surah Al Hijr Ayat 45 yang bermksud:
:

"Sesungguhnya orang -orang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga ,dengan matair - matair terpancar padanya ."

6. Firman Allah Taala Surah An Nahl Ayat 31 yang bermksud:

"(Untuk mereka ) Syurga - syurga "Adn" yang mereka
akan memasukinya , yang mengalir padanya beberapa sungai,mereka beroleh di dalam Syurga - syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang -orang bertaqwa ."

7. Firman Allah Taala Surah Asy Syuaraa' Ayat 90 yang bermksud:
"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang -orang yang bertaqwa ."

8. Firman Allah Taala Surah Sad Ayat 49 yang bermksud:
"(Segala sifat -sifat yang mulia ) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka).Dan sesungguhnya bagi orang -orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik -baiknya ( pada hari akhirat kelak )."


9. Firman Allah Taala Surah Az Zumar Ayat 20 yang bermksud:

"Tetapi (sebaliknya ) orang -orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhkan laranganNya ) dibina untuk mereka ( di dalam syurga ) mahligai -mahligai yang tinggi bertingkat -tingkat ,yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah, Allah tidak sekali -kali akan mengubah janji -janjiNya."

10. Firman Allah Taala Surah Az Zumar ayat 73 yang bermksud:

"Dan orang -orang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk -pasuk ,sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu -pintunya sedia terbuka dan penjaga -penjaganya mengalu -alukan mereka dengan kata -kata " Salam sejahtera kepada kamu,berbahgialah kamu,, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk ).

11. Firman Allah Taala Surah Ad Dukhaan Ayat 51 -52 yang bermksud:

51.Sesungguhnya orang -orang yang bertaqwa ( akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa ."
"52 .Iaitu di dalam beberapa taman Syurga,dengan mataair -mataair yang terpancar padanya ."

12. Firman Allah Taala Surah Muhammad Ayat 15 yang bermksud:

"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang -orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut ): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya,serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang -orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih .Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah -buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka.(Adakah orang -orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang -orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? ( sudah tentu tidak sama ).

13. Firman Allah Taala Surah Qaaf Ayat 31 yang bermksud:

"Dan (Ingatlah pula hari ) didekatkan Syurga bagi orang -orang bertaqwa ,di tempat yang tidak jauh( dari mereka).

14. Firman Allah Taala Surah Adz Dzaariyaat Ayat 15 -16 yang bermksud:
." Sesungguhnya orang -orang yang bertaqwa adalah ditempatkan dalam beberapa taman Syurga dengan mataair -mataair terpancar padanya * (keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka .Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang - orang berbuat kebaikan ."

15 Firman Allah Taala Surah At Tuur Ayat 17 -20 yang bermksud:

17."Sesungguhnya orang -orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam taman - taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya ).
18."Mereka bersenang -senang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka diperlihara Tuhan dari azab neraka,"
19."(Dan katakan kepada mereka) " Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan."
20." Mereka duduk berteleku di atas pelamin - pelamin yang berderet, dan kami jadikan kawan teman mereka bidadari -bidadari yang putih melepak,lagi luas cantik matanya."

16.Firman Allah Taala surah Al Qamar ayat 54 - 55. yang bermksud:
"Sesungguhnya orang -orang yang bertaqwa , ditempatkan dalam taman - taman Syurga ( yang indah ) dan(dekat ) beberapa sungai " * Ditempat yang sungguh berbahgia, di sisi Tuhan yang Menguasai segala -segalanya , lagi Yang Berkuasa melakukan sekehenakNya .

17. Firman Allah taala surah Al Qalam ayat 34 yang bermksud:

"Sesungguhnya orang -orang bertaqwa , disediakan bagi mereka taman - taman syurga yang penuh nikmat di sisi Tuhan mereka ."

18. .Firman Allah taala surah An Nabaa' ayat 31 - 36 yang bermksud:
31.Sesungguhnya orang -orang bertaqwa ,disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingin.
32.(mereka akan beroleh ) taman -taman bunga dan kebun-kebun buah -buahan,terutama anggur.
33.Dan perawan -perawan yang sebaya umurnya.
34.Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman.
35.Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia -sia , dan tiada pula perkataan dusta.
36.Sebagai balasan dari Tuhanmu,iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan ).

Dari ayat - ayat di atas keseluruhannya menerangkan kepada kita tentang balasan orang bertaqwa , apakah erti taqwa : Taqwa ialah menjunjung perintah segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang .Saidina Ali bin Abu Talib mengatakan orang bertaqwa ialah mereka yang fikirannya benar ,pakaiannya serdahana,jalannya tawaduk, menggunakan telinga untuk mendengar ilmu yang bermanfaat,hatinya tenang dalam menghadapi bencana seperti ketika senang.


Kelebihan-kelebihan yang diterima oleh mereka yang bertaqwa :
(a) Allah memelihara dari musuh .Firman Allah Taala ayat 120 Surah Ali Imran yang bermksud:
"Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa (maka ) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun."

(b) Kemenangan dan pertolongan dari Allah ,firmanNya ayat 128 surah An Nahl yang bermksud:
" Sesungguhnya Allah berserta orang - orang yang bertaqwa dan orang -orang yang berbuat kebaikan.

(c) Mendapat keselamatan dari berbagai bencana dan mendapat rezeki yang halal . Firman Allah Taala Surah at Talaq ayat 2-3 yang bermksud:
" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka -sangka ."

(d)Allah memperbaiki amal dan mengampuni dosa.Firman Allah Taala surah Al Ahzab ayat 70 -71 yang bermksud:

"Wahai orang -orang beriman !,bertaqwalah kepada Allah, dan katakan perkataan yang tepat - benar ( dalam semua perkara ),nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu."

(e)Memberi cahaya .Firman Allah ayat 28 Surah Al Hadid yang bermksud:

" Wahai orang -orang tang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad),supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya ( pada hari akhirat kelak),serta diampunkannya dosa kamu, dan (ingatlah ) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."

(f) Allah mencintainya . Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran ayat 76 yang bermksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang -orang bertaqwa "

(g) Paling mulia di kalangan umat manusia . Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat ayat 13 yang bermksud:

" Sesungguhnya semulia -mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ) .

Renungkan dan perhatikan sifat -sifat dan keistimewaan orang taqwa, semoga kita dapat menjalani perjuangan hidup dengan sifat -sifat tersebut , dan tergolong di antara orang - orang disediakan Allah Syurga yang penuh nikmat .

Wednesday, November 24, 2010

PENGERTIAN 12 BULAN DALAM KELENDAR ISLAM

1.MUHARAM .
Muharam ertinya yang diharamkan atau yang dipantangkan .Dinamakan Muharam kerana pada bulan ini masyarakat Arab Jahilliah dilarang sama sekali berperang atau berbunuh –bunuhan sesama mereka .
Setelah Islam mula tersebar di Tanah Arab , larangan berperang pada bulan ini masih terus berjalan sehinggalah turunnya ayat Quran yang memansuhkan tradisi tersebut , iaitu apabila umat Islam diperangi dan mereka diperintahkan mempertahankan diri oleh Allah SWT .Firman Allah SWT yang bermaksud :” dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.” Al-Baqarah :191 .
Muharam dipilih sebagai bulan pertama dalam tahun baru hijrah kerana pada bulan ini Rasulullah SAW mula bertekad untuk berhijrah ke Madinah ,setelah menerima ancaman yang cukup keras daripada kaumnya di Mekah .
Ini dikuatkan dengan janji tokoh – tokoh Islam Madinah di Aqabah (selepas haji wada’(Perpisahan) yang menyatakan sumpah setianya kepada Rasulullah . sekiranya baginda berhijrah ke sana .
2.SAFAR.
Safar ertinya kosong (sifar) kerana pada bulan kedua ini orang – orang Arab terutamanya lelaki meninggalkan rumah mereka untuk berdagang , mengembara dan menjalankan kegiatan ekonomi yang lain di luar tempat mereka tinggal . Ini menyebabkan kesemua rumah – rumah meteka menjadi kosong terutamanya lelaki dan yang tinggal Cuma kanak – kanak serta kaum perempuan.
3.RABIULAWAL
Rabi’ ertinya menetap .Awal ertinya pertama .Rabiulawal ertinya menetap yang pertama .Dinamakan Rabi’ulawal kerana bulan ini lelaki yang keluar beramai - ramai mencari nafkah pada bulan safar tadi , mula pulang semula ke rumah masing- masing dengan membawa hasil dagangan dan pertanian .
4.RABIULAWALAKHIR .
Manakala Rabiulakhir adalah tempoh penghabisan bagi orang – orang Arab lelaki yang keluar rumah mencari nafkah kembali semula ke rumah masing – masing (menetap akhir).Keadaan perkampongan mereka mula riuh –renda dan anak isteri masing – masing bergembira dengan kepulangan ayah dan suami mereka.
5.JAMADILAWAL
Jamadil ertinya kering , jamadilawal ertinya kering pertama .Dinamakan demikian kerana pada masa dahulu ketika bulan Jamadil awal tanah Arab akan mula menghadapi masalah kekeringan air .Parit, perigi dan lembah –lembah menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku.
6. JAMADILAKHIR ,
Jamadiakhir ertinya kering kali yang terakhir atau penghabisan .Dinamakan demikian kerana masalah kekeringan tanah dan lembah yang dialami pada bulan lalu , akan mula berakhir pada bulan ini apabila air mula mengalir .
7.REJAB .
Rejab ertinya mulia atau agung .Bulan Rejab adalah bulan yang dianggap mulia .Orang –orang Arab menamakan bulan rejab kerana pada masa dahulu mereka bergitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai –bagai cara .Antaranya :
(i)Mereka menyembelih unta pada tanggal satu rejab sebagai binatang korban dan mereka menamakan korban ini dengan nama farak.
(ii)Menjelang 10 rejab, mereka akan menyembelih seekor unta lagi dan korban ini dimamakan utairah.
(iii)Sepanjang bulan Rejab mereka diharamkan berperang atau berbunuhan .
(iv)Pada tanggal 1 Rejab mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas –puasnya.
Walau bagaimanapun setelah kedatangan Islam sebahagian daripada amalan tersebut tidak dilakukan lagi .Misalnya 1 dan 10 Rejab dibatalkan dengan sabda nabi yang bermaksud :”Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam.” (Hadis riwayat Bukhri dan Muslim ) .
8.SYAABAN
Syaaban ertinya berserk – serak .Dinamakan bulan Syaaban kerana pada masa dahulu apabila tiba bulansyaaban , orang – orang Arab berserak ke sana sini mencari air di lembah – lembah sungai sebagai persediaan menghadapi musim panas .
Setelah kedatangan Islam , mereka turut mentakrifkan Syaaban dengan banyaknya amal kebajikan yang berserak –serak pada sepanjang bulan tersebut .Ini berdasarkan sabda Nabi yang bermaksud :”Tahukah kamu kenapa dinamakan bulan ini dengan nama Syaaban ? Para sahabat menjawab , Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui .Lantas Nabi bersabda,”Kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak – serak .”

9.RAMADAN
Ramadan bererti sangat panas atau membakar .Dinamakan bulan Ramadan kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan dalam kelendar qamariah ini , Jaziratul-Arab berada dalam keadaan sangat panas .
Ada juga yang mengatakan bulan ini dinamakan Ramadan kerana pada masa itu masyarakat Arab jahilliah akan menajamkan senjata mereka untuk persediaan berperang pada bulan Syawal .
Ada juga yang mengatakan bulan ini dinamakan Ramadan kerana pahala orang yang puasa pada bulan tersebut dapat menghapuskan atau membakar dosa – dosa yang telah lalu .Seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud ..”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan iman yang sungguh – sungguh dan mengikhlaskannya kerana Allah semata –mata , nescaya akan diampuni segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
Bulan Ramadan penuh dengan keistimewaan dan kelebihan .Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud ,”Penghulu segala bulan ialah Ramadan , apabila masuk bulan Ramadan dibukakan segala pintu – pintu syurga , dikunci segala pintu – pintu neraka , dirantai dan dibelenggu segala syaitan dan dibukakan pintu – pintu rahmat .Malaikat Jibril turun ke bumi merantai kaki –kaki syaitan dan mendesak mereka ke laut .”
Ini menunjukkan pada bulan tersebut , manusia tidak diganggu oleh syaian .Yang menggoda mereka ialah nafsu yang meronta – ronta dan sering mendorong manusia ke jalan kejahatan dan kemaksiatan .
Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan – bulan yang lain .
(i)Puasa Ramadan selama sebulan.
(ii)Solat tarawih
(iii)Malam kadar
(iv)Zakat fitrah
(v)Nuzul Quran ( turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ) .

10.SYAWAL .
Bulan syawal adalah bulan perayaan dan kemenangan kegembiraan menyambut syawal adalah manifestasi kekuatan iman yang telah memenangi pertarungan melawan hawa nafsu selama sebulan .
Syawal bererti mengangkat ekor .Dinamakan Syawal kerana menurut masyarakat jahilliah bulan ini merupakan musim unta – unta mengawan dengan mengangkat ekornya .Mereka juga menganggap bulan ini sebagai bulan pesta yang penuh dengan aneka ragam permainan .
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari , Rasulullah SAW dan isterinya Aisyah pernah menyaksikan majlis keramaian seni tari peperangan yang menunjukkan ketangkasan menunggang kuda dan memanah di halaman masjid .
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari di rumah Rasulullah SAW terdengar dua orang wanita sedang menyanyi .Abu Bakar yang turut berada di situ ketika itu melarang dan berkata ,”Seruling syaitan di sisi Nabi.’ Tetapi Rasulullah SAW membiarkan dan mengingatkan waktu itu adalah hari raya .
Anas bin Malik pernah menceritakan bahawa Nabi telah datang ke Madinah sedangkan mereka (penduduk Madinah ) ketika itu sudah mempunyai dua perayaan , maka Rasulullah SAW bersabda ,”Sesungguhnya Allah telah menggantikan unruk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidilfiri dan Aidiladha .” (Riwayat An Nasai dan Ibnu Hibban )
Walau bagaimanapun untuk membezakan Aidilfitri dan Aidiladha dengan perayaan – perayaan masyarakat jahilliah ,Nabi telah mengajurkan kepada Umat Islam Madinah supaya membesarkan hari raya tersebut dengan memperbanyakkan zikir , bertakbir , melakukan solat hari raya dan memperbanyakkan amal – amal kebajikan .

11.ZULKAEDAH
Zulkaedah ertinya yang empunya duduk .Dinamakan Zulkaedah kerana pada bulan ini orang – orang Arab semuanya duduk di rumah , tidak kemana –mana.
Mereka tidak musafir atau meninggalkan rumah seperti pada bulan – bulan yang lain .Sebaliknya mereka duduk – duduk dan beristirehat sahaja di rumah (cuti).

12.ZULHIJAH.
Zulhijah ertinya empunya haji .Dinamakan Zulhijah kerana pada bulan ini umat manusia sejak zaman Nabi Adam a.s melakukan ibadat haji ketika Nabi Adam mengerjakan ibadat haji .Jibri a.s berkata kepadanya “7000 tahun sebalum anda melakukan ibadah haji ini .Malaikat sudah tawaf mengelilingi kaabah . (Petikan dari AL Islam Bil 269 Zulhijah/Muharam 1417 / Mei 1996 ) .