Pengajian Hadis Siri 9.
Sambungan Hadis keemapt
Kupasan hadis :
8.Hadis ini tidak bertentangan dengan Al-Quran Al
Karim yang mana menyuruh orang –orang
mukmin menikmati keindahan dunia dengan cara yang baik diridai Allah , kerana
keinginan itu memang tabiat semula jadi yang dibekalkan bagi manusia Firman
Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14 :
Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini
nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak
bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi
terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu
ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dan
firman Allah swt dalam surah albaqarah ayat
172 :
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda
Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah
kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
9.Al-Quran Alkarim dengan terang menjelaskan supaya
keindahan serta rezeki yang baik.hidup di dunia
ini jangan disekat atau diharamkan, maka hendaklah dinikmati dengan
wajarnya tidak melupai hari akhirat firman Allah SWT dalam surah al araf ayat 32 :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani)
mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya,
dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang
dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat)
untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan
dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman
sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui.
Ringkasnya segala keindahan dunia dan rezeki yang baik
–baik boleh dinikmati oleh semua manusia
yang beriman dan tidak beriman semasa hidup di dunia ini .Tetapi di
akhirat nanti tertentu semata –mata untuk
orang – orang yang beriman sahaja .
Pengajaran Hadis :
1.Orang –orang
mukmin hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan konsep iman bagi
mencapai keridaan Allah .
2.Orang – orang mukmin diingatkan jangan terpedaya dengan
kelazatan nikmat dunia sehingga lupa kepada nikmat akhirat dan beramal sesuai
dengan sifat seorang mukmin.
3. Orang
– orang mukmin tidak dilarang menikmati kehidupan dunia dan rezeki yang baik
selama sesuai mengikut pengajaran al-quran dan hadis Rasul yang sah .
4.Nikmat keseronokkan hidup di dunia dibandingkan dengan
nikmat hidup di akhirat amat sedikit . Orang – orang mukmin sahajalah yang akan dapat menikmati akhirat .Mereka hendaklah sentiasa
sedar tidak mengabaikan kehidupan dunia
bijak dan wajar mengseimbangkan kehidupan dunia bagi menuju kehidupan di
akhirat .
5. Orang
– orang mukmin hendaklah hidup cergas dan aktif dalam mencapai habuan hidup
dunia ini .
No comments:
Post a Comment