Pengajian
Hadis siri 15.
Sambungan
hadis kelapan .
Kupasan
Hadis .
7.Tulang
rusuk sebelah atas itulah yang paling bengkuk bermaksud seolah –olah wanita itu
dijadikan daripada bahagian yang paling bengkuk yang menunjukkan mereka amat
mudah sekali terperdaya dan tercebur ke dalam kejahatan dan mudah menjadi liar tidak mahu mematuhi
suami.Manakla timbul keadaan tersebut daripada isteri- isteri maka suami – suami
mestilah berawas dan berteliti menghadapi suasana , jangan sampai tidak
terkawal dan diselubungi oleh perasaan yang tidak wajar lebih –lebih lagi
dikuasai oleh kemahuan kuku besi yang mana mengakibatkan keadaan mejadi lebih
buruk yang akhirnya meruntuhkan syurga rumahtangga dan melibatkan anak –anak
yang tidak berdosa akibat kurang bijak suami menghadapi keadaan.
8.Islam
memberi lelaki hak memimpin rumahtangga kerana kesanggupan dan kebijaksanaan
akal yang dikurnia Allah kepada maka mereka mestilah bertanggungjawab
menunaikan tugas dengan wajar dan sempurna, wajiblah menanamkan perasaan gemar
kepada kebajikan terhadap anggota keluarganya.Jangan dibiarkan isteri tanpa
petunjuk yang baik, lebih –lebih lagi keadaan jangan terbalik, teraju
rumahtangga deiserahkan kepada isteri yang mana akhirnya akibat buruk akan
menimpa dirinya sendiri .Dalam memberi pimpinan kepada isteri hendaklah
menggunakan cara yang lembut tidak kasar bahkan serdahana tidak terlalu lembut
sehingga tidak berkuasa dan terlalu kasar sehingga menyebabkan pecah dan rusak,
dengan keadaan lemah lenbut dan serdahana itulah akan mengeluarkan rasa kasih
saying , cinta mencintai bersama – sama membina sebuah rumahtangga yang bahagia .
Pengajaran Hadis.
1.Iman adalah
bertambah dan berkurang dengan amalan yang dilaksanakan di antara yang
menunjukkan kesempurnaan iman kepada Allah dam Hari Akhirat ialah tidak
menyakiti jiran.
2.Jiran ialah
mereka yang berhampiran dengan rumah iaitu 40 buah rumah sama ada mereka itu
beragama Islam dan yang bukan beragama Islam , masing – masing adalah perlu
dijaga hak –hak jiran terhadapnya.
3.Hak jiran yang paling
kurang ialah jiran yang buka Islam iaitu hak berbaik bergaul secara patut .hak
jiran yang paling tinggi ialah berjiran dengan kaum kerabat yang Islam iaitu hak
jiran , hak Islam dan hak kerabat.
4.Menyakiti
jirab hendaklah dijauhi sama ada yang dapat dirasai pada benda kasar atau moral
nama dan kerhormatan jiran,
5.Wnita adalah mudah
terpedaya dan tercebur kedalam kerosakkam kerana sifat kejadiannya bersedia menerima
kerosakkan ,lemah, bengkuk seperti tulang rusuk.
6.Suami – suami
bertanggungjawab memimpin isteri, memberi petunjuk yang baik dengan secara
lemahlembut dan serdahana seupaya tidak merosakkan keadaan seuasana tabiat
semula jadi bagi perempuan /Jauhkan samasekali membawa mereka ke jalan
kerosakkan kerana untuk kejahatan dan kerosakkan memang telah sedia ada tak
paya diajar dan ditunjukkan .
7.Dengan
pergaulan yang baik lagi lemah lembut akan menimbulkan kasih sayang cinta
mencintai, dapat menciptakan kebahgiaan rumahtangga yang aman dan tenteram
No comments:
Post a Comment