SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, December 26, 2013

PENGAJIAN HADIS SIRI 26



Pengajian Hadis  siri 26
HADIS KEEMPAT  BELAS
MEMBERI SALAM
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم : وَالَّذِيْ  نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَتَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّي تُؤْمِنُوْا وَِلاَ تُؤْمِنُوْنَ حَتَّي تَحَابُّوْا أَلاَ أ       َدُلُّكُمْ عَلَي شَيْئٍ إِنْ  فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوْا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ . (رواه مسلم وأبو داود والترميذي ) .
Daripada Abi Hurairah r.a , bersabda Rasulullah saw  : Demi  Diriku ditanganNya,kamu tidak akan masuk syurga hinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman hinggalah  kamu berkasih sayang ,sesungguhnya ingatlah,aku tunjukkan kepada kamu satu perkara  jika kamu perbuat nescaya  kamu berkasih sayang ,iaitu hendaklah kamu sebarkan(memberi) salam di antara sesama kamu .
(Riwayat oleh Muslim,Abu Daud dan At termizi ) .

Kupasan Hadis .
1.Nabi memulakan sabdaNya dengan lafaz sumpah, ini adalah bererti bagi menguatkan bahawa apa yang akan dibicarakannya  itu adalah perkara yang patut diambil perhatian berat dan lagi merupakan bahawa kekuasaan Allah tempat penumpuan sumpah itu tidak boleh digugat dan disentuh, apa yang disebut selepas lafaz itu adalah benar dan pasti berlaku apabila diisi dan dituruti dengan penuh kesedaran dan jujur .
2.Syurga adalah merupakan tempat pembalasan nikmat yang kekal abadi yang telah disediakan Allah bagi orang – orang mukmin di akhirat setelah selesai hisab dan perhitungan,rupa bentuk contoh syurga tidak diketahui hakikatnya oleh manusia Cuma di dalam beberapa ayat Al-Quran ada mengambarkan sebagai tempat kerihatan dan nikmat seperti sebuah taman bunga , kebuan yang mengalir di dalamnya beberapa sungai, kebun yang penuh dengan segala macam-macam buah-buahan yang lazat, penghuni –penghuninya penuh dengan cantik jelita, sebuah hadis ada menerangkan yang bermaksuda “Bahawa nikmat syurga itu melebihi apa yang terlintas dihati , dilihat mata dan didengar oleh telinga .
3.Iman ialah membenarkan di hati keasaan dan kebesaran Allah serta pesuruhNya,Muhammad SAW  hingga mengerakkan ikrar lidah dan patuh anggota melakukan amal soleh menurut panduan wahyu dan sunnah Rasulullah .Orang – orang mukmin yang sebenarnya, tidak akan merasai seksa Allah, iman adalah seperti pusat kuasa yang menggerakan seluruh anggota menuju jalan yang lurus  sesuai denga Al-Quran dan hadis sahih, orang – orang mukmin sahajalah yang sanggup melakukan amal soleh untuk dunia dan akhirat .
Dengan itu maka hadis ini menegaskan bahawa tiket untuk masuk syurga ialah iman , orang –orang yang tak beriman maka mereka tidak sekali –kali memasuki syurga seperti mana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 72  
bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka;
Menyekutukan Allah dalam ayat ini bukanlah menyembah berhala patung –patung yang terang –terang itu sahaja malah lebih dari itu yang mana segala sifat syirik sama ada  syirik yang jelas dan syirik khafi , syirik jelas yang terang –terang Nampak sedang syirik khafi tersembunyi banyak di antara kita terlupa dan tidak mengambil perhatian berat dilakukan dengan tidak disedari dan tanpa perhitungan seperti menyembelih qurba  binatang kerana jin dan syaitan hantu jembalang yang dianggap  ia lebih berkuasa daripada Allah , membayar nazar meminta syafaat pertolongan di kubur –kubur keramat, kubur –kubur wali,dan  meminta sesuatu daripada tok guru atau dianggap wali atau keramat hingga  keterlaluan melebihi sampai kepada peringkat mencabar keagungan Allah,begitulah seterusanya takut kepada yang lain daripada Allah melampau –lampau seolah –olah  untuk nasib baik buruk ditangannya, ini semua adalah sebagai contoh kepercayaan, keyakinan yang membawa kepada syirik yang menghalang dengan tidak disedari bagi memasuki syurga tempat nikmat yang kekal abadi , firman Allah dalam surah Taha ayat 75  dan 76:
telah mengerjakan amal-amal Yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal Yang tinggi darjatnya:
76. "(Iaitu) Syurga-syurga Yang kekal, Yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan Yang demikian itu ialah balasan orang-orang Yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".
4.Berkasih sayang , orang – orang mukmin adalah bersaudara, kasih sayang itu menjadi asas persaudaraan, denganitu belum dianggap beriman selama belum berkasih sayang sesama mereka tetap seperti firman Allah dalam surah alhujurat ayat 10 :
sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara,
Ini memang jelas tak dapat diragu-ragukan menakala betul-betul telah terpaku dihati seserang dan imannya telah mengambil tempat yang wajar maka dengan sendirinya akan mencintai orang –orang yang serupa beriman dengannya.Orang – orang mukmin yang beramal, berakhlak mengikut syariat panduan kitab dan sunnah ia tetap mencintai dan akan mencari orang – orang yang sama dengannya,hal ini dapat dilihat dengan nyata bagaimana keadaan satu – satu kumpulan sama ada yang berupa kumpulan sosaial, sukan , politik dan perniagaan, mereka yang sama dengannya akan lebih mudah bermasra sesamanya, begitulah yang dikehendaki dalam hadis ini orang – orang mukmin yang akan mendapat balasan syurga hendaklah berkasih sayang sesama mereka , firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 71 :
š 
dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment