SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, June 9, 2012

WALA'

Al- Wala’
Di dalam sesebuah organisasi untuk mendapat kejayaan maka al-wala’ amat penting , ia akan dapat memerlihara ketaatan dan perjalanan organisasi secara istiqamah .
Firman Allah swt:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ وَالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا الَّذِيْنَ يُقَيْمُوْنَ الصَلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُوْنَ .
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
(Al-Maaidah :55 )
Wala’ dan hubungannya dengan PAS
Bahagian wala’
1.Wala terhadap akidah perjuangan,
Sesungguhnya wala’ bagi ahli –ahli PAS ialah Allah dan RasulNya.Wala’ ini dituntut taat secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan beriman kepada rasul yang wajib bersifat dengan segala sifat – sifat kerasulannya terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan Rasul secara mutlak kepada Al-Quran dan Al-Hadis yang rukun dan hukum tertinggi dalam perlamabagaan PAS.
2.Wala’ kepada jamaah .
Menurut rukun dan hukum berjamaah haram ahli yang telah memberi bai’ah kepada jemaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain sama ada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam , ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah stratigi dan jenteranya .Adapun wala’ kepada jemaah itu bergantung kepada jamaah terhadap akidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli PAS mempertahankannya daripadan menyeleweng .
3.Wala’ kepada pimpinan .
Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tunggak yang penting kepada jentera dan perjalanan parti PAS .Oleh hal yang demikian wala’ kepada pimpinan dalam pengertian kasih dan taat mestikah diberi dengan penuh tanggungjawab .Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan .Ia juga bergantung kepada prinsip perjuangan parti PAS.
Segala arahan dari pimpinan di dalam menjayakan perjuangan parti maka hendaklah diikuti, jangan sekali – kali di ingkari , lebih- lebih lagi di dalam sesuatu program dan pilihanraya yang mana PAS turut serta di dalam pertandingan ataupun rakannya di dalam Pakatan Rakyat
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

AHLI PAS MESTI WALA' KEPADA PEMIMPIN.

MURSYIDUL AM WALA PEMIMPIN PAS TERTINGGI YANG PERLU DIBERI WALA'

WALA' YANG KUAT DIKALANGAN AHLI - AHLI PAS, PAS DAPAT BERTAHAN SEHINGGA 60 TAHUN


MENGIKUT ARAHAN ADALAH WALA'

MENDEGAR PENERANGAN DAN MENGHADIRI PROGRAM ADALAH WALA'

MENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN MENOLAH BN ADALAH WALA'

PJ PAHANG ADALAH WALA' KEPADA PEMIMPIN YANG TERTINGGI BAGI PAS PAHANG.



MENGHADIRIPROGRAM DAN MESYUARAT AGONG ADALAH WALA'











No comments:

Post a Comment