SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 12, 2012

NAJIB,MUHYIDDIN KECUT PERUT DENGAN HIMPUNAN HIJAU


Dato’ Seri Najib Razak kepada rakyat diatas kesalahan BN tidak membela rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin membut pengakuanbahawa PRU13 sebagai penentu hidup atau mati BN
PERMOHONAN maaf Perdana Menteri,Dato’ Seri Najib Razak dan pengakuan Timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRU13 sebagai penentu hidup atau mati BN menunjukkan kebimbangan mereka untuk kekal berkuasa berada pada tahap kritikal.
Tiga bulan lalu,Najib dalam satu majlis pimpinan bersama rakyat didahulukan menyeru warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja senjata yang dimiliki untuk merampas semula Selangor.
Sebelum seruan iitu,beliau memohon maaf daripada rakyat tentang kesilapan BN yang tidak membela rakyat ketika berkuasa.Tindakan itu tidak pernah dilakukan oleh mana – mana Perdana Menteri sebalum ini.
Begitu juga kenyataan Muhyiddin yang mengakui PRU13 sebagai penentu hidup atau mati BN.
Inilah kegusaran yang begitu ketara yang menyelubungi fikiran pimpinan UMNO-BN ditambah ramalan Tun Daim Zainuddin hanya tiga negeri sahaja dikuasai BN dalam PRU nanti.
Dalam tempoh menanti tarikh keramat PRU yang masih menjadi rahsia Najib,pimpinan Umno-Bn terus dilanda keresahan.Kenyataan untuk terus berkuasa selepas PRU nanti semakin meleset selepas menyaksikan himpunan Bersiah 3.0 dan himpunan Hijau di Stadium Darul Aman ,Kedah.
Keyakinan ahli PAS terhadap kewibawaan PAS untuk menggantikan UMNO mentadbir Negara selepas PRU nanti diterjemahkan dalam himpunan Hijau .Kehadiran ahli PAS lebih 100,000 orang amat memukau sekali gus memberi tamparan hebat kepada UMNO-BN.
Sehingga terkeluar kenyataan Muhyiddin mendakwa ahli PAS yang hadir ke Himpunan Hijau dibayar.Dakwaan itu turut disokong oleh mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengandaikan jumlah besar peserta Himpunan Hijau itu tidak akan diterjemahkan di kertas undi.
PAS terus menjadi parti utama Melayu yang memberi saingan sengit kepada UMNO.Kemasukan bekas pemain bola sepak Negara,golongan artis, bekas pegawai kerajaan termasuk bekas pengarah jabatan Siasatan Jenayah,Dato’ Fauzi Shaari menjadi ahli Pas turut menggugat Umno-BN.

Datuk Fauzi Saari dan Wan Aisyah diperhimpunan hijua.

Datuk Fauzi bekas pengarah jsj pdrm menyertai PAS.

wan Aisyah penyanyi terkenal menyertai PAS.
Sehingga Muhyiddin mengeluarkan kenyataan pesara kerajaan jika menyertai pembangkang tetap terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Amanat Presiden PAS,Dato;Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam himpunan Hijau, PAS sudah bersedia untuk menggantikan UMNO mendapat respons yang cukup negative daripada pimpinan Umno.


Dato;Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amanat dalam perhimpunan hijau.
Timbul persepi negative daripada UMNO yang mengandaikan PAS tidak mampu menggantikan UMNO,Pimpinan Umno mendakwa PAS masih jauh di belakang DAP dan KeADILAN .







semua pemimpin - pemimpin Umno-BN memberi tanggapan nagetive terhadap PAS ganti Umno.

HIMPUNAN HIJAU DI STADIUM DARU AMAN ALOR STAR KEDAH MELEBIHI 100,000 ORANG
PAS juga sentiasa didakwa tidak diberi keadilan terutama di Pulau Pinang yang dikuasi DAP manakala di Selangor oleh KeADILAN
Umno terus memukul canag PAS menjadi tunggangan DAP dan pak turut kepada KeADILAN,Lantas ,PAS tidak layak menggantikan Umno.
Dakyah ini akan terus dicanag sehingga pilihanraya umum .Ahli –ahli PAS akan dilaporkan keluar parti dan menyertai Umno.Inilah strategi jahat yang akan terus dimainkan oleh Umno dengan hasrat memesongkan fikiran dan sokongan Melayu terhadap PAS.
Ekoran itu, PAS selanor menegaskan dakwaan pmpinan UMNO yang memperkecilkan hasrat Pas untuk menggantikan Umno adalah usaha untuk melumpuhkan bukan sahaja jentera PAS tetapi pakatan Rakyat.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS,Iskandar A.Samad pimpinan Umno tahu jentera dan organisasi PAS merupakan teras bagi gerak kerja Pajatan Rakyat .

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS,Iskandar A.Samad
Katanya,sebab itu , pimpinan Umno mengeluarkan kenyataan yang memperkecilkan impian PAS hanya semata –mat mahu melemahkan semangat jentera PAS.
Beliau berkata,Umno mendakwa pimpinan dan ahli – ahli Pas terutama di Selanor dan Pulau Pinang yang dipinggirkan dalam kerajaan DAP dan KeADILAN.
Tegas beliau,Umno berharap akibat dakwaan mereka jentera PAS akan lumpuh kerana mereka tahu ahli –ahli PAS selalunya akan turun membantu kempen pilihan raya calon –calon Pakatan tidak kira dari parti mana.
“Mereka tahu jika jentera PAS lumpuh maka jentera Pakatan tidak akan dapat memberi saingan kepada BN,”tegasnya.
Iskandar yang juga exco kerajaan Selangor berkata,Umno mahu pimpinan dan ahli –ahli PAS sentiasa rasa tidak selesa berada dalam gabungan Pakatan rakyat .
“Umno sentiasa memainkan serangan bahawa Pas tidak diberi layanan adil oleh kerajaan Pakatan terutama di Selangor dan Pulau Pinang.inilah senjata Umno –BN untuk melemahkan Pakatan Rakyat,” katanya .
Bagaimana pun beliau yakin dan berharap ahli –ahli PAS tidak akan lemah semangat dengan dakwaan pimpinan Umno sebaliknya terus bekerja dan membuktikan bahawa PAS memang berupaya menggantikan Umno –BN .
“Kita berada didalam zama di mana kita dinilai melalui tindakan dan pencapaian dan bukan retorika –retorika kosong semata –mata ,” tegasnya.
Menurutnya beliau ,pimpinan dan ahli –ahli Pas semua peringkat perlu meletkakkan diri di hadapan dan tidak merendah diri tanpa sebab memberi persepsi kepada rakyat bahawa mereka dipinggirkan .
Umno kata beliau sebenarnya berasa gerun dengan semangat daripada himpunan hijau ahli dan pimpinan PAS yang tidak mendapat sebarang bayaran untuk menghadirikan diri.
Katanya, walaupun Umno lahir lebih awal daripada PAS tetapi hakikatnya PAS lebih berwibawa dan bersedia untuk menggantikan Umno selepas PRU13 nanti.(SAIDAH HAIRAN Harakah 21-24 Rejab 1433/ 11 -14 Jun 2012 ) .

No comments:

Post a Comment