SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, June 29, 2012

Tazkirah 4 .Pagi Jumaat 29.6.2012.



Balasan mereka yang menderhaka kepada dua ibubapa.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang bermaksud :
dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada kita supaya menyembah Allah dan berbuat baik kepada dua ibubapa,dan jangan menderhaka kepada keduanya dengan berkata kepada keduanya dengan sebarang perkataan kasar dan menengking menyergah kepada keduanya, dan hendaklah berkta kepada keduanya dengan perkataan yang mulia (bersopan santu).
Sabda Rasulullah saw ,”Tiada beza di antara orang yang menderhaka kepada dua ibu dengan iblias keduanya masuk neraka bersama –sama ,dan tiada beza orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan para anbiya , satu tempat dalam syurga “.
Sabda Rasulullah saw ,”Pada malam mikraj beliau melihat beberapa orang dalam keadaan tergantung pada pelepah tamar dalam neraka , baginda bertanya kepada Jibril “ kenapa mereka disaksa demikian ? “ Jabril menjawab ,”Itulah balasan mereka yang menyumpah dua ibubapa mereka ,”
Rasulullah berwasiat kepada umat islam supaya mengerjakan sembahyang dan berbuat baik kepada dua ibubapa,demi Allah orange yang berbuat baik kepada dua ibubapanya Allah akan menambah akan umurnya selama tiga tahun, maka dengan sebab ia berbuat baik kepada dua ibu bapa maka umur yang tiga tahun itu ditambah lagi sebanyak 30 tahun , jika ia menyumpah dua ibubapanya maka umur yang tiga tahun itu menjadi tiga hari .
Sabda Rasulullah saw ,”Barang siapa menderhaka kepada dua ibubapa maka ia menderhaka kepada Allah dan RasulNya,”
Orang yang menerima saksa yang paling hebat dalam neraka jahannam ialah 3 jenis :
(a)Orang yang derhaka kepada dua ibubapa
(b)Orang yang berzina
(c)Orang yang syirik kepada Allah SWT .
Seorang soleh menceritakan “ Satu malam ia melintasi tanah perkuburan lalu ia melihat sebuah kubur berasap yang sangat tebal,maka orang soleh berhenti melihat kepada asap itu,tiba –tiba kubur itu terbelah dua dankeluar daripadanya satu mayat yang hitam legam mukanya,di tangannya sebatang tongkat daripada besi , dihadapnya seekor keledai yang memukul-mukul akan kepalanya,keledai menjerit dengan kuatnya, kemudian keledai itu menarik mayat itu ke dalam kubur dengan rantai besi daripada api neraka,maka masuklah keduanya kedalam kubur itu, dan kubur itu tertutup semula, lalu orang soleh pun meninggal kawasan kubur itu,kemudian dia bertemu dengan seorang perempuan,dan bertanya ia kepada orang perempuan itu, perempuan itu mengatakan itulah balasan orang yang berzina,minum arak dan derhaka kepada dua ibubapa dengan dijadikan seekor keledai, dan disiksa oleh Allah di dalam kuburnya tiap-tiap malam, maka aku berlindung dari Allah dari mendapat siksa ahli neraka dan memohon limpah rahmat dari Allah yang bersifat Rahman dan Rahim .

No comments:

Post a Comment