SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, June 22, 2012

MENGENANGI GENAP 10 TAHUN PEMERGIAN AL-MARHUM DATO’ USTAZ FADZIL MOHD NOOR. (BEKAS PRISDEN PAS ) OLEH : USTAZ ZAKARIA OMAR.

BERSAMA ISTERI TERSAYANG DATIN KHATIJAH IBRAHIM (SEPUPU ).
DI PAKISTAN
KOV MUASSASAH .

ORANG RAMAI MENZIARAHI JENAZAHNYA .










Ketua Penerangan Urusan ulama PAS Kawasan Temerloh.
23Jun 2002 yang lalu adalah tarikh yang mengejutkan semua pihak ,terutamanya ahli keluarga dan jamaah, serta umat Islam amnya.Bukan sahaja kejutan bagi umat Islam tanah air, bahkan pemimpin dan gerakan Islam di seluruh dunia melahirkan rasa sedih dan hiba di atas kehilangan seorang tokoh dakwah dan ahli politik yang disegani di abad ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Pemimpin yang dikasihi dan dihormati,Al Mahrum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor,satu nama yang cukup harum di persada politik tanah air sejak beliau menerajui kepimpinan gerakan Islam tersohor,Parti Islam se Malaysia (PAS).Kini Al-Mahrum adalah merupakan sebuah legenda.
Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor telah dilahirkan pada 13Mac 1937 di pecan kecil Pumpung ,Alor Setar,Kedah.Berketurunan Ulama Kedah Petani di sebelah ibu,Sl-Marhumah Hajah Hindun bt Haji Andul Rahman,manakala dari sebelah bapanya,Al-Marhum Haji Mohd Noor bin Abd Hamid pula berasal dari keluarga tani yang serba serdaha.Insan lain yang banyak berjasa di dalam hidupnya ialah ibu mertuanya sendiri , Al-marhumah Haja Hawa bte Haji Abdul Rahman .Berkat dari keserdahanaan hidup dan dengan menempuh pelbagai ranjau kehidupan,Al-Marhum membesar sebagai seorang insan bermaruah .
Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mengahrungi pahit getir, suka duka, dan susah senang kehidupan sebelum beliau meniti satu tangga kejayaan.Bermula dari alam persekolahan dan alam remaja (1950 – 1960 an),beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kebangsaan Derga,Alor Setar,Kedah.Seterusnya,beliau menyambung pengajian di sekolah aliran agama Maktab Mahmud juga di Alor Setar.Seterusnya beliau Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (syariah ) dari Universiti al-Azhar Cairo Mesir .Beliau kemudiannya kembali berkhidmat di Maktab Mahmud sebelum ditawarkan jawatan pensyarah pengajian Islam di UTM ,Kuala Lumpur pada tahun 1972.Pada tahun 1975 beliau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Mesir, tetapi terpaksa menangguhkan kerana memangku Jawatan Presiden ABIM, kerana Presiden ABIM Dato’ Sri Anuar Ibrahim ditahan di Kem Kemunting (ISA).
Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud.Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya pada tahun tersebut.Sering mengikuti kempen pilihanraya yang ceramahnya disampaikan oleh Dr.Burhanuddin Al-Helny dan Prof.Zulkifli Muhammad.
Al-Marhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Ketil dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah,Jawatan yang tertinggi yang disandang beliau ialah NYDP (1979 -1983),Timbalan YDP 1983 -1989 ),Presiden PAS (1989 -2002).
Di dalam pilihan raya memenangi kerusi di peringkat Dun dan juga Parlimen.Di Parlimen pernah menjadi ketua pembangkang, merupakan ahli Parlimen yang lantang bercakap dan disegani oleh pihak lawan dan kawan.
Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para anbiya dan Syhada, genap 10 tahun pemergian beliau yang meninggalkan perjuangan PAS yang belum mencapai matlamatnya untuk menegakkan hukum Islam di Bumi Malaysia ini.Bersempena mengingati pemergian beliau marilah kita semua ahli – ahli PAS menyambung perjuangan beliau dengan penuh semangat demi untuk mencapai kemenangan dalam PRU 13 ini cemerlang. WASSALAM .

No comments:

Post a Comment