SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, May 31, 2012

LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI

SUMBANGAN RAKYAT JELATA SEBAGAI WAKAF AMAT DI ALU -ALUKAN,SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN :
BALDAH TOYYIBAH (PRASARANA )KELANTAN SDN. BHD .NO.AKAUN : 03036010003031- BANK ISLAM.

Menutup Pintu Maksiat .

Menutup Pintu Maksiat .
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi pintunya belum ditutup iaitu ketika nyawa sampai kehalqum dan Qiamat telah berlaku .Sabda Rasulullah SAW “ Setiap sering orang melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering melakukan kesalaha ialah yang sering bertaubat kepadaNya .”
Cara bertaubat kepada Allah SWT :
1. Seorang yang bertaubat itu hendaklah Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah . Nescaya Allah akan menerima taubatNya,Apabila seorang bersih dan ikhlas dalam ibadatnya maka hatinya sentisa ingat kepada Allah maka terjauhlah ia maksiat .
2. Seerorang yang bertaubat itu hendaklah bersungguh –sungguh .kerana dengan bersungguh –sungguh itu maka ia dapat menundukkan nafsu sahwatnya.
3. Seorang bertaubat itu hendaklah sentiasa ingat akan akhirat,maka lupa ia akan dunia yang mempunyai tipu daya itu .Kerana nikmat yang akan iterima di akirat nanti adalah berganda –ganda lebihnya dari nikmat dunia yang rasai hari ini .
4. Seorang bertaubat hendaklah penuhi masa lapangnya perkara –perkara yang manfaat dengan ini akan menjauhkan dari melakukan maksiat .
5. Seroang bertaubat hendaklah menutup pintu –pintu yang boleh ia melakukan maksiat semula.
6. Seorang yang bertaubat hendak menutup pandangan yang boleh membawa kepada maksiat , Kerana dari mata akan membawa kehati .
7. Seorang bertubat hendaklah bercampur gaul dengan ulamak dan orang soleh .Kerana teman yang baik akan menegur apabila didapati temannya melakukan maksiat.
8. Seorang yang bertaubat hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah, semoga Allah menerima taubatnya , kerana Allah yang maha meneriam Taubat .

Wednesday, May 30, 2012

HIDUP SIHAT TANPA MAKSIAT

FIRMAN ALLAH SWT AYAT 135 SURAH ALI IMRAN :
وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشِةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Sihat tanpa maksiat :
Ayat ini menerangkan kepada kita sifat seseorang sentiasa bersih dari dosa dengan cara bertaubat kepada Allah , maka hidup sentiasa bahagia , tanpa gangguan dihatinya , kerana ia hidup sihat tanpa maksiat . Oleh itu hendaklah kita sentiasa menjauhkan maksiat , kerana setiap kali kita melakukan maksiat maka diri kita telah berdosa , apa bila berdosa maka akan tumbuh bintik –bintik hitam pada hati kita , menyebabkan hati kita sakit,apabila hati sakit maka seluruh badan akan mengalami berbagai penyakit fazikal, oleh itu hendaklah kita menjauhi maksiat , dengan itu hidup kita sihat hati dan fazikal sekali , Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Di dalam badan manusia itu ada seketul daging , apabila baik daging itu maka baiklah (sihatlah) seluruh badan ,apabila sakit daging itu maka sakitlah seluruh badan , ketahuilah daging itu ialah “HATI”.

Tuesday, May 29, 2012

PERKARA -PERKARA YANG PERLU DIMASA MERANCANG

PERKARA – PERKARA YANG PERLU DIPATUHI DI MASA
MERANCANG DAN MENJALANKAN AKTIVITI – AKTIVITI.
1.SEMUA PROGRAM DAN AKTIVITI – AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN MESTILAH BERDASARKAN KEPUTUSAN ATAU ARAHAN JAMAAH
2.PROGRAM – PROGRAM DAN AKTIVITI – AKTIVITI JUGA MESTILAH SERASI,SESUAI DAN SELARAS DENGAN DASAR JAMAAH.
3.SEBARANG AKTIVITI HENDAKLAH MENCAPAI MATLAMAT PERJUANGAN JAMAAH.
4.AKTIVITI JAMAAH HENDAKLAH BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN AHLI JAMAAH .
5.PELAKSANAAN AKTIVITI HENDAKLAH ADA KEYAKINAN IANYA BOLEH BERJAYA.
6.AKTIVITI JAMAAH HENDAKLAH BERTERUSAN DAN BERKEKALAN SUPAYA MATLAMAT DAPAT DICAPAI DAN BERKEKALAN.
7.AKTIVITI INDUK HENDAKLAH DITURUNKAN KEPADA SEMUA PERINGKAT JAMAAH.
8.PERANCANGAN AKTIVITI HENDAKLAH MELIBATKAN MASYARAKAT TERUTAMA DALAM BIDANG TARBIYAH DAN MEMPEKEMBANGKAN ISLAM.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Saturday, May 26, 2012

MENGAPA SAYA DAN ANDA PILIH PAS?

KENAPA PAS DITUBUHKAN?
Parti lslam semalaysia atau pAS ditubuhkan secara rasmi pada 21
Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951 . penubuhan
PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah
perjuangan lslam itu sendiriyang terpaksa melalui pelbagai liku-liku
dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia
atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir
kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam
perebutan jawatan politikdalam parti.pAS lahirdiatas sahutan untuk
menyempurnakan arahan Allah swr tentang perluanya sebuah
jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan lslam di atas
muka bumisesuia dengan firmanNya yang bermaksud;
"Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan rslam) dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada
segala yang salah (buruk dan keji),,(Ali-lmran,3:104)

SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?

PAS bukanlah merupakan parti rslam yang pertama ditubuhkan.
Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat
bahawa PAS merupakan parti rslam yang paling tua dan berpengaruh
di negara ini. sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai
peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan
dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama
yang ketiga diadakan pada24 November 195r. persidangan yang
diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, privince
Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang prai) merupakan lanjutan
kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.

MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?

Persidangan itu terah dihadiri oreh rebih 200 perwakiran dan
pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruh Tanah Merayu dan
singapura. Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oreh Haji Ahmad
Maliki,HajiAhmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama
atau Parti lslam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung
dan menyatukan ulama serta umat islam bagi membangunkan
agama,ummah dan Tanahair.Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan
Islam ini.Daripada 7 cadangan yang dikemukakan,akhirnya nama Partai Islam Se Malaysia (PAS)
atau Pan-Malayan Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan
yang hadir dalam persidangan itu .

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?
Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama .Beliau merupakan
seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah berlajar diSekolah AgamaRakyat
Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung semanggol . Semasa belajar di sana. Haji Ahmad Fuad Hassan
banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar -akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan
kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat islam . Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya
sebuah kesatuan ulama atau sebuah Parti Islam Tanah Melayu ditubuhkan bagi menyatukan ulama
dan umat islam untuk membangunkan agama ,ummah dan tanahair.


BAGAIMANA ORGANISASI PAS BERKEMBANG SEBAGAI POLITIK?

sebagai sebuah organisasi poritik PAS terah menggariskan objektif empat perjuangan yang utama. pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan islam untuk membentuk satu tenaga kolektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu' Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat lslam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.

BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?

Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di pulau pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke perlis pada 2 Mei 1952, selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di tanah Melayu dan singapura. setahun selepas penubuhannya, pAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953.
Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dirantik semula sebagaiyang Dipertua pAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?

Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad
Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang
ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji
Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yanq Dipertua
PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad.Tugasnya sebagai
doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak
membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik. Namun
begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa
perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program
lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku
Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asritelah mendapat sambutan yang
menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas,
Kota Bahru dan Pasir Puteh.

APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?

Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah
dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat
berkhidmat sepenuh masa dengan partitetapi di mana sahaja beliau
bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS
ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong,
Parit Buntat Perak pada 1 2 hingga 1 4 Ogos 1 954, Dr. Haji Abbas telah
dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.

BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?

selang setahun kemudian, kerajaan Bristish terah mengadakan
Pilihan Raya persekutuan yang pertama pada 27.julai 1955.
Pendaftaran PAS sebaga! sebuah parti politik diluluskan sehari
sebelum penamaan calon diadakan. pada pilihan raya itu, pAS telah
meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang
dipertandingan. pAS telah menang satu kerusi parlimen di Kerian,
Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu
kerusi Dewan Undangan Negeri perak di parit Buntar menerusi
Ahmad Kamal.

APAKAH CITA-CITA PAS?

PAS ditubuhkan untuk meraksanakan tuntutan menegakkan amar
makruf dan nahyu munkar. cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan
kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan
mempunyai kuasa poltik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh
melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan
undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oreh Rasulullah s.a.w yang
melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan
sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib
diikutidengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar.sebagai
sebuah harakah islamiah, tidak memadai bagi pAS bergantung
kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk meraksanakan
tuntutan tersebut. Ia memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan
lslam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR.ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat lslam berusaha untuk
menegakkan masyarakat lslam yang tunduk kepada undang-undang
Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan
perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan
mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya
sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq.
Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan
batasan geografi sesuai dengan ajaran lslam yang bersifat sejagat.
lslam adalah ad deen dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, lslam
harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus
berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?

Dasar perjuangan PAS ialah lslam.lslam yang diperjuangkan oleh
PAS ialah lslam yang lengkap merangkumisemua perkara sama ada
yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial,
akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu
agama dan negara. PAS menerima konsep lslam secara keseluruhan
sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan
dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS
menerima lslam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara
yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata
tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan
sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?

lslam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada
al-Quran dan hadis. Risalah lslam yang dibawakan oleh PAS bukan
merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan
kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s'a'w' Agama
lslam tidak boieh ciisamakan denqan doktrin dan ideologi ciptaan
manusia.labersumberkankepadawahyullahi'Jadi'PASberjuang
dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan
terkandung di dalam lslam'

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?

Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan lslam.
PASsebagaisebuahpartipolitikdandakwahyangmempunyai
matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian lslam dapat
direalisasikan, keadilan lslam dapat dihayati dan kecantikan lslam
dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia'Cita-cita dan
perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan lslam agar ia tidak berada
di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi
perbincangan yang bersifat akademik sahaja'

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai
perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan
wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum - hukumnya
menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan
dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian lslam,
kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas
kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun
kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi
juga sering kali berubah.

SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?

PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi
perjuangan yang luas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik
dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapijuga
di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala
aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam
bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang
tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Sejarah tidak pernah membohongi
kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?

Asas perjuangan PAS ialah lslam. Oleh itu, Pas membuka pintu
perjuangannya kepada semua orang lslam tanpa membataskannya
kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh
sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orangorang
lslam tetapi dimensi perjuangannya merangkumi juga mereka
yang bukan beragama lslam.PAS meletakkan lslam pada kedudukan
yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang
bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan
lslam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang
beragama lslam atau bukan lslam mendapat pembelaan yang
sewajarnya.
BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan
berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang
mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat
perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi
mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan lslam.
Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan
pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan lslam
atau pun pertubuhan bukan kerajaan.pAS pernah menyertaiBarisan
Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan
untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan
beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan
Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan parti sosialis
Rakyat Malaysia (PSRM), parti Demokratik sosialis, parti Nasionalis
Malaysia (NASMA) dan Majlis perundingan Masyarakat Cina (CCC)
bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986' Kerjasama itu
kemudiannya diteruskan oleh di bawah kepimpinan Allaryarham
DatukHajiFadzilselepasmengambil-alihjawatanPresidenPAS
daripada Tuan Haji Yusuf Rawa' Kerjasama ciengan Parti ivielayu
Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan
Ummah(APU)telahdibentukpadatahunlg8guntukmenghadapi
Pilihan RaYa Umum 1990.

APAKAHHASILDARIPADAKERJASAMAITU?

Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang
dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan
UndanganNegeri(DUN)diKelantan.lnimembolehkanPASkembali
berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya
Umumlgg0.PadaPilihanRayaUmumlggg,PAStelahbekerjasama
dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan)' DAP dan PRM dalam
BarisanAlternatif(BA).Kerjasamadanpakatanitutelahmenamatkan
penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu'
Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan
bilangankerusidanundipopularyangdiperolehiolehPASdiseluruh
negara.
APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?

Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS
ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan
secarameluaspadatahunl980anapabilaberlakunyaperubahan
tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang
berpendidikan agama.Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai
tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok' madrasah
dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan
membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan
memeiintah negera' Di bawah kepimpinan golongan ulama yang
kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang' PAS
telah muncul sebagi parti kedua terbesar di negara ini selepas
UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang
Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang
menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan' dasar dan matlamat
perjuangannYa.

KENAPA HARUS SOKONG PAS?

Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam halhal
yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut
menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai
bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. pAs sentiasa berusaha
menjalinkan hubungan yang baik dengan perbagai pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan lslam bagi
memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya' Dengan
melibatkan diridalam PAS'seseorang bukan sahaja dapat melibatkan
diri dan memberikan sumbangan perjuangan lslam tetapiturut serta
dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang
diadakan. bagi yang meminati bidang dakwah' mereka boleh
menjadikan pas sebagai wadah perjuangannya. ini kerana PAS
menyediakan gelangg pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar
tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan
yang melibatkan dunia dan akhirat' Kedua-dua aspek itu
diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan lslam
sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul'

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?

Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi
tuntutan sistem demokrasiyang diamalkan di negara ini.Selain itu,
penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk
menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat
negara initerhadap dasar-dasar perjuangan lslam yang dibawanya.
Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya
tetapi dengan harapan untuk mencapai kernenangan bagi membuka
laluan kepada perlaksanaan pemerintahan lslam.Dengan kata lain,
PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat
perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk
membolehkan cita-cita lslam yang diperjuangkannya dapat
dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem lslam
dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasaryang dibawanya
difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan
kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

APA ERTINYA MENYERTAI PAS?

PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Malaysia.
Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, pAS
telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan.
Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah
satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasididalam perjuangan
lslam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah
yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah
melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan
kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan
Mengapa saya dan anda pilih pAS?
bilangan keahlian yang sekarang sudah merebihi 800 ribu orang.
Kebanyakan yang menyertai pAS adalah kerana mereka mencintai
dan meminatiperjuangan lslam serta yakin dengan dasar-dasaryang
dibawakan oleh parti. Mereka menyertai pAS sebagai pernyataan
sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan
mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan lslam.

KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?

Namun dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud
beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan
sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai,
mereka bertindak keluar daripaa parti dan menyertai parti lain atau
menubuhkan partinya sendiri.Terdapat juga di kalangan mereka
yang sudah lama menyertai pAS tetapi meninggalkan parti bila
timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan
parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah
didokonginya selama berpuluh-puluh tahun.Tindakan golongan
berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam
perjuangan lslarn yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan
kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang
mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan
kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan
masalah.Tetapiakan menimbulkan masalah dan halangan yang lain
yang akan menggagalkan perjuangan lslam. perjuangan perlu
diteruskan selama parti tidak terkeruar daripada landasan lslam.

BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?

Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat
perjuangan lslam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik
dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindaktanduk.
Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi
luntur dan kendur begitu sahaja.Semasa mula-mula menyertai PAS
mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat
sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan.la
harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap
sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa
menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada
yang berbentuk ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar,
konvensyen dan sebagainya.

BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?

Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan yang
diadakan oleh PAS.la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan
dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat
umum. PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu bertujuan
untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan
pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang
berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh
PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping
mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan,
kemungkaran, kemaksiatari dan kejahatan yang dilakukan oleh
pihak-pihaktertentu supaya mereka tidakterlibat di dalam perkaraperkara
yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah
mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan lslam bagi
mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di
dalam membangunkan lslam telah terbukti nyata' PAS harus
disokongdandidukungbersama-samaolehsemuaahlinya.

KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?

Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan
sumbangan dan derma daripada orang ramai' Sebagai sebuah
organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi
menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan lslamnya'
Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS
yang terdapat di seluruh negara' Perlu diingatkan bahawa PAS
mempunyai markas di peringkat negeri, kawasan dan kadang-kala
juga cawangan. Markas itu selain berperanan sebagai pejabat
pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya'
Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos operasi
markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan
pejabat.

DI MANA LAGIWANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?

Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk
membantu umat lslam di Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru
kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para
sekutunya. Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma
digunakan untuktujuan kebajikan bagi membantu umat Islam yang hidup dalam
kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang beraku kepada
penduduk Acheh dan Kashmir baru_baru ini. Bantuan yang disalurkan
oleh pAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan
atas dasar tuntutan ajaran lslam dan nilai kemanusiaan.

APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?

walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya
pAS juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri spelbagai aktiviti
kemasyarakatan pengelibatan PAS dalam kerja -kerja amal dan kebajikan dapat dilihat
dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka,khidmat perubatan,kaunseling,ziarah,gotong -royong,
membantu mangsa kebakaran dan banjir,membela golongan setinggan,memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya,menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi.PAS turut bersikap prihatin di dalam hal- hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melanda golongan remaja.Berbagai -bagai seminar telah di adakan bertujuan untuk membincangkan isu -isu yang berkaitan.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitan isu - isu yang berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan hegeri (DUN).Semua itu dilakukan atas dasar tangggung jawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai -niali luhur dalam kehidupan lain.

APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?

PAS tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam
perjuangan nya. Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara.Hubungan di antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali.Selain terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR,PAS juga menubuhkan pelbagaiinstitusi pendidikan di peringkat pra sekolah,sekolah rendah,menengah dan istitusi pengajian tinggi (IPT).PAS mempunyai 7,000 pusat pedidikan pra sekolah yang dikenali sebagai PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM atau singkatannya, pASTr di seruruh negara. Di Kedah khasnya, PAS mendukung penubuhan Sekolah Rendah lslam Darul Ulum (SERIDU),sekoalah menengah Islam darul ulum (SEMIDU) dan kolej Islam Darul Ulum (KIDU).Di kelantan pula di mana parti PAS memerintah,sekolah agama telah dimartabatkan dan diletakan di bawah pentadbiran Yayasan islam Kelantan (YIK).Sekolah -sekolah agama seumpama inijuga terdapat di negeri_negeri lain.

BAGAIMANA PULA PAS DIPERINGKATDENGAN SUMBANGAN ANTARABANGSA?

Penglibatan PAS di daram memperjuangkan isu-isu di peringkat
global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada
pelbagai pihak.pAS secara konsisten terah memperjuangkan isu yang
menyentuh nasib dan kepentingan umat rsram khususnya di parestin.
Hubungan PAS dengan perbagai pertubuhan rsram dan gerakan
dakwah di negara-negara terah terjarin dengan baik. iebagai
buktinya, PAS sering kali dijemout hadir dan mengambil bahagian
di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang diadakan
oleh kerajaan dan pertubuhan lslam di TimurTengah, Afrika, Amerika
Syarikat,Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah menganjurkan
ljtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988
di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya
menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan lslam dari pelbagai
negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai
ke negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh
Majlis Gerakan lslam Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas
kedudukannya sebagaijemaah yang mewakili umat lslam di Malaysia
dan rantau Asia Tenggara.

APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?

Penyertaan dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan
komitmen untuk mendaulatkan lslam di bumi Malaysia. Jika
tidak, penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat
bertahan kerana dalam perjuangan lslam terdapat banyak ujian
dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk
tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka
yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus
gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa
apabila perjuangan yang disertai tidak membuahkan hasil
seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka
yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana
mahu menonjol ka n diri a khirnya aka n bertinda k meninggalkan
parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan.
Mereka yang menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut
orang lain juga lambat-laun akan mengambil tindakan yang Serupa.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYER TAIPAS?

PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai
perlembagaan. Mereka yang menyertai PAS harus mengikut
peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti, ahliahli
mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan
memberikan pendapat malahan melahirkan kritikan.Semua itu harus
dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan parti
PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan
yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan lslam yang satu.
Mencampur-baurkan perjuangan lslam dengan kepentingan
peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang
terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan
as-sunnah.

APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?

Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh
komitmen, tenaga dan jiwa raganya untuk menjayakan
perjuangan lslam. Orang yang berjuang harus mempunyai
nawaitu yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk
berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus
Dilakukan dengan niat untuk Mendapatkan keredhaan Allah.
Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan lslam
mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat
yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan
dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya ialah
PADAH dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam kontek negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan lslam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang lslam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus
bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara selslam
mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan lslam
secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang
pengecualian.
KESIMPULAN
setiap umat lslam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit
u ntu k menegakkan lsla m. Mereka juga mempunyai kewajipan u ntuk
menyampaikan lslam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau
mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan,
mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau
masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu
mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS
ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat lslam
menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu,
tidak ada alasan kenapa umat lslam tidak boleh merealisasikan citacita
tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama
ini apatah lagi bagi bilangan orang lslam yang majoriti. Umat lslam
mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam
parti PAS. Mereka boleh membantu lslam dengan membantu PAS.
PAS adalah parti lslam, matlamatnya lslam, pendokongnya orang lslam
dan asas perjuangannya jelas lslam.Mari sama-sama sokong PAS
dan jom ramai-ramai sertai PAS.

PROGRAM DALAMAN DAN LUARAN

berdakwah untuk menerangan keindahan Islam .
PROGRAM DALAMAN
TUJUAN PROGRAM DALAMAN
A.MELAHIRKAN KADER – KADER DAN AHLI PARTI YANG AKTIF DALAM SEBARANG AKTIVITI DAN TINDAKAN JAMAAH.
B.MENINGKATKAN KEFAHAMAN,KEILMUAN DAN KEIMANAN YANG MEMBUAHKAN PERUBAHAN TAMADDUN DAN PENINGKATAN JIHAD ISLAMI.
C.MEMPERKUKUHKAN PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN ANTARA AHLI PART (JAMAAH).
PROGRAM LUARAN .
TUJUAN PROGRAM LUARAN
A.MELEBARKAN PENGARUH DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN PAS DALAM MASYARAKAT.
B.MELENYAPKAN BERBAGAI – BAGAI LABEL DAN FITNAH YANG DILETAKKAN KEPADA PAS.
C.MEMPERBANYKKAN AHLI DAN PENYOKONG SERT MENANMBAH CAWANGAN PAS.
D.BERTINDAK KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT PERJUANGAN PAS.
E.SEBAGAI MANIFESTASI KEPADA ISLAM DAN PERJUANGAN PAS YANG BERSIFAT KONPREHENSIF.
F.MEMERANGI GEJALA MURTAD.
G.MENGUBAH WAQI’ JAHILIAH KEPADA WAQI’ ISLAMIYAH.
H.SEBAGAI SATU USAHA UNTUK MENYELESAIKAN PERPECAHAN UMMAH. (Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan)

Friday, May 25, 2012

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL

Seorang ibu memberi ingatan kepada anaknya hendaklah kamu menjadi sebatang pensel,
1.pensel mengingatkan kamu jika kamu boleh membuat sesuatu yang hibat , jangan lupa ada yang memegangnya,ingatlah bahawa ada orang yang membimbing langkah hidup kamu iaitu Allah.
2.ketika kamu menulis, adakalanya pensel menjadi tumpul, maka kamu terpaksa mengasahnya,pensel itu pasti menderita ketiak diraut (diketam),tetapi pensel itu akan tajam dan elok tulisannya.Begitulah hidup kamu mestilah berani mengalami kesukaran dan penderitaan ia menjadikan baja untuk kamu beroleh kebagiaan.
3.diwaktu menulis kemungkinan berlaku kesalahan, maka kita padamkan yang salah , buat pembetulan, begitulah dalam hidup ini kita mesti membetulkan kesalahan kita dan minta maaf .
4.Di dalam pensel ada arang , seperti dalam manusia ada hati , maka selalu berjaga -jaga dengan perkara yang tidak baik dalam diri kamu dan hindarkan dia .
5.pensel akan meninggalkan goresan (tanda /tulisan),begitulah dalam hidup kamu ,kamu akan meninggalkan kesan ke atas diri kamu atau orang lain.maka tindak tanduk kamu hendaklah berhati -hati supaya kesannya membawa natijah yang baik kepada kamu dan orang lain .

Thursday, May 24, 2012

HADIS KETIGA : TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH

Hadis Ketiga ;TANGGUNG JAWAB PEMERINTAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَي اللهَ وَمَنْ يُطِعَ الْاَمِيْرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْاَمِيْرَ فَقَدْ عَصًانِي , وَإِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتِلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَي بِهِ , فَإِنْ أُمِرَ بِتَقْوَي اللهَ وَعَدَلَ فَإِنَّ لَهُ بَذَلِكَ أَجْرًا وَإِنْ قَالَ بَغَيْرِهِ فَإِنَّ عَلَيْهِ مِنْهُ . ( حديث صحيح (
Terjemahan Hadis
Barangsiapa taat kepadaku , maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan barangsiapa menderhakaiku , sesungguhnya ia telah menderhaka kepada Allah . Barangsiapa taat kepada pemerintah , maka sesungguhnya ia telah mentaatiku dan barangsiapa menderhakai pemerintah , maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada ku .Sesungguhnya imam itu tidak lain daripada perisai di mana orang –orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya, maka jika ia menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia mendapat ganjaran dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu , maka ia mendapat dosa dari perkataannya itu . (Hadis sahih)
Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang mengandungi nilai yag penting dalam perkara yang berhubung dengan ketaatan kepada Allah , Rasulullah dan pemerintah , Penilaian ini dapat dilihat dengan penegasan Rasulullah yang menjelaskan bahawa mentaatinya adalah mentaati Allah , begitu juga menderhaka kepadanya bererti menderhaka kepada Allah ,begitu juga mentaati pemerintah maka ia mentaati rasul ,begitu juga menderhaka kepada pemerintah maka bererti ia menderhaka kepada rasul . Pemerintah hendaklah menjalankan tugasnya dengan baik , kerana ia adalah sebagai perisai kepada rakyat , tugasnya hendaklah memimpin rakyat kepada ketakwaan dan berlaku adil , dan akan dibalas dengan baik kepadanya .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Taat kepada Rasul adalah mentaati Allah . Menderhaka kepada Rasul adalah menderhaka kepada Allah .
Ketaatan kepada Rasul itu adalah samalah mentaati Allah SWT , firman Allah SWT yang bermaksud :
Sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; ( An Nisa’ :80
Mentaati Allah SWT ialah mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala yang dilarang melalui kitab suci Al-Quran , menakala taat kepada rasul ialah beramal dan mengikut apa yang ada di dalam sunnah rasul itu ,firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Ah-Hasyr :7)
Sebaliknya orang yang menderhakakan kepada rasul maka ia juga menderhaka kepada Allah SWT , kerana rasul itu adalah utusan Allah , dan kita disuruh mengikuti rasul dan jangan menderhakakan kepadanya , firman Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran ;31 ) .
Allah memerintahkan kaum mu'minin supaya tidak menyelisihi perintah Rasulnya shalallahu alaihi wasalllam dan mengancam orang-orang yang berbuat demikian (menyelisihi perintah Rasul-Nya) dengan firman-Nya yang bermaksud :
oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(An-Nuur :63 )
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya 3/410: "Yakni hendaklan takut orang-orang yang menyalahi syariat Rasul secara zahir dan batin takut akan ditimpa fitnah dan dalam hatinya yang berupa kekufuran, nifaq dan bid'ah atau ditimpa azab yang pedih di dunia yang berupa pembunuhan, hukuman penjara atau yang lainnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas baginya kebenaran dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa: 115)
2.Taat kepada pemerintah bererti mentaati Allah dan Rasul .Menderhaka kepada pemerintah maka menderhaka kepada Allah dan Rasul .
Hadis ini menyatakan bahawa mentaati pemerintah adalah bererti mentaati Allah dan rasulnNya ,oleh hal yang demikian maka rakyat hendaklah mentaati pemerintah selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah dan rasulNya ,firman Alllah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. (An-Nisa: 59)
Al-Qurthubi berkata : "Di dalam ayat ini Allah memerintahkan untuk taat kepada-Nya, kemudian kepada Rasul-Nya, kemudian kepada para pemerintah, menurut perkataan jumhur, Abu Hurairah, Ibnu Abbas dll."
Ibnu Khuwaidzi Mandad berkata : "Adapun taat kepada pemerintah maka wajib dalam rangka taat kepada Allah dan tidak wajib dalam perkara maksiat kepada Allah…."
Syaikh Abdur Rahman As-Sa'di berkata : (Dalam ayat ini) Allah memerintahkan (kaum mukminin) untuk taat kepadaNya dan kepada Rasul-Nya iaitu dengan mengerjakan perintah keduanya baik yang wajib maupun yang sunnah dengan menjauhi larangan keduanya. Dan Allah juga memerintahkan (kepada kaum mukminin) untuk taat kepada Ulil amri, yaitu orang yang mengurusi kepentingan ummat, kerana sesungguhnya tidak akan konsisten urusan agama dan dunia kecuali dengan taat kepada pemerintah dan tunduk kepada perintah-perintahnya dalam rangka taat kepada Allah dan mengharap pahala yang ada di sisiNya. Akan tetapi dengan syarat mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan .
Menderhaka kepada pemerintah adalah dilarang kerana mereka yang menderhaka kepada pemerintah samalah menderhaka kepada Allah dan rasul .
3. Pemerintah adalah sebagai perisai kepada rakyat .
Sesungguhnya imam(pemerintah) itu tidak lain daripada perisai di mana orang – orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya,
Raulullah membuat perbandingan bahawa pemerintah itu adalah seperti perisai di dalam peperangan yang sangat berguna kepada seseorang pejuang di dalam melindungi daripada serangan musuh , maka di dalam mentadbir hal rakyat maka pemerintah adalah ia sebagai perisai kepada rakyat , di mana rakyat dapat berlindung dari beberapa kesusahan , ini bererti seorang pemerintah hendaklah menjaga hak-hak rakyat dengan baik, seperti menjaga kebajikan mereka , melindungi dari serangan luar dan dalam dari pihak musuh dan lain –lain lagi tugasnya sebagai “perisai “.
4 Tugas dan tanggungjawab pemerinta
4.1. Menyeru kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah .
Menyeru rakyat supaya bertakwa kepada Allah adalah tugas dan tanggungjawab pemerintah , kerana takwa itu adalah amat penting di dalam Islam dan perlu dimiliki oleh setiap individu Islam, banyak ayat – ayat Al-Quran dan hadis – hadis Rasulullah SAW yang menyuruh umat Islam supaya bertakwa kepada Allah di antaranya hadis Rasulullah SAW berikut :
اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada” .
Hendaklah bertakwa kepada Allah SWT di mana sahaja engkau berada , sama ada di tempat yang ramai mahupun di tempat yang sunyi jauh dari pandangan mata manusia..Takwa hendaklah di laksanakan segala yang wajib dan meninggalkan yang haram dengan tidak memilih tempat dan masa , dengan mematuhiNya tidak menderhakaiNya, mengingatiNya tidak melupaiNya , mensyukuriNya tidak mengingkariNya . .Allah SWT berfirman yang bermaksud
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.(Ali Imran : 102)
4.2. Berlaku adil kepada rakyat .
Berlaku adil dan saksama adalah di antara tugas /tanggungjawab yang paling penting dan amat dituntut kepada pemerintah ,supaya rakyat merasa tenang hati ke atas hak – hak dan bahagian mereka , lalu mereka patuh dan taat kepada perintah pemerintah .Sekiranya di dapati ada di kalangan pemerintah yang berlaku zalim dan tidak memenuhi janjinya kepada rakyat maka akan wujud rasa tidak puas hati dan akan timbul beberapa perkara yang akan menyusuhkan pemerintah itu sendiri . Allah SWT menyuruh supaya berlaku adil , firmanNya yang bermaksud :
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(AlMaidaah : 8)
5.Balasan pemerintah yang menjalankan tugas/tanggungjawab dengan baik dan sebaliknya .
Pemerintah yang menjalankan tugas / tanggungjawab dengan baik Allah janjikan dengan balasan pahala dan akan masuk syurga , sebaliknya ia tidak menjalankan tugas / tanggungjawab dengan baik akan mendapat dosa dan akan di masukkan ke neraka seperti dinayatakan di dalam hadis ini :
“Maka jika ia menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia mendapat ganjaran dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu , maka ia mendapat dosa dari perkataannya itu “ .
Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam hendaklah mentaati Allah , rasul dan pemerintah , dilarang sama sekali menderhaka .
2.Di antara tugas /tanggung jawab pemerintah adalah bertugas sebagai penasihat kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah SWT .
3.Pemerintah yang adil akan mendapat balasan pahala yang banyak dari Allah SWT , kalau ia melakukan kezaliman maka ia akan mendapat dosa .

Wednesday, May 23, 2012

membentuk jenerasi masjid

Membentuk Jenarasi Masjid
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk. ( Taubah :18)
Ayat di atas , Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa di antara tanda – tanda keimanan seseorang itu adalah terletak di atas kesungguhan dan kecintaan untuk memakmurkan rumah – rumah Allah ( Surau dan Masjid ).
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslimin menjadikan rumah – rumah Allah sebagai tempat tumpuan jasad dan hati bagi mendekatkan diri kepada Allah .Orang yang mengunjungi dan cintakan kepada rumah – rumah Allah ini adalah terdiri daripada mereka yang mencintai dan mentaati Allah dan RasulNya.
Manakala orang – orang yang membenci dan menjauhkan diri daripada rumah Allah atau menghalang seseorang untuk memakmurkannya adalah tergolong daripada orang – orang yang tidak mencintai Allah dan RasulNya .Ini kerana perbuatan menjauhkan diri dari masjid dan surau , jelas bertentangan dengan kehendak perintah Allah dan RasulNya serta tergulung daripada orang – orang yang tidak mendapat rahmat Allah .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Daripada Othman bin Affan berkata “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa yang berwudhuk untuk bersembahyang maka ia menyempurnakan wudhuknya kemudian berjalan untuk bersembahyang bersama –sama atau bersama – sama jamaah atau masjid maka diampunkan Allah dosa-dosanya .
Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang yang beriman untuk membina dan membentuk jenarasi muda sebagai perawis untuk memakmurkan masjid – masjid pada hari ini dan akan datang .Tanggungjawab ini ialah bagi membentuk hati –hati yang cinta dan sayangkan kepada kemakmuran rumah –rumah Allah .Jenarasi yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid adalah merupakan jenerasi yang akan memberi keamanan dan ketenteraman kepada masyarakatnya untuk melakukan perkara makruf dan mencegah daripada kemungkaran, malah mereka ini tergolong daripada golongan yang akan mendapat perlindugan Allah di akhirat .
Kalau kita ingin melihat jenerasi ini akan menjadi pemakmur – pemakmur masjid maka tindakan yang sewajarnya mestilah dilakukan bermula dari sekarang agar masjdi –masjid tidak akan bermegah dengan keindahan bangunannya sahaja tetapi kosong sepi daripada majlis –majlis ilmu.
Di antara langkah-langkah tersebut ialah peranan ibubapa, mereka ini mestilah menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan menunjukkan minat yang mendalam untuk mengunjungi dan bersama –sama berjemaah di masjid dan surau .Ini kerana ibubapa yang taat dan rajin ke masjid dan ditambah dengan asuhan yang bersungguh –sungguh mendidik anak –anak agar jinak dan rapat dengan masjid akan melahirkan jenerasi yang akan beriman dan bertaqwa serta sentiasa mengingati Allah dan pengisi kepada kemakmuran masjdi.Sikap sambil lewa dan memandang ringan tanggungjawab melahirkan jenerasi masjid ini telah menyebabkan ibubapa lebih berminat mengunjungi tempat –tempat hiburan dan berjyal beli serta membawa keluarga bersama –sama.Bertambah malang lagi setenga-tengah ibubapa melalaikan anak –anak ditempat tersebut sewaktu azan maghrib dikemudangkan, sedangkan diwaktu tersebut orang –orang Islam digalakkan ke masjdi untuk bersembahyang jamaah .
Sikap ibubapa yang membiarkan anak –anak lalai dengan program tv sewaktu umat islam menuju ke masjid dan surau untuk bersembahyang jamaah adalah merupakan menyumbang besar kepada sikap tidak berminat dan menjauhkan diri daripada masjid oleh jenerasi hari ini.
Oleh itu sebagai langkah membetulkan suasana yang serba pincang ini dan mengembalikan suasan jenerasi yang mencintai masjid maka ibubapa sewajar mengambil langkah bijak dan diridhai oleh Allah dengan kembali kelandasan yang betul iaitu kembali mengikuti jalan –jalan yang benar sebagai mana yang ditentukan Allah dan RasulNya dan menghidupkan sunnah Rasulullah dan memakmurkan masjdi .Allah juga menuntut agar manusia kembali kejalanNya ,iaitu kembali mengikut fitrah kejadiannya sebagai makhluk yang baik dan sempurna .Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Apa yang berlaku kepada jenerasi hari ini akan menjadi sebahagian daripada perkara yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat nanti .Apakah amah membentuk jenerasi yang beriman dan bertaqwa telah dilaksanakan ? maka beruntung dan bergembiralah orang – orang yang Berjaya mendidik jenerasinya menjadi hamba Allah sebenar –benarnya , malanglah orang –orang yang membiarkan jenerasinya menjadi seorang yang ingkar dan sombong kepada Allah dan RasulNya, kelak di akhirat nanti ia akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka bersama jenerasinya sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Setiap kamu adalah pemimpin dam setiap kamu bertanggungjawab dengan yang dipimpinnya.maka pemerintah bertanggungjawab kepada manusia (rakyatnya) dan orang lelaki bertanggungjawab kepada ahli kerluarganya .
masjid yang indah banyak aktiviti membentuk jenerasi masjid
jangan biarkan masjid indah tidak jamaah yang datang.
sediakan guru yang berkelayakkan untuk menarik jenerasi muda
jadikan jenerasi mengikuti kuliah di masjid.





Tuesday, May 22, 2012

persuruhjaya pas pahang 1963 hingga kini

PERSURUHJAYA PERTAMA :
ALLAHYARHAM YAM TENGKU ABDUL HAMID SULTAN ABDULLAH ADINDA ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR SULTAN PAHANG KETIKA ITU,TLAH DILANTK SEBAGAI PERSURUHJAYA PAS PAHANG PERTAMA SECARA RASMI PADA TAHUN 1963.
PERSURUHJAYA KEDUA :
ALLAHYARHAM USTAZ ISHAK ABDULLAH DILANTIK PULA SEBAGAI PERSURUHJAYA PAHANG KEDUA PADA TAHUN 1964.BELIAU MERUPAKAN TOKOH PERTAMA DARI KALANGAN ULAMA DILANTIK SEBAGAI PERSURUHJAYA PAS PAHANG DAN UMURNYA PADA KETIKA BERUSIA 28 TAHUN.
PERSURUHJAYA KETIGA :
DATO’ ABU SAMAH ALI .BELIAU AKTIF SEBAGAI PEMIMPIN PAS WALAUPUN PERNAH MEMEGANG SUK NEGERI PAHANG ,PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG .
PERSURUHJAYA KEEMPAT :
USTAZ JAMAHIR IDERIS .DILANTIK SECARA RASMI PERSURUHJAYA PAS PAHANG PADA 20 JUN 1971 SELEPAS KONGRES PAS KE 17 DI KULALA LUMPUR.
PERSURUHJAYA KELIMA & KETUJUH :
HJ.MOHD RUSDI ARIFF.BELIAU MERUPAKAN PERSURUHJAYA PAS PAHANG YANG KE-5 DAN KE-7 DAN MERUPAKAN SATU-SATUNYA PEMIMPIN PAS PAHANG YANG BERGELAR YANG BERHORMAT SELEPAS MEMENANGI KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)IBAM PADA PRU TAHUN 1974.
PERSURUHJAYA KEENAM :
TUAN SYED IBRAHIM SYED ABDUL RAHMAN 1982,BELIAU BEKELULUSAN UNDANG –UNDANG DAN EKONOMI BERASAL DARI KAMPONG SEGA,RAUB ,MERUPAKAN TOKOH YANG BERGITU ISTIQAMAH DENGAN PERJUANGAN.
PERSURUHJAYA KELAPAN :
TUAN GURU HAJI ALWI ABD HAMID 1987,BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1931 DI KAMPONG BELAWAN CENOR DAN MENDAPAT PENDIDIKAN SEHINGGA KE UNIVERSITI AL AZHAR MESIR,DI DALAM PARTI ,PERNAH MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA DEWAN ULAMAK PAHANG,AJK DEWAN ULAMAK PUSAT .
PERSURUHJAYA KESEMBILAN :
TUAN GURU HAJI MOHD BAQI BIN OSMAN 1993,MERUPAKAN TOKOH ILMUAN ISLAM YANG SENTIASA MENYUMBANGKAN KEPADA PEMBANGUNAN ILMU,JASANYA YANG TERBESAR KE ARAH ITU IALAH DENGAN MENUBUHKAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM MELALUI SEKOLAH AGAMA SA’ADATUL DARAINI,SUNGAI GAU DI BAWAH KELOLAAN DEWAN ULAMAK PAS PAHANG.
PERSURUHJAYA KESEPULUH :
USTAZ IDRIS OMAR 2001,BELIAU MERUPAKAN SEORANG ULAMA YANG SANGAT TINGGI ILMUNYA DAN SEMASA MENJADI PESURUHJAYA BELIAU JUGA MEMEGANG JAWATAN TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS DAN ADUN SEMANTAN.
PERSURUHJAYA KESEBELAS :
USTAZ DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN,NELIAU MERUPAKAN ILMUAN ISLAM YANG SANGAT BERKARISMA DAN MEMPUNYAI PENGALAMAN LUAS DALAM BIDANG AGAMA DAN POLITIK ISLAM.BELIAU MERUPAKAN BEKAS PENSYARAH UITM JENGKA DAN MEMEGANG DI PERINGKAT PUSAT.ANTARA JAWATAN PERNAH DISANDANG IALAH NAIB PRESIDEN DAN KINI MEMEGANG JAWATAN KETUA PENERANG PAS PUSAT .










Monday, May 21, 2012

islam hanya pada nama

masjid indah tetapi pengunjungnya tidak mendapat hidayah

berlaku huru hara kerana banyak ulamak jahat.

ISLAM HANYA PADA NAMA
عَنْ عَلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَي النَّاسِ زَمَانٌ لاَيَبْقَي مِنَ الاِسْلاَمِ إِلآَّ اسْمُهُ وَلاَيَبْقَي مِنَ الْقُرْاَنِ إِلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَي عُلَمَاؤُهُمْ شَرٌّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُ ( رواه البيهقي) .

DARIPADA ALI BIN ABI TALIB BELIAU BERKATA : SABDA RASULULLAG S.A.W :”BELAKU PADA SUATU MASA DI MANA TIDAK TINGGAL DARI ISLAM KECUALI HANYA NAMANYA,DAN TIDAK TINGGAL DARIPADA ALQURAN KECUALI TULISANNYA, MASJID – MASJID MEREKA (ORANG ISLAM) TERSERGAM INDAH TETAPI IA KOSONG DARIPADA HIDAYAH,ULAMA-ULAMA MEREKA ADALAH SEJAHAT – JAHAT MAKHLUK YANG ADA DI BAWAH NAUNGAN LANGIT .DARI MEREKA BERPUNCANYA FITNAH DAN KEPADA MEREKA FITNAH ITU DIKEMBALIKAN.


Sunday, May 20, 2012

AKTIVITI JAMAAH

AHLI - AHLI YANG MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA JAMAAH.
PEMIMPIN HENDAKLAH MENYERU AHLI SUPAYA WALA KEPADANYA.
BERIKRAR UNTUK MEMAJUKAN JAMAAH , PEMIMPIN BERSAMA AHLI.
AKTIVITI JAMAAH
PERJUANGAN ISLAM MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN OLEH ANGGOTA MASYARAKAT. DASAR DAN MATLAMAT PEJUANGAN BUKAN SAHAJA PERLU DIFAHAMI OLEH AHLI PARTI TETAPI JUGA OLEH SELURUH MASYARAKAT.
KEJELASAN KONSEP PERJUANGAN DAN KEYAKINAN MESTILAH DILAHIRKAN MELALUI PROGRAM DAN AKTIVITI – AKTIVITI JAMAAH.SELURUH KERJA JAMAAH ITU PULA BERGERAK PADA DUA PAKSI UTAMA IAITU :
A.MENYERU SELURUH KAUM MUSLIMIN SUPAYA TURUT SERTA BERGERAK DAN BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM DAN PERJUANGANNYA.
B.MEMPERTINGKATKAN USAHA UNTUK MEMPERLENGKAPKAN DIRI SERTA MEMPERTEGUHKAN DAN MEMPERKEMASKAN JAMAAH (PAS).
C.MENGEKAKALKAN WALA’ YANG MENYELURUH KEPADA PIMPINAN YANG MEMENUHI CIRI – CIRI ULIL AMRI.
D.MELATIH AHLI UNTUK PATUH DAN TAAT KEPADA PERATURAN DAN ARAHAN.
E.MELAHIRKAN PIMPINAN PELAPIS.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Saturday, May 19, 2012

surah asri

بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرَّحِيْمِ .
وَالعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر ( 2) إِلاَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Tafsir :
Ayat 1.
Allah bersumpah dengan masa , kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik – pelik dan pengajaran yang ajaib –ajaib .Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar –tukar , ada masa telah lalu,sekarang dan akan datang .Ada masa kaya atau miskin, ada masa senang atau susah ,begitulah seterusnya masa itu selalu berubah –ubah.
Perubahan tersebut menjadi bukti ,bahawa ala mini ada yang mentadbirkannya iaitu Allah , maka kepadaNya sahajalah semua makhluk mesti menyembah .
Ayat 2.
Tujuan Allah bersumpah,kerana hendak menguatkan firmanNya : Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian .Sebabnya dikatakan rugi kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya .Lebih –lebih lagi rugi apabila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah,bukan untuk mentaatiNya,maka janganlah menyalahkan masa ,tetapi hendaklah menyalahkan diri sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.

Ayat 3.
Kecuali yang tidak rugi,ialah orang yang mempunyai 4 sifat seperti berikut :
1.orang yang beriman (percaya) dengan mengiqrarkan ludahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua pengajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah betul.
2.Beramal soleh (baik),selain beriman,dia mengerjakan apa yang diimankannya dan mengerjakan amal kebajikan yang baik- baik dan mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu kepada mentaati Allah S.w.t.
3.Berpesan –pesan dengan yang hak (benar) iaitu ingat – mengingatkan sesama orang mukmin supaya berpegang dengan pengajaran Al-Quran,keimanan dengan tauhid ,kerana semuanya benar tidak boleh dimungkiri.
4. Berpesan –pesan dengan bersabar (teguh hati) jangan mudah tergoda oleh pujuk syaitan untuk berbuat maksiat,bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian,penderitaan dan kesusahan ,jika ditakdirkan juga mendapat kesusuhan terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepada tuhan.
Adapun perbuatan ingat mengingatkan itu tidak akan berkesan atau memberi faedah kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya.Firman Allah yang bermaksud ayat 3 surah as saf :” amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
Maka orang –orang yang disebutkan sifat –sifatnya di atas akan mendapat keuntungan,iaitu hidupnya akan berbahgia di dunia dan akhirat dan akan dimasukkan kedalam syurag Firdus ,firman Allah ayat 11 surah mukminin yang bermaksud : -11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.Sedang orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia –sia dan di dalam maksiat akan rugi,iaitu hidupnya akan celaka dan menyesal di bekang hari .
(Tafir ibrul athir :Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad juzuk 30 m.s 6270 – 6272. Pustaka Salam ).
semua orang ada jam tetapi tidak menggunakanya dengan baik.

Friday, May 18, 2012

kalimah yang baik

Tafsir ayat 24-25 Surah Ibrahim :
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ . تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِيْنٍ رَبَّهَا وَيَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثَالَ لِلْنَاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُوْنَ .
24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Tafsir :
Kalimah yang baik adalah laksana pohon kayu yang baik,akar tunjangnya yang teguh terjunam ke dasar bumi ,bercabang,berdahan yang kuat menegadah langit.Apakah kalimah yang baik itu ? Iaitu kalimah “لا اله إلا الله” (Tiada Tuhan disembah, melainkan Allah”
Kalimah ini diumpamakan pohon yang baik,berakar teguh ke dasar bumi, dan dahannya kuat sehingga mencakar langit.Tumbuhnya subur, penuh dengan dedaun yang rendang , dahan dan cabang yang banyak yang dapat menghisap cahaya matahari yang menambahkan ia subur,disamping akar menjalar serata bumi yang berada disekelilingnya dengan teguhnya mencekam tanah , tidak boleh tumbang dengan tiupan angin,ribut yang kencang , itulah kalimah syahadah yang menjadi pegangan setiap muslim .Dipeliharanya dari perkara – perkara yang merosakkannya,dipupuk dan dibaja dengan amalan sehingga membuahkan takwa .
kalimah yang baik sama dengan pokok yang baik .

Thursday, May 17, 2012

teruskan perjuangan

temerloh 17.5.2012,Haji Abdul Rahim imam 2 paya keladan ,iktivis pas telah kembali ke rahmatullah ,jenazahnya disembahyangkan di masjid paya kecik dengan diimamkan oleh us.Ahmad Bedawi Timbalan ketua Urusan Ulamak Pas Temerloh,semoga Allah tempatkan rohnya bersama orang -0rang diberi nikmat,para anbiya'.syuhada' dan solihin. ,kepada keluraga Allahyarraham banyak -banyak bersabar .Kepada yang tinggal teruskan perjuangan sehingga tertegaknya hukum Allah dibumi Malaysia.Al-Fatihah ......
ustaz Ahmad Bedawi mengimamkan solah jenazah di masjdi Paya kecik Temerloh.

kanan itu berkat

Islam mengajar kita supaya menggunakan tangan kanan dalam setiap perbuatan, kecuali pada beberapa perkara seperti beristinjak, menggunakan kanan adalah berkat, mudah -mudah kita dimasukkan Allah dalam golongan kanan yang dapat masuk syurga dengan penuh kenikmatan ayat 27 - 40 surah al-waaqiah yang bermaksud :
27. dan puak kanan, - Alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
28. mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara Yang tidak berduri.
29. dan pokok-pokok pisang Yang tersusun rapi buahnya,
30. dan naungan Yang tetap terbentang,
31. dan air Yang sentiasa mengalir,
32. serta buah-buahan Yang banyak,
33. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
34. dan tempat-tempat tidur Yang tertinggi keadaannya.
35. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka Dengan ciptaan istimewa,
36. serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta Yang sebaya umurnya.
38. (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang Yang terdahulu,
40. dan sebilangan besar dari orang-orang Yang datang kemudian.

Keutamaan Cinta Kerana Allah .

Keutamaan Cinta Kerana Allah .
“ Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a , ia berkata:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada TuhanNya dengan sabdanya :”orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”
Abu Muslim menyambung :”Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit,lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada TuhanNya yang berfirman:”CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaku berhak untuk orang saling tolong menolong untukKu dan cintaKu berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaKu.” Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya.” (Hadis riwayat Ahmad.)
Allah menyatakan bahawa cintanya adalah berhak diberikan kepada L
1.Orang yang bercinta keranaNya.
2.Orang yang saling tolong menolongNya.
3.Saling berkunjung keranaNya.
Balasan mereka mendapat cinta Allah ialah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasynya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya.

Adab – adab suami terhadap isteri .

1.Mengajar dan mendidik ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita.
2.Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat.Jika isteri ingkar maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pukullah tetapi jangan sampai mencederakan si isteri.
3.Bersabar dengan karenah isteri.sabda Nabi S.a.w.”Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada nabi Aub dan sesiapa (isteri) bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Asiyah isteri kepada Firun.”
4.Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yang menyalahi syarak.
5.Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.
6.Cemburu tidak keterlaluan .tidak boleh cemburu dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.
7.Menjaga penampilan, kemas dan bersih .Ibnu Abass berkata:”sesungguhnya aku senang berhias untuk isteriku sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku.”
8.Reda akan isterinya kerana itu akan memudahkan masuk syurga .

PENYEJUK MARAH

PENYEJUK MARAH.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi Muhammad s.a.w. “Berpesanlah kepadaku.”Rasulullah sa,w bersabda yang bermaksud :”Jangan marah.”Lalu lelaki tersebut meminta perkara yang sama berulang kali, tetapi Rasulullah s.a.w. tetap menjawab :Jangan marah”.
Hadis di atas melarang kita melakukan marah , kerana ia satu perkara yang keji dan asalnya dari syaitan, maka untuk menyejukkan (meredakan) marah Islam mengajurkan beberapa perkara :
1.kalau marah maka segera mengingati Allah .
2.Berlindung dengan Allah dengan membaca :
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
“Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam”
3.Mengambil wudhuk.
Kalau kita melakukan marah maka ambillah wuduk ia akan meredakan marah kita. Marah itu api , maka api hanya dapat dipadamkan dengan air.
4.Berdiam diri.
Dengan tidak berkata –kata maka dapat kita menahan marah kita.Sabda rasulullah s,a,w:”Jika seseorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia diam.”
5.Duduk dan berbaring .
Sabda Rasulullah s,a,w :”jika salah seorang antara kamu marah,sedang ia ketika berdiri,maka hendaklah ia duduku,Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk).Jika tidak,hendaklah ia berbaring.”
Demikian cara yang dianjurkan oleh Islam dalam kita merawat marah , kita disarankan marah kalau perkara – perkara yang memerlukan kita marah , umpamanya orang hina Islam , maka kita perlu marah, begitu orang melakukan kemungkaran maka kita perlu marah benci .


Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

Menghargai pengorbanan guru
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan inayahNya kita sekali lagi dapat menyambut Hari guru pada 16 Mei yang mencatat sejarah tersendiri buat warga pendidik diseluruh Negara.Ianya merupakan tarikh keramat buat insan bergelar guru.kenangilah jasa dan pengorbanan mereka buat selama-lamanya.
Guru diertikan sebagai orang yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seseorang.Dalam ertikata lain,guru juga diibaratkan sebagai penterbiyaj,ejen perubahan dalam peningkatan mendidik atau membina ilmu.Guru merupakan orang yang berilmu dan Allah SWT akan mengangkatkan mereka dengan beberapa darjat.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11 yang bermaksud :”, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
Guru menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan jenerasi pelajar yang berkualiti bagi memenuhi hasrat bangsa dan Negara.Guru juga bertanggungjawab dalam mencari dan menyuburkan nilai murni.Semangat tekun serta bersungguh-sungguh dalam membina Negara yang utuh dan budaya saing .Diantara contoh guru yang boleh dijadikan panduan ialah :
Pertama :Jibril yang mengajar baginda Rasulullah SAW melalui wahyu pertama dengan meminta baginda Rasulullah SAW membaca beberapa kali dan diajarnya sehingga baginda rasulullah saw dapat membaca dengan baik.
Kedua :Baginda Rasulullah saw sendiri merupakan guru yang terbaik lantas mengajar pula kepada para sahabat untuk disampaikan kepada pengikutnya.
Ketiga :Khatib juga dikategorikan sebagai guru kerana menyampaikan nasihat dan tunjuk ajar kepada siding Jemaah.Maka siding Jemaah diingatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada khutubah (nasihat yang diperkatakan).
Perana guru dalam masyarakat sekarang bertambah dan penting sekali oleh kerana masyarakat sentiasa berubah dari segi bentuk dan keperluan,maka guru bukan sahaja mengajar di sekolah,malah membimbing,mengasuh,memberi nasihat di luar sekolah, diantara lain perana guru ialah :
1.Menentukan perubahan dalam objektib,metalamat,halatuju berkonsepkan ilmu.
2.Membentuk sikap,nilai dan akhlak manusia.
3.Menjadikan manusia mengenal Allah SWT.
4.Mengajar manusia beriman kepada Allah dengan keimanan yang teguh,kental dan sebati dalam jiwa.
5.Mendidik pelajar tentang kaitan agama dengan matapelajaran yang lain seperti Sains dan Geografi boleh dikaitan dengan kuasa Allah.
6.Mempertingkatkan mutu pendidikan selaras dengan falasafah pendidikan Negara.
Jelaslah kepada kita seorang insan yang bergelar guru perlu memberi sepenuh perhatian terhadap murid atau anak didiknya,memberi galakkan dan bimbingan kepadanya untuk mencapai kemajuan dan memberi pujian apabila mereka beroleh kejayaan, setiap kesalahan perlu diberi teguran dan keritikan yang membina.Guru yang benar –benar Berjaya dalam pengajarannya ialah guru yang sanggup berkorban untuk keceriaan dan kebahgiaan orang lain,biarpun dirinya sendiri menghadapi berbagai onak dan duri , namun dalam menempuh rintangan dan dugaan yang mencabar tugas guru memerlukan ketekunan, ketabahan , kegigihan , inisiatif dan kecekalan .Begitulah pahit maung buat insan yang bergelar guru.
Bagi mengiratkan lagi hubungan murid dan guru Agama Islam telah menggariskan beberapa adab supaya mereka menghormati dan menyayangi guru.antaranya ialah :
1.memberi salam ketika bertemu guru.
2.memandang mereka dengan penuh kemuliaan
3.menunaikan tugas dan tanggungjawab kepada mereka
4.duduk dengan penuh tertib di hadapan mereka.
5,mendengar dan memberi tumpuan serta ingat apa yang mereka sampaikan.
6.mengenang jasa dan pengorbanan mereka
7.tidak memberkecilkan /menguji mereka dengan berbagai cara.
8.mendoakan kebaikan untuk mereka .
Tidak menghormati guru dan nasihat ibubapa boleh mengakibatkan manusia menjadi liar.manusia akan rosak dan runtuh akhlaknya,manusia akan dimurkai Allah dan manusia akan dibenci masyarakat sekeliling .jadikan diri kita insan atau manusia yang berguna,manusia yang disukai oleh Allah dan manusia yang disukai dan disenangi oleh masyarakat.
Sesungguhnya hari guru yang disambut saban tahun memberi peluang kepada kita untuk melahirkan terima kasih dan penghargaan atas khidmat bakti jua pengorbanan guru yang tidak jemu –jemu mendidik anak bangsa kita.Sesungguhnya tanggungjawab gurulah membina bangsa bersatupadu dan mengecapi kesejahteraan hidup dalam Negara berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan.Menghargai jasa guru bukanlah hanya dibangku sekolah dan sejauh sekali sekadar mengingatinya dan seketika sahaja atau hanya setahun sekali ketika sambuta hari guru.Sebaliknya jasa mereka perlu dikenang dan dihargai sepanjang masa dan disepanjang hayat kita ini kerana sumbangan dan jasa serta pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya ,mereka yang Berjaya hari ini adalah hasil dari asuhan dan didikan guru.Guru mempekenalkan merek erti sebuah kehidupan dalam dunia yang penuh mencabar.
Setiap murid ada cara tersendiri untuk menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru antaranya :
1.Dengan memberi hadiah 2.dengan kata –kata pujian/sanjungan yang diungkapkan.
3.Dengan mengikut nasihat dan patuh kepada jarannya. 4.dengan menegur sapa dan mengingati kembali apa yang pernah diajar oleh guru mereka.
Satu persolan yang timbul dibenak kita tentang jasa dan pengorbanan guru iaitu berapa ramaikah yang masih ingat kepada guru yang pernah mengajar dan mendidik kita ?adakah kita pergi menziarahi mereka,setidak-tidaknya sekali dalam setahun ketika pulang ke kampong halaman? Jawapannya tentu ada tetapi bilangannya mungkin tiidak ramai,jika dibandingkan dengan ribuan muridnya ketika di bangku sekolah.Apakah mereka yang tidak bersua dan menziarahi mereka dianggap tidak menghormati dan menghargai guru? Inilah perkara – perkara yang perlu dilakukan dan perlu difikirkan oleh kita serta jenerasi kita hari ini.
Sesungguhnya seorang guru tidaklah mengharapkan balasan dari anak muridnya.Jauh sekali dari meminta hadiah berupa wang ringgit sebagai tanda penghargaan,tetapi apa yang diharapkan agar anak didiknya menjadi insan yang Berjaya dan menjadi insan kamil yang mendapat rahmat dan keridaan dari Allah di dunia dan akhirat.
Apakah perasaan seorang guru seandainya mereka mendapati ada di kalangan bekas anak didiknya menjadi tokoh besar dalam bidang –bidang tertentu ? Tentulah sekali mereka berbangga dan berpuashati atas kejayaan mereka,sebaliknya apakah pula perasaan mereka mendapati ada di kalangan mereka terlibat dalam perkara – perkara yang tidak bermanfaat seperti dalam penagihan dadah,jenayah,perjudian dan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral ? fikir-fikirkanlah ???”Selamat menyambut hari guru “.
Al Marhum Tuan Guru Haji Hasanuddin Muhammad - Pendidik dan pendakwah yang tersuhur di Pahang.
Guruku yang sangat ana kasihi,
selamat hari guru kepada seluruh guru di Malaysia.


Tuesday, May 15, 2012

SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW

Selawat kepada Rasulullah saw .
Selawat kepada Rasulullah saw , firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 56 yang bermaksud :
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
Sabda Rasulullah saw :”Barang siapa berselawat kepadaku satu kali Allah akan berselawat kepada sepuluh kali “.
Dalam mazhab syafie diwaktu kita berselawat kepada Rasulullah saw hendaklah kita menambah dengan perkataan سيدنا ia adalah lebih utama dan afdal,dan merupakan satu penghormatan kepada baginda, kerana Allah melarang kita menyeru nabi macam kita memanggil kawan-kawan kita firman Allah dalam ayat 63 surah an nur yang bermaksud :
janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu Yang menarik diri ke luar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.