SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, June 25, 2012

HADIS KESEPULUH - HADIS POLITIK



BERPEGANG TEGUH DENGAN JAMAAH ISLAM
عَنْ حُذَيْفَةِ بن اليمان رضي الله عنه قَالَ : " أَنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْل ُ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ عَن رَسُوْلِ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشِّرِّ مُخَافَةً أَنْ يُدْرِكُنِيْ , فَقُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ , إِنّا كُنَّا فِيْ جَاهِلِيَّةِ وَشَرٌّ فَجَاءَنَا اللهُ بَهَذَا الْخَيْرِ , فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْر مِنْ شَرٌّ ؟ قَالَ نَعَمْ , قُلْتُ : فَهَلْ مِنْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَرِّ مِنْ خَيْرٍ ؟ قَالَ نَعَمْ ,قُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخيْر مِنْ شَرٌّ قَالَ : نَعَمْ , وَفِيْهِ دَخَنٌ . قَلْتُ : وَمَا دَخْنُهُ ؟ قَالَ : قَالَ : قَوْمٌ يَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْيِيْ , تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ . قُلْتُ : فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخيْر مِنْ شَرٌّ ؟ قَالَ نَعَمْ , دَعَاةُ إِلَي أَبْوَابِ جَهَنَّمِ , مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قّذَفُوْهُ فِيْهَا قُلْتُ : يَا رَسُوْلُ اللهِ ! صِفْهُمْ لَنَا ! فَقَالَ : هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُوْنَ بِأَلْسِتِنَا , قُلْتُ : فَمَا تَأْمُرُنِيْ إِنْ أَدْرَكَنِيْ ذَلِكَ ؟ قَالَ : تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمُيْنَ وَإِمَامَهُمْ . قُلْتُ : فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ ؟ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفَرْقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَغُضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّي يُدْرَكَكَ الْمَوْتَ وَأَنْتَ عَلَي ذَلِكَ .(رواه البخاري ومسلم)
Terjemahan Hadis
Daripada Huzaifah bin Al Yaman r.a katanya :”Adalah orang ramai bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebaikan, manakala aku bertanya Rasulullah SAW mengenai kejahatan kerana takut menimpaku .Aku berkata : Ya Rasulullah SAW ! Kami dahulu dalam jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kepada kami akan kebaikan ini, apakah sesudah kebaikan ini ada pula keburukan / kejahatan .Beliau bersabda : Ya! Saya bertanya lagi : Dan apakah sesudah kejahatan itu ada kebaikan .Beliau bersabda : Ya ! Padanya ada kejerubuan .Saya bertanya : Apakah dia kejerubuan itu ? Beliau bersabda : Orang – orang yang memimpin tidak menurut sunnahku , sehingga engkau dapat mengenal dan mengingkarinya .Saya bertanya : Apakah sesudah kebaikan itu ada lagi kejahatan ? Beliau bersabda : Ya ! Penganjur – penganjur ke pintu Jahannam , siapa yang menyahutnya akan dilemparkan ke- dalam Jahannam .Saya bertanya : Ya Rasulullah Terangkan kepada kami mengenai ciri –ciri mereka ! Beliau bersabda : Mereka dari golongan kami dan mereka bercakap dengan bahasa kami .Saya berkata : Apakah yang anda hendak perintah kpeada saya , jika saya menghadapi keadaan itu ? Beliau bersabda : Hendaklah engkau berpegang teguh dengan jamaah (kesatuan) orang –orang Islam dan pimpinan mereka ! Saya bertanya : Jika tidak ada jamaah dan tidak ada pimpinan mereka . Nabi SAW bersabda :Tinggalkanlah semua golongan itu dan menyendirilah.Walapun engkau terpaksa menggigit batang pokok sehingga mati dalam keadaan demikian itu .(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan mengenai perawi Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Huzifah bin AlYaman seorang sahabat dari Madain semasa Khalifah Omar bin Khatab menawan Parsi , beliau wafat pada tahun 36 Hijrah .
Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang tinggi nilainya kerana ia menerangkan tentang perkara – perkara yang akan dihadapi oleh Umat Islam pada akhir zaman seperti kejerubuan , anti hadis , kumpulan mengajak masuk neraka Jahannm dan juga pentingnya mendirikan jamaah Islam , dan langkah yang perlu diambil, kiranya jamaah itu tidak wujud , maka hendaklah tinggal berasingan , walaupun terpaksa menanggung kesusuhan dan kesulitan sehingga akhir hayat .
Keterangan Hadis secara terperinci .
1.Pengertian kebaikan dan kejahatan .
Kebaikan adalah perkara- perkara baik yang dipandang oleh syarak sama ada ia berbentuk amalan , tingkah laku , akhlak ataupun suasana , di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang membawa makna kebaikan , seperti :
الحسنة ,البر ,الخير ,الطيب , المعروف , الاحسان .
(1)Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran : 104 )
(2) )Firman Allah SWT yang bermaksud :
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.(Ali Imran : 92 )
(3) Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.(Al-Nahl : 90)
(4) Firman Allah SWT yang bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-hzab :21)
Kejahatan adalah perkara –perkara yang dipandang buruk oleh syarak sama ada ia berbentuk amalan , tingkah laku , akhlak ataupun suasana , di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang membawa makna kejahatan , seperti :
الشر , السوء , القبيح ,الفاحشة ,الفساد ,السيئة .
(1)Firman Allah SWT yang bermaksud :
]Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(2)Firman Allah SWT yang bermaksud :Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(An-Nisa, :85)
(3)Firman Allah SWTyang bermaksud :
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(Ali Imran : 135)
Di dalam surah Al syams ayat 7 -10 menerangkan tentang kebaikan dan kejahatan :
7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Dalam ayat 9 surat as Syams tersebut diatas disebutkan bahwa secara fitri Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia pengetahuan tentang keburukan (fujur) dan kebaikan (taqwa). Mengapa dalam ayat tersebut keburukan (fujur) disebutkan lebih dahulu, baru kebaikan (taqwa), bukanlah sekadar penyebutan, tetapi mengandungi makna bahwa jiwa manusia lebih mudah mengenali keburukan dibandingkan dengan kebaikan.Secara fitri, manusia akan langsung mempersepsi keburukan sebagai keburukan, karena keburukan berseberangan dengan fitrah dasar manusia sebagai makhluk yang baik. Menurut al - Qur’an manusia juga secara saikologi lebih mudah mengerjakan kebaikan, karena sesuai dengan fitrahnya (laha ma kasabat), sedangkan untuk berbuat jahat manusia harus “berjuang” melawan suara hatinya, suara nuraninya, sehingga terasa berat (wa `alaiha ma iktasabat). Kalimat kasabat dan iktasabat dalam bahasa Arab mengandungi erti dasar yang sama, tetapi kasabat dalam al Qur’an terdapat sebutan al khair dan fahisyah. Al Khair mengandungi erti mudah mengerjakannya dan iktasabat mengandungi erti susah mengerjakannya ,firman Allah yang bermaksud :
ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al-Baqarah : 286)
Dalam Al-Quran terdapat sebutan al khair dan fahisyah .Al Khair mengandungi erti kebaikan yang biasa yang datangnya dari Tuhan dan bersifat menyeluruh seperti keadilan, kejujuran, berbakti kepada orang tua, menolong yang lemah dansebagainya. Pandangan ini secara fitri dimiliki oleh semua manusia sepanjang zaman, bahkan pada masyarakat primitip yang belum mengenal pendidikan.

Sedangkan bagaimana cara menegakkan keadilan dan kejujuran, atau bagaimana caranya berbakti kepada orang tua atau bagaimana caranya membela orang lemah, tidak lagi masuk kategori al khair, tetapi masuk apa yang dalam al Qur’an disebut al ma`ruf, ya’muruna bi al ma`ruf firman Allah SWTyang bermaksud:
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji.(Ali Imran : 104)
Makruf membawa makna sesuatu yang di ketahui umum , kemudian diberi makna sebagai kebajikan ..
Sedangkan fahisyah mengandungi erti sesuatu yang secara umum dipandang
sebagai kekejian. Dalam al Qur’an firman Allah SWT Ayat 15 Surah An –Nisa yang bermaksud:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu,).
Fahisyah sering digunakan untuk menyebut zina. Ertinya secara fitri, semua manusia sepanjang sejarah kemanusiaan pada dasarnya mengerti bahwa hubungan seks di luar nikah (zina) adalah perbuatan keji. Para pezina professional pun tersinggung jika isterinya dizinai orang lain karena secara fitri zina adalah fahisyah, sesuatu yang jelaskekejiannya.
2.Tiap –tiap kebaikan diikuti dengan kejahatan dan sebaliknya .
Pada kebiasaannya kebaikan akan diikuti oleh kejahatan atau sebaliknya , kedua-duanya datang silih berganti seperti yang diterangkan di dalam hadis ini yang mana Rasulullah SAW menyebut :
a.Selepas kebaikan datang kejahatan
b.Selepas kejahatan datang kebaikan .
Contoh Selepas kejahatan datang kebaikan , orang Arab pada mulanya musyrik kemudian mereka memeluk Islam.
Dan contoh Selepas kebaikan datang kejahatan , umat Islam hidup dengan aman menganut Islam datang beberapa anasir jahat untuk merosakkan umat Islam .
Di dalam hadis lain Rasulullah Saw bersabda :
وَاتَّبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
“Ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan nescaya menghapuskannya”.
3.Umat Islam akan ditimpa kejerubuan .
Sebagaimana diterangkan di atas bahawa selepas kebaikan akan datang kejahatan ,iaitu mereka akan ditimpa oleh kejerubuan , apakah yang dimaksudkan dengan kejerubuan itu ? Rasulullah menerangkan ialah pemimpin yang memimpin tidak ikut sunnah Rasulullah , maka ini adalah satu kejahatan , kerana Umat Islam diperintahkan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah ,sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ
“Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat kebenaran dan pertunjuk dan gigitlah dengan gerham-gerham gigi (berpegang sungguh-sungguh).”
4.Ciri –ciri kumpulan yang mengajak masuk neraka jahannam .
Kumpulan ini adalah mempunyai dua ciri :
(1) Dari golongan Islam sendiri .
(2) Tahu tentang Islam , dan bercakap dalam nada Islam .
Kumpulan yang disebutkan di atas adalah kumpulan yang mengajak masuk neraka jahannam , mereka adalah orang Islam , tahu tentang Islam , mengaku Islam ,bercakap dalam nada Islam , tetapi bertujuan untuk meruntuhkan Islam , golongan ini amat bahaya kepada gerakan Islam , kerana merupakan gunting dalam lipatan , musuh dalam selimut, menganjurkan pesta - pesta berbentuk amal , tetapi mengandungi unsur –unsur maksiat yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pengajur kepada masuk neraka Jahannam ,seperti kanival –kanival yang bercanggah dengan Islam , yang mana berlakunya pergaulan bebas muda mudi , yang akhirnya berlakulah perzinaan ,minum arak dan lain, dari segi ekonomi menjalankan kegiatan yang berunsur riba . Oleh itu kita hendaklah menghadapi kumpulan ini dengan dakwah “Menyuruh berbuat makruf , mencegah kemungkaran”.Ketahuilah bahawa neraka Jahannam itu
amat panas ,yang akan dipenuhkan oleh Allah akan mereka-mereka yang menganjurkan masuk ke dalamnya ,Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah Engkau sudah penuh? " ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" (Qaaf : 30)
5.Kepentingan berjamaah .
Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud :
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Daripada ayat ini terang dan jelas kepada kita bahawa tugas ummat Islam , di samping mereka itu mendirikan solat dan mengerjakan tugas –tuga ‘ibadat yang diperintahkan oleh Allah SWT , sama ada secara wajib atau pun sunat , mereka juga hendaklah merubah muka bumi ini ke corak yang diredai oleh Allah SWT dengan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran .Oleh kerana tugas dan tanggungjawab untuk menegak kebaikan dan mencegah keburukan ini merupakan satu tugas yang amat besar yang tidak mungkin dilaksanakan secara perseorangan , maka Islam mengarahkan ummatnya atau memerintah kepada penganutnya supaya mewujudkan jamaah yang terdiri dari perbadi –peribadi Muslim yang berada dalam satu jamaah Islam yang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang besar itu .
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(Ali Imran : 104 )
Daripada ayat ini , terang dan jelas kepada kita sebagaimana ditafsirkan oleh ulamak – ulamak Islam bahawa tugas kita ummat Islam ini di samping kita mengerjakan tugas ibadah kepada Allah SWT, di mana termasuk di dalam pengertian ibadah itu juga ialah kita dapat menjalankan tugas- tugas kita di atas muka bumi ini , sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT iaitu untuk menjadi khalifah sebagai pentadbir bumi ini .
Oleh kerana itu tugas kita Ummat Islam aker h merubah muka bumi ini dengan corak Islam ialah dengan cara berdakwah dan menegakkan kekuasaan serta kemampuan yang dapat mengujudkan suasana dan keadaan Islam yang dikehendaki oleh Allah SWT .
Tugas dan tanggungjawab yang diterangkan di atas tidak mungkin dilakukan oleh seorang Islam secara perseorangan , walau bagaimana kuatnya sekalipun , ia memerlukan satu jamaah Islam , hal ini amat penting sehinggakan Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ خَرَجَ مِنَ الْجَمَاعَةِ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِيْقَةَ الْإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يَرْجَعَ وَمَنْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ فَهُوَ مِنْ جَثَاءِ جَهَنَّمَ , قَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَإِنْ صَامَ وَإِنْ صَلَّى قَالَ : وَإِنْ صَامَ وَإِنْ صَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ فَادْعُوْا الْمُسْلِمِيْنَ بِأَسْمَائِهِمْ بِمَا سَمَّاهُمْ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمُسْلِمِيْنَ الُمُؤْمِنِيْنَ عِبَادَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ . (رواه أحمد( .
“Barangsiapa yang keluar daripada jamaah Islam,daripada golongan Islam walaupun sekadar sejengkal, seolah –olah dia memutuskan ikatan Islam daripada tengkoknya kecuali dia kembali .Siapa yang menyeru kepada seruan jahiliyah maka dia adalah daripada bahan bakar api jahannam . Lalu sahabat bertanya :”Wahai Rasulullah ! Bagaimanakah kalau sekiranya seseorang itu bersolat dan berpuasa “.Rasulullah SAW menjawab :”Sekalipun dia bersolat dan berpuasa dan sekalipun dia yakin bahawa dirinya muslim dan kamu serulah orang – orang Islam dengan nama – nama mereka yang Allah telah namakan kepada mereka yang muslim dan beriman sebagai hamba-hamba Allah “. (Hadis riwayat : Ahmad) .
Ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab melibatkan diri dalam jamaah Islam .Berhubung dengan jammah Islam Allah SWT mensifatkannya dalam dua tempat :
Pertama : Dalam surah Al – Maaidah ayat 54 – 56 )yang bermaksud :
54.Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
56. dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.
Kedua : Dalam Surah Al-Mujadilah ayat 22 yang bermaksud :
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Dalam dua tempat ini ayat 54-56 surah Al-Maaidah dan ayat 22 surah Al –Mujadilah Allah SWT menerangkan kepada kita betapa perlunya jamaah Islam itu .Dan hendaklah diadakan , walaupun menghadapi tekanan dan cabaran dari pihak –pihak yang tidak suka kepada Islam . Di dalam hadis ini kalau pimpinan Islam dan jamaah Islam tidak wujud,maka umat Islam hendaklah melakukan langkah –langkah seperti berikut :
a.Tinggalkan golongan yang bukan jamaah Islam.
b.Tinggal bersendirian walaupun susuh dan sulit sekalipun .
Penjelasan :
a.Tinggalkan golongan yang bukan jamaah Islam.
Jika tidak ada jamaah Islam untuk dimasuki , maka dilarang untuk menyertai kumpulan yang tidak berteraskan Islam , kerana kumpulan itu akan membawa kesesatan dan kerugian , sebagai contoh kita akan menyesal kemudian hari , kerana berkawan dengan orang yang jahat ,seperti dikisahkan oleh Allah di dalam firmanNya yang bermaksud :
27. dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
28. "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau Aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
29. "Sesungguhnya Dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaKu. dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan Dia sahabat karibnya)". (Al-Firqaan : 27 -29).
Langkah yang paling baik hendaklah tinggalkan kumpulan yang bukan jamaah Islam itu
b.Tinggal bersendirian walaupun susuh dan sulit sekalipun
“Nabi SAW bersabda :Tinggalkanlah semua golongan itu dan menyendirilah.Walapun engkau terpaksa menggigit batang pokok sehingga mati dalam keadaan demikian itu “
Umat Islam dikehendaki tinggal bersendirian , jangan sekali –kali menghampiri jamaah yang bukan jamaah Islam ,walaupun tinggal bersendirian itu akan menemui kesusuhan seperti makanan ,pakaian , tempat tinggal dan lain – lain kemudahan , kerana ia merupakan suruhan rasul yang patut dituruti , jika ada peluang mengumpulkan orang maka cuba tubuhkan jamaah Islam , untuk menjamin kehidupan yang baik dan selisa .
Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam akan menghadapi beberapa pertukaran antara kebaikan dan kejahatan ,sebagai contoh dahulunya di dalam kejahilan , kemudian bertukar menjadi Islam.
2.Umat Islam hendaklah berhati –hati di dalam menjalani kehidupan , kerana mereka akan menghadapi ancaman daripada musuh-musuh Islam seperti golongan anti hadis (tidak pakai sunnah) yang mengajak ke arah kebinasaan dari segi akidah dan ibadah .
3.Umat Islam perlu berpegang teguh dengan jamaah Islam , yang mana dapat memimpin kea rah kesejahteraan dan menyelamatkan diri dari siksaan Allah .
4.Jika pimpinan dan jamaah Islam tidak ada, maka dilarang menyertai mana-mana kumpulan yang bukan jamaah Islam.
5.Umat Islam dikehendaki tinggal berasingan , jauh dari kumpulan yang menyesatkan , walaupun terpksa makan daun – daun dan batang – batang pokok sehingga menemui ajal

No comments:

Post a Comment