SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, December 18, 2009

HIJRAH

HIJRAH.

Pengertian hijrah dan sejarahnya.
Dari segi istilah perkataan hijrah berakar dari kata bahasa Arab ha ja ra bermaksud “berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain atau berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik .
Dalam Al-Quran hijrah memberi makna yang berbeza –beza .

(i)Hijrah bermakna meninggalkan perbuatan dosa , firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(Al-Muddaththir :5)
(ii) Hijrah membawa makna satu usaha yang dilakukan menunaikan perintah Allah SWT , FirmanNya :
Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(al-Ankabut :26)
(iii)Hijrah bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik , melalui uzlah pemikiran dan kerohanian dengan cara bijaksana ,firmab Alllah SWT :
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
(Al-Muzammil :10)
(iv)Hijrah merujuk peringatan Allah kepada kaum muslimin bahawa orang kafir sentiasa berusaha menjadikan kaum muslimin bergantung kepada mereka dan menjalani kehidupan seperti mereka .firman Allah SWT :.
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam.
(An-Nisa’ : 89)
Mengikut sejarah dalam erti kata perpindahan Nabi berlaku tiga kali , pertama hijrah dari Mekah ke Habshah pada tahun 615M , kedua juga dari Mekah ke Habshah pada tahun 617M, dan ketiga dari Mekah ke Yathrib pada tahun 622M .maka hijrah yang ketiga inilah yang dirujukan sebagai hijrah sebenar iaitu peristiwa mulia perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Yathrib (Madinah) yang belaku tepatnya pada 24 September 622M.

.Hirah ,Faham Agama dan Perjanjian Asal.

Hijrah adalah sebagai peristiwa penting sebagai permulaan zaman baru dalam sejarah Islam, Sayyidina Umar al-Khattab menetapkan takwin kaum muslimin bermula dengan hijrah nabi .Telah diakui bahawa telah berlaku perubahan besar selepas hijrah, ini dapat dilihat dengan jelas apabila nabi menukarkan Yathrib kepada al-Madinah al-Munawwarah (Kota yang bercahaya) .Di kota ini mula terbentuk umat awal kaum muslimin yang menandakan zaman baru yang bersejarah .Di situlah din yang sebenar mulai nyata berlaku bagi insan , disitulah tempat din yang hak berlaku , dan di situ insan yang Islam memperhambakan diri di bawah kawalan , naungan , kewibawaan dan hukum Rasulullah SAW yang memiliki kuasa , hakim,pemerintah, penguasa , raja atau gabenor.dari ini ujudnya tammadun Islam .
Sesungguhnya kefahaman yang tepat mengenai din dapat mengingatkan insan kepada keadaan mereka sebelum mereka dijadikan di alam dunia .diri insan sebenarnya sudah mengaku bertuhankan Allah sejak di alam roh menerusi perjanjian Asli, Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 172 :
Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi".
Perjanjian ini membawa kepada kefahaman yang lebih penting mengenai hakikat insan dan hubungannya dengan agama iaitu setiap insan sebenarnya lahir dalam keadaan telah berjanji dengan Tuhan mengenai rububiyyah Allah .dengan kata lain insan datang dalam keadaan berhutang yang digambarkan melalui kalimah al-dayn yang berakarkan kalimah yang sama dengan al-din.

Untuk memeterai perjanjian itu di alam dunia , insan perlu mengembalikan dirinya kepada tuhan sebagai balasan penghutangannya dengan Tuhan .Ini dilakukan dengan mengamalkan islam sebagai al-din dalam segenap aspek kehidupannya .Islam bererti penyerahan yang disedhari , diredhai dengan penuh taat mengikut cara –kaedah yang disyariatkan dan diturunkan kepada Rasulullah SAW menerusi wahyu .Inilah yang digambarkan melalui perkataan al-islam yang bermaksud penyerahan diri yang sepenuhnya kepada tuhan.Diri insan yang islam sesudah mengucap syahadah sama seperti dailakukannya di alam roh dulu , yang terbina peribadi islam akan membentuk keluarga Islam , masyarakat Islam dan seterusnya daulah Islam .Diri insan adalah tamsil ibarat sebuah kerajaan , padanya terdapat hati (Raja) , akal (Perdana Menteri), anggota tubuh (kementerian dan jabatan serta agensinya) .Diri insan ,jika mengalami hijrah adalah sebuah madinah .Jelas sekali peristiwa hijrah ini berkait rapat dengan perkara rohaniah yang berintisarikan din (agama) dan berhubung langsung dengan perjanjian Asli .

Kelebihan orang yang berhijrah menurut Al-Quran.

(i) Untuk memdapat rahmat Allah SWT .

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah :218)
(ii) Mendapat setinggi-tinggi darjat di sisi Allah .
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (At-Taubah :20) .

(iii) Murah rezeki .
dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An Nisa’ :100)

(iv) Mendapat balasan syurga .
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. ( At –Taubah :100 ).

(v) Mendapat gelaran orang-orang yang benar .
pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). (Al-Hasyr :8) .

.Kupasan Hadis Hijrah.

Dari Amirul mukminin Abu Hafsin Umar Ibn khatab r.a katanya :Aku dengar Rasulullah SAW bersabda “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkannya .Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dab RasulNya , maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengkahawinnya , maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu ,
(Hadis riwayat :Bukhari dan Muslim )

Kupasan hadis :
Maksud niat orang berhijrah bersama rasul .

Ialah orang-orang berhijrah bersama rasul untuk menegakkan islam .mereka berhijrah ke Madinah dengan maksud yang baik lagi ikhlas semata-mata kerana Allah dan RasulNya , maka dikatakan hijrahnya itu hijrah kepada Allah dan RasulNya., sudah tentu mendapat ganjaran yang sesuai dengan maksudnya , sebaliknya ada pula orang yang berhijrah ke Madinah dengan maksud yang tidak sesuai dengan agama , malah hijrahnya untuk kepentingan peribadinya sebagaimana yang dinyatakan Rasul dalam sabdanya :
“dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengkahawinnya , maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu”

Maka teranglah dari kenyataan tersebut bahawa hijrah dan perbutan atau amal yang sepertinya ada mempunyai dua macam keadaan , ada yang dilakukan kerana agama dan ada pula kerana dunia atau lainnya walaupun pada zahirnya kelihatan kerana agama sebagai contohnya ialah orang yang menunaikan haji untuk berniaga dan orang menuntut ilmu untuk mendapatkan kedudukan dalam masyarakat , masing-masing akan mendapat balasan menurut niat dan qasadnya.

Pada zaman Rasulullah ada orang yang berhijrah ke Madinah, tetapi hijrahnya bukanlah kerana maksud menunaikan tuntunan agama , malah sebaliknya, iaiu untuk menyampaikan hajatnya .Ibn Masud menerangkan bahawa di antara para sahabat ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar Ummu Qis , tetapi Ummu Qis sendiri tidak suka menjadi isterinya, kalau dia mahu berhijrah ke Madinah kerana ini , maka berhijrahlah lelaki itu kemudian berkahwinlah mereka .Kata Ibnu Masud “ Kami menamakan orang itu dengan muhajir Ummu Qis .Iaitu seorang yang berhijrah kerana ummu Qis , bukan kerana Allah dan RasulNya .Inilah gambaran hijrah yang dikatakan hijrah kerana perempuan .
jenis –jenis Hijrah.
a.Hijrah Hati.
Kemajuan seseorang itu adalah terletak pada hatinya .Sabda Rasulullah SAW :
“Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan seketul daging ,apabila ia baik , baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya .Ketahuilah ! itulah dikatakan hati (.Hadis Riwayat :Bukhari dan Muslim .)
Untuk menjadi manusia yang maju dan manusia yang direda Allah, maka kita mestilah berhijrah pada hati dahulu .Buang dan kikis segala sifat-sifat negative seperti sombong , angkuh ,takabur , bakhil , riak ,tamak , haloba, hasad, dengki, fitnah ,zalim ,jahat , khianat , bakhil dan lain-lain sifat mazmumah .Kita mesti berhijrah dari alam kegelapan kepada alam cahaya . Kita gantikan sifat-sifat mazmumah itu dengan sifat-sifat mahmudah seperti amanah , jujur , ikhlas, taat,adil, kasih , sayang , muafakat , rajin , usaha , insaf, aman , pemaaf , beradab , bersopan santun , bertanggungjawab, berbudi bahasa , berkhidamat, lurus, luhur dan sebagainya .
Selagi ada sifat-sifat mazmumah ini tidak mungkin seseorang manusia itu akan maju , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah .Mungkin ia akan maju dari segi lahiriah sahaja tetapi tidak dari batiniah .
Kita juga mestilah mengubah haluan dan cara hidup dan sentiasa memperbaiki mutu dan taraf hidup kita .selagi kita tidak memperbaiki cara hidup kita , selama itulah kita kan ketinggalan zaman kerana kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan .Jika kita masih mengira dengan jari sedangkan orang lain sudah mengira dengan komputer , maka selama itulah kita tertinggal di belakang .Apabila kita sudah tertinggal dibelakang maka orang lain,bangsa lain akan memijak kepala kita dan akhirnya kita menjadi umat yang mundur .
Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan dengan mengurniakan akal untuk berfikir dan pancaindera yang lima iaitu mata untuk melihat , telinga untuk mendengar , lidah untuk bercakap dan mengecap rasa , hidung untuk mencium dan kulit untuk merasa sentuhan.Jika manusia telah menyalahgunakan kurniaan itu dengan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendakNya , sesuatu yang mungkar , maka Allah pasti akan membalasnya dengan menurunkan manusia itu kepada taraf yang paling rendah kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh , untuk mereka itu Allah kurniakan ganjaran yang tidak purtus-putus .Firman Allah SWT :
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
5. kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
6. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus ( Surah Tin : 4-6 ).

Firman Allah SWT :
Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Ayat 179 Surah Al-A’raaf ).

Kepada mereka yang menggunakan akal untuk tujuan mungkar, dan menggunakan pancaindera mengikut nafsu mereka dan di atas landasan yang tidak diredhai Allah, maka alangkah baiknya mereka .berhjrah ke jalan yang betul sebagaimana yang dituntut oleh Islam .Alangkah eloknya jika akal dan pancaindera kita turut sama berhijrah , supaya dengan itu kita akan mendapat nikmat dan keredaanNya.

b.Hijrah Ilmu dan Intelektual .

Untuk membolehkan kita bersaing dengan orang lain, bangsa lain dan Negara lain , kita mestilah meningkatkan ilmu dan intelektual kita dahulu .Kita mestilah meneroka bidang-bidang baru , atau meneroka bidang lama dengan teknologi baru .Jika kita masih kekal dengan cara lama , kemahiran lama .ilmu lama , maka selama itulah kita akan ketinggalan di belakang terutama sekali dalam zaman sains dan teknologi ini.
Jika kita masih menanam padi dan mengetam padi dengan tangan , sedangkan orang lain sudah menanam dengan menggunakan kapal terbang dan mengetam padi dengan menggunakan jentera harvester , maka selama inilah produktiviti kita tidak akan bertambah .
Kelemahan kita ialah tidak menggunakan ilmu yang ada untuk kebaikan kita sendiri. Ada kalanya kita tidak menggunakan peluang yang ada pada kita , tidak menggunakan kuasa yang ada pada kita . Ilmu , kuasa dan peluang ini adalah merupakan senjata yang paling berharga bagi kita.untuk maju , kita mestilah menambah kapasiti ilmu, supaya dengan itu peluang untuk kita menggunakan ilmu itu akan terbuka luas.
Hijrah mental adalah perubahan dan pembangunan mental dan intelektual dari jumud kepada kebijaksanaan dan dogmatik kepada penerimaan idea-idea baru yang lebih progresif , dari ilmu yang sempit kepada ilmu yang lebih luas , dari kemiskinan idea kepada kekayaan idea.
Hijrah mental bermula dengan pendidikan progresif dari sekolah rendah dalam satu daerah kepada sekolah menengah dalam daerah yang lain , hinggalah ke kolej dan universiti dalam negeri atau negara lain .Tiap –tiap kali anak-anak berpindah berlajar , maka ilmunya akan bertambah , pengalamannya akan bertambah , kebijaksanaan dan pemikiran akan menjadi lebih matang .
Begitulah juga dengan orang-orang dewasa.Alam pemikirannya akan menjadi lebih luas dan dengan pembangunan mental yang lebih tinggi, kita dapat mengatasi segala masalah .Pembangunan dan penghijrahan mental akan mengubah cara hidup kita dari pelita kepada lampu , dari air telaga kepada air paip, dari kereta lembu kepada kapal terbang dan sebagainya .
Walaupun kita sudah berilmu dan mempunyai kuasa , tetapi sekiranya kita gagal merebut peluang untuk menggunakan ilmu dan kuasa itu, maka orang lain akan merebut peluang kita untuk membawa keuntungan kepada mereka dan secara langsung kita akan mengalami kerugian .
Walaubagaimana ilmu yang ada pada kita mestilah digunakan sebaik-baiknya dan janganlah hendaknya kita menyalahgunakan kuasa itu,kerana lambat laun kita akan mengalami kerugian yang lebih besar , kerana balasan Allah pasti ada.
Jika kita mempunyai peluang untuk menambah ilmu , gunakanlah segala peluang itu untuk kebaikan kita dan generasi akan datang,kerana jika kita mempunyai peluang untuk menambah dan memperkayakan ilmu tetapi kita tidak merebutnya , maka orang lain pula merebut peluang itu dan akhirnya kita ketingglan zaman.Sedangkan kita tahu tentang kelebihan orang yang mempunyai ilmu seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 :
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

c.Hijrah Jiwa dan Rohani.
Jiwa dan rohanilah yang akan menentukan amalan dan cara hidup seseorang.Jika seseorang itu berjiwa Islam , maka amalan, tindakan dan cara hidupnya akan bercorak Islam .Jika jiwa seseorang itu sudah dikiblatkan ke barat , maka baratlah amalan dan cara hidupnya .Semuanya bergantung kepada jiwa .
Hijrah jiwa dan rohani bererti kita berpindah dari kegelapan kepada cahaya dari jiwa yang negatif kepada jiwa yang positib , dari jiwa dan moral yang rendah kepada jiwa dan moral yang lebih tinggi .sebelum kita berhijrah dari alam fana ke alam baqa’ , jiwa kita mestilah penuh dengan jiwa yang diredhai oleh Allah SWT ,firmanNya di dalam ayat 8 surah Al-Baiyinah :
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah redha akan mereka dan Merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Penghijrahan jiwa ini adalah amat mustahak dilakukan sekarang kerana umat Islam di Malaysia telah dihantui oleh jiawa barat , jiwa penjajahan yang kita pusakai selama 466 tahun .Di zaman kita di bawah penjajah , berbagai –bagai tindakan telah diamabil oleh penjajah Inggeris untuk menukar jiwa kita , dari jiwa Melayu Islam kepada jiwa Inggeris barat .Sebilangan besar dari orang Islam telah terperangkap dengan perangkap penjajah , maka jadilah mereka orang Islam yang Islam pada nama sahaja , sedangkan amalan , tindakan , jiwa , rohani , pemikiran, cara hidup mereka telah menjadi Inggeris dan barat, bahkan ada juga yang menadji lebih Inggeris dari orang Inggeris sendiri.
Sebelum terlambat , kita mestilah berhijrah jiwa kita dahulu .Apabila jiwa sudah berhijrah ,maka yang lain akan mudah turut sama berhijrah .

d.Hijrah Rezeki.
Pepatah Melayu ada menyebut “Rezeki secupul tidak akan jadi segantang.” ,Selama ini telah disalah ertikan oleh orang Melayu yang gagal ,tidak maju,malas , tidak bermotivasi , dan digunakan pepatah ini saebagai alasan .Pepatah itu sebenarnya ditujukan kepada qada’ dan qadar dan bukan kepada rezeki .rezeki berada di tangan Allah .Firman Allah SWT :
dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Al-Jumu’ah :11)

Rezeki adalah sebahagian dari ekonomi .Ekonomi negara akan menjadi mundur jika individu tidak berhijrah dalam rezeki .Jika seseorang individu ingin maju , maka dia mestilah berhijrah untuk mencari rezeki yang lebih.
Ekonomi Malaysia tidak mungkin maju jika getah tidak dihijrahkan dari Brazil , kelapa sawit dan koko tidak dihijrahkan dari Afrika ke negara ini .Seseorang petani tidak mungkin maju di kampungnya jika ia tidak berhijrah ke kawasan –kawasan FELDA .Nelayan –nelayan tidak akan maju jika mereka tidak berhijrah ke laut dalam untuk menerokai menangkap ikan di lautan dalam . Seseorang peniaga kecil tidak mungkin maju jika ia tidak berhijrah dari sesebuah kampung yang kecil ke pekan yang lebih besar ,Orang yang berniaga satu barang sahaja tidak mungkin maju jika ia tidak berhijrah untuk meluaskan perniagaannya , begitulah seterusnya .

e.Hijrah Amalan.
Untuk maju dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini , kita mestilah berhijrah pada kedua –dua amalan kita – amalan dunia dan amalan akhirat .Berhijrah dari amalan negatif kepada amalan positf .
Amalan dunia hendaklah ditambah dari masa ke semasa , sama ada amalan melalui penggunaan ilmu dan akal intelektual , atau amalan melalui perniagaan fizikal .Sedikit demi sedikit kita boleh mengurangkan amalan negatif dan dalam masa yang sama kita gantikan dengan amalan positif .Kita kurangkan kemalasan kita selama 5 minit sehari dan menambah kerajinan kita dengan 5 minit sehari , akhirnya kita sampai ke tahap maksima.
Amalan juga boleh ditambah dari sehari ke sehari .sekiranya kita tidak pernah sembahyang sunat , cubalah mulai dari sekarang kita lakukan , mula-mula dengan sunat rawatib , kemudian sunat-sunat muakkad yang lain .Kita tambah kualiti sembahyang wajib kita dari yang kurang sempurna kepada yang lebih sempurna dengan cara yang lebih khusyuk .
Kita juga boleh berhijrah melalui penambahan pembacaan kita supaya kita lebih memahami isi kandungan Al-Quran .Jika sudah faham pun kita masih boleh mendalami hikmah di dalamnya .Tidak mungkin kita boleh sampai ke tahap maksima untuk menyelami ilmu yang ada dalam Al-Quran itu .Kerana Allah telah memberi tahu di dalam Al-Quran bahawa Dia beri ilmu itu hanya sedikti kepada manusia , sebgaimana firmanNya :
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Isra’ :85 )
f.Hijrah Habitat atau Hijrah Tempat .

Seseorang itu dikatakan berhijrah habitat atau berhirah tempat apabila ia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, pada umumnya dari satu tempat yang dhaif ke tempat yang lebih sempurna , atau ada kemungkinan tempat baru itu akan menjadi lebih sempurna di masa akan datang .Tidak ada sebab yang seseorang itu akan berpindah jika tempat dahulu lebih baik dan selesa , kecuali ada sebab- sebab tertentu .

Apabila taraf hidup seseorang itu telah meningkat ,maka ia akan berpidah dari kampung ke Bandar , atau dari sebuah Bandar ke Bandar yang lain untuk mencari kualiti hidup yang lebih tinggi, atau untuk mencari kemudahan yang lebih selesa atau taraf hidup yang lebih tinggi .

Ada empat jenis hijrah tempat :

1.Berpindah dari sebuah kampung yang lain dalam negeri yang sama.

2.Berpindah dari kampung ke Bandar.

3.Berpindah dari sebuah negeri ke negeri yang lain

4.Berpindah dari sebuah negara ke negara yang lain.

Kenapa berhijrah ?.

Ada banyak sebab kenapa seseorang itu berpindah ,antaranya :

· Memulakan kerja baru
· Bertukar jawatan dalam kerja yang sama
· Bertukar kerja atau kerjaya
· Naik pangkat
· Untuk membesar dan memperluaskan perniagaan atau industri
· Untuk membesar dan memperluaskan ladang tanaman
· Untuk mencari ilmu dan kelayakan yang lebih
· Kerana tempat kerja itu terpaksa dipindahkan
· Untuk menerokai bidang –bidang baru
· Untuk menerokai atau mebuka tanah baru
· Ahli-ahli politik yang berpindah kerana dipilih dalam satu kawasan baru
· Terpaksa berpindah atas kepentingan perkhidmatan
· Berpisah dari suami atau isteri
· Kerana tempat lama tidak lagi selesa
· Terpaksa berpindah atas sebab –sebab tertentu
· Untuk mencari pengalaman baru
· Atas sebab-sebab peperangan
· Kerana tanah tempat tinggal telah diambil balik oleh kerajaan untuk sesuatu maksud awam
· Untuk mencari kedamaian di hari tua .

Ada beberapa sebab kenapa manusia akan menjadi lebih maju jika berhijrah tempat .Antaranya :
· Oleh kerana tempat baru,maka seseorang yang berhijrah itu akan menghadapi serba kekurangan – kekurangan handai taulan , kekurangan bekalan , kekurangan kemudahan, kekurangan serba-serbi .Apabila masalah kekurangan timbul , maka secara terpaksa ia akan menjadi lebih rajin ,lebih berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan itu.
· Tempat baru akan memberi motivasi yang lebih untuk dia kerja lebih kuat,lebih rajin .
· Seseorang itu akan membuat perancangan baru yang lebih teratur untuk menambah keselesaan kepada tempat yang baru, dan dengan itu secara langsung akan mendapat faedah yang lebih.
· Tempat baru akan memberi pengalaman baru, dengan pegalaman itu akan membawa keuntungan kepadanya dalam jangka masa yang pendek .
Kesimpulannya,berhijrah tempat atau habitat adalah digalakkan oleh Islam kerana asasnya Nabi Besar Muhammad SAW sendiri telah berhijrah dari Mekah ke Madinah, dan zaman keagungan Islam, agama Islam telah dihijrahkan dan diperkembangkan ke seluruh dunia .

ke Arah Perpaduan Ummah Melalui Hijrah

Pada awal berkembangnya Islam di Kota Madinah , kaum Ansar di Madinahlah yang menjadi tulang belakang untuk memberi segala jenis bantuan kepada kaum Muhajirin yang datang dari Mekah .Dua kaum ini menjadi satu di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW .Yang lebih penting lagi ialah pengorbanan yang diberikan oleh kaum Ansar kepada kaum Muhajirin .Yang kaya membantu yang miskin dengan segala kerelaan dan senang hati .Firman Allah SWT :
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(Hasyr :9)

Maal Hijrah hendaklah dijadikan suatu peristiwa untuk kita sama –sama mencari jalan untuk mengalakkan pergaduhan dan perpecahan .hijrah di zaman Rasulullah telah menyatukan umat di Madinah dengan umat di Mekah untuk menjadi suatu umat yang kuat dan disegani oleh seluruh dunia Arab .Ketika empayar Islam sedang memuncak dalam kurun kelapan , selurh dunia takut dan segan keepada Islam .Islam menjadi gagah , tetapi kerana perpecahan orang Islam sendiri ,Islam menjadi lemah .
Di akhir abad ke 20 masihi bersamaan dengan awal abad ke 15 hijrah , umat Islam telah bangun semula untuk menengakkan agama Allah .Kita lihat rata-rata , berduyun –duyun rakyat bukan Islam telah memeluk agama Islam .Bilangan Masjid telah bertambah diseluruh pelosok dunia,dari negeri Inggeris di sebelah barat hinggalah ke Negara Jepun di sebelah timur , dari utara Russia hinggalah ke selatan di Austrlia , hatta banyak gereja Krstian telah bertukar menjadi masjid .Malangnya kebangkitan umat Islam itu telah digerhanakan pula oleh kemusnahan peperangan dan pergaduhan antara sesama Islam .
Marilah sama - sama kita berhijrah dari pergaduhan kepada persahabatan , dari permusuhan kepada ketaulanan , dari perseteruan kepada ketemanan ,dari jahat sangka kepada baik sangka , dari pergeseran kepada pelukan , dari pergaduhan , permusuhan ,perkelahian, perseteruan akhirnya akan membawa kepada peperangan dan kehancuran .Oleh kerana kita orang Islam adalah satu,maka kita hendaklah bersatu .

2.11.7.Hijrah Untuk Dunia dan Akhirat .

Sesudah kita memahami konsep hijrah secara meluas dan mendalam , memahami hikmah di sebaliknya, menyedari sebab-sebab kenapa kita mesti berhijrah , menilai faedah dari penghijrah , menilai faedah dari penghijrahan , mengenal pasti di mana tempat yang seharusnya berhijrah , maka kita mestilah mengambil langkah-langkah yang perlu , serta mengambil tindakan yang wajar dan sesuai untuk kita berhijrah .
Bagi umat Islam di Malaysia pada hari ini , Maal Hijrah hendaklah dijadikan suatu hari bagi kita membuat perhitungan atau stock-taking dan perancangan untuk kita hidup dengan lebih selesa di masa akan datang .Ma’al Hijrah hendaklah dujadikan hari kita menyikap kembali dan merenung ke tahun –tahun lepas untuk kita supaya tidak mengulangi kesilapan itu di tahun –tahun yang akan datang.
Kita lihat berapa banyak amalan dunia kita,berapa banyak produktiviti kita.Adakah kuantiti dan kualiti amalan dan tndakan kita meningkat dari masa ke masa .Jika didapati kurang maka kita mestilah tambah pada tahun ini.
Kita lihat pula kepada amalan akhirat kita, jika didapati lemah kita perbaiki , jika dapati kurang kita tambah , jika didapati silap kita perbetulkan , jika didapati mutu amalan akhirat kita merosot kita pertingkatkan kualiti dengan kekhusyukan serta ditambah dengan kualiti yang lebih banyak,
Kita merenung kembali untuk mengkaji ajaran Islam sebagai ad-din sebagai teras dan halacara hidup kita , bukan sahaja untuk akhirat ,tetapi juga sebagai panduan hidup di dunia .Kita melihat kepada Ad-din itu sebagai suatu ajaran yang menggabungkan dunia dan akhirat sekaligus di mana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan .
Janganlah hendaknya kita melihat kepada ibadat solat itu semata-mata untuk akhirat kerana dalam solat itu faedah untuk dunia seperti amanah ,berperancangan (niat),commitment, setia,displin,bertanggungjawab , khusyuk , tawadduk, ikhlas , kesempurnaan ,bersistematik,terima kasih (syukur) berkorban.waktu,kebersihan ,rajin , sabar , senaman adalah sama pentingnya dengan faedah pahala untuk akhirat.
Jangan hendaknya kita melakukan ibadat puasa itu semata –mata untuk akhirat sahaja , kerana dalam ibadat puasa itu faedah untuk dunia seperti melatih jasmani kita supaya tidak melampaui batasan makan ,supaya tidak terjebak dengan penyakit kerana makan makanan yang terlampau banyak zat dan khasiat ,berdisiplin ,kesedaran ,keinsafan, kesamarataan, tolak ansur . kasih sayang antara manusia dan sebagainya adalah sama pentingnya dengan pahala di akhirat.
Akhirnya setelah kita mengambil langkah dan tindakan yang perlu umtuk mengubah halacara hidup kita,hati kita , sikap kita,jiwa kita pohon doa restu dari Allah jua :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Dan seterusnya kita berdoa :
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(Al-Fatihah : 5-7 )
Diakhiri dengan doa :
: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".

Thursday, December 10, 2009

PESAN IMAM SYAFIE MEMILIH SAHABAT .

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: "Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah."

"Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

"Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia."

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: "Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

"Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

"Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

"Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

"Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

"Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia."

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai

Thursday, December 3, 2009

40 Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
38)Sangat adil di dalam membuat giliran bermalam di antara isteri –isterinya .
39)Suka bersukan dan bersenaman , pernah berlumba lari dengan Aisyah .
40)Tegas dengan orang kafir dan kasih saying dengan sesama Islam .

Wednesday, December 2, 2009

15 SEBAB KERANA MEMILIH PAS

1.Islam sebagai dasar perjuangan
2.PAS dipelopori olej gerakan ulamak.
3.PAS mementingkan dakwah dan tarbiah
4.PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan
5.Kepimpinan yang menggabungkan ulamak ,profesional dan aktivis
6.PAS memperjuangkan perpaduan
7.PAS sesuai dalam masyarakat majmuk (PAS UNTUK SEMUA)
8.PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan
9.PAS memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
10.Memimpin PAS satu tanggungjawab
11.PAS mementingkan kebajikan .
12.Keahlian PAS tidak diwarnai dengan batas kaum dan keturunan semata -mata
13.PASengambil berat kepada pembentukan akhlak.
14.PAS mendidik rakyat.
15.Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman .

Saturday, November 21, 2009

50 CARA SELAMATKAN MALAYSIA

1.Perteguhkan akidah dan ketaqwaan Umat Islam dan bersihkan akidah .
2.Lancarkan refomasi pendidikan Negara.
3.Lahirkan warga pendidik yang beriltizam dan kembalikan budaya ilmu.
4.Pertingkatkan penghayatan Islam, benteras sekularisme dan faham sesat librralisme dan pluralisme dalam kehidupan umat .
5.Bela golongan bahawahan (petani ,nelayan ,buruh, setinggan , pekebun kecil , peniaga kecil,pesara berpangkat rendah ,pekerja pengangkutan awan)
6.Banteras kemungkaran akhlak dan segarkan budaya amar makruf dan nahi mungkar .
7.Banteras salah guna kuasa.
8.Hentikan diskriminasi dan penindasan politik,banteras politik kotor .
9.Gerakkan refomasi sistem Parlimen dan Dewan undangan Negeri .
10.Hapuskan budaya Feudal dalam kerajaan dan masyarakat
11.Bersihkan pilihanraya.
12.Hapuskan undang – undang zalim dan perlihara hak asasi manusia mengikut falasafah kemuliaan insane .
13.Kembalikan intergriti polis dan pertahanan Negara .
14.Bersihkan kepincangan dalam instiusi kehakiman Negara.
15.Masyarakatkan perlaksanaan syariah dalam kehidupan umat islam.
16.Laksanakan hukum dengan adil.
17.Bersihkan perlaksanaan hukum dari rasuah dan salahguna kuasa.
18.Dedah penyelewengan .
19.Suburkan budaya hidup serdahana.
20.Sokong pemimpin yang mengamal hidup serdahana , peraturan isytihar harta pemimpin mesti dikuatkuasakan.
21.Hormat teguran ulamak.
22.Banteras rasuah , kronisme dan nepotisme .
23.Hentikan industri arak.
24.Tutup industri judi.
25,Tutup pusat hiburan yang merosakkan akhlak .
26.Perangi jenayah habis –habisan dan tingkatkan keselamatan awam.
27.Bersihkan masyarakat dari penyalahangunaan dadah dan tabiat merokok.
28.Sekat hiburan yang merosakkan .
29.Kembalikan mertabat Bahasa Melayu .
30.Semarakkan kebudayaan kebangsaan.
31.Hentikan pengambilan tanah pertanian dan kawal serta agih pemberian hak milik tanah kepada rakyat dengan adil.
32.Bangun asset tanah orang Melayu dan hindari dari mengambil alih tanah perkampungan Melayu.
33.Suburkan budaya hidup berdikari .
34.Hentikan projek membazir dan salahguna wang rakyat oleh kerajaan dan kikis budaya hidup membazir di kalangan rakyat .
35.Hukum perosak alam sekitar dan urus khazanah Negara dengan amanah berasaskan pembangunan mapan.
36.Banteras pengangguran.
37.Hentikan pengusiran rakyat atas nama pembangunan .Pastikan pembangunan tidak menjejas golongan miskin dan pendapatan rendah .
38.Atasi jurang kaya – miskin dan agih kemakmuran Negara dengan saksama .
39.Atasi oerbelanjaan pengurusan yang terlalu tinggi , pertingkatkan keberkesanan pengurusan wang zakat dan baitulmal .
40.Bina semula sumber daya manusia .
41.Bangunkan generasi muda .
42.Hentikan konflik antara agama.
43.Banteras ponografi (bahan lucah).
44.Luruskan media dan suburkan budaya membaca yang sihat ,bangun kualiti intelektualisme
45.Muliakan dan tingkatkan kaum wanita .
46.Perteguskan institusi keluarga .
47.Utamakan kesihatan rakyat .
48.Bentuk idelisme dan aktivisme mahasiswa di IPT
49.Elakkan dari terperangkap dalam hegemoni kuasa besar dunia .
50.Ubah dari sistem ekonomi kapitalis kepada ekonomi yang mengutamakan pengagihan yang adil di kalangan rakyat (Ekonomi Islam ) .

Thursday, November 19, 2009

PILIHLAH PARTI ISLAM UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

Barat memisahkan di antara agama dan politik , di dalam Islam keduanya tidak berpisah .Islam adalah agama yang secara tabiinya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat .

Firman Allah (mafhumnya)"Maka hadapkan dirimu (engkau dan pengkutmu wahai Muhammad) Ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah) iaitu agama Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya ) untuk menerimanya ; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu,itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"(Surah ar -Rum ayat 30).

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia.Hukum - hukumnya rasional ,mudah diterima akal dan rasional .

Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia , sejak masa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada Tahun 1 hijrah = 622M , terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dengan tersibar hingga ke seluruh dunia.

Islam berkembang dari Asia ke Afrika , ke Eropah ke Timur .sehingga ke jatuhnya kerajaan Othmaniyah di Turki pada tahun 1924 .Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar , melainkan tinggal beberapa buah negara sahaja .

Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan.

Ia bersatu dalam satu perkataan diistilahkan sebagai ad - Din , cara hidup yang lengkap,terungkap seperti firman Allah (mafhumnya ) "Pada hari ini , Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat -ku terhadap kamu , dan aku redha Islam menjadi ad - Din kamu (cara hidup yang sempurna) ...(Surah al - Maaidah , ayat 3).

Oleh kerana itu,kita umat Islam perlu terima hakikat , Islam adalah agama yang sempurna termasuk cara berpolitik , memerintah cara Islam .

Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain,ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah -rendahkan agama , seolah -olahnya cara hidup ciptaan manusia lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah -rendahkan agama Allah boleh menyebabkan rosaknya akidah .

Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul , bukan semata - mata terpengaruh dengan arus masyarakat .

Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia , lebih -lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam.Maka di dalam konteks kita di Malaysia maka parti PASlah yang mendokong Islam yang pelembagaan partinya yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah . Oleh pilihlah ia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat ,

Wassalam , wallahua'lam .

Monday, November 16, 2009

PENDDUK ISLAM DUNIA

PENDUDUK ISLAM DUNIA BERJUMLAH 1.57B
New Jersey : Penduduk Islam dunia berjumlah 1.57 bilion atau 1:4 penduduk dunia . Laporan tersebut disediakan oleh Pew Forum Ob Religion and Public Life yang mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya .
Namun hasil laporan tersebut mendapati , sekalipun Islam bemula di Negara Arab tetapi bilangan terbesar umat Islam adalah di benua Asia iaitu kira –kira 60% dari jumlah keseluruhan penduduk Islam dunia .Dari perbandingan yang dibuat, didapati ,Jerman mempunyai penduduk Islam lebih ramai berbanding Lebanon .Manakala Cina lebih ramai umat Islam daripada Syria dan Rusia lebih ramai orang Islam berbanding Jordan dan Libya.
Agama Islam menjadi agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian .Antara sepuluh Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia adalah :
1.Indonesia
2.Pakistan
3.India
4.Bangladesh
5.Iran
6.Turki
7.Mesir
8.Algeria
9.Maghribi
10,Nigeria .
Dipetik dari majalah Islam keluaranNovember 2009 .

Sunday, November 15, 2009

PETUA ORANG MADINAH HIDUP SIHAT .

PADA masa Rasulullah SAW memimpin masyarakat Madinah , selalku pentadbir , ia adalah seorang yang miskin ,walaupun warga Madinah hidup senang dan kaya .
Pada suatu ketika Rasulullah mengimami solat Isyak berjemaah ,para sahabat yang jadi makmum menjadi cemas kerana mereka Nabi sakit , kerana setiap kali ia menggerakkan tubuhnya untuk rukuk , sujud dan sebagainya ,kedengaran keretak , kertik, seolah – olah tulang –tulang Nabi longgor semuanya .
Maka selepas salam Umar bin Khatab bertanya “Ya! Rasulullah adakah engkau sakit ? “ Tidak ,Umar aku sihat “ Jelas nabi.
“Tapi mengapa tiap kali engkau menggerakkan badan dalam solat , kami dengar ttulang – tulang berkertak –kertak ?”
Mula – mula Nabi tidak ingin membongkar rahsianya ,kerana melihatkan para sahabat rasa ragu –ragu memperlihatkan keadaannya , lalu ia membuka pakaianya .
Nampak oleh para sahabat , Nabi mengikat perutnya yang kempis dengan selembar kain yang di dalamnya di isi beberpa ketul batu untuk menahan rasa lapar .Batu – batu itulah yang berbunyi ketika Nabi melakukan pergerakan di dalam solat.
Dengan serta merta Umar memekin sedih “Ya ! Rasulullah apakah sudah sehina itu snggspsnmu kepada kami ? Apakah engkau mengira seandainya engkau mengatakan lapar,kami tidak bersedia memberimu makanan yang lazat ? Bukankah kami semuanya hidup dalam kemakmuran ?
Nabi tersenyum ramah seraya menyahut .” Tidak . Umar tidak ,Aku tahu kalian para sahabatku , adalah orang – orangyang setia kepadaku .Apa lagi sekadar makanan , harta atau nyawa akan serahkan untukku sebagai tanda cintamu terhadapku .Tetapi di mana aku hendak letakkan mukaku di hadapan pengadilan Ilahi kelak di hari Pembalasan , apabila aku selaku pemimpin membebankan rakyat ?”
Para sahabat pun sedar akan peringatan yang terkandung dalam ucapan Nabi tersebut ,sesuai dengan tindakkannya yang sentiasa lebih memeintingkan kesejahteraan umat daripada dirinya sendiri.
Seorang tabib yang dikirimkan oleh penguasa Mesir Muqauqis , sebagai tanda persahabatan ,selama dua tahun tinggal di Madinah menganggur , kerana tidak ada pesakit berjumpa dengannya .Menandakan kesihatan penduduk Madinah sangat baik.Menyababkan tabib itu bosan lalu bertanya kepada Rasulullah “Apakah penduduk Madinah takut kepada Tabib ?” .Nabi menjawab ,”Tidak ,terhadap musuh mereka tidak takut , inikan pula tabib .”
“Tapi selama dua tahun saya tinggal di Madinah ,tidak ada seorangpun berjumpa dengan aku “
“Kerana penduduk Madinah tidak ada yang sakit “ Jawab Nabi.Tabib itu kurang percaya “Masakan tidak ada sorang yang sakit “
“Silakan periksa segenap ceruk rantau Madinah untuk membuktikan ucapanku “ Ujar Nabi .
Maka Tabib itu pun melakukan perjalanan keliling Madinah membuktikan ucapan Nabi itu .Ternyata memang di seluruh Madinah tidak ada yang sakit .Akhirnya tabib itu kagum dan bertanya kepada Nabi .”Apakah petua yang diamalkan Penduduk Madinah semuanya sihat tidak pernah jatuh sakit “?
Rasulullah menjawab .”Kami adalah satu kaum yang tidak makan , melainkan benar –benar lapar , jika kami makan tidak sampai kenyang .Itulah untuk sihat .Yakni makan yang halah lagi baik , dan makan untuk takwa ,tidak sekadar memuaskan hawa nafsu .”

Wednesday, November 4, 2009

TAWADUK (MERENDAHKAN DIRI)

a) Firman Allah Taala dalam Surah Al Hijr ayat 88 yang bermaksud :

"Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati ) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka
( yang kafir itu) ,dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan);dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang -orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)."

Ayat ini menceritakan keadaan orang -orang Islam di Madinah (zaman mula kebangkitan Islam ) yang iri hati melihat barang -barang dagangan orang - orang kafir yang diimpot dari luar,dan menegur sifat orang -orang Islam yang berharap -harap akan harta kekayaan tersebut,kerana Allah telah menurunkan Al Quran sebagi panduan,yang di dalamnya banyak pertunjuk untuk mendapat kekayaan seperti orang -orang kafir itu.Dan juga memerintahkan Umat islam supaya bersifat rendah diri (tawaduk ) jangan sombong sesama Islam ,lebih -lebih lagi golongan yang miskin .

(b) Firman Allah Taala dalam Surah Al Isra' ayat 37 yang bermaksud :

"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong ,kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung -ganang ."

Berlagak sombong dan mengada -ngada sangat dikutuk oleh Allah SWT kerana ia bukan sahaja meruntuhkan amal kebajikan serta menghapuskan pahala,bahkan menjatuhkan maruah dan akhlak seseorang . Tidak ada seorangpun yang mengatakan berlagak sombong itu sangat mulia malah membenci serta mengutuk pelakunya.

Berlagak sombong sangat dibenci kerana ia perbuatan yang sia -sia dan tidak menghasilkan sesuatu maksud yang positif sebagaimana diperumpamakan oleh Allah sebagai tidak dapat menembusi bumi dan tidak dapat menyamai setinggi gunung ,pendekkata tidak ada manfaat yang diperolehi daripada berlagak sombong .
Orang yang berlagak sombong itu adalah untuk menunjulkan diri, dan dia mempunyai sifat -sifat kekurangan, dan ingin menyembunyikanya .orang yang berlagak sombong adalah orang yang tidak mempunyai identiti diri.Oleh sabab buruknya kesan daripada berlagak sombong , maka Allah SWT melarang keras umatNya mengamalkan sikap seumpama ini.

(c) Firman Allah Taala dalam Surah Al Furqan ayat 63 yang bermaksud :

"Dan hamba -hamba (Allah) Ar Rahman (yang diredhaNya),ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang - orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata - kata kepada mereka ,mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Setiap orang Islam dianjurkan berakhlak mulia,serta ditugaskan penyambung misi perutusan Rasulullah SAW sebagai penyempurna akhlak sepeti sabadanya :
بعثت لأتمم مكارم الاخلاق
" Aku diutuskan sebagai penyempurna kemulian akhlak"

Bagi meraih kemuliaan di dunia dan lebih -lebih lagi di akhirat ,kita orang islam tidak dapat lari daripada menghiaskan diri daripada akhlak yang terpuji dan terbaik , sehubungan dengan itu , melalui ayat di atas ,Allah SWT memerintahkan semua orang Islam berakhlak dan bertingkahlaku baik di dalam semua situasi , sama ada di rumah , di tempat kerja,termasuklah di jalanan .

Orang yang berakhlak mulia dapat mensesuaikan dirinya di dalam masyarakat ,sama ada berdepan dengan orang cerdik pandai ,atau orang yang kurang ilmu pengetahuannya.

Gesaan supaya berakhlak mulia dengan sifat tawaduk (merendahkan diri ) sering diulang-ulangkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran seperti ayat di atas,ini adalah kerana amat penting sifat tersebut demi mewujudkan sebuah masyarakat yang hormoni .

Wednesday, October 21, 2009

BANKRAP DUNIA AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM
SEORANG sahabat Rasulullah SAW bercerita ,sewaktu kami sedang duduk bersama nabi , ada yang datang membawa jenazah dan meminta baginda mensolatkannya .Baginda bertanya :”Adakah dia (simati) mempunyai hutang ?” mereka menjawab :”Tidak”.Tanyanya lagi :”Adakah dia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan) ?” jawab mereka :”tidak.” Lalu baginda pun mensolatkan jenazah itu .Kemudian satu jenazah lagi dibawa kepada Rasulullah SAW “ Wahai Rasulullah,solatkan jenazah ini”Mereka meminta , Tanya baginda ,” Adakah dia (simati) mempunyai hutang ?” mereka menjawab :”ya”.Tanyanya lagi :”Adakah dia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan) ?” jawab mereka :”tiga dinar.” Baginda pun mensolatkannya.Sesudah itu dibawa pula jenazah yang ketiga . Mereka meminta Nabi menunaikan solat jenazah .Nabi bertanya :”Apakah si mati ada meninggalkan harta untuk diwarsi ?” Mereka menjawab “ Tidak ada “ ,nabi bertanya adakah ia mempunyai hutang ? sahabat menjawab “ ia , sebanyak tiga dinar “ .Lantas Rasulullah SAW bersabda :” Kamu solatkanlah teman mu ini .” Seorang sahabat bernama Qatadah segera berkata ,” Solatkankah jenazah ini , saya sanggup menjelaskan hutangnya” . Nabi pun mensolatkan jenazah itu .
Dari hadis di atas kita dapati bahawa baginda enggan mensolatkan jenazah yang ada hutang , maka hendaklah kita ambil iktibar hendaklah kita menjelaskan hutan sebelum ajar memanggil kita .Oleh itu sebelum jenazah dikebumikan ahli waria hendaklah meminta kepada mereka yang hadir supaya tampil meminta hutangnya kalau jenazah ada berhutang .atau mensedekahkan hutang itu dengan iklas .Maka sebelum harta pusaka diagihkan kepada yang berhak, hutang hendak ditolak terlebih dahulu . Kerana roh orang berhutang akan tergantung di antara bumi dan langit , jika ia mampu membayarnya .jika orang memberi hutang tidak memaafkan hutangnya .sebuah hadis manyatakan “ Semua dosa orang mati syahid akan diampunkan , kecuali hutangnya.: riwayat Muslim .
Islam telah menjelaskan tata cara berhutang di dalam ayat 282 Surah AlBaqarah yang bermaksud :” Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah juga menerangkan banyak hadis tentang orang yang berhutang dan yang memberi hutang , di antaranya ,sabda baginada ,”Sebaik –baik kamu ialah orang yang membayar hutangnya cara yang paling baik ,” “ Bertolak ansurlah kamu, nescaya kamu akan diberi tolak ansur ( dalam masalah membayar hutang ) “.
Firman Allah SWT di dalam surah albaqarah ayat 280 yang bermaksud :” Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Akhirnya marilah kita sama – sama mengambil berat tentang hutang dan berusahalah untuk menjelaskanya .
Wassalam .

ISLAMKAN ILMU PERUBATAN .
Membaca buku “ Menjawab Persoalan Makhluk Halus , Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan “ Karangan Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din .Saya dapati bahawa di dalam pengubatannya yang menggunakan ayat – ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah di dalam menentang gangguan makhluk halus . Pengubatan jenis ini jika dirujuk kepada pakar perubatan moden ,tidak dapat dibuktikan secara saintifik ,tetapi dengan bacaan ayat Al- Quran pesakit dapat disembuhkan. Adalah pengubatan secara Islam dan tidak bercanggah dengannya .
Pandangan Dr.Mohd .Hatta Shaharom ,Pensyarah Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia , bahawa rawatan oleh doktor perubatan Islam kepada pesakit histeria melibatkan empat unsur iaitu jasad,jiwa,masyarakat dan rohani , gabungan antara rawatan jasad dan rohani (dengan menggunakan Ayat quran dan doa – doa yang masyhur dari Rasulullah SW) dengan izin Allah pesakit akan sembuh .
Dari dua perkara di atas jelaskan kepada kita bahawa pengubatan secara menggunakan ayat Al – Quran dan Sunnah diakui boleh menyembuhkan penyakit, lebih –lebih lagi yang berkaitan dengan gangguan rohani.
Maka yang penting bagi kita bagaimana kita hendak mengislamkan bidang perubatan itu baik perubatan moden , tradisional . Jika kita masih menggunakan kaedah yang berlawanan dengan ajaran – ajaran Islam , maka tidak ada gunanya, maka sebagai orang Islam kita mesti menolak perubatan jenis ini , lebih –lebih lagi akan membawa kepada syirik.
Wassalam .