SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, June 16, 2012

HALANGAN DAN CABARAN


umno -BN adalah penghalang besar bagi PAS-Pakatan Rakyat.
BANYAK HALANGAN YANG MESTI DIHADAPI OLEH AHLI JAMAAH.HALANGAN ITU KADANG – KADANG BOLEH MEMBAWA KEPADA GUGURNYA MEREKA MENINGGALKAN TUGAS DAKWAH , DAN ADA YANG TERUS MENENTANG DAN MENINGGALKAN JAMAAH DAN YANG PALING BAHAYA APABILA BERPALING TADAH ITU TERIDIRI DARIPADA PUCUK PIMPINAN JAMAAH
KESAN BURUK KEPADA JAMAAH APABILA RAMAI YANG GUGUR DAN LARI DARIPADA JAMAAH .
1.Boleh mencemar dan menjatuhkan nama baik jamaah kepada masyarakat umum dan boleh melahirkan perasaan benci orang ramai kepada jamaah tersebut sehingga ahli parti yang masih tabah di dalam jamaah terpaksa menghabiskan masa untuk mengubati dan memulihkan nama baik jamaah .
2.Boleh melahirkan berbagai – bagai fitnah dan racun berbisa kepada jamaah yang tinggal angkara ahli parti yang lari dan akhirnya boleh merugikan jamaah.
3.Akan terdedahnya rahsia – rahsia penting jamaah kepada musuh, dan rahsia tersebut digunakan musuh untuk melemahkan atau menghancurkan jamaah.
4.Akan menyebabkan orang ramai menjauhkan diri dan takut untuk mendekati jamaah PAS dan tidak percaya kepadanya, sehingga kadang – kadang jamaah itu terus mati atau boleh diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mahu.
HALANG DARI JAMAAH
1.Tidak ada atau kurangnya tarbiyah kepada ahli.
2.Tidak meletakkan kelayakkan dan ketokohan seseorang pada tempat yang sesuai.
3.Kelemahan pemimpin dan tidak mengambil berat terhadap ahli.
HALANG DARIPADA INDIVIDU
1.Tabiat individu yang tidak iltizam dengan jamaah
2.Takut dan bimbang sesuatu musibah akan menimpa diri dan rezekinya.
3.Bersikap melampau.
4.Mahu menunjuk – nunjuk dan riak .
5.Kurang sabar.
6.Tekanan dari kumpulan jahat dan musuh.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

No comments:

Post a Comment