SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, May 27, 2013

JANGAN MEMBAZIR




Kita semua tahu bahawa pada musim cuti sekolah ini ramai yang buat kenduri kawin – satu perkara yang saya hendak tegur ialah kepada para tetamu yang datang kenduri itu yang mengambil makanan terlalu banyak – sehinggakan makanan itu tidak dimakan – lalu dibuang ke dalam tong sampah – amalan ini adalah membazir – kita tahu bahawa membazir itu suadara syaitan , firman Allah dalam surah israk ayat   27 yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang Yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Dan juga ada tetamu yang telah banyak menghadiri jemputan kawin itu – oleh itu mengelakkan membazir – kalau telah kenyang – minum air sahaja – dan bertemu dengan tuan rumah dengan mengucapkan taniah kepadanya .

Saturday, May 18, 2013

IKTIBAR DARI KEKALAHAN PAS DALAM PRU13.



IKTIBAR DARI  KEKALAHAN PAS.
AHLI – AHLI PAS DAN PENYOKONG-PENYOKONG  PAKATAN RAKYAT JANGANLAH DUKACITA DAN BERPUTUS ASA  DIATAS KEKALAHAN YANG DITERIMA OLEH PAS TERUTAMA BEBERAPA PIMPINAN UTAMA ,ALLAH TAALA BERFIRMAN DI DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 139 ;
                                   آل عمران: ١٣٩
dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
MENGENAI KEKALAHAN BEBERAPA PEMIMPIN UTAMA PAS SEPERTI  TIMBALAM MURSYIDUL AM DATOK HARUN DIN (PARLIMEN ARAU),TUAN HAJJ MOHD SABU TIM.PARSIDEN,(PARLIMEN PENDANG), DUA ORAN NAIB PARSIEN :SALLEHUDDIN AYUB (PARLIMEN PULAI),DATUK HUSAM MUSA (PARLIMEN PUTRAJAYA),DAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN (DUN JENGKA) ADALAH SESUATU YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH, KITA TELAH BERKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH ,TETAPI ALLAH BELUM MEMBERI KEMENANGAN KEPADA MERKA , NAMUN BEGITU DI PIHAK LAWAN KITA UMNO-BN JUGA HILANG BEBERAPA TOKOH BESAR  MEREKA SEPERTI DATUK ABD.GHANI OTHMAN  BEKAS MENTERI BESAR JOHOR (PARLIMEN GELANG PATAH) , DATUK SRI ALI RUSTAM BEKAS KETUA MENTERI MELAKA (PARLIMEN BUKIT KATIL ),DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH TIM MENTEREI PENGAJIAN TINGGI(PARLIMEN TEMERLOH),DATUK RAJA NONG CIK MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN ( PARLIMEN LEMBAH PANTAI)  DAN DATUK IR MOHD ZIN (PARLIMEN SEPANG).MALAHAN DI PIHAK SEKUTU BN DARI PARTI MCA DAN GERAKAN MENGALAMI KEKAKALAH YANG TERUK – KERANA  KEMENAGAN DAN KEKALAHAN ITU ADALAH SILIH BERGANTI FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 140:
              ﯝﯞ                            ﯪﯫ               آل عمران: ١٤٠
jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka Sesungguhnya kaum (musyrik Yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka Yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim.
 TOKOH PAS YANG KALAH DALAM PRU 13.
TOKOH -TOKOH BN YANG TEWAS DALAM PRU 13.


Friday, May 10, 2013

BERBAKTI KEPADA IBU



RENUNGAN PAGI JUMAAT

IBU adalah sangat penting bagi kita , maka  berbaktilah kepadanya jika ia masih hidup kerana berbakti kepada ibu adalah lebih utama dan lebih pahalanya , kerana ibu itu mengalami kesusuhan , mengalami kesakitan waktu melahirkan ,menyusu dan memeliharanya hingga dewasa dan sentiasa memberi kasih sayang  dan lain-lain lagi , Berkata seseorang kepada Rasululllah SAW :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟  أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ  . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ  . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ  . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”

Berbakti kepada ibubapa selepas keduanya meninggal dunia.
            Sabagiamana  wajib seseorang itu berbakti kepada dua ibubapanya pada masa hidup mereka , maka wajiblah atasnya berbakti kepada keduanya selepas ia meninggal dunia .caranya dengan memohon  doa dan istighfar sebanyak-banyaknya untuk mereka berdua,bersedekah, membayar hutang mereka . melaksanakan wasiat mereka , memperhubungkan silaturrahim dengan sekalian keluarga , berbakti kepada kawan dan rakan mereka . dan lain-lain lagi .
            Doa untuk ibubapa :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا .
Ya! Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil .”

Wednesday, May 8, 2013

TANIAH KEPADA CALON PAS P.088 DAN N.32 DAN CALON DAP N.30.


SAYA MENGUCAPKAN TANIAH KEPADA  CALON PAS P.088 US.NASRUDDIN DAN N.32 TUAN SYED HAMID  DAN CALON DAP N.30  YM TENGKU ZULPURI SHAH DIATAS KEMENANGANNYA  MEWAKILI PAKATAN RAKYAT DAN CALON N.31 LANCANG  SDR NIZAM  MEWAKILLI PKR YANG TEWAS KITA CUBA PRU.14
DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PERTUGAS -PERTUAGAS PARTI YANG BERKERJA KERAS SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN  YANG TERDIRI DARI   PAKATAN RAKYAT -  KEPADA PENGUNDI - PENGUNDI TEMERLOHA  MARILAH KITA BERSATU HATI LUPAKAN  SEGALA SENGKETA DI MASA PRU 13 YANG LALU - KITA BINA SEMANGAT BARU - KITA BINA  TEMERLOH BANDAR BERKEBAJIKAN
HAJI JUSOH DARUS
YDP PAS KAWASAN TEMERLOH
 .

Friday, May 3, 2013

UNDI BN BERMAKNA MENGUNDANG 1001 PETAKA



KUALA LUMPUR : Setiap undi kepada BN dalam pilihanraya ini samalah seperti memilih untuk mengundang 1001 petaka kepada rakyat dan negara bagi penggal pemerintahan akan datang,tegas Ketua Penerangan PAS Pusat,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
Beliau berkata,gejala kronisme akan terus membiak serta korupsi yang sudah sedia berada pada tahap memalukan hingga dalam banyak peringkat dipalit elemen rasuah akan terus meningkat jika manda masih diberi kepada BN.
Selain itu,katanya tindakan pengundi jika menolak Pakatan Rakyat juga seperti mahu menyaksikan kemerosotan nilai sahsiah dan akhlak masyarakat serta kesesakan penghuni di Pusat -pusat serenti seluruh negara,
Paling bahaya tambah Calon Dun Jengka itu juga,membiarkan BN menang seolah -olah mengizinkan politik negara pada masa akan datang diracuni dengan politik lucah dan fitnah yang sama sekali tidak ,menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya , jika BN menang laigi, kadar hutang negara terus meningkat dan ia menjadi beban dahsyat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kerakusan pemimpin Umno-BN mengedalikan ekonomi negara.
"Kita bimbang tiba suatu peringkat rakyat akan menganggap politik itu sebgai perkara jijik sedangkan BN yang mewarnakan politik sedemikian rupa "Ujarnya lagi kepada Harakah,30 April 2013 lalau .Oleh Arif Atan (HARAKAH KELUARAN 3-5 MEI 2013

CALON PAKATAN RAKYAT P088 TEMERLOH DAN N.30,31 DAN 32.




GANDINGAN MANTAP CALON – CALON PR DI P.088 TEMERLOH TERDIRI DARI   US.NASRUDDIN DARI PAS  P.088 TEMERLOH , YM TENGKU ZULPUJI  SHAH DARI  DAP  N.30  MENTAKAB , SDR NIZAM HAMID DARI PKR  N.31 LANCANG  DAN SYED HAMID  DARI PAS N.32. KEPADA PENGUNDI – PENGUNDI  PARLIMEN TEMERLOH DAN DUN –DUN  KELUARLAH BERAMAI – RAMAI PADA 5.5.2013 INI , UNDILAH PR , TOLAK BN ,  INI KALILAH KITA BERUBAH .MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUNAJAT PADA HARI SABTU JAM 3.30 PAGI DI PADANG AWAM KUBANG GAJAH TEMERLOH  MUDAH –MUDAHAN ALLAH MAKBULKAN DOA KITA KITA MENCAPAI KEMENANGAN YANG BESAR.

Thursday, May 2, 2013

JANGAN LUPA KELUAR MENGUNDI

 
3hari lagi kita akan mengundi, keluarlah beramai-ramai pada 5.5.2013 ini,undilah pakatan rakyat - tolak umno-BN,55 tahun kita telah dizalaimi mereka (BN),orang Islam sepatutnya tidak akan terkena patuk pada lubang yang sama, kepada pengundi-pengundi luar baliklah kampung - undilah pakatan rakyat - ini kalilah kita ubah kerajaan - perubahan membawa kebahgiaan - undilah pakatan rakyat .