SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, June 21, 2012

MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK JAHAT UMNO –BN


DATO' MAHFUZ OMAR NAIB PRESIDEN PAS
Kuala Lumpur : Perpaduan Melayu pecah dab rapuh kerana politik sempit dan jahat yang dimainkan oleh Umno-BN sejak berpuluh tahun lamanya,
Naib Presiden PAS,Dato’ Mahfuz Omar semasa ditemui di Lobi Parlimen 14 Jun lalu berkata,tidak timbul isu PAS dan Pakatan Rakyat menjadi penyebab kepada politik hari ini caca-merba.
Sebaliknya kata beliau,akibat kesedaran rakyat dan peningkatan saluran maklumat ,mereka boleh menilai sendiri kaedah politik pihak mana yang lebih jujur dan telus dan menyebelahi rakyat.
Beliau menjawab persoalan yang dibangkit seorang wartawan arus perdana yang menemui beliau di Parlimen bertanyakan mengenai isu kononnya politik hari ini menjadi terlalu sempit dan sukar selain sengit.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata,PAS dan Pakatan Rakyat mengamalkan politik terbuka dan tidak meletakkan kaum,agama dan keturunan sebagai penghalang.
PAS sendiri katanya mula diterima oleh bukan Islam termasuk mereka yang menjadi ahli Dewan Himpunan Kelab Penuokong PAS.
“Ia membuktikan keterbukaan PAS dalam melayari politik hari ini dan menjauhi stigma perkauman yang sempit seperti diamalkan Umno-Bn “katanya.
Jika tohmah kewujudan PAS dan Pakatan Rakyat sebagai menyemarakkan lagi persaingan sengit dalam dunia politik hari ini,beliau mengakuinya. (Wan Nordin Wan Yaacob Harakah 28Rejab -1Syaaban 1433 /18 -21 JUN 2012 ).

No comments:

Post a Comment