SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 27, 2012

HIMPUNAN BANTAH LYNAS





KUANTAN – Kira –kira 1,000 penyokong anti –Lynas yang menyertai Perhimpunan Menginap 24 jam di Balok/Gebeng bersetuju tidak memasuki kawasan perindustrian komersial Gebeng selepas perbincangan ringkas bersama polis,semalam.
Sejak awal pagi,sebahagian mereka memasuki Gebeng dan berhenti di depan jalan masuk ke kilang Lynas bersama kenderaan persendirian dan bas.walaupun ada sekatan jalan raya.
Bagaimanapun, mereka beredar 15 minit kemudian atas arahan polis dan berkumpul di jalan besar berhadapan Institiut Latihan Perindustrian Gebeng,lebih 4 km dari kilang Lynas.
Setengah jam kemudian,beberapa lagi kenderaan tiba dengan membawa bendera dari Selangor,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan sebelum berkumpul serta mendengar ucapan beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua penerangan PAS Pusat,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ,”perhimpunan itu bertujuan menolak kilang Lynas yang masih mendapat kepercayaan kerajaan.
Menurutnya,isu Lynas kini bukan berkaitan kaum atau politik,tetapi membabitkan keselamatan dan masa depan rakyat.
Katanya walaupun tokoh tertentu memberi jaminan radiasi berada pada paras rendah,mereka tetap mempertikaikan ukuran yang diambil sebelum operasi kilang.
“Isunya sekarang ialah bimbang mengenai sisa kilang itu.Kita menghormati undang – undang ,tetapi mahu isu ini diberhentikan segera “katanya.
Hadir sama,Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,ADUN Triang,Leong Ngah Ngah , aktivis politik , Hishamuddin Raid ,Pengerusi Lajnah Alam sekitar PAS,Zulkefly Omar dan Sasterawan Negara A.Samad Said yang menyampaikan puisi bertajuk “Gebeng yang luka”.
Semantara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmi Yusof berkta,kumpulan itu tidak mengikut prosedur dan Akta Perhimpunan Awan 2011 yang menetapkan permohonan dibuat 10 hari sebelum perhimpunan. Aswany Omar,Rosilawati Rosedi dan Erna Yusnida JUSOH –Sniar Harian Isnin 25 Jun 2012 .

No comments:

Post a Comment