SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 12, 2012

FAHAMI INTIPATI AL-QURAN (MUFTI MESIR)


KAHERAH – Mufti Mesir Dr.Ali Gomaa menyeru umat Islam seluruh dunia Islam,khususnya dalam bulan Ramadhan yang bakal datang nanti iaitu bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran,agar memahami setiap daripada intipati isi kamdungannya bagi mengelak sebarang kesalahan ketika mentafsirkan ayat – ayatnya mengikut kehendak kecenderungan pihak tertentu.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah dalam program agama anjuran Dar al-kutub (Sebuah badan kitab –kitab agama dan tradisi Islam Mesir ) dibawah tajuk “Kelebihan bulan Ramadhan”
Menurutnya umat Islam perlu sedar akan kepentingan dan tanggungjawab mempelajari al-Quran,ia bukan sahaja untuk dibaca , malah lebih daripada itu dengan menyelidiki isi –isinya dengan baik berdasarkan ilmu –ilmu yang berkaitan dengannya.

DR,ALI GOMAA MUFTI MESIR
Tambah beliau,semua umat Islam telah maklum,bahawa al-Quran itu adalah kitab panduan dan petunjuk jalan kebenaran,yang tidak ada sebarang syak dan ragu walau seinci pun dalamnya, ia hanya akan menjadi petunjuk kepada hamba-hamba Allah yang bertakwa,tidak kepada Muslim yang sebahagiannya menyalahi tuntutan agama seperti meninggalkan solat,tidak berpuasa,tidak mengeluarkan zakat dan sebagainya.
Beliau selanjutnya menengaskan,bahawa al-Quran juga merupakan bahan tamaddun yang terulung kerana terdapat di dalamnya pelbagai ilmu seperti Fiqah dan usulnya,Tasawwuf,Nahu,sorof,ilmu Qiraat,Sirah/sejarah,Tajwid,Akidah,Balaghah,yang kesemuanya mampu menlonjakkan seseorang individu Muslim menjadi insan yang cemerlang dalam segenap aktiviti hariannya,malah mampu menyelamatkan daripada tersasar daripada kebenaran agama islam – (Moheet.com ,Harakah 21 -24 Rejab 1433 / 11 -14 Jun 2012 ).

AL-QURAN DI BACA DAN DIFAHAMI AYATNYA DENGAN BAIK DAN AMALKAN.

No comments:

Post a Comment