SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, October 21, 2009

BANKRAP DUNIA AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM
SEORANG sahabat Rasulullah SAW bercerita ,sewaktu kami sedang duduk bersama nabi , ada yang datang membawa jenazah dan meminta baginda mensolatkannya .Baginda bertanya :”Adakah dia (simati) mempunyai hutang ?” mereka menjawab :”Tidak”.Tanyanya lagi :”Adakah dia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan) ?” jawab mereka :”tidak.” Lalu baginda pun mensolatkan jenazah itu .Kemudian satu jenazah lagi dibawa kepada Rasulullah SAW “ Wahai Rasulullah,solatkan jenazah ini”Mereka meminta , Tanya baginda ,” Adakah dia (simati) mempunyai hutang ?” mereka menjawab :”ya”.Tanyanya lagi :”Adakah dia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan) ?” jawab mereka :”tiga dinar.” Baginda pun mensolatkannya.Sesudah itu dibawa pula jenazah yang ketiga . Mereka meminta Nabi menunaikan solat jenazah .Nabi bertanya :”Apakah si mati ada meninggalkan harta untuk diwarsi ?” Mereka menjawab “ Tidak ada “ ,nabi bertanya adakah ia mempunyai hutang ? sahabat menjawab “ ia , sebanyak tiga dinar “ .Lantas Rasulullah SAW bersabda :” Kamu solatkanlah teman mu ini .” Seorang sahabat bernama Qatadah segera berkata ,” Solatkankah jenazah ini , saya sanggup menjelaskan hutangnya” . Nabi pun mensolatkan jenazah itu .
Dari hadis di atas kita dapati bahawa baginda enggan mensolatkan jenazah yang ada hutang , maka hendaklah kita ambil iktibar hendaklah kita menjelaskan hutan sebelum ajar memanggil kita .Oleh itu sebelum jenazah dikebumikan ahli waria hendaklah meminta kepada mereka yang hadir supaya tampil meminta hutangnya kalau jenazah ada berhutang .atau mensedekahkan hutang itu dengan iklas .Maka sebelum harta pusaka diagihkan kepada yang berhak, hutang hendak ditolak terlebih dahulu . Kerana roh orang berhutang akan tergantung di antara bumi dan langit , jika ia mampu membayarnya .jika orang memberi hutang tidak memaafkan hutangnya .sebuah hadis manyatakan “ Semua dosa orang mati syahid akan diampunkan , kecuali hutangnya.: riwayat Muslim .
Islam telah menjelaskan tata cara berhutang di dalam ayat 282 Surah AlBaqarah yang bermaksud :” Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah juga menerangkan banyak hadis tentang orang yang berhutang dan yang memberi hutang , di antaranya ,sabda baginada ,”Sebaik –baik kamu ialah orang yang membayar hutangnya cara yang paling baik ,” “ Bertolak ansurlah kamu, nescaya kamu akan diberi tolak ansur ( dalam masalah membayar hutang ) “.
Firman Allah SWT di dalam surah albaqarah ayat 280 yang bermaksud :” Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Akhirnya marilah kita sama – sama mengambil berat tentang hutang dan berusahalah untuk menjelaskanya .
Wassalam .

ISLAMKAN ILMU PERUBATAN .
Membaca buku “ Menjawab Persoalan Makhluk Halus , Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan “ Karangan Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din .Saya dapati bahawa di dalam pengubatannya yang menggunakan ayat – ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah di dalam menentang gangguan makhluk halus . Pengubatan jenis ini jika dirujuk kepada pakar perubatan moden ,tidak dapat dibuktikan secara saintifik ,tetapi dengan bacaan ayat Al- Quran pesakit dapat disembuhkan. Adalah pengubatan secara Islam dan tidak bercanggah dengannya .
Pandangan Dr.Mohd .Hatta Shaharom ,Pensyarah Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia , bahawa rawatan oleh doktor perubatan Islam kepada pesakit histeria melibatkan empat unsur iaitu jasad,jiwa,masyarakat dan rohani , gabungan antara rawatan jasad dan rohani (dengan menggunakan Ayat quran dan doa – doa yang masyhur dari Rasulullah SW) dengan izin Allah pesakit akan sembuh .
Dari dua perkara di atas jelaskan kepada kita bahawa pengubatan secara menggunakan ayat Al – Quran dan Sunnah diakui boleh menyembuhkan penyakit, lebih –lebih lagi yang berkaitan dengan gangguan rohani.
Maka yang penting bagi kita bagaimana kita hendak mengislamkan bidang perubatan itu baik perubatan moden , tradisional . Jika kita masih menggunakan kaedah yang berlawanan dengan ajaran – ajaran Islam , maka tidak ada gunanya, maka sebagai orang Islam kita mesti menolak perubatan jenis ini , lebih –lebih lagi akan membawa kepada syirik.
Wassalam .

Tuesday, October 20, 2009

LUPA ALLAH

Firman Allah SWt yang bermaksud : Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan , kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang – orang yang beriman .
(AZZARIYAT : 55)
Tazkirah penting mengingatkan yang lupa , orang lupa perlu disedarkan .Sebab itu kita disuruh membaca surah Asri , dalam hal agama kita mudah lupa terutama mengingati Allah, dalam hal dunia kita payah lupa.
Lupa Allah menurut Imam Ibnul Qayyim al –Jauzi, berpunca daripada dosa yang dilakukan seorang hamba .
Hukum bagi orang yang lupa Allah ada dua :
Pertama : Allah pasti melupakannya pula, kerana orang yang lupa Allah ini tidak menjaga perintah dan laranganNya, maka Allah akan melupakannya dengan membiarkan dan meninggalkannya , tanpa memberinya hidayah dan taufiq di dalam kehidupan dunia.
Hal ini selaras dengan kaedah yang dibuat oleh para ulamak yang bermaksud :”Balasan sesuai dengan jenis pekerjaan .Dan selari dengan firman Allah dalam surah at –Taubah ayat 67 yang bermaksud :
orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.
Orang yang dibiarkan mengikut hawa nafsunya dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah,dapat dipastikan kehidupannya akan sesat dan menyesatkan.
Kedua :Ia pasti lupa terhadap dirinya sendiri .Hal ini sesuai dengan amaran Allah di dalam Surah Hasyr ayat 19 yang bermaksud :
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik - derhaka.
Yang dimaksudkan lupa diri di sini ialah lupa akan nilai – nilai luhur dan perkara yang membuatnya bahagia dan mendapatkan keuntungan di dunia dan akhirat .Apabila orang telah melupakan akhlak –akhlak yang mulia , sudah tentu ia tidakmakan berusaha memperolehnya.
Lupa diri juga bererti lupa akan cacat cela dan kekurangan diri sehingga ia tidak berusaha untuk memperbaiki dan mempurnakannya.
Orang yang lupa diri pula tidak mengingati langsung penyakit hati yang dideritanya, sehingga penyakit tersebut lama – kelamaan akan memberhayakan atau malah membinasakan dirinya
Lupa diri juga lupa akan peringatan Allah di dalam Al Quran di antaranya perniagaan yang menguntungkan seperit terdapat di dalam :
(1)Surah at –Taubah ayat 111 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(2)Surah Ash Shaff ayat 01 -13 yang bermaksud :
10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.

Monday, October 19, 2009

WANITA YANG PERTAMA MASUK SYURGA

PADA suatu hari Fatimah bertanya kepada Rasulullah SAW :”Siapakah wanita yang bakal masuk syurga yang pertama ?”. Ia menjawab :”Seorang wanita bernama Mutiah”.Fatimah terkejut , kerana bukan dia ,sedangkan dia puteri Rasulullah .
Kerana itu timbul keinginannya untuk menemui wanita tersebut , untuk melihat kehibatan ibdatnya .Apakah sebabnya dia diberi kehormatan tinggi oleh Allah ?
Sesudah meminta izin dari suaminya Saidina Ali , Fatimah berangkat ke hujung kota Madinah untuk mencari Mutiah .Puteranya Hassan menangis untuk ikut , lalu didukungnya dan kemudian terus menuju ke rumah Mutiah .
Tiba di muka rumah Mutiah Fatimah mengetuk pintu dan memberi salam .Mutiah menjawab salam Fatimah dan bertanya “Siapa diluar ? Jawab Fatimah :”Saya Fatimah puteri Rasulullah “. Jawab Mutiah “ Alhamdulillah, alangkah bahagia saya hari ini .Kerana Fatimah sudi datang kepondok saya.”terdengar kembali jawapan dari dalam .Kali ini nyata lebih gembira lagi,dan makin dekat ke pintu” Sendirian ,Fatimah ?”
Fatimah : Aku ditemani Hassn .
Mutiah :Maaf ya, saya belum mendapat izin untuk menemui tamu lelaki .
Fatimah :Tapi Hasan masih kecil.
Mutiah :Meskipun kecil, Hassan lelaki.Esok saja datang lagi ,saya akan minta izin kepada suami saya .
Sambil menggeleng - gelengkan kepalanya ,Fatimah minta izin pulang .
Keesokannya dia datang bertiga (Fatimah,Hassan dan Hussin) .
Fatimah : Assalamualaikum
Mutiah : Walaikumussalam ,bersama Hassan , suami saya telah izinkan.
Fatimah : Tidak kami bertiga bersama Hassan dan Hussin.
Mutiah : Maaf , kamu tidak dibenarkan masuk , kerana Hussin tidak mendapat kebenaran dari suami saya .
Maka dengan kehampaan Fatimah dan anak-anaknya pulang .Keesukkannya barulah dia mendapat kebenaran untuk masuk ke rumah Mutiah .
Keadaan rumah Mutiah sangat serdahana .Tidak ada perabut yang mewah .Namun semuanya teratur dengan rapi .Tempat tidurnya dibuat dari kayu dan cadar putih .Bau harum suasana di dalam rumah itu .
Fatimah kagum melihat suasana yang sangat menyenangkan itu.Sehinggakan Hassan dan Hussin riang tinggal dirumah itu .
Mutiah : Maaf saya tidak dapat menemani Fatimah duduk ,kerana saya hendak menyiapkan makanan untuk suami saya.
Apabila pukul 1.00 hampir tiba , masakan telah siap sedia.Dan diletakkan rotan berhampiran dengannya .
Fatimah : Saumi anda kerja dimana ?
Mutiah : Di ladang
Fatimah : Pengembala ?
Mutiah :Petani
Fatimah : Kenapa kau sediakan rotan?
Mutiah :Rotan ini saya sediakan untuk keperluan lain.Maksud saya begini .Kalau suami saya sedang makan, maka saya akan tanyakan adakah masakan saya menyenagkannya ? Kalau ia , tidak ada apa –apa berlaku , kalau tidak ,maka saya suruh suami saya rotan saya,sebab tidak menyenagkan hatinya.
Fatimah : Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu ?
Mutiah :Oh, sama sekali tidak.Suami saya adalah orang yang pengasih .Ini semua semata – mata kehendak saya agar jangan sampai saya menjadi isteri yang durhaka .
Mendengar penjelasan itu Fatimah minta izin pulang .Dalam hatinya , memanglah layak Mutiah wanita yang pertama masuk syurga kerana ketaatan dan buktinya terhadap suaminya .Yang harus menjadi contoh dan teladan kepada isteri – isteri orang Islam .
Wassalam .

Sunday, October 18, 2009

MASAKAN ISTERI PENAMBAT KASIH SAYANG

PADA masa sekarang anak –anak gadis Islam jarang tinggal bersama dengan ibubapa , ramai dikalangan mereka tinggal di asrama dan di kampus – kampus IPTA dan IPTS , masa mereka berada di rumah bersama ibubapa mereka di masa cuti , oleh itu peluang untuk memperlajari urusan rumahtangga amat terhad ,dengan hal demikian maka ramailah di kalangan mereka tidak pandai memasak.
Maka kedapatan di kalangan mereka apabila keluar dari pusat pengajian tinggi , ada yang tidak tahu menyiang ikan , apalagi kalau diberikan ayam untuk dibersihkan,mungkin tidak tahu memotongnya, lebih –lebih lagilah untuk memasak ayam masak merah, atau ayam kurma dan sebagainya .
Perkara ini berlanjutan sehingga mereka berkerja di Bandar –bandar , dengan makan di warung –warung dan kedai makan , mereka tidak ada usaha untuk masak sendiri.
Ganjaran pahala .
Maka peluang untuk mendapat pahala dengan memasakkan makanan untuk suami dan anak –anak tidak ada pada mereka , mereka hanya ,membeli makanan yang sudah masak sahaja.
Ketahuailah wahai muslimat yang dikasihi bahawa Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi perempuan yang memasak untuk keluarga mereka.
Sentuhan jari – jari halus mereka pada butir –butir beras dan sentuhan jari – jari mereka pada periok yang panas dibakar api sesungguhnya tidak disia-siakan Allah .
Rasulullah pernah bersabda kepada puterinya Fatimah yang bermaksud :”Wahai Fatimah kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak –anaknya), Allah akan membina parit antara dirinya dan api neraka (bagi menghalang api neraka itu ).Dan jarak antara satu parit dengan satu parit ialah sejauh langit dan bumi .”Riwayat Abu Hurairah .
Memandangkan besarnya faedah memasak sendiri oleh wanita maka cubalah wahai muslimat memasak makanan untuk keluarga .
KEBERKATAN MASAKAN ISTERI .
Adalah masakan yang dimasak oleh isteri mengandungi keberkatan kerana setiap butir nasi yang dimasak akan bertasbih dan bertahmid mendoakan keampunan bagi orang yang memasaknya , lebih – lebih lagi masakan yang dimasak itu adalah untuk suami dan anak –anak sendiri .

Saturday, October 17, 2009

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Syahadah ialah pengakuan atau penyaksian.Berkata Al Gharib Al Asfahani di dalam kitabnya Almufradat fi gharibul quran “ bahawa syahadah itu ialah perkataan yang terbit dari pandangan hati atau mata .” oleh itu syahadah merupakan satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati , yang bersumberkan ilmu pengetahuan . Maksud syahadah ialah pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya . Dan ia merupakan rukun Islam yang pertama .sekiranya tidak ada syahadah maka tidak sah keimanan seseorang itu .Sabda Nabi saw :عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطّّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : بُنِيَ الْإِسْلاَمُ عَلَي خمْسٍ : شَهَادَةِ أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ , وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ,وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وحَجِّ الْبَيْتِ , وَصَوْمَ رَمَضَانَ . رواه البخاري ومسلم .Ertinya :”Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar (r.a) katanya:”Aku dengar Rasulullah saw besabda :Didirikan Islam atas lima (rukun) Syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji di Baitullah dan puasa Bulan Ramadhan . Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim .Dan sabda Rasulullah saw :عَنْ إِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنْ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوْا أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَيُقِيْمُوْا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْا الزَّكَاةَ . فَإِذَا فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنِّي دَمَاءَهُمْ وَأَمْوًالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الْإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُم عَلَي اللهِ تَعَالَي . رواه البخاري ومسلم .Ertinya :Daripada Ibni Umar r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda :”Aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucap “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ “Bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah , dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripada aku : darah mereka dan harta benda mereka kecuali dengan hak islam dan hisab mereka atas Allah Taala . Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim .Di dalam aqidah Islam tiap-tiap seorang itu mesti membuat pengakuan dengan dua kalimah syahadah iaitu mengaku dan membenarkan dengan hati, menyaksikan dengan lidah, dan melaksanakan dengan anggota.Mengaku dengan hati itu bererti membenarkan dengan sebulat hati dan tidak ragu-ragu lagi bahawa Allah itulah sebenar-benar Tuhan disembah dan memperhambakan diri kepadaNya.Menyaksikan dengan lidah pula ialah melafazkan kata –kata :اَشْهَدُ أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِErtinya :Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah,Melaksanakan dengan anggota iaitu mengerjakan segala rukun yang wajib ditunaikan seperti sembahyang ,puasa dan lainnya dan menjauhkan segala larangannya sperti berzina, minum arak,berjudi dan lain-lain.Dua kalimah syahadah itu merupakan dua kalimah agong yang menjadi anak kunci bagi seseorang yang hendak berada di dalam Islam dan menjadi syarat sah bagi seseorang yang memeluk Islam , di dalamnya mengandungi dua tujuan besar :1.Mengaku tentang keasaan Allah yang memiliki segala kesempurnaan dan tidak ada sebarang sifat kekurangan.2.Mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya utusan Allah yang membawa pengajaranNya kepada manusia , firman Allah Taala Surah al Fath ayat 28 yang bermaksud:(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).Peringatan :Untuk mengetahui batalnya syahadah cuba lihat kepada atikal bulan OKTOBER bertarikh 1hb.

Friday, October 16, 2009

ALAM BARZAKH


Setiap benda yang bernyawa pasti akan mati , begitu jugalah dengan manusia.Mak dengan itu , setiap orang akan menemui ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah Taala , tidak kira siapakah ia , tinggi manakah pangkatnya , banyak manakah harta bendanya ,ramai manakah pengikutnya dan luas manakah pengaruhnya di dalam masyarakat .
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali Imran ; 185 )

Setelah seseorang itu dimatikan, maka terpindahlah ia kea lam yang lain , dikenali dengan “Alam Berzakh atau alam kubur semantara menunggu datangnya Kiamat .Alam kubur ini , sama ada ia menjadi satu taman daripada taman –taman syurga bagi orang yang benar –benar beriman dan beramal soleh , atau menjadi satu lubang daripada lubang – lubang neraka bagi orang - orang yang kufur atau menderhakai Allah Taala.
Di dalam kubur berlakunya soal kubur yang dilakukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir , untuk menyoal setiap mayat yang dikuburkan sekiaranya seseorang yang mati itu benar –benar beriman dan melakukan amal soleh semasa hidupnya , dai akan dapat menjawab soalan –soalan malaikat dengan baik .Seterusnya kuburnya akan diluaskan seluas 70 hasta dan dipenuhi dengan kehidupan yang penuh nikmat dan berkekalan sehingga dia dibangkitkan pada hari Kiamat.
Sekiranya dia gagal menjawab soalan – soalan malaikat , maka kuburnya akan disempitkan sehingga berselisih tulang – tulang rusuknya dan dipukul denga tukul besi , sehingga ditiupkan sangkakala kedua menandakan manusia dibangkitkan pada hari kiamat .
Saidina Othman bin Affan r.a apabila berdiri di atas kubur maka dia menangis sehingga basah janggutnya , lalu ditanyakan kepadanya ,”Apakah engkau mengingati syurga atau neraka ?Adakah engkau menangis kerana ini (seksa kubur) ? Maka Saidina Othman menjawab:”Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الْاَخِرَةِ , فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرَ , وَإِنْ لَمْ يَنْجُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ .
رواه الترميذي
Maksudnya : Sesungguhnya kubur adalah persinggahan pertam ke Akhirat .Sekiranya mayat yang singgah di siti terselamat maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi, dan jika tidak selamat maka perjalanan selepas itu lebih sukar lagi :”
Oleh itu kita tidak dapat lari dari bertemu dengan kematian .Maka sewajarnyalah kita bersedia untuk menghadapinya selagi kita masih hidup di dunia , dengan mempertingkatkan amalan soleh dan kebajikan , disamping bertaubat kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan.
Iman dan Amalan soleh yang akan menjadi teman semasa di kubur . Kita tidak membawa isteri dan anak – anak serta saudara mara .Mereka pulang ke rumag dan meninggalkan kita keseorangan , bertemankan ulat , ular , kala dan jengking , sekiranya tiada amal soleh dibawa.
Kita juga tidak membawa harta benda , kerana semua harta benda kita akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang berhak menerimanya .Tidak ada lagi yang boleh menolong kita sama ada pengaruh , pangkat atau kebesaran .
Imam At Tarmizi meriwayatkan dari Atiah daripada Abi Said Khadri r.a katanya :”Rasulullah SAW masuk ke tempat sembahyangnya lalu baginda melihat ramai orang sedang gelak katawa , baginda bersabda yang bermaksud :”Adapun sekiranya kamu banyak ingat kepada pemusnah kelazatan hidup (kematian) sudah tentu akan membuatkan kamu sibuk dengan apa yang aku lihat (kematian) oleh itu hendaklah kamu banyak ingat kepada pemusnah kelazatan hidup (Mati)maka sesungguhnya tidak aka nada satu hari yang berkecuali , melainkan kubur akan berkata kepadanya :”Aku adalah tempat yang dipenuhi tanah dan bersarangnya ulat –ulat.
Apabila dikebumikan seorang hamba yang beriman,berkatalah kubur kepadanya :”Selamat datang kepadaku , kamu adalah orang yang paling baik pernah berjalan di atasku . Oleh itu pada hari ini apabila kamu diserahkan kepadaku dan berada di dalam pangkuanku, maka kamu akan lihat jasa – jasaku kepada kamu .Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :”Kubur pun meluaskan kawasannya bagi mayat itu seluas mata memandang dan dibukakan untuknya pintu syurga “
Apabila dikebumikan mayat yang jahat atau kafir , berkatalah kubur kepadanya :”Tidak ada ucapan selamat datang dan tidak ada sambutan mulia untuk kamu .Kamu adalah orang yang paling aku benci yang pernah berjalan di atasku .Maka apabila hari ini kamu diserahkan kepadaku dan kamu berada di sisiku , maka kamu akan lihat dan merasai balasanku kepadamu.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Maka kubur pun menhimpitnya dan berselisihlah tulang rusuknya.”Kemuadian Abu Said berkata lagi:”Sabda Rasulullah SAW sambil memasukkan jari –jarinya dicelah jari –jari yang lain dengan katanya :”Bahawasanya kubur boleh jadi sebuah taman daripada taman – taman syurga atau satu lubang daripada lubang –lubang neraka.”
Iman dab amal sahajalah yang menjadikan manusia selamat dari azab kubur . Maka hendaklah benar –benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyakini kepada semua ajaran Islam dan beramal dengannya , walaupun kita tahu Islam itu benar , tetapi sekiranya kita mempersenda –sendakannya , tidak yakin kepadanya dan tidak beramal dengannya, maka jadilah kita di kalangan orang-orang yang hanya mengaku dengan mulut sahaja, sedangkan hati kuufur kepadanya.Maka tidak akan berjaya menjawab soalan Munkar dan Nakir .
Betapa ramai orang yang mengaku Islam tetapi amalannya jauh sekali dari kehendak Islam, ramao orang yang mengaku bahawarsul mereka Nabi Muhammad SAW , tetapi benci kepada ajaran yang di bawa oleh baginda .Ramai orang yang mengaku bahawa ajaran Islam itu baik dan sempurna , tetapi mereka masih beramal dengan fahaman – fahaman dan ajaran – ajaran yang lain dari Islam , maka bagaimanakah nanti kehidupan mereka ketika di dalam kubur.
Oleh hal yang demikian maka marlah kita membuat persediaan untuk melangkah ka alam barzakh dengan beriman yang tuleh dan mengerjakan amalan soleh .Dan hendaklah insaf dan muhasabah bahawa segala yang kita milik daripada harta benda , pangkat kebesaran pengaruh dan sokongan tidak akan member manfaat kepada kita lagi di sana (alam barzakh ) .
Allah tetap kan meneguhkan orang – orang yang beriman di atas iman sebenar di dunia dan akhirat firman Allah yang bermaksud :
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. ( Ibrahim : 27)
Wassalam .

Thursday, October 15, 2009

TAZKIRAH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH

1.PERLU KEPADA TAZKIRAH.
Tazkirah adalah penting , firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(AZZARIYAT : 55)

Tazkirah penting menginggatkan yang lupa.orang lupa perlu disedarkan ,
sebab itu kita disuruh membaca سورة العصر , di dalam hal agama kita
mudah lupa, dalam hal dunia kita payah lupa .

2.KEWAJIPAN MENEGAKKAN NEGARA ISLAM .
Allah jadikan manusia sebagai khalifah di dunia ini , firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(AL-BAQARAH : 30)
Khalifah berperanan :
إِقَامَةُ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِهِ .
“Menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengannya”.
Kerja menegakan agama adalah sunnah amaliah, diberi pahala yang
melakukannya , dan berdosa yang meninggalkannya .

Oleh itu di dalam menyampaikan Islam mrengikut waqi’ yang sesuai ,gunakan فقه الدعوة ,dengan cara lembut , firman Allah SWT yang bermaksud :

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
(AL-NAHL: 125 ).
Dan fiman Allah SWT yang bermaksud :

. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Taahaa :44).
Kita berjuang atas dasar موجهه السلمية .
3.PAS MENYAMPAIKAN ISLAM KEPADA ORANG RAMAI .
a.Menyampaikan kebenaran (hak) .
Kebenaran itu hanya satu –إِنَّ الْحَقَّ وَاحِدٌ لاَ يَتَعَدَّدُ
“Sesungguhnya kebenaran itu hanya satu ,tidak berbilang –bilang “
Di dalam menyampaikan hak hendaklah ada stratigi dan matlamat , maka hendaklah dielakkan :
"Jangan cedera sebelum benar - benar cedera ".
"Jangan mati sebelum benar - benar mati ".
b.Islam ada perhitungan di sisi Allah SWT .

Seorang Islam yang meninggal dunia dalam keadaan tidak syirik
akan mendapat :
(a)Akan dihapuskan segala dosa lalu ia dimasukkan ke dalam syurga
atau
(b)Allah siksa dahulu kerana banyak dosa/maksiat , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.
الحمدلله kita berada di dalam kumpulan orang yang hendak menegakkan Islam dan mendapat hidayah dari Allah ,kerana Allah memberi hidayah kepada mereka yang Dia kehendaki ,firman Allah SWT yang bermaksud:
Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
(AL-BAQARAH : 142 ).
Dengan itu orang Islam sentiasa memohon hidayah daripada Allah,setiap kali menunaikan solat .Dalam setiap rakaat dikehendaki membaca doa yang terkandung di dalam ayat 6 Surah Al-Fatihah ayat 6 yang bermaksud :
. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Dengan doa ini kita berharap :
(a)Kekal di dalam hidayah Allah SWT
(b) Jangan Allah tarik hidayah dari kita yang sudah di dalam hidayahNya.
(c) Bagaimana hendak bersyukur ?
Ulamak kata “ Berkerja untuk menegakkan Islam – sayang kepada Islam .tanda orang yang bersyukur , benci kepada Islam tanda tidak bersyukur kepada Allah .Orang lain ukur ikut banyak harta dan hidup mewah , Islam sukat dengan Iman, Kita masuk PAS kerana Iman dan kasih kepada Islam , perlembagaan PAS ialah Al-Quran dan Hadis .
(d) Selamatkan bangsa dengan Islam, firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yangdiberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
(AL-MAAIDAAH : 54)
ISLAM DAN IMAN , RAMAI ISLAM TETAPI BUAT MAKSIAT KERANA TIADA IMAN , IMAN PENTING KEPADA KITA .

Parti Islam ada di seluruh dunia , tetapi tetap ditentang oleh rangkaian yang tidak suka kepada Islam , menuntut kita berjihad , kerana terpaksa menhdapai dua sakrah iaitu الجاهل وحب الدنيا .
Jahil dan suka kepada dunia .Masih ramai yang tidak suka kepada Islam ,maka kita perlu jihad , iaitu buat kerja dengan sungguh –sungguh ,kerana :

لِكُلِّ أُمَةٍ رَهَبَانِيَّةِو لِكُلِّ َرَهَبَانِيَّة جِهَادٌ
Tiap –tiap umat ada pejuang,dan tiap-tiap pejuang diminta berjihad.

Perjuangan kita masih panjang dan sukar ,firman Allah SWT yang bermaksud:

kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(AT –TAUBAH : 42 )
Di dalam ibadat haji kenapa diperintahkan tawaf keliling kaabah tujuh kali , menunjukkan bahawa perjuangan ini akan menghadapi,pusingan yang sukar.
(e) JIHAD MENDAPAT PAHALA YANG BESAR .
Seorang sahabat yang baru masuk Islam bernama Hanzalah telah pergi berjuang ke medan perang , yang mayatnya dimandikan oleh malaikat sabda Rasulullah SAW :

إِنِّيْ رِأِيْتُ الْمَلاَئِكَةَ تَغْسِلُ حَنْظَلَةَ بِنْ أَبِيْ عَامِرِ بَيْنَ الْسَمَاءِ وَالْاَرْضِ بِمَاءِ الْمَزْنِ فِيْ صِحَافِ الْفِضَّةِ .
“Sesu ngguhnya Aku melihat Malaikat memandikan jenazah Hanzalah Ibnu Abi Amir , di antara langit dan bumi dengan air wap dari gumpulan awan di dalam bekas daripada perak
(a)jangan mati sebelum benar –benar mati “.

Wurud Hadis :

Diriwayatkan oleh Ibnu Saad r.a : “Ketika Syaaddad Ibnu Aswad berjaya membunuh Hanzalah r.a , Rasulluah SAW bersabda :”Sesungguhnya sahabatmu (Hanzalah) aku lihat dimandikan oleh Malaikat .”. Lalu sahabat pergi bertanya kepada isteri Hanzalah ,kenapa jenazah Hanzalah dimandikan oleh Malaikat ,isterinya menerangkan bahawa dia berangkat ke medan peperangan dengan keadaan junub ‘ .
Lihatlah betapa besarnya pahala jihad , walaupun Hanzalah belum melakukan ibadat-ibadat khusus dan amal-amal soleh yang lain , ia telah ditempatkan ke dalam syurga Allah SWT.Memanglah besar paahala berjuang di jalan Allah ,Firman Allah SWT yang bermaksud

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(AT-TAUBAH :111) .
Sekian , Wassalam .terima kasih .

Wednesday, October 14, 2009

KELEBIHAN SOLAT SUBUH

FIRMAN ALLAH TAALA :
وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
Dan subuh, apabila ia mulai terang;
(Surah At Takwiir .18 )
Allah bersumpah dengan waktu subuh apabila cahaya paginya mulai menyinar dan menjadi siang yang terang benderang .Sememangnya suasana pagi penuh dengan ksegaran dan keceriaan .
Mengikut pakar kaji cuaca bahawa bumi akan mengeluarkan oksegin khas dari pukul tiga pagi sehingga terbit matahari yang boleh menyihatkan tubuh badan kita.
Maka Nabi SAW menyuruh kita menambah lafaz azan pada solat Subuh iaitu :
2x اَلضَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
“Solat itu lebih baik dari tidur “
Rupanya mempunyai hikmat yang sangat berguna kepada manusia .
Maka orang yang bangun di waktu subuh , kemudian berwuduk dengan membasuh seluruh anggota waduk , selepas itu mengerjakan solat subuh akan mendapat kesegaran tubuh badan yang amat baik kerana dapat menghirup oksigen khas yang amat berguna kepada kesihatan , di samping itu di dalam solat ia melakukan pergerakan anggota seperti berdiri betul, rukuk dan sujud merupakan senaman yang amat berguna kepada tubuh badan manusia .
Wallahua’lam .

Tuesday, October 13, 2009

PEMIMPIN YANG PERIHATIN TERHADAP RAKYAT

Pada suatu malam Abdul Rahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir Kota Madinah.
“Mala mini aka nada serombongan kafilah yang hendak bermalam di pinggir kota , dalam perjalanan pulang “ Kata Khalifah Umar kepada Abdul Rahman bin Auf .
“Apakah tujuan kita ke sana ?” Tanya Abdul Rahman .
“Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak , maka kita bertanggungjawab menjaga keselamatan barang dagangan mereka ,maka kita hendaklah berjaga –jaga mengawasi barang itu dicuri oleh orang “ Jawan Khalifah Umar .
Ajakkan itu diterima oleh Abdul Rahman . Mereka berdua pergi ke sana , Ketika malam sepi Khalifah Umar berkata kepada Abdul Rahman “ kamu boleh tidur , kalau berlaku sesuatu aku kejutkan kamu “ . Jawab Abdul Rahman “ Tuanlah yang tidur , biar aku yang berjaga “.Khafilah menjawab “ Aku adalah ketua , besar tanggungjawabnya “.Andul Rahman pun pergi ke satu sudut untuk tidur . khalifah pun berjaga –jaga sepanjang malam itu . Khalifah Umar seorang pemimpin yang sangat perihatin terhadap rakyat .
Mengikut cerita Auzaiy pernah melihat Khalifah masuk ke dalam sebuah rumah . Pada besuknya Auzaiy masuk ke rumah itu , yang dihuni oleh seorang janda tua , yang buta dan sedang menderita sakit . Janda itu mengatakan bahawa tiap –tiap malam ada orang datang ke rumah mengirim makanan dan ubat-ubatan .Tetapi siapakah orang itu , janda tua itu tidak tahu . Pada hal orang yang datang ke rumah itu adalah khalifah Umar .
Suatu malam Khalifah Umar berjalan – jalan di pinggir kota .Tiba – tiba didengarnya rintihan seorang wanita dari dalam sebuah khemah yang using .Ternyata yang merintih itu seorang wanita yang mahu bersalin .Di sampingnya ada suami yang kebingungan .Maka Khalifah Umar pulang ke rumahnya , lalu dibawa isterinya untuk menjadi bidan wanita itu .Tetapi wanita itu tidak tahu bahawa yang menolongnya itu seorang khalifah . Itulah dua contoh tentang perihatin dan berasa tanggungjawab terhadap rakyat seorang pemimpin yang bernama Saidina Umar bin Khattab .

Monday, October 12, 2009

KHASIAT PELBAGAI JENIS IKAN

1.Ikan Linang .Menguatkan tenaga batin dan pinggang serta menyihatkan urat saraf .2.Ikan Haruan .Dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran .3.Ikan Belut .Meguatkan saraf dan menyenyakkan tidur seseorang itu ,Bermanfaat bagi mereka yang bernafas pendek4.Ikan keli .Membaja saraf dan bermanfaat untuk penyakit mengah.5.Ikan Tilan.Sama dengan ikan belut .6.Ikan Salmon .Mempunyai kandungan lemak jenis omega 3 yang penting bagi pencegahan penyakit –penyakit berhubung dengan jantung , kajian mendapati orang –orang Eskimo yang banyak memakan ikan dari air sejuk sangat kurang menghadapi penyakit –penyakit kadiovaskular .7.Ikan Yu .Kanak –kanak yang selalu makan ikan yu terhindar dari penyakit cacing dan bagi orang dewasa pula bermanfaat untuk sakit pinggang .Elok dimakan bersama tulangnya .8.Ikan Gamat .Gamat sangat bermanfaat untuk luka – luka baik luar mahupun dalam .untuk luka sapu sekadar sekeliling luka sama ada dengan minyak atau air gamat .Untuk kudis dan gatal – gatal boleh disapu terus ketempatnya .Air gamat juga bermanfaat untuk penyakit lemah gantung dan jantung berlubang dan menguatkan tenaga batin dengan cara memakannya dengan telur merah ayam kampong

KUFUR

1.Pengertian kufur.
Kufur lawan iman iaitu orang –orang yang sengaja mengingkari dan tidak mahu menerima akan pekara yang mereka telah ketahui akan kebenaran dengan dalil / alasan yang cukup.
2.Tingkat-tingkat kufur.
(i)Kufur Al-Ilhad dan Al-Juhud (Ingkar & Tidak mengakui Allah).
Kekufuran pada peringkat yang paling tertinggi ini sama sekali tidak mengakui adanya Rabb sebagai pencipta dan pengurus alam raya ini , mereka menapikan semua yang terkandung di dalam rukun iman .Slogan hidup mereka adalah seperti yang dijelaskan Allah di dalam firmanNya :
Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
(Al-An’am :29)
Orang –orang kafir pada peringkat ini adalah mereka yang sesat terlalu jauh, firman Allah SWT :

Dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (Al-Nisa’ :136 )

(ii)Kufur Syirik .
Kekufuran yang terletak pada peringkat kedua adalah :kufur syirik seperti kekufuran bangsa Arab pada masa Jahiliyah .Mereka mengaku kewujudan tuhan yang menjadikan langit,bumi, manusia , makhluk , dan mengatur rezeki ,kematian dan kehidupan makhluk di alam raya . mengaku tauhid rububiyyah tetapi tidak percaya kepada tauhid uluhiyyah..Dengan menyembah benda-benda ciptaan Allah .
Allah menjelaskan di dalam ayat – ayat berikut :
1.Surah al-Zukhruf ayat 9 :
9. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

2.Surah al-ankabut ayat 61 :
61. dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

)iii)Surah Yunus ayat 31 :

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

Syirik adalah merupakan sumber utama tumbuhnya semua perkara – perkara khurafat , karut , dan seumpamanya , dan ia menjerumuskan manusia ke dalam lembah kehinaan dan kenistaan , kerana mereka menyembah perkara –perkara yang dicipta Allah SWT .Firman Allah :

Dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan).(AL-HAJJ : 31) .

3.Kufur Ahli Kitab ,

Kekufuran peringkat ketiga adalah : kufurnya Ahli Kitab daripada kaum Yahudi dan Nasrani , dan kekufuran mereka dari segi pengingkaran kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa risalah langit yang terakhir ,dan diurunkan kitab suci Al-Quran yang mengakui apa yang terkandung di dalam kitab Taurat dan Inji; dan meluruskan apa yang mereka selewengkan di dalamnya.firman Allah SWT :
dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran (Al-Maidaah :48) .

4.Kufur Orang Murtad .
Mengikut pendapat para ulama bahawa di antara jenis kekufuran yang paling yang jahat ialah : murtad , iaitu seorang Muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain .Kekufuran setelah Islam adalah lebih jahat dan dahsyat daripada kafir asli dan semulajadi . Gerakan memurtadkan orang Islam telah berjalan sejak dahulu lagi , firman Allah SWT “:

dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); (Al-Baqarah :217 ) .

Kemudian Allah SWT menjelaskan tentang balasan dan ancaman orang –orang yang menyahut seruan dan ajakan orang –orang kafir tersebut untuk keluar daripada Islam firmanNya :
Dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Al-Baqarah :217 ) .


Orang Islam tidak boleh membiarkan gerakan memurtadkan orang Islam . Aliran itu mesti dhentikan ,firman AllahSWT :
Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
(Al-Maidaah : 54)
5.Kufur Munafiq .

Di antara kekufuran yang paling berbahaya dan mengancam ketenteraman kehidupan masyarakat Islam ialah kekufuran orang –orang munafiq .Hal ini kerana mereka hidup bercampur dengan orang Islam ,kerana secara zahirnya ia Islam ,tetapi batinnya mereka memusuhi dan membenci kaum Muslimin dan menyokong musuh –musuh Islam .
Kewujudan mereka adalah amat bahaya,Al-Quran membuka dan meyingkap tabir kemunafikan mereka , di dalam beberapa surah , seperti di dalam suarh al – Taubah, Surah Munafiqun dan Surah Al-Baqarah . Di dalam Surah An-Nisa’ ayat 145 –146 menyatakan bahawa mereka akan ditempatkan di dalam api neraka yang paling bawah kerana kedahsyatan dan bahayanya orang munafiq itu :
145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.
146. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar.

Sikap orang –orang munafiq memang pelik ,kerana mereka tidak berani berterus terang untuk menzahirkan kekufuran mereka , ini menjadikan kita sukar untuk menghukum mereka .Mereka sangat licik menyembunyi kekufuran mereka ,supaya dapat bersama dengan orang Islam dan menikam dari arah dalam .Friman Allah SWT :

mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah :9) .

3. Perbezaan antara kufur , syirik,nifaq besar dan kecil .
Perkara yang sangat penting untuk diperhatikan disini adalah membezakan antara kufur ,syirik ,nifaq besar dan kecil ,kerana perkara –perkara tersebut tidaklah semua berada di dalam peringkat yang sama , ada yang besar dan ada yang kecil .

a.Kekufuran besar dan kecil
(i)Kekufurab besar :
Ialah kufur kepada Allah dan RasulNya seperti kufur orang komunis,atheis dan anti agama, atau kefur terhadap kerasulan dan risalah Baginda Nabi Muhammad SAW ,seperti kufurnya orang Yahudi dan Nasrani .Firman Allah SWT :
dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An –Nisa’ :115)
(ii)Kekufuran kecil :
Adalah merupakan perbuatan maksiat yang tercela ,walaupun sedikit kadarnya , seperti orang yang meninggalkan solat kerana malas ,bukan kerana ingkar ,mengejek atau menafikan kewajipan solat tersebut .Orang seperti ini mengikut Jamhur Ulamak adalah orang yang melakukan maksiat , walaupun disebut alkufru di dalam beberapa hadis , ia bermakna kufur kecil (maksiat) ,Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad ibn Hanbal :”Pembatas antara kita dan mereka adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya sungguh telah kafir ,”

b.Syirik besar dan kecil
(i) Syirik besar :
Ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu ,seperti meyembah berhala, memuja syaitan dan lain –lain ,
Ken\musyrikan seperti ini tidak akan dapat pengampunan dari Allah SWT ,kecuali dengan bertaubat kepadaNya seperti dijelaskan di dalam firmanNya :
. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
(An –Nisa’ :48)

ii)Syirik kecil .

Imam ibn Qayyim (r.h) mengatakan syirik kecil adalah seperti riak, mencari pujian dari manusia , bersumpah dengan selain nama Allah, seperti yang dijelaskan oleh hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Sesiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah sungguh telah melakukan perbuatan syirik.


c.Nifaq besar dan kecil

Nifaq pun mempunyai dua tingkat , yang besar nifaq tulen , dan yang kecil yang bersifat dengan orang munafiq .

(i)Nifaq besar ;

Nifaq besar ialah nifaq dalam urusan aqidah dan keimanan dan ianya boleh menyebabkan seseorang berkekalan di dalam neraka yang paling bawah .Hakikat nifaq seperti ini ialah “Menyembunyikan kekufuran (didalam hati) dan menampakkan Islam.”
Perkara seperti ini telah didedahkan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah dari ayat 8 hingga ayat 20.

(ii)Nifaq kecil :

Nifaq kecil ialah nifaq di dalam urusan amal dan akhlak .seperti berakhlak dengan akhlak orang munafiq ,seperti hadis Rasullah SAW bermaksud :”Empat perkara apabila kesemuanya berada di dalam diri seseorang maka orang tersebut adalah (berciri)munafiq, dan apabila ada satu sifat sahaja, maka hanya satu sifat nifaq dalam dirinya sehingga ia meninggalkannya : apabila diberikan amanah, ia berkhianat , apabila ia bercakap, ia berdusta,apabila ia berjanji ia memungkiri dan apabila berseteru ia berbuat zalim.”

Dalam riwayat Muslim (r.h) :

“Meskipun ia puasa dan menunaikan solat dan mengaku dirinya seorang Muslim.
4.Ulasan tentang ayat 44 Surah Al-Maidaah :

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ .
Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Ayat ini menerangkan kepada kita sesiapa yang tidak menghukum dengan hukuman dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka adalah kafir.Pendapat ulamak tingkat kekufuran mereka itu adalah seperti berikut :
Pendapat pertama :
Mengikut pendapat Fathi Yakan “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM “ Dewan Pustaka fajar . “Beramal untuk Islam adalah wajib dari segi hukum , maka orang yang tidak mengamalkan hukum Islam maka adalah kafir .Berpandukan kepada ayat 44 Surah Al Maidaah di atas.


Pendapat kedua :

Berkata ibn Abbas (r.a) :” Kekufuran dalam ayat 44 surah al- Maidaah bukanlah kekufuran yang memindahkan seseorang daripada Islam ,namun dengan meninggalkan hukum Allah ,ia telah kufur , tetapi kufurnya tidaklah kufur al- Ilhad dan al –Juhud .
Pendapat ini disokong oleh Imam Tawus dan Atha : Kekufuran tersebut lebih rendah dari kekufuran yang sebenar .

Pendapat Ketiga :

Abdul Aziz al-Kannani (r.h)”Sesiapa yang meninggalkan semua perintah dan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Baginda SAW adalah kafir termasuk menafikan tauhid dan menolak Islam .


Pendapat keempat :

Pendapat yang diriwayatkan oleh Imam al-Baghawi dan beberapa ulamak mengatakan ,”Bahawa orang menghukum dengan hukum berbeza dari undang –undang Allah secara sengaja dan bukan bodoh, adalah kafir “.

Pendapat kelima :

Menghukum dengan hukuman yang selain yang diturunkan oleh Allah ulamak berpendapat mereka itu akan menjadi kufur besar dan kufur kecil

Kufur besar : Apabila yakin memutuskan mrengikut hukum Allah tidak wajib dan ia boleh memilih mana –mana undang –undang .Maka tindakan ini kufur besar .

Kufur kecil : Ia yakin akan kewjipan menjadikan undang –undang Allah pada sesuatu perkara , kemudian ia meninggalkannya, walhal ia yakin akan mendapat dosa dan seksa, maka tindakan ini adalah kufur kecil .

5.Penutup
Dengan keterangan yang saya paparkan berpandukan beberapa kitab karangan ulamak mu’tabar , maka dapatlah kita membezakan di antara kufur tulen dengan kufur nikmat

Salam hormat dari saya :
Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omar

6.Rujukan
1.FIQH AL-AWLAWIYYAT (fiqh keutamaan)
satu kajian baru dari perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah .
PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QARDHAWI .

2.Tafsir Pimpinan ar –Rahman kepada pengertian Al-Quran , Darul Fikri Kuala Lumpur .

3.APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM .FATHI YAKAN .DEWAN PUSTAKA FAJAR .

Sunday, October 11, 2009

ISTIQAMAH DI DALAM BERAMAL

Istiqamah ialah : Mejalani jalan yang lurus
( الصراط المستقيم )Jalan agama yang lurus tanpa sebarang liku -likunya .ia meliputi segala perbuatan taat yang zahir dan yang batin ,juga meninggalkan segala larangan,ini semua erti istiqamah ,ia itu kelurusan yang tetap di dalam melaksanakan amal.
Firman Allah Taala dalam surah Fussilat ayat 30:

إِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اَسْتَقَمُوْا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوْا وَلاَ تَحْزَنُو وَأَبْشِرُوْا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ

."Sesungguhnya orang -orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: " Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul,akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham) : " Jangan kamu bimbang ( dari belakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu ) dan janganlah kamu berdukacita,dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu
.
Di dalam ayat di atas menyatakan kepada kita mereka yang mengatakan " Rabb kami adalah Allah " bermaksud mengaku Allah dalam bentuk Rubbubiyah dan wahdiniyyat (keasaan) .,kemudian mereka beristiqamah , iaitu mereka teguh pendirian, lahir dan batin dengan cara mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan sehingga mati. Malaikat akan turun kepada mereka iaitu malaikat Rahmat akan turun ketika kematian atau ketika bangkit dari kubur,yang mana malaikat ini sebagai penghibur dengan berkata " Janganlah kamu takut " yakni jangan takut mati dan perkara-perkara yang berlaku selepas mati " jangan bersedih hati " tidak perlu bimbang terhadap kaum keluarga yang ditinggalkan kerana malaikat adalah sebagai pengganti ," Bergembiralah dengan syurga " oleh itu hendak bergembira kerana mendapat balasan syurga yang penoh nikmat dan bahagia yang abadi ,yang tidak pernah dilihat oeh mata , dan di dengar oleh telinga dan tidak terlintas di hati." yang telah dijanjikan kepada kamu " yang mana telah disebut di dalam Al Quran . "Kamilah penolong - penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat "
Para Malaikat akan melindungi orang yang istiqamah waktu di dunia dan mereka akan bersama menyertainya hingga masuk syurga .

Di dalam surah Al Ahqaaf ayat 13 - 14 adalah sama dengan ayat -ayat di atas .yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang -orang yang mengatakan Rabb kami ialah Allah kemudian mereka tetap istiqamah,maka tiada ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula ) berdukacita .Mereka itulah penghuni -penghuni syurga ,mereka kekal di dalamnya ,sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan ."

Dari kedua ayat di atas (ayat 30 surah fussilat dan ayat 13 -14 Surah Al Ahqaaf ) dapat diketahui bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tentang pentingnya istiqamah dan juga hasil dari istiqamah itu yang dibuktikan dalam bentuk ucapan dan perbuatan .Di dalam ayat lain Allah berfirman di dalam Surah Hud ayat 112 yang menyuruh kita melakukan istiqamah :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ

" Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar ,sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan (juga ) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampui batas.sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan ".

Pentingnya istiqamah dijelaskan oleh beberapa hadis di antaranya sabda rasulullah SAW :


عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبدالله رضي الله عنه قال , قلت يا رسول الله
قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك , قال : قل أمنت بالله ثم استقم - رواه مسلم
" Dari Abi Amru dan ada dikatakan pula dari Abi Amrah Sufian bin Abdullah Radiayallah anhu katanya :,kataku,Ya! Rasulullah ! katakanlah kepada aku tentang Islam satu perkataan yang tidak aku tanyakan lagi daripadanya akan seseorang yang lain daripada engkau.Sabdanya : Katakanlah "Aku beriman kepada Allah , kemudian hendaklah engkau beristiqamah ..( Riwayat Muslim )

Istiqamah yang dikehendaki Rasulullah pada hadis di atas ialah ketekunan dan keteguhan dalam iman menuruti tuntunannya,pengertian dan hakikatnya pada bila -bila masa.tetapi istiqamah itu tidak mungkin ujud pada seseorang kalau hatinya belum dapat dibersihkan dari unsur -unsur yang menudainya atau yang mengganggu tauhidnya.sehingga ia menjadi mukmin yang setia .Sebab istiqamah walaupun kesannya dapat dilihat pada amal,tetapi sumbernya adalah dari kelurusan hati di atas tauhid yang berpandukan kepada ayat :

إِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اَسْتَقَمُوْا

Inilah yang ditafsirkan oleh Saidina Abu Bakar As siddik Radiayallah anhu kerana mereka yang telah beristiqamah yang lurus pada jalan tauhid yang kekal menurut falasafahnya tidak lagi mahu berpaling kepada yang lainnya.Hati yang telah tegak dan lurus atas dasar ma'rifat Allah, memulia dan menyanjung tinggi kehibatanNya dan kebesaranNya .Mempengaruhi segala anggota untuk memberikan sepenuh ketaatannya kepada Allah,hati adalah raja,kalau ia betul maka betul segala anggota yang lain,bila hati telah istiqamah maka istiqamah anggota yang lain .

Saturday, October 10, 2009

KEUNIKAN JARI JEMARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah > fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Thursday, October 8, 2009

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa bagi tujuan mengawal nafsu.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita. Kita hendaklah menggunakan akal kita bagi menandingi setiap godaan nafsu, sebab kalau tewas dengan godaan, akan menjadi musnah.

KHASIAT BUNGA -BUNGA

1.Bunga Ros .
Bau bunga ros menguatkan jantung dan saraf ,Gunakan ia secara menghidu atau makan .Juga boleh dicampur dalam makjun .Demikianlah keterangan perubatan Yunani .
2.Bunga Melor .
Bunga Melor boleh dicampur ke dalam minuman the .Khasiatnya ialah mendatangkan seri pada wajah dan menguatkan tubuh badan .
3.Bunga Raya .
Bila dilumur perahannya pada rambut dapat menyuburkan dan menghitamkan rambut dan menyejutkan kepala (buang panas) , Bila diminum air rebusnya InsyaAllah bermanfaat kepada kesihatan buah pinggang .Demikian keterangan dari perubatan Mesir purba.
4.Bunga Kekwa .
Bunga ini berkhasiat untuk menghilangkan panas badan dan menyamankan tubuh .Diminum airnya bersama madu ataupun gula batu .Bermanfaat untuk menghilangkan sakit kerongkong .
5.Bunga Matahari .
Bijinya mengandungi minyak yang boleh dimakan yang baik untuk kesihatan kerana kandungan lemak politaktepu yang tinggi .
6.Bunga Cengkeh .
Berkhasiat untuk meredakan sakit gigi dan mengharumkan bau nafas .Digunakan sebagai perencah dan pewangi masakan lauk pauk dan nasi biriani .

Friday, October 2, 2009

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Thursday, October 1, 2009

PANASNYA API NERAKA

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.

20 PERKARA MEMBATALKAN SYAHADAH.

1.Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah .

2.Ingkar nikmat Allah sama ada terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang perlu kepada kajian .

3.Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah .

4.Menggubal undang –undang / hukum – hukum mengikut kehendak manusia dan bukannya mengikut ketentuan Allah .

5.Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.

6.Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allaj dalam semua perkara .

7.Benci atau menentang satu – satu perkara mengenai Agama Islam atau membenci Agama Islam seluruhnya.

8.Mencintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai metalamat hidupnya yang paling unggul .

9.Menghina sesuatu dari Kitab atau sunnah atau orang – orang alim yang menegkkannya atau mempersendakannya atau mempersenda hukum – hukum daripada hukum – hukum Allah .

10.Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya .

11.Tidak beriman dengan sumber – sumber hukum daripada Al –Quran dan As –Sunnah .

12.Melantik orang – orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang beraqidah dan mukmin .

13.Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW .


14.Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid Allah dan rasa lapang dada , terbuka dan riang dalam menegakkan perkara – perkara syirik .

15.Menyatakan ayat Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu yang terkandung dalam A-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham .


16. Tidak mengetahui mengenai ma’rifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat –sifat ketuhanan atau ingkarkan nama –namaNya.

17.Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah SAW dengan betul atau menafikan sifat –sifat terpuji diberikan Allah kepada baginda .

18.Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar dua syahadah dan tidak menghalalkan memerangi mereka.

19.Membuat satu –satu pekara atau pekerjaan bukan kerana Allah .

20.Syirik kepada Allah SWT .

WASSALAM .