SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 12, 2012

AKIDAH : BERIMAN KEPADA MALAIKAT.

Beriman kepada sekelian malaikat wajib.Malaikat dijadikan daripada cahaya.,tidak ada lelaki dan perempuan,taat kepada perintah Allah, patuh menjalankan tugas yang telah ditentukan .ada 10 malaikat yang kita wajib mengetahui tugas mereka :

Firman Allah mengambarkan malaikat itu menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka , firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 49 -50 yang bermaksud :
49. dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya).
50. mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan.
Malaikat juga boleh memberi syafaat kepada orang beriman,firman Allah dalam surah fussilat ayat 30 -31 yang bermaksud :
30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.
31. "Kamilah penolong-penolong kamu Dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa Yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa Yang kamu cita-citakan mendapatnya.
Dan firman Allah dalam Surah Mukmin ayat 7-9 yang bermaksud :
7. malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
8. "Wahai Tuhan kami! dan masukkanlah mereka ke Dalam syurga "Adn" Yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang Yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
9. "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa Yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan Yang demikian itulah kemenangan Yang besar (nilainya)".

No comments:

Post a Comment